Posted by: pinkturtle2 | Oktober 23, 2010

Islam tidak menghalang fesyen, tetapi mesti dengan prinsip dan etika yang tersendiri

(L-R) Malaysia's Prime Minister Najib Razak, his wife Rosmah  Mansor, Prince Albert II of Monaco, Maira Nazarbayev of Kazakhstan and  Qatar's Prime Minister Sheikh Hamad Bin Jassim Bin Jabr Al-Thani pose as  they arrive at the Islamic Fashion Festival in Monte Carlo August 9,  2010.

Prince Albert II of Monaco speaks with Malaysia's Prime Minister  Najib Razak (L) and his wife Rosmah Mansor as they arrive at the Islamic  Fashion Festival in Monte Carlo August 9, 2010.

Prince Albert II of Monaco speaks with Malaysia’s Prime Minister Najib Razak (L) and his wife Rosmah Mansor as they arrive at the Islamic Fashion Festival in Monte Carlo August 9, 2010.

A  model presents a creation by Cameroun designer Parfait Behen during the  Islamic Fashion Festival in Monte Carlo August 9, 2010.

A model presents a creation by Cameroun designer Parfait Behen during the Islamic Fashion Festival in Monte Carlo August 9, 2010.Pada festival di Monte Carlo ini, perkataan “Muhammad” dalam tulisan Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat.

A  model presents a creation by Palestinian designer Hindi Mahdi during the  Islamic Fashion Festival in Monte Carlo August 9, 2010.

A  model presents a creation by Indonesian designer Ghea Panggabean during  the Islamic Fashion Festival in Monte Carlo August 9, 2010.

A  model presents a creation by Indonesian designer Ghea Panggabean during  the Islamic Fashion Festival in Monte Carlo August 9, 2010.

A  model presents a creation  by Palestinian designer Hindi Mahdi during  the Islamic Fashion Festival in Monte Carlo August 9, 2010.

Mohon maaf dan lantik penasihat syariah, kata Asri

Mereka yang terlibat dengan penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo, 9 Ogos lalu perlu membuat permohonan maaf kepada umat Islam kerana tindakan mereka itu adalah satu penghinaan kepada Islam, kata bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

“Sama sekali ia tidak Islamik. Penganjur amat salah jika menyangka Islamic design dan Islamic fashion hanya berkaitan dengan penonjolan tulisan yang berunsur Islamik tanpa memahami soal etika dan hukum-hakam syarak,” katanya dalam satu kenyataan.

Meskipun tidak menamakan sesiapa, namun kenyataan Dr Asri itu merujuk kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, parti politik dan juga orang perseorangan yang membidas tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor selaku penaung yang Festival Busana Muslim itu.

“IFF boleh memberikan gambaran salah yang serius mengenai pakaian dalam Islam. Ia juga melambang kecelaruan fikiran mereka yang terlibat.

“Islam tidak menghalang fesyen untuk wanita, tetapi mesti dengan prinsip dan etika yang tersendiri. Penganjuran fesyen pakaian itu tidak salah, tetapi konsep dan pengisiannya IFF itu salah disebabkan tidak memahami prinsip dan etika dalam hal ini,” katanya.

Menurut Dr Asri, adalah bahaya untuk isteri pemimpin utama negara Islam terlibat dengan hal-hal yang seperti itu kerana ia akan memberikan mesej Islam yang salah kepada dunia.

“Apatah lagi Malaysia dianggap salah sebuah negara Islam yang penting. Kepimpinan negara akan rosak jika isteri-isteri pemimpin utama ini cuba menonjolkan diri sehingga tidak teliti dan tidak lagi memikir buruk baik sesuatu tindakan.

“Perbuatan seperti ini akan merosakkan kepimpinan sesebuah negara yang majoritinya muslim,” katanya.

Sehubungan itu, Dr Asri yang kini di Doha, Qatar mencadangkan kepada mereka yang berminat menganjurkan pertunjukan fesyen Islam supaya mewujudkan penasihat syariah terlebih dahulu.

“Mereka boleh menjemput ilmuwan yang lebih terbuka dan fleksibel tetapi mengikut prinsip-prinsip umum syarak,” katanya lagi.

Pada festival di Monte Carlo itu, perkataan “Muhammad” dalam tulisan Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat.

Rosmah, pada pembukaan majlis itu dilaporkan berkata Fesyen busana Muslim kian pesat berkembang menjadi perniagaan menguntungkan dengan pasaran semasa kini dianggarkan bernilai lebih US$96 bilion (RM302 bilion) setahun.

Bernama juga melaporkannya sebagai berkata: “Festival Fesyen Islam ini sebenarnya bertujuan memberi noktah kepada kelaziman bahawa wanita Islam tidak mempunyai citarasa gaya.

“Sebaliknya, pakaian berkonsepkan Islamik mempunyai gaya yang tersendiri, dan hari ini ia mulai menarik semakin lebih banyak perhatian, kerana trend arus perdana semakin menjadi tidak senonoh, mengghairahkan dan provokatif, tidak menarik kepada lebih ramai pengguna konservatif,” katanya.Malaysiakini

Advertisements

Responses

  1. Fesyen busana muslim ciptaan Hajjah Rosmah ni kan dah menutup aurat dah tuu….
    Ini kan fesyen kalau tak berfesyen nanti nampak tak ikut peredaran semasa, tak ikut trend. Pasai nak ikut trend nilah Hajjah Rosmah ikut tafsiran fesyen Islam menurut kepala dia..

    Tang boh nama “Muhammad” didada fesyen baju tu, adalah cara Ds Rosmah nak mengagongkan nama nabi dan rasul dia. Kalau para ulamak dan ‘abid banyak bersalawat keatas nabi, takkan Rosmah tak bole buat cara dia kut…

    Cuba pakat tengok, katalah Hajjah Rosmah pakai satu fesyen busana yang ada nama nabi, dia melancung keseluroh dunia, tentu dunia nak ambik tau nama sapa tu yang tertera didada Rosmah. Hajjah Rosmah tentu jadi bangga menjawab, inilah nama nabi kepada orang2 Islam..Fuhh!! hebat tuu….

    Yang akan jadi lebih hebat, Hajjah Rosmah bole cadangkan kepada muslimah yang bakal mengerjakan haji bole pakai busana ciptaan dia sebelum berihram. Tentu bandaraya Makkah dan Madinah akan kelihatan ceria dan meriah, tentu pak2 arab yang gatai akan sokong pakai fesyen ciptaan Hajjah Rosmah.

    Dengan idea Hajjah Rosmah ini, Malaysia akan terkenal diseluroh dunia Islam sama terkenal seperti Aminah Wadud dan Salima dari Pakistan.

    Haji Najib tentu bangga punya isteri yang banyak idea menyumbang satu lagi kesesatan kepada muslimah Islam dunia..

    Kita jangan kutuk atau maki kepada Hajjah dan Haji ini. Islam dan Quran tak suroh…nanti si badut tua yang kuat membaca marah pulak..

    • na’uzubillah,,, amat terpesong sekali jawaban anda,, mengagongkan nabi muhammad S.A.W bukan seperti mengagongkan org lain… jika nk mengagongkannya msti melalui budi dan penampilan akhlak dan juga selawat,,.. paparan sebegini jauh menyimpang dari akhlak nabi muhammad S.A.W.. inilah tanda kiamat, apabila ramai yang menghalalkan apa yang haram. dan sebaliknya… tidak ada satu manfaat dan faedahpun kepada baginda dan juga Allah s.w.t. Sebaik2 fesyen dalam islam adalah pakaian Ihram ketika haji…

  2. Aslkm,

    Biar sebesar gunung mana pun dosa kami InsyaAllah akan diampuni bila bertaubat nanti(persepsi penyokong tegar keris saka kot??) KK kita tengokla pulak komen suku sakat BT tentang pemimpin kesayangan 1 Mesia dia orang nih

  3. salam kucing………….

    budak-budak tadika dok pakai seluaq katok lagi………….senang melepaih……….
    itulah busana budak-budak tadika……….

    dah tua bt pakai pampers pulak……..
    jamban terbang

    kah kah kah……….

    • Salam nasik kandaq.

      Hang mana tau.
      Tentang fesyen-fesyen.
      Pakaian ni.

      Orang dah tak kandaq-kandaq nasik.
      Hang dok.
      Fesyen kandaq-kandaq juga.

      Sekadaq kandaq pun, ada fesyen.

  4. Bismillah…
    SISTEM KEHIDUPAN YANG TERCEMAR

    KESUCIAN AGAMA SUDAH LAMA DILANDA OLEH
    PENJAJAHAN ANTI AGAMA DAN NILAI TRADISI TERUTAMA ISLAM.

    POLITIK telah diguna sebagai pengganti “suara” dan ketetapan dengan ideologi, isma dan berbagai falsafah mengganti nabi dan perwaris ilmu.

    Keraighahan nafsu tunduk kepada berbagai
    unsur yang dikenal dengan istilah MODERN
    diguna pakai dan dimanifesikan dalam berbagai bentuk. Falsafah pendidikan dan kehidupan
    ditusuk oleh saki baki falsafah Roman-Greco
    dan aethisma menolak Ketuhanan dan kenabian.

    CANTIK atau BEAUTY ‘sudah’ disimpulkan kepada
    perempuan telanjang. Maka muncullah berbagai jenis pakaian : seluar renang yang meraba perasaan lelaki –bikini, perca menutup alur kemaluan ; berbagai pertandingan : ratu cantik dan fashion dan berbagai lagi.

    Kajilah segala jenis makan minum, perubatan dan sukan yang secara tidak langsung atau yang langsung dijadwalkan begitu cara melemahkan aturcara kehidupan beragama dan adat istiadat
    sehingga jalur halal-haram sunat makruh tidak lagi dipedulikan oleh penganut agama.

    Harap mereka yang maqam berfikirnya tinggi membetulkan loraong lebuh raya beragama di perbetulkan. Sekian seimbas pendapat di luar pagar politik.
    ~Aq Malaysia : 23 Oktober 2010.

  5. Salam 1Malaysia aka
    Salam TGNA suka.

    Tentang in.
    Kita tak reti nak komen.
    Sebab.

    Pertama.

    Suku2sakat2tua2 malais membaca.
    Kucing Kota Al-Tekebil-kebil.
    nasik kandaq Al-Harami.
    Neutron Al-Munafikun.
    Lebih tahu.
    Silap2 TGNA pun kalah.

    Kedua.

    Dr. Asri lebih tau.
    Sebab dia bekas Mufti.

    Ketiga.

    Menteri Agama ada tanggongjawab.
    Kena komen.

    Keempat.

    TGNA sorang Mursyid.
    Kena komen.

    Kelima.

    Presiden PAS.
    Mesti komen.

    Sekadaq kita tunggu komen2 depa.

  6. Islam tetapi pakaian islam pun tak reti. Bodoh N mangkuk hayun ubn ni

  7. UMNOBN ni islam tp main mainkan ISLAM.

  8. ini semua mmengarut..diri sendiri pon dah mcm tu

  9. pendapat aku hapuskan saja IFF ni. ini semua agenda zionis utk hancurkan islam.

  10. http://www.torontosun.com/life/fashion/2010/08/09/14971336.html#toggle

  11. maaf saudara, sesungguhnya jika rosmah membuat nama nabi kita tidak mengapa..tetapi kenapa di tubuh badan dan juga di kaki? jadi cuba fikir secara positif terhadap kes ini…

  12. Disudut pandangan lain Rosmah nak maklum, nabi manusia kaki perempuan kerana baginda ada banyak isteri….Itu lah penghinaan yang tersembunyi.

  13. salam…

    sbenarnya diorng pngnjur ni x mintak pndpt ulama ke pasai bju2 ni smua…sblm IFF ni? btapa xprihatin btul…

  14. salam Fifi Afiqah……..

    depa nie lepas buat sesuatu perkara yg tak jelas hukumnya…….yg ada question mark………baru nak tanya ulama………
    tu pun kalau depa tanya……..yg banyak dok ada……..depa tak ambik pot pun dgn pandangan ulama…dan tak mau tanya pun…..becakap laa bebuih mulut pun…….depa tak dak heran punya……

    fas al ahli zikri ain kuntum laa ta’lamun…….
    “tanya lah orang yg mengetahui (al-quran/agama) sekiranya kamu tidak tau”….maksud dari al-quran……..

    selalunya ‘ulama’ depa sure heboh mesti ‘cover’ punya……..tu pun kalau boleh laa dipanggil ulama……
    ramai pak yet dari ‘ulama’ depa yg ambik jalan selamat…….kunci mulut….janji ‘syoru’ tak miss……….

    dlm organisasi sarkis nie……budak-budak pun nak jadi ulama………..tu yang kalut tu…..dok mengaji tadika lagi……..dah teringin nak jadi ulama……………

    • Salam nasik kandaq.

      Dah nama hang, nasik kandaq.
      Nama sukusakat hang, Kucing Kota.

      Manalah nak ada kredibiliti.

      Sekadaq depa tak dengaq punyalah.

      • he he

        bila post jerrr Bau Taik

        udah2 ler yeop….

  15. ni la die..org soh blaja agama x nk

  16. Aslkm,

    Nampaknya BT ni jenis yang dah dijangka… dia tak senang orang dok kutuk kerajaan…Dia kata bab ni dia tak leh komen?? Maknanya dia rela dan tak kisah le tu…

    Moga Allah masih sayang, beri hidayah dan mengampunkan kamu… dan semua yang terlibat dalam penganjuran fesyen tu.. Amin

  17. gambar kat atas tu kan orang islam kenapa tak pakai tudung , kan islam mewajibkan menutup seluruh aurat kepada wanita , yang boleh nampak hanya muka dan pergelangan tangan. tu dah jadi contoh kurang baik.

  18. apa lah web ni nak kata yang benar pun nak tapis2 , ini bukan nak mengata tapi nak sama meingat sesama kita, kalau tak caya baca terjemah surah al asr


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: