Posted by: pinkturtle2 | Oktober 22, 2010

PAS Calonkan Dr Zulkefli Mohamad Sebagai Calon Di Galas

PAS Calonkan Dr Zulkefli Mohamad Sebagai Calon Di Galas

GUA MUSANG: Pengamal perubatan yang juga Pemangku Yang Dipertua PAS Kawasan Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad dipilih sebagai calon parti itu untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Galas 4 November ini.

Pengumuman nama calon itu dibuat oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan, pada ceramah perdana sempena 20 tahun pemerintahan Islam di Kelantan kira-kira 12 tengah malam ini di Dataran Ilmu GuaMusang.

Barisan Nasional akan mengumumkan nama calonnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu Ahad ini.

Dr Zulkefli, 44, yang memiliki sebuah klinik di Ciku, Gua Musang, merupakan anak bekas Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Guchil, Mohamed Awang pada tahun 1974 dan merupakan anak ketujuh daripada 10 beradik.

Beliau pernah kalah kepada Tengku Razaleigh Hamzah ketika bertanding merebut kerusi Parlimen Gua Musang dalam pilihan raya umum 2008, dengan majoriti 4,394 undi.

Kekalahan itu merupakan kali kedua beliau tewas kepada Tengku Razaleigh dalam pilihan raya umum bagi kerusi Parlimen Gua Musang. Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya Chek Hashim Sulaima, 46, daripada PAS, yang meninggal dunia akibat kanser usus pada 27 September lalu.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, 11,553 pengundi layak untuk mengundi dalam pilihan raya kecil itu iaitu Melayu 7,125 orang atau 61.7 peratus, kaum Cina 2,317 atau 20.06 peratus, India 185, Bumiputera Siam 10 orang dan Orang Asli 1,889 orang. – BERNAMA

Advertisements

Responses

  1. Salam 1Malaysia aka
    Salam TGNA suka.

    Selamat berpilihanraya.
    Selamat bersukaria.
    Kepada suku2sakat2tua2.
    Yang suka tapi malais membaca.
    Berebut2 menaikkan bendera2.
    Bendera2 warna logo budak tadika.
    Kita.

    Nampaknya.
    Berpengandaqlah bendera dibawa.
    Ramailah chief turun bercerita.
    Tapi tak great, tak great juga.
    ikut-ikutCelamah pun cela-cela.
    Buang2 tulang2 KeLi pun merata-rata.
    Rezeki Kucing Kota tekebil-kebil mata.

    Sekadaq cuba nak berpuisi saja.

  2. BISMILLAHIRAHMANNIRAHIM

    minta calon istiharkan hartanya dan keluarga yang terdekat.

    Cabar mereka terutama yang sudah kaya raya yang tidak sudi terima wang royalty minyak supaya kirim tanda tangan kepada kerajaan Kelantan.

    “JANGAN KAMU CAMPURKAN YANG HAQ DENGAN YANG BATHIL DAN JANGAN KAMU SEMBUNYIKAN
    HAQ ITU SEDANGKAN KAMU MENGETAHUINYA”
    ~AL BAQARAH 42.

    ‘AL-HAQ ITU ADALAH DARIPADA ALLAH MAKA JANGAN KAMU RAGUI’ ~ AL-BAQARAH 147 dan Al-IMRAN 60.
    SEMOGA YANG HAQ SEGERA TIMBUL dan YANG BATHIL TENGGELAM LANYAP. AMIN

  3. Kesiaannn..budak tadika sibadut tua yang tak suka warna logo ijau untuk dia. Tapi nak buat macam mana bila dia mola2 entry blog ni, tuan punya blog bagi warna ijau ni kat dia. Sepatutnya dia nak warna merah, bila dia bega bole buat rupa symbol gerombolan keris lucah tak pakai sarong tak payah pakai lambang kristian..

    Kesiaaan kat gerombolan keris lucah yang kaya dengan macam2 idea fitnah ni. Kesian pasai tak dapat hidayah dari Allah..

    Serangan fitnah mola puak gerombolan kempen PRK Galas ni, depa dakwa dan siarkan dalam sorat habag, calon Galas ni pernah ditangkap khalwat dengan seorang wanita sebelum menjadi isterinya nama Ramelah.

    Maka seronok la balaci cari makan secara haram macam budak tadika, pasai dah ada isu nak belasah calon macam depa belasah Zaid Ibrahim minum arak.

    Tup tup bila calon ni buat kenyataan Ramelah perempuan yang dituduh tu, adalah ibu calon tu sendiri dan Isteri dia nama Zainab binti Jarr..

    Terkantoi la puak gerombolan dan sorat habag yang dok siar cerita ni..

    Tapi calon ni kerana dengag nasihat ustad si badut tua jangan kutuk jangan maki oghang. Dia cuma berkata dia berdoa’ kepada Allah semoga Allah mengampunkan puak ni dan mintak dibagi hidayah..

    Baguih budak tadika si badut tua nii… ilmu tinggi pasai kuat membaca tak macam Dr. Zul calon Pas Galas Malais (maleh @ malaih) membaca..

  4. Salam 1Malaysia aka
    Salam TGNA suka aka
    Salam 1Kelate.

    Pendapat kita la.

    UMNO tak usah bertanding.
    Kesian kat TGNA.
    Dah letih TG.
    Beri menang percuma.
    Pada PAS.
    Sebagai gesture (keikhlasan dan kejujuran).
    Pada PAS dan pada TG.

    Pendapat kita juga la.

    PAS pula kena adakan majlis kesyukuran.
    Beri ceramah dengan penuh keikhlasan.
    Terima gesture yang diberi.

    Sekadaq cadangan la.

  5. salam………

    Tahniah……..
    Tahniah Dr. Zul……….
    anda menepati calon dikehendaki………

    keroja kuat sikit,,,,,,
    puak depa dah tak larat galaih dah……..
    macam-macam depa dok galaih…..
    sampai telondeh seluaq………
    eeeeeeeee malunya !!!

    la nie depa dok taboq duit merata………
    mcm kassim baba daah………

    mari kita tengok sapa yg kena…….

    kah kah kah
    green the world green the world

    • Salam nasik kandaq.

      Hang dok bagi tahniah apa.
      Nanti kalah.
      Baru hang tau.
      Pengandaq kemana.
      Nasik kemana.
      Kucing Kota kelaparan.
      great chief plan-plan krosot.

      Sekadaq nak gelak kat hang.

  6. Salam,

    PILOT vs DR
    SIJIL PENERBANGAN MALAYSIA vs PERUBATAN

    Macam langit & bumi

    Plan2 dok tengah pikiaq
    Plan2 dok mai rasa krosot

  7. salam gc………

    cantik analogi tu………
    pasai tu dlm ceramah dia pun dok merendah diri saja……..memang dah tau tak boleh nak lawan…cuma dok banding saiz badan saja laa……..habaq dia tu kuruih sikit dari yg obess tu……….

    macam budak tadika nak lawan budak U….mana nak ngam……..

    kah kah kah………..

  8. Salam great chief.
    Salam nasik kandaq.

    Lebih cantik analogi.
    Bila.

    great chief vs nasik kandaq.

    macam roket dengan pengandaq.

    Sekadaq manyak cantik.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: