Posted by: pinkturtle2 | Oktober 31, 2010

The Red Warriors Juara Piala Malaysia 2010

Kelantan layak menang Piala Malaysia

JURULATIH Kelantan, B Sathianathan berkata, pasukannya sememangnya layak bergelar juara Piala Malaysia, kerana memberikan prestasi terbaik sepanjang musim.

Menurutnya, rekod hanya tewas dua kali dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) sepanjang musim ini, akhirnya diiktiraf dengan kejayaan memenangi Piala Malaysia, apabila mengalahkan Negeri Sembilan 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Mengulas aksi sengit dan mendebarkan semalam, Sathia berkata, pasukannya bermula agak gugup sehingga pasukan Negeri Sembilan berjaya mengambil peluang.

Katanya, pasukan lawan bersemangat kerana menyangka skuad Kelantan kali ini adalah barisan yang sama ketika perlawanan akhir musim lalu.

”Sebab itulah pada babak kedua saya membuat pertukaran beberapa pemain, juga menukar corak permainan, sehingga akhirnya memberi tekanan kepada Negeri Sembilan.

”Akhirnya kita berjaya bangkit sehingga memperoleh dua gol.

”Kemenangan ini membuktikan Kelantan bukanlah pasukan yang hanya mampu bertahan atau beraksi baik selama 20 minit saya, kita tetap beraksi baik di sepanjang 90 minit perlawanan,” katanya.

Tambah bekas pengendali pasukan kebangsaan ini, kejayaan menjulang Piala Malaysia cukup manis kerana ini adalah pertama kali beliau berjaya melakukannya.

”Ya ini merupakan kenangan paling manis dalam karier saya sebagai jurulatih.

”Namun, kejayaan ini adalah hasil daripada misi Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa.

”Beliau adalah individu yang membawa bola sepak Kelantan ke puncak.

”Tidak lupa juga para penyokong Kelantan yang tidak jemu-jemu memberi sokongan dan akhirnya mereka memang layak untuk bergembira di atas kemenangan ini.

”Saya akui di awal perlawanan, ketika kami ketinggalan, saya tertekan tetapi dengan sokongan padu para penyokong yang membanjiri stadium, kami bangkit.

”Saya juga rasa amat bertuah kerana memiliki para pemain yang amat berdedikasi, berlatih bersungguh-sungguh.

”Kini tiba masanya mereka menuai hasil yang mereka usahakan selama ini,” katanya. — Utusan Malaysia,sokernet

………………………………………………………………………………………….

Kelantan cipta sejarah

FINAL Piala Malaysia 2010: Kelantan 2-1 Negeri Sembilan

Skuad B Sathianathan muncul juara Piala Malaysia buat kali pertama

KELANTAN akhirnya berjaya mencipta sejarah baru apabila muncul selaku juara Piala Malaysia buat julung kalinya sejak 89 tahun lalu.

Kejayaan itu dicatat selepas menang tipis 2-1 ke atas juara bertahan, Negeri Sembilan pada aksi final edisi ke-84 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

Disaksikan kira-kira 75,000 penonton kedua-dua pasukan, Kelantan menamatkan penantian untuk menjadi pasukan ke-14 berjaya menjuarai kejohanan berprestij yang mula diperkenalkan pada tahun 1921 itu.

Selepas tiga kali gagal di pentas final iaitu pada tahun 1955, 1970 dan 2009, kejayaan itu turut dianggap hadiah paling istimewa buat Sultan Muhammed Ke-V yang baru saja ditabalkan sebagai Sultan Kelantan yang baru pada 13 September lalu.

Bagi Negeri Sembilan pula, mereka kempunan untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi tahun lalu, sekali gus gagal untuk muncul juara buat kali ketiga setelah kali pertama melakukannya pada tahun 1948.

Ternyata, tuah lebih memihak kepada skuad The Red Warriors yang dilihat tampil dengan semangat juang yang begitu tinggi biarpun suatu ketika ketinggalan 0-1 kepada Negeri Sembilan.

Pada aksi semalam, Negeri Sembilan yang di bawah kendalian Wan Jamak Wan Hassan terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi penyerang, Shahurain Abu Samah pada minit ke-13 hasil daripada sepakan penalti yang diperoleh selepas penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat menjatuhkan S. Kunanlan di dalam kotak penalti.

Tersentak dengan jaringan awal pihak lawan, Kelantan kembali memperkemaskan jentera serangan mereka bagi mencari gol penyamaan namun masih gagal memecah kebuntuan sehinggalah tamat babak pertama perlawanan.

Sebaik babak kedua, bersambung Kelantan yang dibimbing B. Sathianathan terus melancarkan serangan bertali arus ke arah kubu pertahanan Negeri Sembilan.

Kerja keras barisan kesebelasan utama Kelantan akhirnya membuahkan hasil apabila bekas penyerang kebangsaan, Hairuddin Omar berjaya meledak gol penyamaan buat skuad The Red Warriors selepas menanduk masuk hantaran lintang daripada Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-56.

Selang lapan minit kemudian, skuad The Red Warriors membuktikan betapa mereka berhak memenangi perlawanan tersebut selepas Mohd. Badri Mohd. Rodzi muncul sebagai wira apabila meledak gol kemenangan buat pasukannya, sekali gus menambah derita buat Negeri Sembilan yang dikendalikan oleh Wan Jamak Wan Hassan.Sokernet

 

 

.


Responses

  1. salam……..

    ambo doh kecek kat sini dulu……..
    dah royak dng memba………
    red Warriors mesti boleh gi punya…boleh gi
    bulan pun mengambang di stadium bukit jalil malam semalam………..

    bt dah kantoi……
    doh tak nampak bulan bintang……..
    dia dok pakai penimbang lama lagi…..
    memang bt no go no go…….
    bt yg tak gi tak gi……….

    Tahniah red warriors……..
    plan plan timbang

    • Salam nasik kandaq.

      Menang lagu tu, pon.
      Menang sekali dalam 89 tahun, pon.
      Menang takdak standard, pon.
      Harapkan tuah.
      Heboh.
      Sampaikan.
      Pengandaq kemana.
      Nasik kemana.

      Ada yang tersengeh, sengeh.
      Ada yang tersenyum, senyum.
      Dah, selama hidup.
      Tak pernah menang.

      Nasib baik, menang.
      Kalau dah 90 tahun, pon tak menang.
      Tentu ‘gol’ jugak.

      Sekadaq dapat gol sebelum ‘gol’.

    • tahniah… x sia2 org kg dtg penuhkan stadium.. hidup red warriors!! kemenangan beri nafas baru untuk penokong terus menyokong…

    • gomo kelate gomo..taniah buat the red warriors

  2. Tahniah Red Warriors…
    ambo salut..

  3. RASABYA inilah bukti betapa hanya UMNO sahaja yg mampu bawa kemajuan pada rakyat kelate….TEAM KAFA yg dipimpin oleh Dato anuar MUSA dan barisan pimpinan nya yg rata rata org umno sgt berkerja keras bagi mastikan kemajuan sukan bolasepak kelantan….exco PAS hanya goyang teloq tambah bini jer….terbuktilah kelatan sebenarnya boleh pergi jauh tapi disebabkan kelantan dipernitah PAS…maka kelantan terus mundur…bila KAFA diambil alih oleh UMNO melalui dato anuar musa,,,lihatlah hasilnya….so jom rakyat kelate kita bawak turun PAS yg hok keje dok ceramah mintak sedekah jer…

    • ambo setuju…
      bilo la nak raso stadium baru…
      dah 20 thn lagu tu jugak…

    • aloo jay……….on Oktober 31, 2010
      at 9:07 pm……..

      jangan mu dok merepet laa……….
      nuar musa tu…masa kelate menang baru nampak muka….
      belum tu apa dia buat??…….masuk final baru mengada-ngada……..
      nak tumpang glamer saja….lobi jadi mentoghi sekali lagi……….mana laa tau kan????……….

      kerajaan kelantan sporting daa…..w pun nuar ni dok main sarkis…….dia tak kisah…….tak ambik pot pun…..itu laa amalan demokrasi……..sporting spirit………..
      bukan mcm puak demo……..jubah speaker pun tarik…..punya laa ‘melahaq’…………….

      apa cerita pprt kat kelantan dulu???…….
      senyap je………..

      kah kah kah

      • sebenarnya siapa yg kau nak kata tumpang glamer ni….
        adakah orang tu bila kelantan masuk final baru nak telefon bagi amanat…
        sebelum tu x pernah dengar pun dia ada ceramah pasal sukan masa dia muda…
        asyik ceramah maki orang…fitnah…banyak la…

    • apa nak jadi ngan selipar nie???
      selipar getah memang selalu mcm tu……selalu tercabut…….tak dak kualiti………
      tok guru bukan telepon orang………orang yang telepon dia, pi tanya dia….dia jawab laa…….dia yg jadi MB……..bila ada sesuai ngan bola……dia becakap laa passai bola………yg tu pun tak kan nak kena ajaq kot………

      tapi selipar nie orang buat belasah saja…….tempat paling sesuai….hang tau sendiri laa….rumah ‘kecik’ kat belakang tu…….tu laa tempat yg sesuai skali ngan ‘selipar’ yg begelaq ‘wali’ tu……..

      kalau dah ‘ngok’ jngn bagi tau kat orang lain sama…….
      simpan buat harta pesaka hang sudah laa………..

      awat??? hang terasa ke???…….

      kah kah kah…………

      • apasal aku nak terasa lak…
        aku x sebut pun MB hang(apa gelaran yg anwar bg dia dulu?)…
        hang je yg perasan…
        lepaih tu ulas pasal selipar…
        nampak sangat hang ni jahil….

        nabi pun pakai selipar gak…cuma tak disebut selipar….

  4. gomo klate gomo!

  5. Kejayaan dan kemenangan.
    Adalah sesuatu kepuasan naluri dalam diri manusia, dalam naluri ada nafsu, dan apabila mengikut nafsu, binasalah iman

    Seorang Pemimpin berasa megah bila berjaya membuat pembangunan mega setanding dengan negara yang maju dan membangun, dan rasa bangga bila kepimpinannya dilaong2 membawa kepesatan membangunkan negara.

    Begitu juga dalam apa bidang sekalipun samada para ahli koperat, para peniaga, pegawai2 tinggi cukup seronok bila mereka telah dikatakan sebagai tokoh yang berjaya.

    Sementara ibu bapa yang punya keluarga dan anak, hidungnya menjadi kembang kempis
    apabila anak2 mereka semua menjadi orang yang berjaya dan merebut peluang semua bidang kerjaya lalu dinobatkan sebagai tokoh yang berjaya.

    Begitulah tafsiran Kejayaan yang diiplementasikan oleh pemimpin kerajaan Umngok BeeEnd.
    Mereka dah berjaya pun. Melayu Islam Umngok menerima Umno sebagai satu aqidah.

    Maka jadilah budaya bersaing dan berlomba sesama manusia yang kebanyakannya telah meminggir fikrah adab, kemanusiaan, iman amal dan nilai ibadat sekedar mewarisi kerja agama dari ibu dan bapa, bahkan ada yang langsung tidak peduli agama.

    Kemajuan akan dilihat sebagai kejayaan.
    Siang malam, pemimpin Islam Umngok jerit selogan mengajak rakyat sokong oraganisasi yang mampu memberi pembangunan dan akan menjadikan setanding bersaing dengan negara2 barat , Jepun, Cina, Korea, dan Singapura dll.

    Pengaruh kejayaan yang dicipta oleh barat inilah menjadi model kepimpinan Islam Umngok yang
    tersasar ment’akrifkan erti kejayaan menurut Islam dan alQuran.

    Kita bertanya, adakah pemimpin negara2 musyrikin yang disebutkan ini, mereka beriman dengan Islam?.

    Kalau bukan Islam, apakah matlamat yang hendak dibawa bersama rakyatnya ketika berhadapan dengan Allah diakhirat nanti?.

    Rakyat Islam telah membawa semua jenis budaya negara musyrikin tanpa memperdulikan halal haram.
    Demi mengejar kejayaan untuk menjadi negara membangun, cuba kita lihat dimanakah akhlak dan sistem kehidupan yang membezakan antara umat Islam dan bukan Islam?

    Kuasa dan kebendaan telah menjadi matlamat utama untuk dilihat berjaya. Maka hari ini, lahirlah umat Islam bertuhankan kebendaan, berkerjaya berkuasa dan berpangkat tanpa melihat kehadapan yang semakin dekat dan berakhir dengan tempoh masa lalu yang sebenarnya terlalu pendek kerana kematian, kalau dibandingkan alam abadi yang akan dihuni buat selama lamanya didalam perhitungan Allah.

    Kita kena faham pemimpin mushyrikin yang ditolak Allah ini, ibadat mereka bukan beribadat kepada Allah. Mereka akan sentiasa mengejar sebanyak mana kemajuan dalam semua bidang selagimana dunia ini belum dikiamatkan. Sebab itu mereka diberi kejayaan oleh Allah.
    Bagi mereka itulah penghujung segala kejayaan, bila alam dunia sudah tiada.

    Islam didalam Alquran Allah meyebutkan bermaksud “Tidak aku jadikan jin dan manusia itu melainkan untuk menyembah aku”,
    Dan Allah menyebutkan lagi bermaksudnya
    ” Sesungguh sungguhnya mereka yang BERJAYA dikalangan orang2 yang beriman itu mendirikan solat yang Khusyuk”.
    Pastinya bila disebut solat ianya adalah ibadat yang pasrah dengan pengakuan “Hidupku dan matiku kerana Allah sbht…
    Hidup kerana Allah ialah menjadikan setiap apa yang hendak dilakukan mestilah merujuk dengan kehendak Allah. Lalu inilah erti KEJAYAAN yang dinilai kepada setiap manusia.

    Hari ini ketikamana TGNA dan segolongan ulamak telah sanggup mendambakan ilmu Islam dan diri mereka untuk meletakan Islam itu dilandasan sebenar supaya rakyat Islam ini biar bermatlamat dihujung kehidupan membawa iman dan taqwa, bila dihimpun di yamun mahsyar mengadap Allah.

    Harapan golongan ini, semoga ketika dibangkitkan dihadapan Allah nanti, mudah mudahan mereka terlepas dari soalan soalan ancaman ulamak islam yang tidak menyampaikan Islam sebagai manusia yang menjadi khalifah dibumi Allah ini.

    Malangnya golongan ini dihina dikutuk kerana memilih jalan politik, sebab politik ini telah dilebel dan dicipta sebagai kotor dan mengotorkan. Dan menjadi malang kepada negara umat Islam kekotoran yang bebal inilah yang boleh menggengam kuasa. Begitulah berjayanya para musyrikin menipu islam dimuka bumi ini.

    Justeru itu, tanpa sebarang matlamat kepada kematian. Bolehkah kita persembahkan Islam mengikut difinisi nafsu dan acuan musyrikin dihadapan Allah.

    • Kucing.

      Ni, ni.
      Hang salin dan papar.
      Dari mana pulak.

      Sapa nak baca.
      Yang minat bola, tak baca.
      Yang minat politik, tak baca.
      Kita pon, tak minat nak baca.

      Mungkin poliTIKUS kot, yang baca.

  6. ustaz, kami faham tu semua tapi masalahnya ustaz kenapa mudah benar melabel sesama islam yg tidak sependapat dan sealiran politik dgn parti bulan sebagai kafir, musyrik dan sebagainya seolah olah islam itu hanya jadi islam bila berada dlm pas….kesian ustaz2 yg lain termasuk bekas presiden PAS sendiri al marhum al asri yg mati dlm umno…mungkin sapa yg mati dl pegangan DAP dan PKR pun dikategorikan sbg mulia dan besar ganjarannya….inilah kesilapan PAS…

  7. Kucing tulih ni nak uji sejauh mana otak hang dan yang sebulu dengan hang boleh pikiaq maksud Kejayaan.
    Apa hang ingat bila menang dan berjaya tu tak dak kena mengena dengan hidup ka?

    Yang paling saghal dan bodohnya otak hang bila hang tak kenai yang mana satu Kucing tulih dan yang mana satu Kucing copy….

    Hang selamanya akan tetap jahil dan bodo meskipun hang kononnya rajin membaca…

  8. gallas hang pi BPL lagi bagus.. hang mengaku paham tapi sebnrnya hang tak paham.. sebab tu hang pi tanya soalan yg kurang bijak.. Gallas apa hukumnya orng yang tolak hukum Allah.. tak ke kapir namanya.. bukan takat tolak hukum ja.. hang tolak satu(1) hurung dlm Al Quran pun hang dah kapir..

    • Aik.
      lejas (lemah jasmani)

      Sekarang hang bebicara.
      Pasai.
      Hukum.
      Al Quran.

      Dalam posting lain.
      Hang tulih.
      Tak seperti orang Islam.
      Pon.

      Ini, yang kita kata.
      ada ada.
      tapi.
      tak boleh guna.

      Sekadaq mati pucuk.

  9. nie aku copy dari blog era pasca………

    Tuesday, November 2, 2010
    GAMBAR BUAT GELI KETIAK…

    Apa depa buat nih? Ini kempen budaya mana? Pemain Kelantan yang susah payah… UMNGOK BEROK dapat nama…. Geli SIAL……

    KULI pun wat muka tak bersalah? Tapi tak salah pun.. Cuma… APA KENE MENGENA BOLA ngan POLITIK atau PILIHAN RAYA?

    BANGANG ke? kahkahkah

    NIK AZIZ RELEK JER? Menteri Besar lagik… UMNO curi sokongan Penyokong Bola ke? Atau sekadar TUNJUK DIRI TU BANGANG? kahkahkah

    dsri blog ERA PASCA…………

    depa bukan ‘curi’ sokongan saja……..lama dah depa dok main curt-curi nih…….
    cuma bt ngan selipar saja yang dok bepeluh ketiak dok petahan penimbang reput tu……..

    kah kah kah…………
    dah jenih tak tau malu……….

    • itu semua citer yg puak kau cuba putar alam kan…
      rakyat semua dah masak dgn permainan tu…
      mcm dah x ada lain je…
      hakikatnya semua rakyat boleh menilai dari apa yang terjadi…

      bangga tengok logo 1MALAYSIA kat baju pemain….

  10. alah bola je pun. menang kalah adat bertanding. dah lama tunggu nak menang mesti lah rasa gembira. cuba kalau pihak lawan yang kemarau juara liga 90 tahun, bila menang tak ke happy rasa? mentang-mentang dah menang banyak kali nak jadi riak dan takbur pulak? payah lah mentaliti macam ni

    kalau macam ni lah minda masyarakat semua benda nak bergaduh, tak profesional langsung baik tua muda doktor pegawai ustaz cikgu profesor. jauh beza dengan pasukan bola di Mesir dan Eropah, takde nye nak kait dengan politik ke siapa presiden ke.

    tujuan bola sepak ni sama ada seri, menang atau kalah. bukannya guna buat statistik PDRM atau ramalan menangnya suatu parti politik.

    kalau nak gah kan lagi bola sepak malaysia, tak yah gaduh-gaduh. masing-masing bagi sokongan dan terima menang kalah. kalau sampai bergaduh hina menghina, tak payah main bola lah.

    kelakar.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: