Posted by: pinkturtle2 | Julai 22, 2010

Saya tak dapat terima ada yang kata meluat pada Umno – PM

.

Siapa kata? Itu tak betul. Saya tak dapat terima ada yang kata meluat pada Umno. Kita parti yang terbesar mewakili orang Melayu – PM

.

.

Umno Parti Melayu Yang Terbesar, Kata Najib

KUALA LUMPUR: Umno merupakan parti Melayu yang terbesar dengan jumlah keanggotaan terus meningkat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Najib yang juga Presiden Umno berkata keanggotaan Umno kini mencecah 3,186,850 orang dan pelbagai usaha berterusan dijalankan untuk menambah bilangan keanggotaan.

“(Jumlah) ini selepas ditolak anggota yang sudah meninggal dan tak dapat dikesan. Ini jumlah yang sahih. Dan kita dapati jumlah ini terus meningkat,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini petang Rabu.

Najib turut menyangkal dakwaan bahawa ada orang Melayu yang “meluat” dengan Umno.

“Siapa kata? Itu tak betul. Saya tak dapat terima ada yang kata meluat pada Umno. Kita parti yang terbesar mewakili orang Melayu,” tegasnya.

Najib juga memberitahu pemberita bahawa mesyuarat MT hari ini turut menerima laporan bahawa mesyuarat bahagian-bahagian berjalan lancar dan teratur.

Sehingga kini, sebanyak 189 daripada 191 bahagian telah mengadakan persidangan perwakilan masing-masing. – BERNAMA

Advertisements

Responses

  1. Salam tuan, minta bagi laluan terhadap artikel ini

    Terima Kaseh

  2. Pasai Umno Parti terbesag di Malaysia nilah, maka parti ni punya pemimpin yang terbanyak sekali merasuah dan makan rasuah…

    Mula2 depa bagi rasuah kat perwakilan bila buat pemilihan pemimpin Umno.

    Bila dah menang, ada yang kena lantik jadi menteri dan timbalan menteri mana2 kementerian.

    Dalam kementerian tentu ada projek yang nak dibangunkan. Projek tentu juga bernilai2 juta2 RM.
    Projek macam ni, kena dapat kelulusan menteri atau timbalan menteri.

    Kontraktor yang bersaing akan cari jalan guna cable pemimpin Umno termasuklah menteri. Dan untuk berjaya dipilih sebagai kontraktor projek. Tawaran komisyen dibuat pada pihak yang paling berkuasa melulus. Menterilah tu…

    Dapat komisyen, projek lulus, menteri yang telah tabog RM semasa pemilihan rasa lega RM yang dimodalkan dah ada untung berlipat2 ganda.

    Untuk usaha mengekalkan kedudukan dalam pemilihan yang akan datang, menteri kena buat hubungan baik dengan ketua2 Bahagian Umno supaya dicalon lagi dan akan mengundi lagi.

    Ketua2 Bahagian Umno juga berpeluang dapat peruntukan dari menteri2 ini. Maka ketua Umno Bahagian akan maintaine dan akan sanggup berperang kerana mempertahankan jawatan Ketua Bahagian. Untuk ini pula ketua Bahagian mesti ada hubungan baik dengan ketua2 cawangan. RM yang dapat perlu diagihkan serba ada kepada ketua cawangan yang pula akan dibelanjakan kepada ahli2 dan balaci cawangan, paling tidak bawa makan di warung Tom Yam..

    Begitulah perjalanan Umno Parti melayu terbesar di negara ini…

    Kalau nak tahu meluat dan jengkelnya rakyat melihat Umno ini, tunggu semasa mereka makan diwarung Tom Yam atau dimana2 juga tempat yang ada majlis Umno. Putri dan wanita Umno akan jadi sasaran mata rakyat menilai akhlak orang melayu….Meluat tak….tengok sendiri!.

  3. salam 1 malaysia,,
    yang ini aku setuju dgn kk… mmg itulah perangai ahli ahli umno….
    umno tak salah tapi daki daki yg menjadi
    ahlinya yg meloyakan…
    aku harap parti pas tidak begitu..

    • Elok perangai umno.

      Oii.. jgn tuduh orang le. memang dasar umno.
      ngaku le. Jangan jadi syaitan bertopengkan manusia baik.

      kalau dah kafir tetap nampak kafir

  4. sbb apa ahli ahli dari bah. dan caw. berebut nak pergi ke persidangan dikl..
    sbb fulus…dapat sampai 2000 ke 3000 sekor, tu yg berebut rebut nak pi…
    knplah parti umno ni kena ajar dgn wang ringgit kpd ahli2nya????… disbbkan wanglah
    ahli ahlinya suka dajjal mendajjal ….

    umno harus bersihkan semuanya……
    jangan ajar dgn wang ringgit…..
    perjuangan harus ikhlas….
    kurangkan elaun yg dibayar…
    jgnlah bagi kemudahan terlalu banyak…
    biarlah berpada pada..

    barulah kita dapat mencari wakil rakyat yg benar2 ikhlas berjuang untuk rakyat bukan kerana wang ringgit……….

    ini tidak jolok duit selagi boleh jolok….
    abis mau tak berebut … yg tak tau apa pun nak bertanding juga… lepas menang
    dok lepak..setiap bulan elaun masukkk..
    maka lantaklah dia dgn duit gaji buta….
    berkhimat utk rakyat mcm haramjadah….
    lantak duit saja…
    aku harap parti pas tidak mengamalkan budaya ahli umno…tapi sayangnya pas
    telah silap langkah….kerana tidak mampu berdikari…

    • Salam,

      Kena balik pi ke basic.
      Kenal akan syahadah
      rukun islam yg. no. 1.
      bkn. kenal 1 m’sia…

      Tak kalau dok laghu lah..
      tak akan berubah…
      jebon nampak duit
      jadi bapa jebon…dajjal…

    • ikut suka hang la nak tulis apa pon, sokong yang membawa rebah……

      Apa hang dan geng hang nak cakap dan tulis, itu hak hang, yang pastinya, Melayu dah meluat dengan UMNO, masyarakat Malaysia dan meluat dengan UMNO termasuk la komponen BN…. hang kena sedaq hakikat tu….

  5. “Kenyataan Naib Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi bahawa MCA dan Gerakan adalah penumpang Barisan Nasional.

    Ketua Pemuda MCA Bahagian Petaling Jaya Selatan, Sheah Kok Fah berkata, gagasan 1Malaysia oleh Perdana Menteri Najib Razak (gambar kanan) menuntut rakyat untuk mengikis konsep perkauman, apa yang mengecewakan, ramai lagi pemimpin UMNO yang masih kekal dengan pemikiran kuno, Seandainya pemimpin UMNO terus mengeluarkan kenyataan yang tidak elok ini, maka MCA terpaksa turun dari kereta kelak. UMNO pula akan susah untuk bersendirian. Kalau kami (MCA) terus menerima layanan UMNO yang mengada-ada, mengapa tidak kita turun kereta?”

    Itu sebab lah UMNO sekarang dah terdesak dan mula nak mengajak PAS bersekongkol dengan dia…. dah panik…. dah hilang kepercayaan dan semua dah meluat dengan dia…..

  6. he he

    memang najis tak dapat terima kata dia tu busuk lagi membusukkan…..
    bila org kata najis busuk… dia tak pecaya pasai dia dah lali…dengan kebusukan yang ada……

    dia cuba berbagai cara dan kaedah untuk mewangikan keadaan…
    tapi dah 52 tahun…. kebusukan demi kebusukan dibuat…….dia tak mungkin akan jadi wangi…..

    he he

    • salam ratfa

      depa lupa yang Che Det pernah kata yang UMNO dah busuk sampai ke usus tu….

  7. Oii… Mat Monggolia,

    Hang tak dapat terima,
    rakyat dah meluat dengan UMNO?

    Kat Monggolia nun,
    mana ada UMNO…!!!
    Kaum kerabat Altantuya adalah…!!!

    KAH…!!! KAH…!!! KAH…!!! KAH….!!!

    • Salam IC

      kat Mongolia lagi depa benci UMNO, sebab? kerana UMNO la Altantuya mati dibunuh dengan kejam dan pembunuhnya lepas idup senang lenang dan semakin mengganas

  8. Sebagai seorang PM, Najib tak boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian. Itu adalah hak dan pandangan massa. Rakyat berhak menyatakan pendapat dan kenyataan.

    UMNO adalah parti melayu tapi Najib tak boleh mengandaikan semua Melayu perlu menyokong UMNO. Kita ada PAS dan PKR. Terpulang kepada rakyat untuk menyatakan sokongan kepada parti yang mereka rasakan layak.

    • AKU DAH LAMA BUANG JAUH JAUH PARTI UMNO DALAM HATI AKU, TANPA UMNO PON AKU BOLEH HIDUP

  9. he he he…

  10. saya ajaq sejarah malaysia kpd pljar2 saya..
    saya tanamkan semangat cintakan negara..
    sayangkan bangsa..
    cintakan agama..
    saya tak ajar pelajar saya benci mana2 parti..
    saya ajar pelajar2 saya bagaimana memilih pemimpin..
    Parti UMNO ka PAS ka tak salah.. yg salah pemimpin atau pengikut yg taksub..
    telah ditakdirkan UMNO parti melayu pertama yg berjaya membawa tanah melayu merdeka..
    semua org melayu bangga ngan UMNO..
    tapi apabila ada pemimpin yg serakah rakyat berhak memilih …


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: