Posted by: pinkturtle2 | Julai 17, 2010

Di mana letaknya maruah seorang PM,ambil wang rakyat untuk bayar Apco – DSAI

"Di mana letaknya maruah seorang Perdana Menteri yang mengambil wang rakyat atas nama penstrukturan subsidi dan digunakan untuk membayar perunding asing seperti APCO sehingga mencecah RM77 juta setahun semata-mata untuk menaikkan imej beliau, sedangkan bayaran kepada APCO itu hampir sama jumlahnya dengan anggaran penjimatan subsidi gula sebanyak RM126 juta - DSAI

Ambil wang rakyat untuk bayar APCO – Anwar

KUALA LUMPUR, 16 Julai: Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikaikan tindakan menaikkan harga barangan termasuk petrol seolah-olah Perdana Menteri sanggup mengambil wang rakyat untuk membayar bil APCO bagi memulihkan imej beliau.

“Di mana letaknya maruah seorang Perdana Menteri yang mengambil wang rakyat atas nama penstrukturan subsidi dan digunakan untuk membayar perunding asing seperti APCO sehingga mencecah RM77 juta setahun semata-mata untuk menaikkan imej beliau, sedangkan bayaran kepada APCO itu hampir sama jumlahnya dengan anggaran penjimatan subsidi gula sebanyak RM126 juta (seperti diumumkan PEMANDU),” kata Anwar.

Beliau mengulas kenaikan pelbagai jenis barangan mulai hari ini berikutan penarikan balik subsidi untuk rakyat oleh kerajaan.

Anwar mengecam tindakan itu kerana walaupun Dewan Rakyat telah bersidang sejak 7 Jun 2010, namun pengumuman kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula langsung tidak dibincangkan di Dewan yang mulia itu.

Pengumuman ini membuktikan Perdana Menteri dan kabinetnya tidak menghormati kedudukan Dewan Rakyat sebagai sidang tertinggi yang mewakili rakyat Malaysia.

Datuk Seri Anwar berkata demikian dalam kenyataan bertulis yang dikeluarnya  hari ini.

Bagi beliau, tindakan ini dibuat kerana Datuk Sri Najib sedar ahli parlimen baik dari Pakatan Rakyat mahupun dari Barisan Nasional tidak akan menyokong beliau kerana tindakan menaikkan harga tanpa menyediakan bantuan lain kepada rakyat adalah kebijakan yang tidak prihatin terhadap rakyat keseluruhannya.

Hakikatnya, kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula ini adalah tidak bertanggungjawab kerana tidak ada tindakan proaktif untuk menyediakan mekanisme bantuan kepada golongan yang paling terkesan dengan kenaikan ini, sebelum pengumuman dibuat, katanya.

Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan rancangan pemotongan subsidi ini sejak tahun 2008 lagi atas alasan untuk menstrukturkan semula pemberian subsidi agar ia lebih memihak kepada golongan yang memerlukan.

Sehingga kini, rakyat masih tertunggu-tunggu mekanisme bantuan tersebut. Pada masa yang sama, kenaikan demi kenaikan diumumkan.

Kenaikan harga gula sebanyak 28% sejak awal tahun ini (kenaikan 20 sen pada 1 Januari 2010, diikuti kenaikan 20 sen berikutnya pada 16 Julai 2010) sudah tentu akan mempunyai kesan kepada harga makanan.

Kesan berganda daripada kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula ini akan memberi tekanan kepada golongan berpendapatan rendah di bawah RM2,000 sebulan, yang mana 75% adalah Bumiputra yang kononnya dibela oleh Barisan Nasional.

Bagi Anwar, bekas Menteri Kewangan itu, sasaran penjimatan sebanyak RM750 juta yang diumumkan Pejabat Perdana Menteri adalah sedikit berbanding dengan keborosan dan pembaziran yang berlaku akibat kelalaian Barisan Nasional.

Semalam, Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri telah mencecah RM3.8 billion pada tahun 2009 dan dijangka mengatasi peruntukan RM3.9 billion bagi tahun 2010.

Ini termasuklah perbelanjaan Sekretariat Mantan Perdana Menteri dan Sekretariat Permata yang dinaungi oleh isteri Perdana Menteri.

Malah, katanya, penjimatan RM750 juta itu tidak setanding dengan kerugian yang ditanggung rakyat apabila konglomerat milik rakyat iaitu Sime Darby mengalami kerugian sebanyak RM946 juta dan menerima pula pampasan dari kerajaan berjumlah RM700 juta.

“Membebankan rakyat atas alasan mengurangkan defisit dan menggunakan penjimatan untuk menampung keborosan kerajaan seperti ini perlu dihentikan segera,” tegas beliau.

“Pun begitu, saya tidak menolak bulat-bulat kaedah penstrukturan semula subsidi untuk memastikan lebih banyak bantuan sampai terus kepada golongan 75% di bawah pendapatan isi rumah RM2,000 sebulan.

Penjimatan dari pengurangan subsidi sepatutnya disalurkan terus kepada golongan ini melalui mekanisme-mekanisme yang perlu diumumkan serentak dengan kenaikan harga,tambah Anwar.

“Saya menuntut supaya Perdana Menteri mengumumkan secepat mungkin bagaimanakah penjimatan RM750 juta ini akan dibelanjakan untuk rakyat.

“Nasihat saya supaya penjimatan ini disalurkan dalam bentuk kenaikan peruntukan untuk institusi pengajian tinggi, pelaburan baru dalam bidang pendidikan dan bantuan kebajikan terus kepada golongan berpendapatan di bawah RM2,000 agar penjimatan itu sampai terus kepada rakyat,” katanya.

Sebelum ini pun, kerajaan telah menggunakan alasan mengurangkan defisit apabila menaikkan harga minyak dan keperluan asas. Tindakan ini sedikit pun tidak membantu menyelesaikan masalah defisit negara, malah ia makin meningkat.

Bagi tahun 2008, di kemuncak kenaikan harga minyak, defisit negara melonjak kepada 4.8% berbanding 3.2% bagi tahun sebelum itu. Keadaan ini berlaku kerana kerajaan tidak berdisiplin dan tidak ada iltizam politik untuk menyalurkan penjimatan dari pemotongan subsidi ke sektor-sektor yang benar-benar memerlukan, sedangkan pembaziran dan kerugian terus berlaku.

“Sebab itu, saya telah menegaskan berkali-kali bahawa ubat yang paling mujarab untuk memulihkan ekonomi negara adalah reformasi ekonomi yang menyeluruh, bukannya tertumpu kepada golongan lemah semata-mata,” katanya.

Perdana Menteri tidak boleh meminta rakyat mengubah cara hidup, sedangkan kroni-kroni, ahli politik, golongan elit dan berkepentingan terus menikmati subsidi korporat seperti subsidi gas kepada penjana bebas yang menelan belanja RM18.9 billion setiap tahun, 25 kali ganda lebih besar dari penjimatan akibat potongan subsidi yang diumumkan semalam.

Sehubungan itu Anwar menggariskan empat langkah segera yang perlu diambil oleh Perdana Menteri untuk meyakinkan rakyat bahawa pengorbanan mereka menanggung harga yang lebih tinggi untuk mengekang defisit adalah berbaloi:

1.       Mengumumkan penambahbaikan drastik kepada kaedah dan sistem perolehan yang diamalkan kerajaan agar lebih telus dan mendapatkan nilai terbaik untuk rakyat;

2.       Menstrukturkan semula pemberian subsidi gas kepada IPP agar penjimatan ini dapat disalurkan kepada rakyat;

3.       Mengawalselia prestasi syarikat berkaitan kerajaan dan agensi yang dipertanggungjawabkan menjaga dana awam bagi mengelakkan kerugian berbillion ringgit yang ditanggung rakyat; dan yang terpenting

4.       Membuktikan keikhlasan dalam perang menentang rasuah dengan menghentikan campur tangan politik di dalam SPRM dan Jabatan Peguam Negara.

Rakyat akan ternanti-nanti tindakan susulan Perdana Menteri jika benar Barisan Nasional ikhlas dalam menangani kekusutan ekonomi negara.

Jika tidak, pengumuman kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula semalam hanyalah sambungan kepada rentetan penindasan rakyat berpendapatan rendah demi golongan elit dan kroni, tegasnya.Harakah


Responses

  1. alaaaa! Relakslaa, tolonglaa, dengan duit tu aku nak buat banyak benda ni kau orang apa tau, nak cover mcm2 urusan: altant…., apco, enjin, p. balasubramaniam, teoh beng hock, budak aminul rasyid yang kena tembak tu hari, lesen judi yang aku janji nak bagi kat v tan, kau orang juga yang suruh aku batalkan lesen judi. Kau ingat benda2 ni boleh dicakap2 pakai air liur saja ke?, apalah kau orang ni. Bagilah peluang aku nak selesaikan masalah negara kita juga. Lagi pun aku dah tak lama lagi lepas ni kau orang ambillah pulak. Sekurang2nya kuranglah sikit beban yang nak kau orang tanggung daripada tahi yang aku tinggalkan……..

  2. he he

    aku suka…..

    he he

  3. 5 dalam 1 sangat disukai oleh semua tauke. Tak lama lagi tarif api, air, tol dan lain-lain kadar caj perkhidmatan pula akan naik. Akhirnya, sah harga semua barang keperluan ikut naik. Ayat bahawa kenaikan harga barang di negara kita masih di paras mampu beli dan tidak seteruk harga barang di negara-negara jiran…..dah siap pun di kalangan pak-pak menteri. Tungga masa nak cakap je…….!

  4. terima kasih pm kerana keperihatinan anda.naikkanlah lagi harga barang2 lain,kerana semua kenaikan itu tidak membebankan rakyat langsung,ataupun kesan beban itu hanya minima sahaja.juga terima kasih kepada para penyokong dan pendokong umno.ini semua kejayaan hasil usaha anda semua.tanpa anda siapalah pm kita…
    saatuuuuu….MALAYSIA!!! RAKYAT DIDAHULUKAN,PENCAPAIAN DIUTAMAKAN>

  5. salam 1 malaysia,,,,
    bang nuar oi,,, pi settle dulu kes di mahkamah tu..janganlah dok tangguh2..
    selesaikan segera!!!
    tak payahlah dok mai cakap pasal subsidi
    ni semua..
    masa hang jadi m.kewangan pun apa yg hang buat…
    yg hang tau nak pinjam duit IMF
    nak naikkan kadar interest berganda ganda
    masa tu semua org terpaksa bayar interest
    saja kat bank tak mampu nak sentuh principal pun.
    hang lagi merapu!!!!
    lagipun kalau pr menang bukan hang jadi PM
    hehehe..

    p/s; “jangan menangguk diair keruh”

  6. tambah satu lagi,,
    kalau pr menang pr13 .. siapa akan jadi PM?? atau akan wujud PM1, PM2 & PM3
    yelah samaratakan…
    sama lah juga seperti bn…
    pas nak jaga kroni dia
    dap nak jaga kroni dia
    pkr pun nak jaga kroni dia….
    maka korup akan berleluasa…..dikalangan mereka …
    agak2 siapa pula nak disalahkan!!!
    kenapa blog ni tidak posting tentang ‘isu pasir di selangor’ yg skrg ini hangat diperkatakan..
    agak2nya siapa pula dalang disebalik kerakusan pengambilan pasir secara berleluasa???
    inipun belum apa2 lagi dah nampak MB kayu
    duduk dikerusi tutup sebelah mata..
    apalagi kalau bukan ‘korup’
    masih ada ke parti yg memperjuangkan nasib rakyat di negara ini??

    • Siapa memerintah pun terpulang kepada pemerintha sama ada nak letak berapa ramai PM pun. Jangan jadi bodoh. kalau dah bodoh jangan berlagak pandai.

      Lepas 5 atau 4 tahun piliharaya. Tukar lapula pemerintah kalau tidak bagus.

      Bodoh kepada penjuang yang tidak inginkan perubahan. kesian kamu jadi banggang

  7. salam…

    kalau nuar jadi PM, abis la duit rakyat digunakan untuk bayar lawyer dia yg ramai tu… elok balik cerun tok kun… dok diam2…

    • salam

      selama hari ni dia pakai duit rakyat ke? dia pakai duit ahli parti ke? untuk urusan perbicaraan dan dia keluar negeri atas jemputan negara-negara tu?

      • Puak-puak ini buta belaka atau buat-buat buta.

      • dia tak guna duit rakyat..
        dia tak guna duit parti….
        dia pergi merata ceruk dunia..duduk hotel..bawa bini lagi
        mana datangnya duit berlambak lambak tu….?????
        heheheee…
        tanya sat kat bodo bodo ni…

      • salam

        keliwon kan lebih tahu…tour bestfriend kan?

      • Aku spounser

    • Aslkm,

      Biasa la duduk hotel ceramah sana sini organizer yang aturkan…. kalau kita jadi konsultan dah tentu ada bayaran khidmat… ya tak… Kaau nak tengok duit berlambak lambak hang tengoadik Najib…. baru najib jadi PM terus nama dia melonjak top10 Melayu terkaya…..

      Ini baru la MANA DATANGNYA DUIT BERLAMBAK LAMBAK TU…????

    • Habis duit nak
      bayaq lawyer?

      Inilah komen paling
      BAHALOL dikalangan BADIGOL tahap SAMDOL.

      Lawyer-lawyer DSAI
      semuanya tak berbayaq la mangkuk…!!!!

  8. he he

    lanie pun korup sana sini gak…
    pakai la akai bila tulih
    jgn pakai taik…..
    he he

    pr belum merintah pun…..
    nie yang merintah 52 thn nie…

    umno jaga kroni dia……
    mca jaga kroni dia…
    gerakan jaga kroni dia …..
    ppp jaga kroni dia…..
    mic jaga kroni dia……
    belum campoq yg laen lagi…..
    berapa banyak nak jaga kroni daaaa

    la nie pun berapa banyak korupsi…….
    hang tak bisin pun…..
    hang seronok lg…..bangang…

    dok kesah pasai pasiaq kat selangok…
    kat johor hang tak tanya tpm?????
    singapore dah makin besaq..
    mai mana pasiaq depa dapat….

    he he
    bodo sungguh……
    nie barang naik nie…..
    subsidi kena potong buat bayaq duit apco..
    hang tak susah hati ka?

    akai budak tadika……. macam tu laaaa

    he he

  9. Ros Monggol berkata…

    BN-Barang Naik
    BN-Bila naik?
    BN-Baru Naik
    BN-Berapa naik?
    BN-Banyakkkkk Naik
    Bn-Barua najib

    2010 Julai 19 12:49

    Hang mmg terar lah ros monggol

  10. he he

    lawak2….. ros monggol patut menang raja lawak…

  11. iyo ko abg nuar. setau aku hang la ballaci yahudi yang melutut dikaki israel. pegi mampus la kamu.

    • heran ya ..bla nuar baik ngan yahudi di kata balaci yahudi..tp bl tun mahathir baik ngan soros jg org yahudi x pl dikata balaci yahudi..bl pm bw yahudi mask m’sia x pula dkata balaci yahudi…org melayu ni memg pelik…sy rasa perangai org melayu ni spt pak kadok..ayam sabung menang tp kampungnya tergadai…menang sorak kampg tergadai…tp bukan pd british,portugis.dan jepun..itu crt lama…tp tergadai pd bangsa sendiri…HANG TUAH pernah kata x melayu hilang didunia…MEMANG X AKAN HILANG DAN X AKAN PUPUS..tp akn djdikan HAMBA zaman moden oleh bangsa sendiri..

    • Tahniah gula naik. hang kira boleh hidup. biar orang lain mampus. Hidup menyusahkan rakyat lebih baik gantung diri atau terjun laut.

      tahniah minyak naik

      Hang orang umno tak per le, minyak hang dapat free. gula free.
      kalau semua hang dapat free jgn mampus kan orang. Orang lain kena beli gula.

      Kaya la hang. Terus sokong umno sampai hayat.

      tahniah barang naik. Hidup Melayu yang suka barang naik harga.

      • Nanti bila inflasi
        semakin tak terkawal,
        tengoklah cerita super merapu
        yang akan keluaq nanti…

        Pentadbiran Pakatan Rakyat
        punca kenaikan mendadak harga barang…!!!

        KAH…!!! KAH…!!! KAH…!!! KAH…!!!

  12. orang spt TOK GURU NIK AZIZ dibenci oleh org melayu yang pastinya islam…sy jd heran..malah ada yg sggp nak bunuh TGNA..org sptnya dah pasti x minum arak,tak ada pmpuan simpanan,x brjudi,sentiasa solat 5 waktu…sentisa merendah diri,,sntisa berdoa pd PENCIPTANYA..org spt ini yg orang melayu berugama islam benci..marah..HERAN..HERAN.. SY ngan sikap orang melayu ni..YG MINUM ARAK,KAKI JUDI ,KAKI PMPUAN,INI MANUSIA YANG DIPUJA OLEH MELAYU YG DLM IC NYA DITULIS AGAM ISLAM..INGATLAH WAHAI MELAYU…BILA IZRAIL DATG MEMANGGL BUKAN BANGSA YG DTANYA..TP UGAMA NYA..BLA DISOAL MUNKAR DAN NAKIR BUKAN BANGSA APA DISOALNYA..TP UGAMA APA…JD..KNP KITA MARAH PD ORANG YG MEMPERJUANGKAN UGAMA..ORNG YG AKAN MMBIMBING DAN MENGAJAR TENTANG UGAMA,UNTK DBAWA SEMASA KT MENGADAP RABBULJALIL…….INGATLAH…BANGSA X AKAN DISOAL DSANA NNTI….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: