Posted by: pinkturtle2 | September 13, 2010

TG Muhammad Faris dimasyhurkan Sultan Kelantan yang baru berkuat kuasa hari ini

Tengku Muhammad Faris dimasyhurkan Sultan Kelantan

13/09/2010 1:15pm

KOTA BHARU 13 Sept. – Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru berkuat kuasa hari ini.

Pengisytiharan pemasyhuran itu diumumkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Balai Rong Seri Istana Balai Besar di sini pada pukul 12.30 tengah hari ini.

“Maka dengan ini diisytiharkan mengikut perkara 29 A Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan melantik dan mengesahkan Pemangku Raja Kelantan menaiki takhta menggantikan ayahanda baginda berkuat kuasa hari ini,” katanya.

Sementara itu, tiada Persidangan Dewan Undangan Khas Negeri Kelantan diadakan hari ini yang dipercayai berkaitan dengan pemasyhuran Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan.

Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Halim Hamad ketika dihubungi berkata, majlis yang diadakan di Kota Darulnaim, pejabat pentadbiran negeri hari ini adalah majlis jamuan raya dan bukannya sidang dewan.

Dalam pada itu, kesemua wartawan tidak dibenarkan masuk untuk membuat liputan di Kota Darulnaim kerana mempercayai adanya sidang dewan khas bermula pada 10 pagi.

Wartawan-wartawan hanya dibenarkan menunggu di balai pengawal pada pintu masuk Kota Darulnaim.

Mereka ditunjukkan sekeping surat oleh pengawal dari Unit Protokol Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan yang tidak membenarkan sebarang liputan dibuat.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa Pemangku Raja Kelantan akan dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan hari ini setelah lebih setahun menjadi Pemangku Raja. – Bernama


Responses

  1. daulat tuanku -3x

  2. “Kawe buke ore Kelate”

    “Tapi kawe” sokong
    Tengku Faris
    jadi Sultan Kelantan.

  3. kawe pung! daulat tuanku-3x

  4. Assalamualaikum…..

    ALLAHU AKBAR
    ALLAHU AKBAR
    ALLAHU AKBAR

    DAULAT TUANKU!

    Lama jgk saya tk masuk sini ye….rindu pulak nak bercerita……btw pagi jumaat baru ni saya ada pergi ke majlis sembelihan lembu kurniaan Tuanku Faris utk rakyat jelata…..

    Kurniaan lembu ni sempena harijadi baginda yg jatuh pada hari Rabu 6 Oktober…….sapo yg tak gi masjlis sembelihan tu rugi la…..baginda sembelih sendiri lembu tu…….paling best Tuanku Faris sempat buat lawak……kami semua ketawa……memang kelakar Tuanku kita ni…..

  5. Hadir sama adinda baginda Tg Bendahara Faiz & Tok Guru Nik Aziz………TB Faiz tiba dulu……saya mmg respek sgt TB Faiz ni sama mcm saya respek kt Tuanku Faris…….TB Faiz ni org nya sgt ‘low profile’,mesra,kalu bersalam selalu hulur kedua belah tangan,tidak mementingkan protokol dan senyum mesra sokmo……..

    Sambil menunggu ketibaan kekandanya TB Faiz masuk ke dlm masjid menunaikan solat sunat dhuha dulu……bila Tuanku Faris sampai,kedua2 beradik ni sembahyang sunat dulu baru ke tempat sembelihan……….

  6. Paling best dapat dengar Tuanku Faris berjenaka…… mmg kelakar la baginda…….sampai Tok Guru pun ketawa sama…..

  7. Salam ukhuwwah…x sabar tggu esok menjelma…
    esok ialah pengumuman adinda Tuanku Faris iaitu Tengku Faiz Petra (Tengku Bendahara) sbg TENGKU MAHKOTA KELANTAN yg baru…..

    Tg Faiz Petra ni org nya merendah diri dan bijak…pendidikan pun tinggi….lebih tinggi dr Tuanku Faris sendiri……..

    I LIKE HIM SO MUCH!
    ALLAHU AKBAR & DAULAT TUANKU utk Tengku Muhammad Faiz Petra………Moga DiBeri Barakah Oleh Allah Taala sepanjang masa hendaknya….amin ya rabbal alamin….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: