Posted by: pinkturtle2 | Disember 5, 2010

Rakyat Diutamakan… Kerajaan Kelantan Sedia RM300,000 Bantu 100 Pasangan Pengantin

Bantuan itu merangkumi pembiayaan hantaran bagi pihak lelaki bernilai RM1,000, tidak termasuk sumbangan lain seperti pembiayaan majlis kenduri, persiapan tempat dan peralatan pasangan pengantin - Wan Ubaidah Wan Omar

Kelantan sedia RM300,000 biaya 100 pasangan pengantin

JELI: Kerajaan Kelantan melalui Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri menyediakan peruntukan RM300,000 bagi membiayai 100 pasangan pengantin miskin yang ingin berkahwin di bawah Program Perkahwinan Perdana yang akan dilancarkan Sabtu depan.

Pengerusi jawatankuasa itu, Wan Ubaidah Wan Omar, berkata ia sebahagian daripada RM1.5 juta yang disediakan kerajaan negeri di bawah program itu yang diluluskan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri baru-baru sebagai usaha menangani kadar perceraian yang agak tinggi di negeri ini setiap tahun.

“Bantuan itu merangkumi pembiayaan hantaran bagi pihak lelaki bernilai RM1,000, tidak termasuk sumbangan lain seperti pembiayaan majlis kenduri, persiapan tempat dan peralatan pasangan pengantin,” katanya ketika ditemui di majlis Forum Keluarga Rasulullah di Masjid Mukim Jeli, di sini hari ini.

Wan Ubaidah berkata, antara pengisian program itu ialah siri ceramah, majlis ilmu dan motivasi yang berasaskan pendidikan kekeluargaan bahagia atau “mawaddah” yang bertujuan mewujudkan institusi keluarga yang bahagia hingga ke akhir hayat.

Tanpa menyebut jumlah sebenar pasangan umat Islam yang terbabit dalam kes perceraian di negeri ini, beliau berkata Kelantan menduduki tangga ke lima atau ke enam berbanding negeri lain.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata urusetia jawatankuasa itu juga sedang menyiapkan kertas kaji selidik atau senarai semakan bagi mengenal pasti masalah dan punca keruntuhan rumah tangga.

“Kertas kaji selidik atau senarai semak ini lebih kepada berasaskan konsep muhasabah diri di kalangan keluarga di seluruh negeri bagi mencari jalan penyelasaian untuk mengatasi masalah setiap keluarga,” katanya. – BERNAMA

………………………………………………..

yang bantu rakyat macam ni namanya slogan

RAKYAT DIDAHULUKAN. PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

yang 1 malaysia dok melalak sana sini tu penipu je.bohong rakyat semata-mata..slogan je yang ok , bila sampai perlaksanaan, rakyat akan dibebankan oleh depa.. depa tak pikir pasal rakyat dah, yang mereka dahulukan dan utamakan isi perut depa dahulu… nasib rakyat jelata jawabnya bebananlah yang mereka tanggung… sana naik sini naik,semua naik (BN Barang Naik) . gerombolan ni tak pikir dah pasal pencapaian kerana depa dah berjaya tipu rakyat dengan slogan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan… yang paling bodoh sekali yang undi puak gerombolan dalam pilihanraya…mampuihhh

Advertisements

Responses

  1. Salam 1Malaysia aka
    Salam TGNA suka.

    Sedia 300k untuk 100 pasangan.
    3k/sepasang.
    Tak hebat.
    Merosakkan saja.

    Biaqlah depa bercerai.
    Apa salahnya.
    Buat baik2.
    Jangan dok bergaduh.

    Jangan dok bagi ikang.
    Bagilah mata kail.
    Tak kang.
    Tu pon, tak tau.

    Ni.
    Macam dengaq nasihat.
    Kucing Kota dan KeLi WoN tOnG oNg.
    Saja.

    Tu yang dok.
    Tak gi, tak gi.
    Dok lagu tu.

    Salam pada TGNA.

    • “Sedia 300k untuk 100 pasangan.
      3k/sepasang.
      Tak hebat.
      Merosakkan saja.” (budak tadika)

      Merosak yg macamana?
      Duit 300k tu utk 100 pasangan yg miskin, bkn utk 100 pasangan yg nk buat majlis besar-besaran, sewa dewan, sewa kathering, or sewa hotel, mmg la x ckup.

      Cuma pihak kerajaan kena pastikan pasangan berkenaan mempunyai pendapatan & pekerjaan supaya rumahtangga yg didirikan tak la goyah disebabkan faktor tiada pendapatan tetap.

      Dgn program ini, masalah zina dpt dibasmi dan bg golongan yg tiada simpanan yg ckup utk kahwin dpt berkahwin.

      Permudahkan yg mudah, kerana Islam itu mudah & tidak menyusahkan cuma kna bertepatan pada syarak dan hukum-hakam Islam.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: