Posted by: pinkturtle2 | Oktober 22, 2010

Kita Pertahankan Putrajaya Dari Dirampas Pakatan Rakyat

Malaysian Prime Minister Najib Razak, center, is escorted as he  inspects a guard of honor during the Malaysia ruling party United Malays  National Organization (UMNO) general assembly in Kuala Lumpur,  Malaysia, Thursday, Oct. 21, 2010. Najib has moved to curb rifts between  the Malay majority and ethnic minorities by warning that the country  could end up destroyed by quarrels over whether all races were getting  fair treatment.

Malaysian Prime Minister Najib Razak (2nd L) inspects party  delegates parade during an annual general assembly in Kuala Lumpur on  October 21, 2010. The ruling party UMNO's five day general assembly 2010  began today with the official opening by the party President Najib  Razak.

Malaysia's Prime Minister Najib Razak (C) hoists the party flag  during an annual general assembly in Kuala Lumpur on October 21, 2010.  The ruling party UMNO's five day general assembly 2010 began today with  the official opening by the party President Najib Razak.

Former Malaysian Prime Minister Mahathir Mohamad, left, and his  wife Siti Hasmah attend the Malaysia ruling party United Malays National  Organization (UMNO) general assembly in Kuala Lumpur, Malaysia,  Thursday, Oct. 21, 2010. Malaysia's leader has moved to curb rifts  between the Malay majority and ethnic minorities by warning that the  country could end up destroyed by quarrels over whether all races were  getting fair treatment.

Malaysian former prime minister Mahathir Mohamad attends the ruling  party's annual general assembly in Kuala Lumpur on October 21, 2010.  The ruling party UMNO's five day general assembly 2010 began today with  the official opening by the party President Najib Razak.

Malaysian Prime Minister Najib Razak addresses the ruling party's  annual general assembly in Kuala Lumpur on October 21, 2010. The ruling  party UMNO's five day general assembly 2010 began today with the  official opening by the party President Najib Razak.

Malaysian former prime minister Mahathir Mohamad smiles as he  attends the ruling party's annual general assembly in Kuala Lumpur on  October 21, 2010. The ruling party UMNO's five day general assembly 2010  began today with the official opening by the party President Najib  Razak.

Malaysian Prime Minister Najib Razak (C) shouts slogans at the end  of his address to the ruling party's annual general assembly in Kuala  Lumpur on October 21, 2010. The ruling party UMNO's five day general  assembly 2010 began today with the official oepning by the party  President Najib Razak.

Malaysian Prime Minister Najib Razak shouts slogans at the end of  his address to the ruling party's annual general assembly in Kuala  Lumpur on October 21, 2010. The ruling party UMNO's five day general  assembly 2010 began today with the official oepning by the party  President Najib Razak.

Malaysian Prime Minister Najib Razak gestures as he delivers his  opening speech at Malaysia's ruling party United Malays National  Organization (UMNO) general assembly in Kuala Lumpur, Malaysia,  Thursday, Oct. 21, 2010. Najib has moved to curb rifts between the Malay  majority and ethnic minorities by warning that the country could end up  destroyed by quarrels over whether all races were getting fair  treatment.

Malaysian Prime Minister Najib Razak shouts slogans during the  Malaysia ruling party United Malays National Organization (UMNO) general  assembly in Kuala Lumpur, Malaysia, Thursday, Oct. 21, 2010. Najib has  moved to curb rifts between the Malay majority and ethnic minorities by  warning that the country could end up destroyed by quarrels over whether  all races were getting fair treatment.

Kita Pertahankan Putrajaya Dari Dirampas Pakatan Rakyat

Maka, kepada semua saya berpesan, kepada semua saya beri pedoman, janganlah kita terpalit damak beracun sandiwara lawan yang hanya menempah alam kegagalan. Berpasaklah kepada parti UMNO. Bertetaplah kepada panji-panji Barisan Nasional. Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!

Demi Islam, Demi Melayu dan Demi Malaysia.
Bersamalah Mendaya Bangsa, Meneraju Kemakmuran.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan Perhimpunan Agung UMNO kali ke-61, tahun 2010.

Najib: Apapun terjadi, Putrajaya mesti dipertahan

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

 

Umno berada dalam kedudukan bahaya, terdesak untuk mengekalkan kuasa Putrajaya – Mahfuz

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat melihat ucapan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak semalam sebagai kredit kepada perikatan itu, di samping dengan sendirinya mengakui kedudukan orang Melayu tidak akan terjejas sama sekali meskipun Barisan Nasional (BN) digantikan dari menerajui Putrajaya.

“Ya, saya menganggap bahawa Datuk Seri Najib mengakui kebolehhan dan keupayaan kami Pakatan menggantikan Umno dan Barisan Nasional di pusat… saya anggap mesej yang disampaikan beliau sebagai satu kredit,” kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar kepada The Malaysian Insider.

“Saya secara peribadi melihat beliau terima hakikat akan kedudukan kami untuk menawan Putrajaya,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena merujuk kepada ucapan dasar kedua Najib selaku Presiden Umno semalam.

Mahfuz berkata, pengiktirafan itu terbukti dalam beberapa perkara yang ditekankan oleh Najib, yang juga Perdana Menteri.

Kata Mahfuz, pemimpin-pemimpin BN khususnya Umno selama ini menakut-nakutkan bahawa hak dan kedudukan orang Melayu akan terjejas jika kerajaan pusat dikuasai oleh Pakatan Rakyat.

“Jadi, kami melihat ucapan pemimpin dan perbahasan perwakilan menunjukkan Umno berada dalam kedudukan bahaya, terdesak untuk mengekalkan kuasa Putrajaya.

“Itu sebabnya Datuk Seri Najib sanggup mengatakan Umno mesti mempertahankan Putrajaya dalam keadaan walau apa pun yang terjadi,” kata Mafuz lagi yang turut khuatir dengan kata-kata “walau apa pun terjadi.”

Kata-kata itu, menurut beliau, Umno akan menggunakan apa jua cara sebagaimana pernah disaksikan di Perak awal tahun lalu.

“Mereka seolah-olah tidak akan meninggalkan kuasa pusat mereka dalam apa cara sekalipun walaupun ia bertentangan dengan lunas undang-undang,” katanya.

Tambah Mahfuz, oleh kerana Najib sendiri mengakui bahawa hak orang Melayu dan semua kaum “terkunci kemas” dalam Perlembagaan, maka “serahkan kunci kepada Pakatan Rakyat” untuk dijaga dengan baik dan adil.

“Umno dan BN sudah boleh jaga kunci, serahkan kunci itu kepada kami,” kata beliau lagi.-The Malaysian Insider-Najib akui hak Melayu dijaga jika pun Pakatan ganti BN di Putrajaya.


Responses

  1. Mari kita bersama-sama tumbangkan golongan yang sesat lagi menyesatkan ini agar kita tidak terpalit segala dengan dosa dan kemungkarang yang diamalkan oleh mereka yang zalim ini supaya kita tidak akan menyesal di hari perhitungan kelak.

    Berazam dan bertekadlah untuk mendaulatkan Syariat Islam dalam kehidupan kita. Sesungguhnya tipu daya syaitan itu mereka amat licik dan ia bersama-sama dengan golongan yang zalim ini.

    Semoha Allah S.W.T memberikan kita kebijaksanaan dan kekuatan untuk memilih untuk bersama-sama golongan yang mendapat keredhaanNya.

  2. Bismillahirrahmanirrahiim !

    Saya dapat mengikuti ucapan Presiden UMNO, Dk. Najib. Mengenai ‘Umno akan menggunakan apa jua cara…” itu memerlukan penerangan teperinci daripada pemidatonya.

    Tanpa perincian maka berbagai terjemahan dan tafsir boleh dan perlu dibuat. Mungkin mereka akan mengaitkan sejarah jenayah politik dan kedudukan kuasa-ekonomi yang mencerut kehidupan rakyat bawahan. Ini dapat dibongkar daripada berbagai sumber rakyat bawahan dan kaum akademik.

    Beberapa negara telah memperlihatkan suasana NGERI akibat daripada keputusan politik. PERANG DUNIA PERTAMA dan KEDUA, dan perang sedang dan kecil diikuti dengan fitnah dan pembunuhan adalah diputuskan oleh “kuasa politik”. Bukankah begitu ?
    Tanyalah askar apakah mereka yang mahu berperang dan mati meninggalkan ribuan janda dan anak yatim ?
    [Apakah orang politik gembira menampung janda ?]

    ‘The end justifies the means, ertinya Tujuan menghalalkan cara’ ~ The Prince

    Kuasa Politik dari segi penggunaannya banyak kelemahan. Cukup banyak dan panjang kisah politik jika mahu dibentangkan disini.
    Antaranya :
    Politik adalah salah dijadikan sebagai “profession”, iaitu satu jenis pekerjaan atasu tempat cari “makan”;

    bidang politik tidak boleh difokus terlalu tinggi seperti bidang ilmu dalam berbagai pekerjaan ;

    politikus atau politkawan perlu ada ilmu khusus yang mereka boleh membangunnya bersama kuasa-sementara.
    [Tun Mahathir septutnya mendirikan hosptial dengan universiti perubatan yang termashhor di dunia, bukan KLCC yang jiwanya atau semangat KHIDMATnya itu kosong.]

    [bagi saya KLCC hanya untuk rakyat pasang angan-angan dan masuk golongan kalaktu sahaja]

    Ingin dengar daripada mereka yang tinggi maqam berfikirnya dalam perihal politik dan pembangunan jasmani dan rohani. Sekian dahulu. Maaf.

    ~Aq Malaysia : 22-10-10

    • UKURAN TARAF KEHIDUPAN :
      Nasib Melayu kebanyakannya seperti kelakatu iaitu unggas dari tanah yang gilakan cahaya waktu malam. Mereka keluar ke kota raya melihat keindahan dan pulang
      keletihan pasang mimpi. Apakah begitu ?

      Berapa keluarga (15 keluarga ?) yang menguasai “ekonomi” Malaysia ? Dengan kata lain sebut sahaja keperluan dari atas kepala, muka, mulut, baju dalam dan luar, seluar dalam dan laur sampai ke kaki ; barangan keperluaan di dapur sampai keluaar pintu rumah sampai yang pegang jenamanya ?

      Siapa sudah kuasai tanah, air, api dan nagin (komunikasi). Jaringan PLUTOCRATS begitu kuat seperti sotong ketak dan jaringan melingkungi semua bidang. POLITIK DAN KEAMANAN berada dalam pengaruh elite berkenaan.

      PENYAKIT BERJANGKIT : Makan BERSUAP dan makan di bawah meja seperti ayam dan kucing merupakan analogi penyakit kuasa politik apabila pentadbiran dipegang oleh mereka yang bukan “ahli”.

  3. Salam 1Malaysia aka
    Salam TGNA suka.

    Kita sudah ada internet.
    Kita sudah ada ASTRO.
    Kita sudah tahu apa yang berlaku.
    Di dunia dan di kawasan kita.
    Sekarang yang kita perlu.
    Kematangan.

    Kematangan tidak boleh datang bergolek.
    Kematangan tidak boleh datang tanpa ilmu.
    Ilmu tidak boleh datang bergolek.
    Ilmu kena datang dengan membaca.
    Membaca tidak boleh datang dengan tohmah.
    Ilmu kena datang dengan usaha.

    Jadi.
    Berusahalah wahai bangsa Melayu.
    Berusaha menambah ilmu.
    Berusaha mencari rezeki.
    Berusaha untuk bersatu.

    Kita ada buah fikiran, kita beri.
    Kita ada rezeki lebih, kita beri.
    Kita ada ilmu lebih, kita beri.
    Belajaq memberi dan memberi.

    Lupakanlah.
    Hidup mecari salah orang.
    Hidup mengutuk/memaki orang.
    Hidup hanya pandai bercakap hal orang.

    DS Najib akan mempertahankan Putrajaya.
    Itu tanggongjawab dia.
    Kita kena hormat.
    Kalau UMNO baguis.
    UMNO akan disokong.

    Presiden PAS pun bercita2 nak Putrajaya.
    Maka PAS pun kena berusaha.
    Kalau PAS baguis.
    PAS pun berpeluang jua.

    Rebutlah.
    Rebutlah dengan penuh berhemah.
    Belajaqlah menghormati orang.
    Baru orang menghormati kita.

    Bila orang menghormati kita.
    Barulah kita jadi chief.

    Sekadaq tak great pun, tak apa.

  4. salam bebudak tadika…………………

    syok tengok sarkis setahun sekali………tau dak?
    lepaih habih wayang tongkoi……..kita tengok sarkis pulak laaa…………….

    kah kah kah………………

  5. Salam,

    Sudah lah sarkis..
    Lagi nak tunjuk kebai….

    No hal punya….mudah saja
    Harmonica Ibrahim Din ada

    “””buloh runcing satu””””

  6. insyaallah kita akan tawan putrajaya..takbir!

  7. Kerana dia sebangsa dengan kita dan seagama dengan kita.
    Kita kena hormat dia walaupun dia tipu bangsa dan dia hina agama kita.
    Kita kena bantu dia beri buah fikiran sebab buah fikiran dia menjahanamkan bangsa dan agama.
    Jangan kutuk bahkan kena hormat dia.

    Kita kena bersatu padu dengan dia mengikut fahaman dia walaupun fahaman dia tak ikut kehendak agama dia dan kita.

    Jangan maki dia walaupun dia melakukan penganiayaan kepada bangsa dia demi politik dan kuasa dia. Anggap saja semua penganiayaan dan kezaliman itu sebagai cara dia menghormati kita.

    Hidup jangan bercakap hal orang sebab Allah yang mencipta semua orang. Walau pun Alquran diturun untuk membetulkan, menegur dan mengancam orang. Tolong baca Quran tapi jangan sampaikan perintah dan pesanan Quran kepada orang, sebab takut Allah murka bila disampaikan. Biarkan mereka baca dan faham sendiri..

    Najib Pertahankan Putra Jaya kerana tanggong jawab dia dan amanah dari Allah. Biarkanlah peluang itu dinikmati oleh Najib dan Umno. Umno yang baguih kita kena sokong jangan lawan.

    Barulah orang melayu Islam menghormati kita. Pas akan dilihat baguih dan akan disokong kalau dengan berdiam diri jangan cakap hal politik kerana politik tak ada dalam Islam dan Quran…
    barulah berpeluang ke Putra Jaya…

    Inilah sekelumit Ilmu yang dipelajari oleh seorang budak tadika si badut tua. Meh kita ikut nasihat dia!!!

  8. Inilah cara Umno menghormati orang Melayu.

    1. Siapakah yang menukar wang Royalti kepada wang Ehsan pada tahun 2000 apabila PAS berjaya merampas negeri Terengganu dari tangan BN dalam PRU 1999? (Negeri Terengganu itu majoriti penduduknya adalah Melayu)
    2. Siapakah yang menghalang kerajaan kedua-dua negeri bermajoriti 95% Melayu (Kelantan dan Terengganu) menikmati hasil royalti Petronas, sedang negeri-negeri seperti Sabah dan Sarawak tidak dikenakan tindakan sama?

    3. Siapakah yang menghalau peneroka bandar dikalangan orang Melayu di Kg Berembang (KL), Kg Plentong (JB), Kg Chubadak (KL), Kg Malaysia Tambahan (KL)?

    4. Siapakah yang menghalau Melayu Pulau Pinang dengan helah pembangunan hingga mereka merempat ke Seberang Jaya dan Kedah Selatan?

    5. Siapakah yang menggadai Tanah Rezab Melayu hampir 50% dari 3 juta hektar pada 1948 kepada 1.6 juta hektar pada 1997?

    6. Siapakah yang membunuh orang Melayu kerana perbezaan fahaman politik di Kg Memali, Lubuk Merbau dan Hutan Aji?

    7. Siapakah yang membolot saham AP untuk menantu dan kroni, sedang ia adalah hak setiap rakyat dibawah dasar DEB?

    8. Siapa yang melingkupkan dasar DEB hingga milikan ekuiti Melayu tersekat kepada 18% pada 2000.

    9. Siapakah pula yang memansuhkan DEB, dan diganti dengan dasar Liberisasi dan Model Ekonomi Baru yang mesra kapitalis dan anti subsidi?

    10. Siapa yang menyelewengkan dana untuk orang Melayu yang miskin dalam program PPRT?
    Dari 54 billion yang diperuntukkan kepada orang Melayu hanya 2 billion sahaja yang sampai kepada orang Melayu, 52 billion lagi lesap di telan pentadbiran UMNO.

    11. Siapa yang mengkhianat wasiat Raja-Raja Melayu menjelang kemerdekaan supaya tidak diserah bukit, gunung dan pulau kepada bukan Melayu?

    12. Siapa yang mencipta krisis perlembagaan 1982 yang menyebabkan kuasa Yang DiPertuan Agung terhakis dan hanya sekadar menjadi rubber stamp Parlimen?

    13. Siapa pula yang melucutkan kekebalan Raja-Raja Melayu pada awal 1990-an?

    14. Siapa yang menggelarkan rajanya ‘NATANG’ bila namanya ditolak sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU12 yang lalu?

    15. Siapakah yang mengubah sempadan kawasan undi majoroti Melayu bila Melayu sendiri menolak Umno dalam PRU 1999 dan tidak menambah kerusi Parlimen di Kedah, Kelantan dan Terengganu pada persempadanan semula tahun 2002?

    16. Siapa yang melanggar peruntukan Perlembagaan mengenai hak-hak istimewa orang Melayu untuk mendapat biasiswa?

    17. Siapa yang menukar biasiswa kepada pinjaman PTPTN dengan kadar 4%?

    18. Siapa yang mencemar bahasa Melayu dengan istilah-istilah “infotainment”, “boulevard”, “presint”, “bajet” dan lain-lain?

    19. Siapa yang menukar bahasa pengantar dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dalam pembelajaran Sains dan Matematik pada ketika jurang pendapatan bandar-luar bandar semakin melebar?

    20. Siapa yang mencadangkan syarat wajib lulus Bahasa Inggeris untuk SPM dan bahasa pengantar Inggeris di universiti-universiti?

    21. Siapa yang jual air kepada negara jiran dengan harga 3 sen 1000 liter, dan jual balik kepada rakyatnya sendiri dengan harga 80 sen 1000 liter?

    22. Siapa yang serah blok minyak kepada negara Brunei tanpa persetujuan DUN, Parlimen atau YDPA?

    23. Siapa yang cuai menjaga tanahair sendiri hingga Pulau Batu Putih dan Singapura terlepas ke negara orang?

    24. Siapa yang menghapuskan tulisan jawi dari diajar di sekolah-sekolah dalam tahun 1960an dahulu?

    Ini belum disenaraikan lagi Umno menghina Islam..

    • Terima kasihlah Kucing.
      Kerana.
      Cut n paste kat sini.

      Hang kena tanya jugak.
      Apa suku2sakat2 hang.
      Dah buat.

      Apa chief yang mengaku great, dah buat.
      Takkan tak boleh guna pengandaq, buat sesuatu.
      Kata Neutron, tapi nilai macam pasiq, tak buat apa2.
      KeLi, setakat boleh menggelepaq saja ka.
      Yang dok ikutCelamah, apa dia buat selama celamah.
      Hang pun, tak buat apa2, setakat tekebil, kebil ka.

      Sekadaq semua kena berusaha dan buat sesuatu.

  9. salam kucing……….

    aku dok tunggu sukussakat jwab semua soalan kucing kat ataih tu…………sebenaqnya banyak lagi keroja-keroja grombolan yg merugikan bangsa sendiri………..
    50 th lebih depa dok pelangkong khazanah negara……….50 th lebih depa dok tukaq yg tu yg ni….mcm-mcm dasar depa dokpinda dok ubah….hingga semua ‘instrument’ dah jadi tapai………kalau biaq lama lagi haram tak boleh mentekedarah…………

    lepaih tu dok becakap pasai ‘halai haram’………
    dok pi serah balik rm100………LGE sendiri pun tak tau pi mana duit tu…………..dah jadi tapai laa tu……….nak temuntah aku tengok prangai depa………
    harap serah balik…tapi tak serah…piiiirrraaahhhhh..

    puak eeeeeeee pun dok mengaku nak jadi melayu……….lagi kamjat……..

    budak-budak boleh laa depa pelemah….

    no 2 biru-biru
    and no 2 blue blue
    green the world………green the world….

    • Salam nasik kandaq.

      Thank you for the green, green the world.
      Because.
      My logo is green.
      Green the world.

      Just green, okay.

  10. Salam BT,

    Kalau nak go for green
    Kena la buang kerih lama tu
    Barhu la hilang bau busuk asap kemian…

    Ucapan Presiden dah cakap sejarah penaklukan Melaka 1511
    Camna nak lawan portugis
    Kita dgn. kerih depa Portugis dgn. canon & rifle
    Tang asap saja dah kalah….(baru asap)
    Tang bunyi hampeh teruih
    Cuma gah dlm. dewan saja la

    Tak complete kalau tak berpantun

    (perwakilan syiok sendiri berpantun2)
    (sarkis bertukaq jadi kartun)

    Takat tu saja aku boleh pi
    Sbb. plan2 kayuh…

    hihihi….gelak mini

  11. Nak buat macam mana mangkuk2 yang dok bersidang ni, bodo ka buat2 bodo.

    Dia baca sejarah kejatuhan Melaka pada 1511, tapi pasai apa dia tak sebut cerita kerajaan Melaka jatuh pasai peranan yang dimainkan oleh dua orang EEE Raja Mudaliar dan Si Kitol?.
    Bole jadi si badut tua pun sama kot ..

    Sepatutnya sejarah ni jadi teladan dan peringatan kepada Umngok yang telah nampak tanda yang kejatuhan kuasa Umngok bilamana dah terlalu banyak EEE menyamar melayu, berjaya menjadi pemimpin….melayu…. Sebab tu EEE Umngok jadi kaya raya… Tak caya, pi tanya sub kontrekter melayu yang buat projek bandar PERDA…
    Kesiaaannn kawan Kucing ni sampai laa 1.8 milion EEE Umngok dok main dia.

    • Ya lah, ya lah tu.

      Kucing yang pandai.
      Tekebil, kebil mata.
      Pon pandai.

      Kucing yang takut kat tikus.
      Takut sampai tekelip, tekelip mata.
      Pon tak apa.

      Dah kucing, kucing jugak lah.

  12. Kalau pemerintah bertukar tangan maka skandal-skandal besar yang tak pernah dibongkar akan diketahui umum. Di samping itu amalan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan wang negara akan terbongkar.

    • salam dukalara………..

      pasai tu laa depa dok buat pagag………
      jngn bagi orang lain masuk putrajaya tu………

      hang besa baca buku cerita lama dak?………
      kisah anjing dgn bayang-bayangnya………….

      kalu tak perenah………tanya budak tadika……….
      budak-budak nie rajin baca cerita,,,,,,,,,,,

      kah kah kah……..

      • Salam nasik kandaq.

        Hang tak terperasang kot.
        Nanti marah pulak si Kucing Kota.
        Bukang kisah anjing.
        Tu kisah.
        Si Kucing Kota dengan bayang2.
        Lompat sana, lompat sini.
        Tekejaq sana, tekejaq sini.
        Abis, abis.
        Tekebil, kebil.

        Macam Presiden tu lah.
        Dengan bayang2.
        Bayang2 Putrajaya.

        Ni, mai kat galais.
        Hang pun, dengan pengandaq hang.
        Main dengan bayang2 jugak.
        Bayang Al Fulus Al Naik Bendera.

        Sekadaq warna logo kita.

  13. najib buat sesuatu pun kecoh…tengok la dulu kawan…pru13 najib ada harapan…cayalah

  14. Aslkm,

    Itu saja kah kebolehan sedara BT kita…. kelepiaq sana kelepiaq sini… sindiaq sana sindiaq sini… Asyik kata orang kurang membaca.. tak reti itu ini…

    Saya minta maaf dulu la kat kamu BT… Jangan asyik nak bagi komen bodoh memanjang… Di sebabkan kamu kuat membaca kamu jawablah 24 kemusykilan KK kat atas tu…

    Takkan la orang yang terlebih baca buku tadika macam kamu boleh bagi komen yang semudah ” APALAH SUKU2SAKAT2 HANG DAH BUAT “…

    Memang betul kita wajib mendoakan pemimpin kita agar sendtiasa diberi hidayah dan dapat memimpin negara dengan adil… dari melakukan kemungkaran…

    Kalau dah doa, dah tegur banyak kali, doa lagi banyak kali… kepala batu jua, masuk kanan keluar kiri, tetap buat yang mungkar juga… alamatnya wajib kita tukar dia… kalau kamu tak berusaha tukar dia maknanya kamu redha dan setuju dengan segala kemungkaran tersebut…

    Bukan pemimpin saja taggung dosa..kamu yang sokong kerajjaan mungkar turut berdosa… Nah, kalau rasa rasa diri tu orang ISlam, beriman… tepuk dada tanyalah selera… Wallahualam


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: