Posted by: pinkturtle2 | Oktober 21, 2010

kenyataan Ketua Pemuda Umno dalam menangani isu-isu perkauman perlu dikaji semula

kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin agar Pemuda tidak cepat melatah dalam menangani isu-isuperkauman agar tidak menyentuh sensitiviti kaum di negara ini perlu dikaji semula - Pemuda Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Mohd Rafli

‘Taring’ Pemuda Semakin Hilang

KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda Umno dilihat gagal memainkan peranannya sebagai pembela nasib bangsa Melayu terutamanya berkaitan isu perkauman yang berlaku akhir-akhir ini.

Perwakilan Pemuda Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Mohd Rafli berkata, menerusi perkembangan terkini, isu-isu yang berkaitan dengan kepentingan orang Melayu yang sepatutnya dijuarai oleh Umno telahdiambil alih oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu.

Jelasnya situasi berkenaan sedikit-sebanyak memberikan gambaran kepada rakyat bahawa peranan yang dimainkan Umno kini diambil alih oleh NGO bagi membela nasib orang Melayu.

“Pemuda Umno kini kurang sentuhan pembelaan terhadap orang Melayu, perkara ini merupakan sesuatu yang kita perlu akui.

“Kelemahan kita nampaknya telah dipergunakan oleh NGO-NGO tertentu, namun hakikatnya ialah kita sendiri yang mencipta ruang kekosongan itu,” katanya ketika membahaskan Ucapan Dasar Ketua Pemuda Umno di sini, Rabu.

Selain itu beliau berkata, kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin agar Pemuda tidak cepat melatah dalam menangani isu-isuperkauman agar tidak menyentuh sensitiviti kaum di negara ini perlu dikaji semula.

Menurutnya, tekanan mengenai isu-isu perkauman tetap perlu dilakukan oleh Umno sebagai menyatakan pendirian parti berkenaan.

“Sebenarnya dalam BN (Barisan Nasional) kita ada kaedah untuk selesaikan isu perkauman.

“Pada masa yang sama kita perlu lakukan tekanan, kita kena nyatakan pendirian kita sebagai langkah pembelaan (kepada Melayu),” katanya.

Sebagai contoh tegasnya dalam isu Wee Meng Chee atau dikenali sebagai ‘Namewee’, seorang pemuda dari Muar, Johor sepertimana yang disiarkan dalam laman web YouTube, membuat klip video berbaur perkauman denganmerujuk kepada kes seorang guru yang dikatakan membuat kenyataan berbaur perkauman, antara lain mencerca guru berkenaan serta menyebut Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai kurang ajar.

Selain itu, Namewee dalam klip video di laman web Youtube, berulang kali menunjuk isyarat lucah serta baris perkataan tidak senonoh.

Sebelum ini, Namewee pernah mencetuskan kemarahan rakyat dengan menghina lagu kebangsaan dan mempersendakan kerajaan menerusi sebuah klip video pada 2007.

Mohd Razlan berkata, sehingga kini Namewee masih tidak dikenakan apa-apa tindakan walaupun tidak serik melakukan kesalahan menghina negara.

“Berbanding kes guru yang didakwa menghina dan mencetuskan isu perkauman…mereka kini telah dikenakan tindakan.

“Sebab itu saya katakan bahawa kita kena imbangi dengan apa yang dilakukan oleh NGO, kita kena tunjukkan bahawa Umno sentiasa kehadapan dalam membela nasib Melayu,” katanya. Mstar


Responses

  1. Bismaillah.
    JASA HALI ATAU PAKAR ADALAH LEBIH BERSIH DARIPADA JASA POLITIK.

    Baca sejarah perjuangan Melayu Islam di Melaka dan semua negeri di Semenanjung dan kepulauan Melayu. Baca buku sejarah yang tidak ditulis oleh Inggeris dan penulis upahan dan kitab agama di Asia maka bahrulah orang politik mengerti tanggung jawabnya.

    Jasa pejuang dan peneroka pakar setiap bidang kehidupan merupakan jasa yang cemerlang. Tanpa tukang kita tidak ada senjata, tiada kapal dan tanpa falsafah pendidikan maka orang politik pun jadi PENGUASA yang tidak tahu hala tujunya, qalbunya tertutup oleh nafsu kebendaan, bukan ?

    Bahayanya keputusan politik ialah apabila mereka tidak mempunyai ilmu khusus dan diikuti kekosongan walyah ikhlas dalam diri pemimpin.

    ~Aq 21 Oktober 10.

  2. Salam 1Malaysia aka
    Salam TGNA suka.

    Sapa pun boleh bela.
    Nasib Melayu.

    Kita pun bela jugak.
    Kita dok suruh suku2sakat2tua2.
    Supaya banyak membaca.
    Supaya banyak mencari ilmu.
    Belalah, namanya tu.

    Yang tak sedaq diri.
    ikutCelamah, nasik kandaq, Kucing Kota, great chief, KeLiWoN.
    Bela macam mana pun.
    Dok lagu tu lah.
    Dok tak gi.
    Dok plan-plan kayuh.

    Sekadaq dah tak terbela.

  3. salam bro n sis………….

    aloo BT aka Badut Tua…………
    hang tak pi tengok sarkas ka…atawa hang pun dok sama dlm sarkas tu…….
    hang jngn dok becakap dari jauh saja………..depa perlu idea hang yg kuat membaca……….jangan kedekut ilmu hang laa………..masa nie laa hang kena tunjuk terer hang tu………kalu takat dok merapu melana dlm n3 nie……..tak jadi benda jugak……………kah kah kah

    aku tengok dlm permainan sarkas hangpa nie depa dok cakap pong pang pong pang….
    last sekali depa sendiri tak paham apa yang depa cakap…hat mana dok kata kat orang hat tu lah yg depa dok buat……….dah kena dah jadi badut amnopco mcm BT kita nie………… kah..kah..kah…

    walhasilnya…mentaliti puak2 sarkas yang syok sendiri bila dapat mikropon…
    jenis otak blurrrrrrrr… melalak atas pentas macam sasau….kah kah kah

    kanciang manyak kuat… wooooo…!!!!

    • Salam nasik kandaq.

      Baguis, baguis.
      Hang memang minat kat depa.
      Hang tentu tak dapat masuk.
      Hang bawak pengandaq, mana boleh masuk.
      Hang besila beselipoh atas lantai depan tv besaq ka.
      Yang hang tau semua.
      Tu.

      Kita lain.
      Kita tak kisah pon.
      Kita tak payah dengaq apa yang depa cakap, pon.
      Kita tak payah tengok depa, pon.
      Kita memang pembela.
      budak tadika pembela suku2tua2.
      Suruh suku2tua2 suka membaca.
      Suruh suku2tua2 berbudi bahasa.
      Suku2tua2.
      Macam hang la.

      Sekadaq kita tak merapu lah.

  4. Penubuhan Umno adalah mengambil kesempatan diatas pejuang kemerdekaan tulin dari berbagai pemimpin rakyat Malaya.

    Anak bangsawan melayu Malaya yang mendapat didikan dari Kolonial Inggeris tentu saja punya minda dan otak acuan penjajah, pastinya telah disokong oleh kolonial Inggeris ini menubuhkan parti politik berteraskan kaum melayu, dengan bentuk perlembagaan yang disusun bagi menguntungkan Kolonial, ini tentu saja memudahkan kolonial Inggeris menentang dan memadam hasrat pejuang kemerdekaan tulin rakyat melayu Malaya yang maukan perlembagaan Islam mengikut agama yang mereka anuti.

    Dengan penubuhan Umno maka ramailah pemimpin dan ulamak2 Islam melayu telah dibunuh dan dipenjarakan. Kemudian pemimpin Umno dengan bantuan Inggeris telah berunding sesama mereka konon untuk menuntut kemerdekaan dan akhirnya telah tercapailah cita2 orang melayu mendapat kemerdekaan Malaya.

    Begitulah bermulanya penjajahan baru Melayu Umno yang menyambung doktrinasi ciptaan Jose Sulay dan Reid.

    Kesempatan menjajah negara Melayu ini telah digunakan oleh Tun M seorang intlek keturunan India+melayu yang sangat memahami budaya melayu yang setia, rendah diri dan mudah membalas budi walaupun budi yang ditaburkan itu kepunyaan mereka sendiri. Semua kelemahan orang melayu ini telah dikaji semasa beliau menjadi doktor perubatan dihospital2 daerah dan semasa beliau membuka klinik persendirian. Senjata yang melemahkan melayu ialah agama dan hak ketuanan melayu.. terbukti beliau telah berjaya dan kejayaan beliau inilah menjadi ikutan kepada pemimpin Umno hari ini dan akan datang.

    Pembodohan kepada rakyat melayu yang dicipta supaya cinta kepada Umno mesti diteruskan seperti apa juga yang ditanam oleh MCA dan MIC oleh pemimpin mereka atas nama bangsa, sedangkan Pemimpin ini bersidang atas nama Perikatan dan BN untuk sama2 mengambil peluang membaham harta negara sebagai menyambung teradisi kolonial Inggeris yang memunggah harta rakyat Malaya sebagai sumber kekayaan negara mereka..

    Untungnya kabinet PM ke4 ke5 dan ke6 bila hasil bumi melalui minyak Petronas yang bernilai berbilion2 Rm tidak dimasukan dalam akaun wang yang disatukan, telah menyebabkan orang2 melayu Umno berantakan untuk menjadi pemimpin, kerana Umno dan Umno ciptaan Tun telah menjadi lombong produk melayu menjadi kaya tanpa susah2 bertungkus lumus menjadi saudagar tulin.

    Malangnya dalam era ini bila sebahagian orang melayu dan kaum lain telah meminggir Umno dan BN. Umno terpaksa mengulangkaji Ilmu yang ditinggalkan oleh Kolonial Inggeris bagi mengekalkan kuasa.

    Pecah dan perintah senjata primitif Inggeris ini tetap menjadi pilihan Umno. Bara Perkauman terus terusan ditiup semoga menjadi api yang menyala. Bila nyalaan ini telah betul2 membakar dan menelan mangsa tanpa kira apa bangsa Umno akan menggunakan talian hayat yang dibenarkan oleh undang2 ciptaan kolonial. Ketika itu satu perasaan lega atas nama mempertahan kuasa, akan terserlah diwajah mereka yang bernama pemimpin ketuanan melayu, biarpun bangsa rakyat Malaysia telah terkorban bergelimpangan dikota2 dan desa. Pokoknya mereka telah Berjaya..

    Umno memang celaka…..

    • Salam Kucing Kota.

      Yang hang dok mengamok.
      Pasai apa.

      Belajaq di negeri orang putih.
      Dapat budaya orang putih.
      Belajaq di negeri arab.
      Dapat budaya pak arab.
      Belajaq kat China.
      Dapat budaya Cina.
      Hang nak cerita kat sapa.
      Semua orang tau.

      Jadi Kucing Kota.
      Senang.
      Makilah, kutuklah.
      Kucing.
      Tak kena soal.
      Kucing mati, mana kena baca talkin.
      Maka dikecuali dari soalan.
      Hang tau kan.

      Tapi, tak apa.
      Sekarang ada 2 PRK menanti.
      Hang pi lah.
      Kempen kat sana.

      Sekadaq jangan kempen dlm bilik ayaq.

  5. Jadi, hang taulah yang parti keparat Umno ni ditubuhkan untuk jadi penjajah baru kepada rakyat Malaysia, hang pun sama jugak la menjunjung dasar penjajah Melayu ni yer!!
    Takpa..lah pasai hang pun dapat habuan samada masyukk atau dapat habuan jadi kelompok melayu yang bodoh dulu kini dan selamanya..

    Kalau dah tau diri tu bodoh janganla nak berlagak pandai..bodoh tetap kena kata bodo

    Yang paling malang hang tu bodo macam telog..
    Terlopong lopong tengok pisang mencucok apam…..

    • Kesianlah kat hang.
      Betoi2 macam kucing dok tunggu tulang-tulang.
      Ikang.

      Nak bebicara tentang penjajah.
      Erti penjajah pon.
      Tak tau habis.
      Habis tu nak bebicara.
      Habis lah.

      Dah kecewa.
      Kecewa dengan hidup.
      Sini tak kena, sana tak kena.
      Sudah nasib hang.
      Mesti banyak dosa.
      Kang.

      Tapi, banyak dosa pon.
      Hang tak kena soal.
      Sebab hang Kucing.

      Sekadaq begitu perangainya Kucing Kota.

  6. Salam,

    Dari awai kemerdekaan sampai ke la dok kisah lagi
    pasai kaum.Ketua plak tu dok gebang..

    Tu la kuncu2 & balaci taraf kuli kiang dok amal..
    Dah sebati dlm jiwa…tak habih2 …kaum

    Kalau sarkis ni dah tak dak
    tang mana la depa ni nak menempek….

    Asal saja nak buat kena jaga sensiviti kaum..
    “””jumud sunggoh”””

    Plan2 open la …..daiiiih macha….

    haru biru sunggoh………..

    • Salam great chief.

      nasik kandaq haru biru.
      Hang pun haru biru.

      nasik kandaq kata sarkis.
      Hang pun kata sarkis.

      Cuma bila.
      nasik kandaq jadi biru kelabU tak berasap.
      Hang hanya jadi merah jambu yang plan-plan bekulat.

      Sekadaq hamPASesukusesakat.

      • Salam BT,

        Haiya ini macam saja ka
        Boh isi la

        Tau ka ini tuhan ALLAH bikin
        ini dunia kasi semua olang dudok suka2
        Tapi lu olang bikin ini dunia
        Ikut lu olang punya otak punya suka..

        chit no saa’///chao
        wa plan2 kayuh..ok aaa’

  7. Bismillahirahmanirahim !

    Taraf berfikir kebabnyakan Melayu boleh disukat pada apa yang mereka berkata, menulis, bekerja.

    Akhbar tertentu mungkin dapat diterjemahkan bahawa jika ingin tahu tentang orang Melayu berfikir bacalah akhbar…dan tv… Itulah otak dan nilai dan norma hidup Melayu.

    Ramai yang tidak tahu sejarah diri dan bangsanya dan negara ini. Hubungan dengan negara jiran dan “Kepulauan Melayu” lagi teruk.

    Membaca sahja tidak cukup. Kena tanya orang yang ahli dan berfikir dengan tersusun. Bukan hentam perkata hal peribadi seseorang. Ruangan ini sangat berharga. Allah kurnia sedikit sahaja “luang begerak”. Tangan terseliuh, mulut herut, kaki lumpuh mata rabun mungkin akibat menegakkan yang bathil. Balasan Allah : Surah As Sajdah : 21 mengingatkan.

    Untuk menambah bahan dasar berbahas maka dianjurkan kepada pembaca antara lain yang saya boleh tulis seikit di sini :

    1. Peranan mendiang David Marshall dan Alex Josey di Singapura dan dunia sebelah sini

    2. Peranan Singapura semasa berkongsi dengan Malaysia

    3. Kewibawaan Sabah dam Sarawak

    4. Pernanan Singpura dalam projek Iskandar Johor

    5. Kekuatan ekonomi-dagang Melayu berbanding dengan jaringan ribuan guilds dan raksasa Chambers of Commerce

    6. Intellectual forces : Melayu, China, India dll.

    Jika hendak tahu pohon boleh lihat pada buahnya.
    Sekian dulu, semoga tidak jadi kusut .

    ~Aq 24 Oktober 2010.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: