Posted by: pinkturtle2 | Ogos 4, 2010

Kematian Datuk Aziz : Siasatan awal Polis,tidak ada pihak ketiga terlibat – KP Selangor



Kenalan dan Pemimpin Politik Masih Sukar Terima Kematian Aziz

Pelbagai pihak khususnya para pemimpin Umno masih tidak dapat mempercayai bagaimana bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor dan juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd Noh ditemui mati di dalam kereta dengan Naib Ketua Wanita Umno Bahagian Tanjung Karang Siti Rohana Ismat, pada pagi Selasa.

Menurut polis, kedua-duanya mati dalam keadaan mangsa kemungkinan menembak pasangan sebelum menembak dirinya sendiri.

Hasil bedah siasat mendapati Siti Rohana mempunyai dua kesan tembakan di kepala manakala Aziz pula dengan satu kesan tembakan juga di kepala.

Kebanyakan yang hadir ke majlis pengebumian Aziz berkata, mengenali Aziz, mereka tidak percaya ada orang yang mahu membunuhnya apatah lagi untuk dia mengambil nyawa di tangannya sendiri.

Aziz berusia 64 tahun manakala Siti Rohana, 43.

Aziz mempunyai seorang anak lelaki iaitu Mohd Anis yang mengikuti jejak langkahnya bergiat aktif dalam Umno sebagai Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.

Ketua Polis Selangor, Timbalan Pesuruhjaya Polis Datuk Khalid Abu Bakar mengesahkan hasil penemuan bedah siasat tersebut.

Beliau juga mengesahkan, hasil siasatan awal polis dan juga hasil keterangan saksi yang sempat menyaksikan kejadian itu mendapati, tidak ada pihak ketiga terlibat dalam kejadian tersebut.

Polis turut menemui sepucuk pistol revolver .38 dengan tiga butir peluru masih berada di dalam kelongsong.

“Hasil siasatan kita mendapati hanya mereka berdua sahaja yang berada di dalam kereta ketika kejadian itu berlaku dan perkara ini disahkan oleh para saksi yang melihat kejadian itu.

“Bagaimanapun, untuk tujuan penyiasatan kami akan mengklasifikasikan kejadian itu sebagai kes bunuh dan pihak polis telah menghantar revolver tersebut ke makmal Jabatan Kimia untuk ujian balastik,’’ katanya.

Katanya lagi, kereta yang dinaiki oleh kedua-dua mangsa ketika ditemui tersadai di laluan laju (sebelah kanan) di kilometer 455.7 Lebuh Raya Lembah Klang Utara berdekatan Sg Buloh pada lebih kurang jam 11 pagi Selasa.

Sementara itu, Mohd Anis, 33, ketika ditemui berkata, dia menerima panggilan telefon pada lebih kurang jam 11.30 pagi daripada salah seorang ahli keluarga memaklumkan akan kejadian itu.

Kata Anis, bapanya keluar dari rumah mereka di Seksyen 9, Shah Alam pada lebih kurang jam 9 pagi menuju ke pejabat mereka di Seksyen 16 Petaling Jaya.“Bila tiba di pejabat, dia menaiki kereta bersama Rohana menggunakan kereta Rohana menuju ke Tanjung Karang untuk menghadiri satu majlis di sana.

Mohd Anis juga memaklumkan yang bapanya memang memiliki pistol.

Abdul Aziz terpilih sebagai ADUN Permatang pada pilihan raya 2004 selepas berkhidmat untuk sekian lama dengan bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Abu Hassan Omar selaku setiausaha politik dan sebelum itu sebagai setiausaha sulit dan pegawai khas sewaktu Abu Hassan menjadi menteri.

Beliau berhenti pada tahun 2001 selepas isu kontroversi peletakan jawatan Abu Hassan sebagai menteri besar. Seorang menteri yang mengenai Abd Aziz ketika mereka sama-sama berkhidmat sebagai setiausaha politik lagi menghubungi seorang pengarang mStar Online melalui SMS menyatakan kesukaran untuk mempercayai akan apa yang telah berlaku kepada Allahyarham.

Beliau menyifatkan Abdul Aziz sebagai seorang yang ceria, lemah lembut dan tidak pernah bercakap kasar dengan orang. Beliau akan dikenang sebagai seorang operator politik yang sentiasa bekerja di belakang tabir dan tidak suka berada di barisan hadapan.

Seorang lagi bekas Mentri Besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo berkata, beliau berasa sedih apabila mendengar berita kematian Abdul Aziz yang beliau sifatkan sebagai seorang ahli politik veteran yang setia kepada ketuanya.

Dalam pada itu, rakan Abdul Aziz yang sama-sama berkhidmat dengannya sebagai wakil rakyat, Datuk Ch’ng Toh Eng berkata, dia dan ramai lagi terkejut besar apabila mendapat khabar berita mengenai kematian Abdul Aziz.

“Saya pertama kali mengenalinya pada tahun 1980an ketika beliau masih lagi berkhidmat dengan Datuk Seri Abu Hassan dan kami sangat rapat,’’ kata Ch’ng.

Satu perkara tentang Abdul Aziz yang dia tidak dapat lupakan ialah kebolehannya untuk bertutur dengan fasih dalam bahasa Tamil dan juga Hokien.

Dia juga seorang yang sangat sederhana dan tidak pernah bercakap kasar dengan orang dan sentiasa mengambil berat akan soal-soal dan isu masyarakat Cina ketika berkhidmat sebagai setiausaha politik Abu Hassan.

Abdul Aziz meninggalkan balu, Datin Siti Fatimah Md Nor, 62, tiga orang anak dan empat cucu. Jenazahnya telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam selepas Isyak.

Turut hadir untuk memberikan penghormatan terakhir kepadanya ialah bekas bosnya sendiri, Abu Hassan, Dr Khir, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan bekas ahli Parlimen Shah Alam dan menteri kabinet, Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin.

Sementara Siti Rohana, pula berasal di Kampung Sungai Gulang-Gulang in Tanjung Karang.Mstar




Responses

  1. Mengambil nyawa orang lain kerana bukan mempertahankan diri atau sebab hukuman. adalah menjadi kesalahan dan berdosa didalam Islam, begitu juga jika mencabut nyawa sendiri kerana roh itu bukan hak kita. itu buat mereka yang beriman.

    Dalam kes ini, salah seorang dari mereka telah melakukan kesalahan dan dosa yang disebutkan diatas. Menembak dengan niat mencabut nyawa pasangannya dan kemudian menembak diri untuk mencabut nyawa sendiri.

    Persoalannya siapa yang dulu yang menembak kerana maklumat nenyatakan, hanya sepucuk pistol sahaja yang dijumpai dalam kereta mangsa, dan pihak polis mengesahkan pistol itu milik Allahyarham Datuk Aziz.

    Kalau Datuk Aziz yang menembak dulu, atas alasan apa ya?.
    Merujuk kepada sebuah berita akhbar, apabila wartawan bertanya kepada ibu mangsa perempuan. Apakah Siti Rohana ada hubungan intim dengan Datuk Aziz?.
    Beliau enggan menjawab dan tidak pula ada unsur untuk menafikan yang Siti Rohana ada hubungan itu.
    Siti Rohana seorang ibu tunggal, berumur 43 tahun boleh dikatakan seorang wanita yang menarik, melibatkan diri dalam politik, menjawat jawatan Naib Ketua wanita Umno dan pernah menjadi setiausaha peribadi Datuk Aziz semasa beliau menjadi Adun Permatang selama 2 penggal.
    Kita tidak dapat melarikan dari persepsi sumber maklumat yang kedua mangsa ini mempunyai hubungan intim.
    Yang menjadi misteri. Kenapa mereka membunuh?. Apakah ada elemen yang menghalang mereka berhubungan atau untuk bernikah?.
    Apakah kita harus melarang pembaca berandaiyan jika ada diantaranya berpendapat yang Datuk Aziz telah menembak Siti Rohana dulu setelah beliau dirundung rasa marah yang amat sangat bila Siti memaklumkan yang ia ingin menamatkan perhubungan mereka setelah Siti telah diketemukan dengan seseorang yang bersedia untuk mengahwini Siti, sedangkan selama Siti berhubungan dengan Datuk Aziz, tiada kata muktamad yang Datuk akan memperisterikan Siti, atau Siti telah ketemu dengan lelaki yang lebih muda dan dapat melayan Siti bersesuaian dengan umur dan memenohi cita rasa Siti.
    Pertemuan terakhir untuk selesaikan episod hubungan intim mereka berdua tidak dapat diterima oleh Datuk Aziz. Mungkin beliau telah banyak berkorban ringgit, harta dan masa, akhirnya beliau dikecewakan.

    Kekecewaan yang amat sangat ini telah memisahkan iman dengan nafsu, lalu Datuk Aziz membidik pistolnya kekepala Siti dan kemudiannya menembak kepalanya sendiri sebanyak 2 kali untuk memastikan dia mesti mati supaya tidak terdakwa dan memalukan jika dengan tembakan sekali ditakuti ia gagal dan dapat diselamatkan.

    Maka jika inilah sebenarnya terjadi, maka berakhirlah sebuah episod bekas seorang pemimpin melayu Islam yang gagal mentarbiahkan diri dengan agamanya supaya ia menjadi contoh kepada rakyat menilai iman buat bekalan akhirat.

    Malangnya Rakyat kerana Iman tidak didahulukan.

    • betul saya sangat setuju dengan kenyataan ini!!!!!!!!!!!

  2. Saya bersetuju dengan teori kucing kota.
    Saya juga musykil bagaimana pemimpin parti UMNO yang ISLAM tidak rasa bersalah berdua2 dalam sebuah kereta yang tentunya menimbulkan fitnah.

  3. janganla buat apa spekulasi
    tunggu je spekulasi polis

    • * siasatan polis

  4. salam 1 malaysia,,
    best cerpen ni….ada sambungan ke kk??

  5. Di zaman Rasullullah, ketika lalu dihadapan baginda mayat seorang Yahudi, maka baginda memberi hormat. Maka bertanya para sahabat, kenapa baginda berbuat demikian, bukankah itu mayat seorang Yahudi?…Lalu Rasullullah bersabda,’Walaupun dia seorang Yahudi, apabila mati seorang anak Adam maka kepada Allah lah dia akan dikembalikan, lalu aku menghormatinya’.

    Adalah lebih baik tidak bercakap dari bercakap sesuatu yang mengelirukan apa lagi menyesatkan. Seringkali kita berlagak seperti Tuhan yang tahu, menghukum dan meletakkan martabat orang lain hanya pada pertimbangan kita. Beriman sangatkah kita boleh mencerca,menghina seorang hamba Allah yang telah mati? Ucapkanlah “Innalillah Wainnailaihirajiun’, itu lebih dari memadai dan selebihnya serahlah kepada Allah Yang Maha Mengetahui.

    • salam…

      setuju dengan anda..

      • aslmkum,
        manis,, apa khabar,,

      • salam…

        baik aftar…teruskan usaha…

      • 2 umno dah maut. 1 bunuh diri. umno bunuh umno

    • Semuanya akan kembalikan kepada Allah SWT untuk menerima pembalasan yang seadilnya. Episod ini boleh dijadikan teladan dan pengajaran kepada orang lain…dan berdoalah supaya kita mati dalam husnul khotimah bukan dalam su’ul khotimah.

  6. Salam,
    Mesti la sensasi.
    Putera mana boleh nak hidup tampa puteri.
    Bagi puak depa nu.
    Depa walau pon lebih setengah abad
    Masih lagi bergelar putera ..
    putera kalau bersongkok la..
    Lagi tinggi songkok tu lagi tinggi derajat dia.
    Mana boleh bersereban dan berketayap
    Tak cun la kalau laghu tu…
    tak macho…

    “”Jadi laghu ni hilang habih macho…””

    Walau bagaimana pon takziah pd keluarga yg. menanggung musibah.

    alif mim nun wau
    alif tendang wau….”””sarkis”””

    alif min nun wau
    mim tikam wau….””””aw”””

    “””have gun will travel”””
    rasa macam dok di negara koboi.
    chief kena lari….””run for your life”””

  7. wama karu wama karallahu wallahu hairul makirin…

    yg hak pasti akan mengalahkan yg bathil… akhirat kelak akan dihitung…

    • Kucing Kota – Great comment and respond. i love it.

  8. knp datuk bersama rohana?

    • Biasa la orang UMNO.

  9. Suka2 korang jek cerita berunsur fitnah. Di dunia nie, biarlah pihak polis jalankan siasatan dan menilai, dan selebihnye hanya Allah yg tau.

    Sudahlah, jangan nak mereka cerita. Mereka cerita tentang hal orang lain tanpa tau kebenaran adalah fitnah.

    Yang penting, sesama islam, sedekah kan jek Al-fatihah, tak merugikan.

    Berbicaralah dgn menggunakan akal fikiran kurniaan Allah sebaiknya bukan berbicara tanpa menggunakan akal sebaiknye….. Al-Fatihah…. Wassalam…

  10. Hanya Allah yang mengetahui.. jangan membuat andaian dan memburukkan orang yang telah meninggal dunia…

    • Correct, Correct, correct – Cikgu VK Ling

  11. Takziah kepada keluarga.

    Salam 1Malaysia aka
    Salam TGNA suka.

    Salam pada generasi TUA2
    TUA2 malais membaca.
    TUA2 suka ikutCeramah saja.
    Salam TGNA tak suka.

    Dah TUA2 tu.
    Buat cara TUA2.

    Tak payah tulih negatif lah.
    Tak payah komen negatif lah.
    Jangan hanya mengaku Islam.
    Kena ikutAjaran.
    Ajaran Islam.

    Sekadaq TGNA pon tak mahu komen.

    • FUIYOOO….!!!!

      Budak Tadika
      berangan nak
      bagi ceramah la….

      KAH…!!! KAH…!!! KAH…!!!

      Ada tauliah ke?
      Nanti “Ostad” UMNO marah…

      KAH…!!! KAH…!!! KAH…!!!

  12. Salam,

    Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu. 4:29

    Dan barang siapa berbuat demikian dengan melanggar hak dan aniaya, maka Kami kelak akan memasukkannya ke dalam neraka. Yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. 4:30

    Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang dilarang kamu mengerjakannya, niscaya Kami hapus kesalahan-kesalahanmu (dosa-dosamu yang kecil) dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (surga). 4:31

    Halal dan Haram dalam Islam oleh Yusuf Qardhawi

    Semua keterangan yang menerangkan tentang tindak kriminal pembunuhan itu, meliputi masalah bunuh diri. Jadi barangsiapa bunuh diri dengan cara apapun, berarti dia telah melakukan suatu pembunuhan yang diharamkan Allah.
    Kehidupan manusia bukan menjadi hak milik pribadi, sebab dia tidak dapat membuat dirinya, anggotanya ataupun sel-selnya. Diri manusia pada hakekatnya hanyalah sebagai barang titipan yang diberikan Allah. Oleh karena itu tidak boleh titipan ini diabaikannya. Bagaimana lagi memusuhinya? Dan apalagi melepaskannya dari hidup?
    Karena itu, berfirmanlah Allah:
    “Dan jangan kamu membunuh diri-diri kamu, karena sesungguhnya Allah maha belas-kasih kepadamu.” (an-Nisa’: 29)
    Islam menghendaki kepada setiap muslim hendaknya selalu optimis dalam menghadapi setiap musibah. Oleh karena itu Islam tidak membenarkan dalam situasi apapun untuk melepaskan dari hidup dan menanggalkan pakaian karena ada suatu bala’ yang menimpanya atau karena gagal dalam cita-cita yang diimpi-impikan. Sebab seorang mu’min dicipta justru untuk berjuang, bukan untuk tinggal diam, dan untuk berperang bukan untuk lari. Iman dan budinya tidak mengizinkan dia lari dari arena kehidupan. Sebab setiap mu’min mempunyai senjata yang tidak bisa sumbing dan mempunyai kekayaan yang tidak bisa habis, yaitu senjata iman dan kekayaan budi.
    Rasulullah s.a.w. memberikan ancaman kepada orang yang berbuat tindak kriminal yang kejam ini dengan terhalangnya dari rahmat Allah dan mendapat murka Allah kelak di akhirat.
    Rasulullah s.a.w. bersabda:
    “Sebelum kamu, pernah ada seorang laki-laki luka, kemudian marah sambil mengambil sebilah pisau dan di potongnya tangannya, darahnya terus mengalir sehingga dia mati. Maka berkatalah Allah: hambaku ini mau mendahulukan dirinya dari (takdir) Ku. Oleh karena itu Kuharamkan surga atasnya.” (Riwayat Bukhari, dan Muslim)
    Kalau orang tersebut terhalang masuk surga lantaran luka yang tidak seberapa sakitnya kemudian bunuh diri, maka bagaimana lagi orang yang bunuh diri lantaran mendapat kerugian sedikit atau banyak, atau lantaran tidak lulus ujian atau lantaran ditolak seorang gadis.
    Berikut peringatan yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w:
    “Barangsiapa menjatuhkan diri dari atas gunung kemudian bunuh diri, maka dia berada di neraka, dia akan menjatuhkan diri ke dalam neraka untuk selama-lamanya. Dan barangsiapa minum racun kemudian bunuh diri, maka racunnya itu berada di tangannya kemudian minum di neraka jahanam untuk selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan alat tajam, maka alat tajamnya itu di tangannya akan menusuk dia di neraka jahanam untuk selama-lamanya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

    “””renungan sepintas lalu buat kita yg masih hidup..”””

    • terima kasih..izinkan saya copy paste ke blog saya untuk dijadikan pedoman bersama rakan-rakan yang lain..

      terima kasih sekali lagi..

  13. Salam gc!

    Tulisan kamu diatas ni, nanti bt si badut tua tu akan kata kamu sengaja merekacipta ayat2 tersebut. Kan dia selalu menulis meyatakan yang kita ni maleh membaca!. Jadi tulisan kamu itu bukan dari pembacaan tetapi dari suka2 rasa nak tulis…

    Membaca dan memahami Alquran itu tidak ditafsirkan suka membaca, membaca pada tafsiran dan menghayati Alquran dan hadith sebagai sekadar amalan.
    Yang dikatakan membaca, mesti baca buku karangan Tokoh2 sekular dan saintis dunia barat, bukan tokoh2 penulis ulamak Islam, kerana tokoh penulis dan ulamak Islam akan pasti merujuk kepada Alquran. Ini tidak selaras dengan pemikiran Umngok dan para pemimpinnya. Ada faham ka gc!.

    Dalam hadith yang kamu nukil berkaitan dengan seorang lelaki luka, kemudian marah sambil mengambil sebilah pisau dan di potongnya tangannya, darahnya terus mengalir sehingga dia mati. Maka berkatalah Allah: hambaku ini mau mendahulukan dirinya dari (takdir) Ku. Oleh karena itu Kuharamkan surga atasnya.” (Riwayat Bukhari, dan Muslim)
    dan seterusnya hadith itu meriwayatkan ketika rasulullah dimaklumkan lelaki itu mati kerana bunuh diri.
    Tindakan rasulullah, beliau tidak sudi mensembahyangkan jenazah lelaki itu.
    Apakah tindakan rasulullah itu tidak dikira sebagai menghina jenazah tersebut?. Ertinya menghina orang yang telah mati!.

    Kalau dikatakan dilarang membuat spekulasi. Soalnya siapa yang dahulu memaparkan maklumat diatas peristiwa kematian pasangan hamba Allah yang menjadi liputan semua akhbar dan blog!.
    Sewajarnya para wartawan tidak perlu bertanya atau menyiarkan apa juga soalan2 dan jawapan yang mengundang persepsi pembaca!.

    Apakah para wartawan tidak maklum setiap mereka yang membaca, pasti ada persepsi sendiri dengan peristiwa yang dipaparkan!.

    Membuat peresepsi peristiwa sebenar, nampak dengan gambar dan berdasarkan fakta kenyataan pihak polis. Apakah menjadi satu kesalahan jika ada kelintasan persepsi ujud dalam pemikiran?.

    Begitu juga, bila ada berita yang disiarkan tanpa bukti yang menyakinkan hasil dari konspirasi untuk mewujudkan satu fitnah kepada manusia yang masih hidup dan punya keluarga dengan niat untuk membunuh kerier politik sesorang tanpa memperdulikan apa yang terpaksa dilalui keluarga mangsa tersebut. Adakah ianya dibenarkan oleh Islam.
    Akhbar dibawah penguasa sebebas2nya menulis yang bukan dari fakta sebenar, tentu saja akan mengundang persepsi sama ada percaya atau pun tidak! Pokoknya matlamat perlu sampai. Soal adanya akal dari kalangan mereka yang tidak dapat terima pembentukan konspirasi tersebut. Itu perkara lain. Itu boleh dipaksakan supaya diterima dengan menggunakan kuasa mahkamah dan undang2.

    Malangnya dalam hal ini tiada pula ada pihak yang telus dan berani mendahulukan syaria’t untuk tampil menegur atau menyampaikan risalah Allah dan rasul ini. Siapa pula kita disisi Allah ketika ini?

    Apakah wartawan menganggap rakyat Malaysia diciptakan sebagai robot. Membaca hanya sekadar latih tubi untuk mata lidah dan mulut sahaja?. Akal dan minda bagaimana?
    Kalau itu yang dimaksudkan. Tak payahlah rakyat membeli akhbar. Lebih baik kerajaan buat macam2 buku dan tulis tentang ketelusan, tentang sumbangan, tentang tiada kezaliman, tentang aman, keselamatan rakyat, tiada kriminal, kebebasan dan akhirnya tidak perlu menulis soal demokrasi semata2 untuk latih tubi membaca.

    Bukankah lebih mudah hanya kerajaan yang sedia ada yang memerintah Malaysia ini tanpa berbicara soal demokrasi. Kalau ISA boleh dilaksanakan tanpa bicara kenapa tidak humban saja demokrasi.

    • SALAM KK

  14. jangan nak mengarutlah semua. hormat arwah, anak-anak dan keluarga mereka. mari kita sama-sama sedekahkan al-fatihah kepada roh kedua-dua arwah. apalah KK ni, boleh tak kau jangan celupar sangat.usah nak bermain ayat. kita semua akan mati juga akhirnya. cuma tak tahu dalam keadaan macamana kita mati.lebih baik kita berdoa supaya mati kita juga dipelihara Allah dalam keadaan yang baik-baik jua. Isya-Allah…..wallahualam.

  15. boleh tak jangan buat spekulasi mengarut ciptaan sendri? fikir kan lah hati keluarga kedua belah pihak. bagaimana dgn ketenangn roh arwah pula? jgn mencipta suatu spekulasi yg merobek hati anak2 mangsa. kita tidak berada ditmpat mereka.

  16. Salam great chief.
    Salam Kucing Kota peliharaan gc.

    Hampa bedua ni.
    Tulih panjang2, sapa tak tahu.
    Hampa copy n paste.
    Hampa bukang pandai tulih.
    Boleh tulih dengan pandai tulih.
    Banyak beza, jauh beza.
    Macam TGNA dengan hamPAS.

    Orang yang suka membaca, tak baca.
    Tulih macam tu.
    Tak menjadi zat pada otak.

    Orang ikut Ceramah saja, yang baca.
    Memang tulih2 begini kegemaran mereka.
    Lepais tu, depa gelak lah.
    Hara, hara, kah, kah, kah.

    Ramai dah kata.
    Tak osah dok panjang2 cerita kejadian ini.
    Hormatlah sikit pada keluarga mereka.
    Allah saja yang tahu.
    Manusia tak akan tahu.
    Manusia yang tak membaca, lagi lah.
    Tak tahu.

    Sekadaq hamPA jangan jadi hamPAS.

    • Hang tu memang
      malaih nak baca
      panjang-panjang
      sebab hang tu
      A B C pun tak luluih…!!!

      KAH…!!! KAH…!!! KAH….!!! KAH…!!!

      Lepaih tu,
      pi habaq geng-geng
      aku ni yang malaih membaca…

      Sapa yang malaih membaca sebenaqnya…???

    • UMNO sahaja pandai tulis. orang lain semuanya tidak tahu.
      Kapal selam tidak boleh selam
      hahaahaha

    • Correct,correct,corect, umno tunggeng kat CINA & India ler.

  17. kata-kata BT – “Orang yang suka membaca, tak baca. Tulih macam tu. Tak menjadi zat pada otak.”

    sebab BT tak suka membaca Al-Quran tu la yang otak BT takdak zat, sampai terencat akai dan tulis merapu dan meraban tu…. kesian kat hang….

    • Oppss… aku lupa.

      Budak Tadika
      ni mana baca Quran…

      Muqaddam pun
      tak khatam-khatam…!!!

      KAH…!!! KAH…!!! KAH…!!! KAH…!!!

      Terima Kasih KeLiWoN
      kerana mengingatkan….

      • budak bodoh tu. sama macam naji. beli kapal selam pun tidak boleh selam. terlampau pandai UMNo ni.

        semua beri pada tauke cina. Pulau batu putih, umno juga yg beri paa cina

        hahahahah umno padai

  18. 2 orang umno telah berkurang. Siapa tembak siapa?. Umno tembak umno.

  19. Assalamualaikum semua

    Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”:Sesiapa yang membunuh dirinya dengan benda tajam, maka benda tajam itu akan dipegangnya untuk menikam perutnya di neraka Jahanam. Hal itu akan berlangsung selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun sehingga mati, maka ia akan meminumnya di dalam neraka Jahanam selama-lamanya. Sesiapa yang menjatuhkan diri dari gunung semata-mata untuk membunuh diri, maka ia akan menjatuhkan dirinya ke dalam neraka Jahanam selama-lamanya.” Riwayat Abu Hurairah”

    BUNUH DIRI puncanya adalah disebabkan kurangnya tahap didikan dan beratnya beban yang ditanggung oleh si pelaku.

    Orang yang beriman tidak akan membunuh dirinya sendiri dengan sebarang alasan kerana Allah S.W.T pernah berfirman yang maksudnya:
    “Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.” (an-Nisaa: 29)

  20. Apa yang berlaku adalah hukuman Allah SWT kepada media yang tidak cintakan kebenaran dan tidak beriman dengan janji-janji Allah SWT. Semua tindakan mereka yang terlibat tidak pernah menadah tangan kepada AllahSWT untuk memohon penglibatan Allah SWT dalam usaha siasatan mereka. Mereka lupa bahawa Allah SWT lebih berkuasa dan lebih mengetahui tindakan mereka, sama ada tindakan rahsia atau tindakan yang dibuat-buat, semuanya dalam pengetahuan Allah SWT.

  21. Rakyat Malassia dilarang berspekulasi tentang misteri kematian Datuk Aziz & Rohana tempoh hari menurut laporan di tb.

    Kenapa lak kita dilarang berspekulasi? Adakah bila kita berspekulasi siasat polis akan terganggu? Atau adakah bila kita berspekulasi akan memfitnah mereka yang telah meninggal?

    Adakah cerita keburukan & kebebalan Lebai Malang, Pak Pandir, Hang Jebat, Sultan Mahmud merupakan satu taboo kerana mereka telah meninggal?

    Bagi gue, apalah salahnya kita berspekulasi berdasarkan maklumat & motif yang terbukti benar. Polis pun membuat spekulasi sebelum menyiasat. Para cendekiawan juga membuat teori berbentuk spekulatif sebelum membuat kajian secara ilmiah.

    Agaknya, para pemimpin kita lebih suka rakyatnya malas berfikir supaya mereka senang dikaldaikan. Oleh itu malangnya nasib kita jadi warga Malassia yek!

    • Kat Malaysia ni,
      bila berlaku aje
      kes jenayah yang
      dilihat semacam
      berprofail tinggi aje,
      Polis terus cakap;

      “Jangan buat andaian/spekulasi”.

      Tu lah modai Polis Malaysia dari dulu sampai sekarang.

      Aku tak rasa depa berdua ni bunuh diri.

      Macam ada yang tak kena dengan kes ni.

  22. mcm tak logik je

  23. salam sahabat handai…….

    what’s behind the story?……..
    what’s behind the screen?………

    KK dan GC dah tulis panjang lebar……..
    dah komen pun………….

    tapi ada orang tak faham jugak…….
    ada yg tak baca pun mcm bt……….
    pasai tu dia dok merepet…dok gelabah…
    esdi dan fiza mungkin tak faham dengan baik kehendak tulisan kk dan gc…….
    apa pula yg nak kata depa mengarut????……
    baca dulu….fahamkan isi dan maksud yg ditulis………

    KK dan GC hanya buat andaian….
    hanya buat andaian……..
    tidak salah buat andaian………
    kalau mati begitu…..kalau mati begini…….
    apa kesannya……..mesti ada kesannya……..
    kesannya mengarah kepada pembalasan yg akan masing-masing terima berasaskan ketentuan al-quran dan as-sunnah……..

    berapa banyak ayat dlm al-Quran dan as-sunnah yg menunjukan kesan kepada amal perbuatan manusia

    cth ayat spekulasi dan ayat andaian…………..:

    “Katakanlah sekiranya berkumpul manusia dan jin untuk mendatangkan (mencipta) seperti al-Quran ini, mereka tidak akan mampu mendatangkan sepertinya, meskipun sebahagian mereka menjadi penolong kepada sebahagian yang lain.” (al-Isra’: 88)

    “Sekiranya penduduk suatu kampung itu beriman dan bertaqwa, nescaya akan Kami limpahkan ke atas mereka keberkatan dari langit dan bumi. Akan tetapi mereka telah mendustakan Allah, lantas Kami hukum mereka terhadap apa yang telah mereka lakukan” [Al-A’raaf 7: 96]………

    kematian yg terjadi di atas memungkinkan terlalu banyak andaian……….
    jadi…..kalau siapa yg maklum mengenainya dari sumber yg diyakini…….bolehlah kita sharing dlm n3 ni…….tu saja……..habis perkara……..

    aku tak nampak pun kk atawa gc menghukum cara kematian itu dengan sesuatu penalti…….jadi tulisan itu masih terbuka untuk dinilaikan subjeknya…………..

    see u……….

  24. Salam..

    ….utk mengelakkan aib si mati, aku menjangkakan kes ini bukan bunuh dn bunuh diri…

    kenapa:
    1) 2-2 adalah ISLAM…agak tidak logik org ISLAM di Malaysia skrg ni, sanggup utk bunuh diri….guna pistol plak tue..
    yg ada sebelum2 ni..acah2 je nk terjun bangunan…

    2) kedudukan mayat yg agak selesa..santai je bersandar kt seat…

    3) kereta CALDINA di lorong kanan, dipandu dgn ??km/h…langgar divider..dan hanya calar skit,kemek skit??agak TIDAK logik..harus di ingt, caldina jauh lebih laju dr kancil atopon honda cup lampu bulat…maka perlanggaran haruslah mempunyai impak yg agak dahsyat…

    4) apakah mungkin,tembakan dr jarak dekat sebegitu tidak menghasilkan apa2 kesan percikan darah dlm kereta??

    5) kenapa POLIS begitu cepat utk TUTUP kes ini??pelbagai persoalan mula timbul apabila pihak POLIS dgn mudah menutup siasatan….hampeh…

    1mesia dselubungi misteri??????…

    • Perghhh…

      CALDINA beb…

      Kereta yang diluar kemampuan aku,
      dan sebahagian besar geng-geng
      Pakatan Rakyat untuk memilikinya,

      …melainkan kroni suku-sakat UMNO Selangor si pencuri pasir…!!!

      • salam

        saja nak menyibuk ni…
        tak mampu Caldina…Camry pun jadila…lepas PRU13…kalu dapat jadi exco PR…ada can la pakai Camry…

        jom melobi…hu

      • Pakatan Rakyat
        bukan tempat
        untuk meobi jawatan,
        pangkat dan kedudukan.

        Kalau nak semua tu,
        pi masuk UMNO…!!!!

      • orang umno sahaja yang boleh miliki kereta mewah-mewah di malaysia ini kerana apa?

        minyak umno dapat percuma.
        Gula umno dapat free.

        hahahaa

        jgn curi duit rakyat sudah leee umno

    • Betul la. Tapi ini orang umno. kita jangan risau atau tidak perlu memikirkan sangat. lagi ramai mereka jalan lagi bagus. tidak kira apa cara Tuhan menjemputnya.

  25. Saya yang kurang membaca ni pun sependapat
    dengan zubir. Kenapa cepat sangat ditutup kes
    ini. Mungkin ini ada jalan disebalik jendela,

  26. kalau kes orang PR sampai skrg tak habis2 kes kat s.alam tuuuuuuuuuu………….org dap………..tuuuuuuuu……. sampai kat BN BARU 3-4 HARI dah TAMATTTTTTTTTTT HIPUD MALAYYYSIIIAAA……….

  27. sedih melihat seorang tokoh negara bertindak begitu kan?

  28. No komen

  29. Polis mengesahkan kematian bekas ADUN Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd Noor, dan pembantu peribadinya, Siti Rohana Ismat sebagai kes bunuh dan bunuh diri.

    KNONEetua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata hasil siasatan pihak polis mengesahkan perkara berkenaan tetapi beliau enggan memberikan butiran lanjut termasuk motif pembunuhan itu.

    Beliau berkata kertas siasatan sedang dikemaskini dan dalam peringkat akhir untuk diserah kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi persetujuan menutup kes.

    “Tiada keperluan untuk dedahkan motif (kejadian) itu. Tiada suspek, individu mahupun orang ketiga yang dicari. Kes dianggap selesai dan diklasifikasi sebagai bunuh dan bunuh diri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sistem Anti Hijack di Kuala Lumpur hari ini.

  30. Salam,
    Kes ini sudah close dan di klasifikasi
    bunuh & bunuh diri.Kes close cepat sangat.
    Tak berapa menyakinkan la…macam saudara
    Gubir kita komen tentang percikan darah.

    Cuba lihat pd image kedua mangsa tersebut pd muka dan pakaian mereka.(utk. kesan darah)

    Siti Rohana mempunyai dua kesan tembakan di kepala manakala Aziz pula dengan satu kesan tembakan juga di kepala.

    google or yahoo search engine for suicide gunshot image …..

    http://www.suicidemethods.net/pix/listpix.htm

    “”””misteri””

    • Macam dirancang. ALLAH sahaja yang maha mengetahui.

      • Salam,

        rasanya ada pihak yg. ke3 terbabit..

      • salam…

        gc berprasangka lagi…Tuhan tak suka orang yang berprasangka buruk…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: