Posted by: pinkturtle2 | Disember 5, 2010

BN Ada 4 Penyakit – PM

Malaysian Prime Minister Najib Razak, fourth from left, speaks  during Malaysia's ruling coalition National Front convention in Kuala  Lumpur, Malaysia, Sunday, Dec. 5, 2010.

Malaysian Prime Minister Najib Razak, fourth from left, speaks during Malaysia’s ruling coalition National Front convention in Kuala Lumpur, Malaysia, Sunday, Dec. 5, 2010.

Malaysian Prime Minister Najib Razak speaks during Malaysia's  ruling coalition National Front convention in Kuala Lumpur, Malaysia,  Sunday, Dec. 5, 2010.

Kita mesti mengelak, mengikis dan membuang jauh empat gejala penyakit itusebelum rasa sayang rakyat terhadap BN berubah menjadi benci, harapan mereka,menjadi kemarahan dan sokongan rakyat bertukar menjadi penentangan – PM

Members of Malaysia's ruling coalition National Front attend its  convention in Kuala Lumpur, Malaysia, Sunday, Dec. 5, 2010.

PM Ingatkan Ahli Komponen BN Sedai Hadapi ‘Empat Penyakit’

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengingatkan semua komponen-komponen parti Barisan Nasional (BN) supaya bersedia menghadapi empat “penyakit” yang sering melanda parti yang sudah lama berkuasa.

Ini kerana, kata beliau, parti yang telah lama berkuasa mungkin terlupa untuk bermuhasabah diri atau melakukan introspeksi terhadap kelemahan diri.

Perdana Menteri berkata, empat penyakit tersebut adalah khayalan, kelupaan, kejumudan dan keangkuhan yang akan menyebabkan rakyat berasa benci.

“Pertama, penyakit delusion kerana berasa khayal atau terawang-awang bahawa sokongan yang diterima daripada rakyat akan berterusan.

“Keduanya, penyakit amnesia kerana sudah terlupa akan sebab musabab atau tujuan perjuangan asal,” katanya.

Beliau berucap demikian dalam amanat dasar beliau selaku Pengerusi BN sempena Konvensyen BN 2010 di Dewan San Choon, Wisma MCA, di sini, Ahad.

Penyakit ketiga, Najib berkata, penyakit inertia yang terjadi apabila enggan membuat pembaharuan dan perubahan.

“Seterusnya pula, yang keempat, adalah penyakit arrogance yang mencerminkan sikap tidak boleh menerima teguran ramai,” katanya.

Najib menegaskan, semua penyakit tersebut perlu dielak dan dikikis oleh semua ahli komponen sebelum rasa sayang berubah menjadi benci, harapan menjadi kemarahan, serta sokongan rakyat menjadi penentangan.

Sehubungan itu, beliau berkata, BN perlu berusaha mencari formula bagi memulihkan keadaan dan melaksanakan pelan tersebut secara konsisten bagi memastikan BN akan memperoleh kemenangan besar pada pilihan raya akan datang.

Sementara itu, Najib berkata, parti pembangkang yang cuba meniru pelan BN dari segi kerjasama yang dilakukan adalah suatu usaha yang sia-sia.

Katanya, ini adalah kerana parti pembangkang tidak mempunyai ramuan keikhlasan, wawasan dan nilai yang boleh dikongsi bersama rakyat.

Najib berkata, pihak pembangkang boleh mencipta Gagasan Rakyat, Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat atau atas nama apa pun tetapi ia tidak akan berkekalan.

“Masing-masing bersikap talam dua muka ibarat simpulan bahasa, telunjuk sahaja lurus tapi kelingking berkait.

“DAP dan Pas misalnya, hanya boleh tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain. Mereka nampak seolah-olah bersatu semata-mata kerana ada orang ketiga,” katanya.

Mengulas lanjut, Najib berkata, orang ketiga itu ialah Parti Keadilan Rakyat atau jika dulu, Parti Melayu Semangat 46.

“Sejarah jelas menunjukkan kerjasama seumpama itu tidak akan berpanjangan, kerana matlamat mereka hanyalah untuk menipu atau menyeleweng rakyat.

“Mereka juga mendabik dada kononnya, sebagai parti demokratik yang mewakili semua kaum. Realiti sebenarnya jauh berbeza,” katanya.

Sambil merujuk kepada parti PKR, Najib berkata, hanya seorang pemimpin Cina menganggotai barisan tujuh orang kepimpinan tertinggi mereka.

Tambah beliau, manakala kaum India yang membentuk keahlian kedua terbesar dengan lebih satu perlima ahli, tidak mempunyai seorang pun perwakilan di peringkat tertinggi parti.

Memberikan contoh lain, Najib memberitahu, parti pembangkang turut meniru apabila Umno memperkenalkan corak pemilihan kepimpinan yang baru.

“Jelas apabila kita membuat perubahan atau pembaharuan politik yang bersifat dalaman, ia telah menggerunkan mereka.

“Pengajarannya di sini, kalau ada orang mahu meniru, sudah tentu apa yang kita lakukan ini ada kebenarannya,” katanya. Mstar

……………………………………………………………….

Najib berkata, semua gejala penyakit tersebut terutamanya keangkuhan akan hanya
menyebabkan rakyat benci dan merasa menyampah….

Tahu pulak dia rakyat marah dan menyampah!!

Kalau tahu rakyat marah kenapa naik harga minyak juga…

tiap2 bulan naik harga minyak..

ini semua kerja jahat yang menaikkan kemarahan rakyat…

jangan jadi macam burung belatuk,pandai cakap saja..sedap suara mendengarnya, tapi tak tahu apa yang dicakapkan !!

Kalau dah tahu ubahlah cepat2 supaya kemarahan rakyat akan turun bersama turunnya harga minyak dan barangan yang lain.. faham….


Responses

  1. Salam..

    tak kan 4 saja kot..
    cuba pikiaq elok2..
    rasa-rasa berpuluh penyakit yg dok ada..
    buat la perubahan mcm mna pun..
    umno tetap busuk sampai ke usus..

    semoga umno pupus dibumi malaysia…….

  2. Salam,

    Dah tak dak dah
    Dah tak boleh buat apa dah
    Dah tak dak ubat penyakit hampa tu
    Pakar2 doktor pon dah tak boleh buat apa
    Bomoh 1 m;sia pon surrender
    melainkan pi mampuih saja….

    Mai tang perhimpunan agong & PRU saja
    hampa gebang ….. raja bom

  3. Ada lagi satu penyakit BN,penyakit anggap malaysia ni harta mak bapak depa punya!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: