Posted by: pinkturtle2 | Oktober 27, 2010

Saya mahu PM beri penjelasan mengenai: berkecai tulang dan badan, walau bercerai jasad dan nyawa

Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan! - PM

Fong Po Kuan Dakwa ‘Takut’ Dengar Ucapan PM

KUALA LUMPUR: Dakwaan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) bahawa beliau ‘takut’ dengan ucapan penggulungan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak pada perhimpunan Agung Umno Sabtu lepas menghangatkan sesi perbahasan Bajet 2011 di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam ucapan itu, Najib menyeru anggota Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk bersungguh-sungguh mempertahankan Putrajaya.

Membacakan petikan kata-kata Najib yang disiarkan akhbar berbahasa Malaysia hari ini, Fong menuntut Najib yang juga Perdana Menteri memberi penjelasan mengenai apa yang dimaksudkannya dengan kenyataan itu.

“Saya mahu Perdana Menteri hadir dalam dewan untuk beri penjelasan terutama mengenai: berkecai tulang dan badan, walau bercerai jasad dan nyawa. Saudara dan saudari, walau apapun terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan,” kata Fong ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2011 (Bajet 2011) hari ini.

Fong bagaimanapun tidak menjelaskan apa yang menyebabkan beliau berasa ‘takut’ dengan ucapan Najib itu.

Tindakan Fong itu menyebabkan Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) bangun beberapa kali untuk mencelah dengan alasan ingin memberi penjelasan kepada Fong berkenaan ucapan Presiden itu, namun tidak diendahkan Ahli Parlimen Batu Gajah itu.

Bagaimanapun, Mohamad tetap berkeras dan terus bercakap ketika Fong sedang berbahas: “Saya nak buat sikit pembetulan supaya jangan ragu, bimbang, jangan takut. Itu peribahasa Melayu, bagaimana pemimpin nak naikkan semangat. Bukan nak gaduh. (Awak) Tak faham peribahasa Melayu.

“Tak perlu (PM) buat penjelasan dan saya tidak fikir beliau mahu menimbulkan ketakutan dan kebimbangan kepada rakyat. Saya amat tersinggung dengan ucapan Batu Gajah,” katanya menyebabkan Speaker dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengingatkan Mohamad supaya hanya mencelah apabila diberi laluan.

Mohamad menjelaskan bahawa ucapan Najib itu hanya bertujuan menaikkan semangat juang anggota Umno.

“Ini bukan soal nak bertumpah darah dan bergaduh sesama kita. Tiada niat langsung. Jadi Batu Gajah jangan sangka buruk. Perdana Menteri kita seorang yang penuh tanggung jawab,” katanya. – BERNAMA


Responses

  1. Kalau kita imbau kembali ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri Malaysia merangkap presiden parti UMNO Baru diantara lain berbunyi…..

    “Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!”

    menunjukkan bahawa beliau sedang memukul gendang perang untuk menaikkan semangat pengikutnya agar bersedia menghadapi serangan musuh yang akan merampas dan menawan Putrajaya.

    Bahasa seperti diatas tidak pernah kita dengar semasa pemerintahan Tun Mahathir dan Tun Abdullah menjadi perdana menteri.

    Mengapa Datuk Seri Najib Tun Razak berkata begitu sedangkan kita berada dalam negara demokrasi berpalimen yang mempertahankan kuasa melalui pilihanraya. Lagi pula kita melihat kerajaan Barisan Nasional begitu kukuh dengan segala peralatannya yang menjamin bahawa mereka boleh memerintah sehingga seratus tahun lagi…?

    Bahasa seperti itu kalau cakapkan dikhalayak ramai membawa maksud …”awas kamu… atau kamu jangan cuba nak main-main akan aku kerja kan kamu sampai mati….”

    Bahasa melambangkan jiwa bangsa… apakah begitu rupanya lambang jiwa bangsa melayu UMNO Baru dalam menghadapi cabaran dunia yang semakin moden sekarang…?

    Tidakkah kita tahu bahawa semangat berjuang itu datang nya dari ilmu berdikari..? Bagaimana bangsa melayu mahu berjuang sedangkan kerajaan sendiri telah mengikat tangan dan kaki mereka untuk berdikari..? Cuma mulutnya saja disuapkan dengan sedikit subsidi.

    Kalau Datuk Mohamad Aziz dari BN-Sri Gading berkata “Itu peribahasa Melayu, bagaimana pemimpin nak naikkan semangat. Bukan nak gaduh”

    Samalah juga dengan kata-kata seperti ..”Hei Celaka sungguh kau Mohamad anak Aziz… hidup segan mati tak mahu… hidup senang dari hasil pembohongan dalam parlimen tak malu kah kau pada anak cucu bangsa melayu…..”

    Kata-kata seperti diatas bukan bermaksud saya marah, menghina pada YB Datuk Mohamad Aziz cuma perumpamaan menaikkan semangatnya agar terus berpidato dalam parlimen.

  2. Jika benar brlaku prgaduhan sehingga pertumpahan darah, tok Najiblah yg patut d seret ke muka pengadilan.

    • apasal kau nak layan sgt ckp Po Kuan tu…
      dia saja buat2 takut…
      org pompuan la katakan…
      mesti dpt simpati balik dr org Cina lepas ni…

  3. dakwah kan cina ni belajar bahasa melayu.

  4. salam Dino………

    bukan takat cina tu saja yg cuak….yg takut……..
    1 M’sia pun naik seriyau…..mengkala bila melayu dok cakap macam tu………..

    cuba ‘orang biasa’ cakap mcm tu one on one…….sure dia pi buat repot punya….mesti ada ‘back up’ maaa……..

    budak tadika kalau dok gempaq macam nie…….boleh tekencin seluaq………..

    kah kah kah

  5. Haii yaaa… apa punya teruk ini org, budget underwear mau naik simangat kaa…??. Kalau lu olg naik simangat juga. Kira bodoh maa..

    Mcmx jadi ini dunia.

  6. “Saya mahu Perdana Menteri hadir dalam dewan untuk beri penjelasan terutama mengenai: berkecai tulang dan badan, walau bercerai jasad dan nyawa….”
    sebenarnya Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) takut bukan apa, dia takut bila teringatkan bahana C4 yg memperkecaikan tulang temulang dan jasad manusia, menamatkan 1 nyawa manusia & menggegarkan bukan saja puncak alam tetapi juga “menggegarkan” 1Malaysia suatu ketika dahulu. Bagaimanapun kesannya masih belum pudar hingga kini….. & masih menghantui orang2 tertentu. & rakyat Malaysia tentu tidak akan lupa.

  7. Kadang2 perktaan yang terbit dari mulut manusia ni akan jadi satu doa’.
    Kita takut bahasa “biar berkecai tulang dan badan, bercerai jasad dan nyawa”, tidak menjadi peri bahasa tetapi menjadi doa’. Takut menjadi balasan Allah sebagai satu hukuman kepada mereka yang pernah mengkecaikan tulang dan badan seorang hamba Allah yang tidak mendapat pembelaan yang adil.

    Berkecai tidak semestinya berlaku dengan menggunakan bom C4. Cuba lihat ada mangsa bas ekspres yang terbunuh berkecai tubuhnya atau ada mangsa pesawat yang terhempas, lebih lumat dari mangsa bom C4.

    Semoga Allah taala lindungi dan mengampun mereka yang zalim jika mereka benar2 bertaubat.

    Amin2 ya rabbal’alamin.

    • org kalau dah x suka
      ckp benda yg baik pun bole djadikan jahat
      kau pusg la keliling ayat tu mcm tikam no.
      lama2 nanti puak kau percaya la….

      • memang kita olg tidak suka.

  8. Salam,

    Jiwa dah tak tahuan
    Toksah dok mai bergerun lah.
    Keghajaan firaun pon runtuh.

    Plan2 kayuh

    • kena kasi tau tok guru ni…
      dah lama sangat dia perintah kelantan…

  9. orang yang baik biar lama, yang tak baik tu kojap yo nak gaso dah laaaa. Fikirlah….

    • kito tengok yo Khalid kek Selangor nanti…
      lamo tak lamo…
      baik tak baik…
      fikirlah…

      • salam tok wali………

        kalu wali pun bubuh nama selipar……
        tak payah dok susah ati laa……mcm kata anti menang – orang yg baik memang dipanjangkan umur pemerintahannya……….

        awat hang rasa puak hang tak baik kot???…….mcm cakap Nik AJIS on Oktober 28, 2010
        at 10:41 pm………dia kata khalifah hangpa cakap benda baik……
        nasib laa……pengikut mcm nie……..
        tahap selipar saja……..
        tu pun nak mengaku wali

        kah kah kah……
        plan-plan tukaq……..

  10. Salam 1Malaysia aka
    Salam TGNA.

    Semua ni berpunca.
    Dari.
    Malais membaca.
    Tak cukup membaca.

    Si Fong, bukang.
    Faham bahasa Melayu.
    Faham budaya Melayu.

    Tahniah DS.
    Bersemangat.
    Jangan dok kisah dengan.
    BO BO Ilmu.
    BO BO Isu.

    Setakat dengan.
    Kucing yang dok di kota.
    Yang dok kandaq-kandaq.
    chief yang tak great tera mana.
    Tak usah dok ambik kisah.

    Sekadaq depa sukutua2 suka beralkisah.

  11. he he
    samer jugak gaya bahasa, ayat dan isi…..

    he he….
    kuat baca tapi……
    lebih kurang guna ayat yang sudah2 jer

    tahap Bau Taik
    he he

    • orang guna otak.
      mu guna lutut.
      mana nak reti.
      tu.
      yang tak reti, reti.

  12. apa boleh buat wahai nasik kandaq…
    gelaran ni pun Anwar juboq tu yg bg aku…
    aku terpaksa ikut pasal dia “yang benar”

    nasib tak sempat kena juboq….

  13. Aslkm,

    Peribahasa Melayu kalau disalahguna jadi gitu la… Macamana dia kata sanggup mati dan sanggup buat apa saja daripada biaq orang lain perintah Malaysia??

    Itu maknanya puak UMNO ni memang tersangat gila kuasa… buat negara ni macam mak pak depa punya.. Makanya dia orang ni sanggup menganiaya orang, bunuh orang atau dia orang pun sanggup hilang nyawa sendiri atau kaum kerabat sendiri dan paling menggerunkan sanggup menghapuskan saudara seIslam semata mata nak berkuasa…

    Inilah budaya samseng yang ada dalam UMNO… Tak salah la rakyat melahirkan kegusaran mereka..

  14. salam Neutron……..

    betul kata hang tu……..
    dah lepaih cakap macam tu……nak suruh orang buat andaian yg cakap tu mcm tu mcm nie????……..

    ada akai ke puak-puak sarkis nie…….
    pasai tu puak sarkis nie……ameno buat selipar saja kat depa-depa tu termasuklah tok walinya sekali………budak-budak tadika telah laaa…….pelemah sikit…suruh makan….suruh main…suruh menari….lepaih tu pakat menyanyi ramai-ramai………buku tak baca jugak……..yg malaih baca tu memang depa laaa……..

    kah kah kah………..

    • Salam nasik kandaq.

      Hang dengan Neutron.
      Betoilah.
      Macam sukusakat sesusu sepusat.
      Hang puji aku.
      Aku puji hang.

      Fong yang KeLaBu asap pon.
      Hampa dok layan.
      Soi Lek patut kata kat hampa.
      Kurang cerdik.

      Sekadaq nama saja Neutron.

  15. wali selipar jamban! bole lar..

    • ramai gak yg nak ulas nama wali selipar tu ye…
      bagus jugak tu…
      lejas?????

  16. Memang umno bodoh-bodoh – Chua soi lek..

    org kutuk sama dia , dia kat org ulas sama dia.

    hehehehe, kesian sama umno rupa-rupa nyer bodoh bodoh.

    memang pun umno bodoh.

    hanya pandai menipu n membuat fitnah sahaja.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: