Posted by: pinkturtle2 | Disember 5, 2010

Mengapa Dizalimi Rakyat sebegini… Baru tadi PM pesan supaya jaga perasaan Rakyat

Protesters struggle with Malaysian police officers, foreground,  during a protest against water issues in Kuala Lumpur, Malaysia, Sunday,  Dec. 5, 2010. Malaysian police fired tear gas and water at protesters  at an opposition-backed rally in the country's largest city.

Protesters struggle with Malaysian police officers, foreground, during a protest against water issues in Kuala Lumpur, Malaysia, Sunday, Dec. 5, 2010. Malaysian police fired tear gas and water at protesters at an opposition-backed rally in the country’s largest city.

Protesters hold up placards reading "Return water rights to  the people" as they squat down during a protest against water  issues in Kuala Lumpur, Malaysia, Sunday, Dec. 5, 2010. Malaysian police  fired tear gas and water at protesters at an opposition-backed rally in  the country's largest city.

Protesters hold up placards reading “Return water rights to the people” as they squat down during a protest against water issues in Kuala Lumpur, Malaysia, Sunday, Dec. 5, 2010. Malaysian police fired tear gas and water at protesters at an opposition-backed rally in the country’s largest city.

A  Malaysian riot police officer fires tear gas during a protest against  water issues in Kuala Lumpur, Malaysia, Sunday, Dec. 5, 2010. Malaysian  police fired tear gas and water at protesters at an opposition-backed  rally in the country's largest city.

Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air ketika penyokong baju merah berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum membantah kenaikan bayaran air di Selangor kepada Yang di-Pertuan Agong – Malaysiakini

Protesters, background, run away from tear gas fired by Malaysian  riot police during a protest against water issues in Kuala Lumpur,  Malaysia, Sunday, Dec. 5, 2010. Malaysian police fired tear gas and  water at protesters at an opposition-backed rally in the country's  largest city.

Protesters, background, run away from tear gas fired by Malaysian riot police during a protest against water issues in Kuala Lumpur, Malaysia, Sunday, Dec. 5, 2010. Malaysian police fired tear gas and water at protesters at an opposition-backed rally in the country’s largest city.

Malaysian protesters run away from tear gas during a demonstration  in Kuala Lumpur December 5, 2010. Malaysian police on Sunday fired tear  gas and water cannons at some 2,000 opposition-led protesters trying to  hand over a memorandum on the state of Selangor water tariffs issues to  the National Palace, as reported by Malaysia's daily The Star online.

Macam permandangan waktu petang di tebing Gaza…Nampak macam  Tentera Zionis kejar mengejar dengan Rakyat Palestin…

Malaysian protesters react to tear gas during a demonstration in  Kuala Lumpur December 5, 2010. Malaysian police on Sunday fired tear gas  and water cannons at some 2,000 opposition-led protesters trying to  hand over a memorandum on the state of Selangor water tariffs issues to  the National Palace, as reported by Malaysia's daily The Star online.

Pemuda-pemuda palestin sedang bermain air hujan… tapi air hujan ni bahaya sikit….

Protesters step back away from tear gas fired by Malaysian riot  police during a protest against water issues in Kuala Lumpur, Malaysia,  Sunday, Dec. 5, 2010. Malaysian police fired tear gas and water Sunday  at protesters at an opposition-backed rally in the country's largest  city.

Hasrat nak serak memorandum saja,,tak sangka ditembak dengan Gas pemedih mata pula,,, biasalah APCO yang ajar..

Protesters run away from water cannon fired by Malaysian riot  police during a protest against water issues in Kuala Lumpur, Malaysia,  Sunday, Dec. 5, 2010. Malaysian police fired tear gas and water at  protesters at an opposition-backed rally in the country's largest city.

Protesters run away from water cannon fired by Malaysian riot police during a protest against water issues in Kuala Lumpur, Malaysia, Sunday, Dec. 5, 2010. Malaysian police fired tear gas and water at protesters at an opposition-backed rally in the country’s largest city.

A  protester runs away from water cannon fired by Malaysian riot police  during a protest in Kuala Lumpur, Malaysia, Sunday, Dec. 5, 2010.  Malaysian police fired tear gas and water at protesters at an  opposition-backed rally in the country's largest city.

yang ni betul-betul gambar dari genting gaza…hidup ke mati nasib remaja Palestin ini…

Semua gambar-gambar di atas dirakam oleh Wartawan AP Photos dan Reuters Pictures..

……………………………………………………………………………………………………………..

Polis Guna Meriam Air Dan
gas Pemedih Mata Ganggu Perhimpunan Aman Rakyat…

Baru je Pagi tadi PM pesan dalam Konvensyen BN supaya menjaga hati dan perasaan rakyat..Rakyat Mesti didahulukan kata PM…Tak sampai petang,rkyat dah pun didahulukan dengan Gas Pemedih Mata dan meriam Air..

Apa sangat bahayanya rakyat, hanya sekadar berhimpun secara Aman untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di istana negara setelah mendapat lampu hijau dari iistana Negara sendiri..sehingga diperlakukan sedemikian rupa..

apatah manusia, lembu sekalipun kita tak boleh buat zalim dan diharamkan buat zalim dengan menyembur gas pemedih mata atau semburan meriam air yang berisi bahan kimia untuk menghalau daripada berkeliaran di atas jalan raya yang menghalang lalu lintas orang ramai,

Kerajaan dan pihak polis pikirlah sendiri, semua yang disembur hari ini adalah manusia,tidak ada seekorpun lembu atau kerbau…adakah layak mereka diperlakukan sedemian rupa lebih teruk dari binatang…jangan kita menzalimi sesama manusia…satu ketegasan daripada Allah di dalam hadis kudsi, Allah taala telah mengharamkan ke atasnya berlaku zalim,dan Allah juga telah mengharamkan ke atas manusia sesama manusia berlaku zalim.. renung-renunglah larangan keras dan amaran dari Allah dalam bab kezaliman ini..kerana orang yang berlaku zalim ini Allah swt akan membalasnya semasa di atas muka bumi lagi.semasa kita hidup lagi dosa kezaliman kita Allah swt akan balas secara CASH supaya menjadi pengajaran bagi mereka yang masih hidup…di alam kubur dan di alam mahsyar lagilah teruk..

A  man is pinned down by police during a demonstration in Kuala Lumpur  December 5, 2010. Malaysian police on Sunday fired tear gas and water  cannons at some 2,000 opposition-led protesters trying to hand over a  memorandum on the state of Selangor water tariffs issues to the National  Palace, as reported by Malaysia's daily The Star online.

Nak sembelih lembu di pagi eidul adha pun kena buat elok-elok… jangan disakiti batang tubuh lembu sebelum disembelih..pisau kena betul2 tajam supaya senang mati tidak lama merasa kesakitan, dengan manusia lagilah…jangan dizalimi mereka… Allah telah mengharamkan ke atas kita berlaku zalim sesama manusia… ingat Amaran Allah SWT… gambar ini di rakam petang tadi oleh wartawan Reuters Pictures semasa polis menyuraikan perhimpunan Aman untuk menyerahkan memorandum kepada Yang Di Pertuan Agong…

Rasanya tak sampai lagi masanya pihak Polis mengamalkan sikap rejim zionis israel dengan rakyat Palestin dalam menangani perhimpunan aman rakyat..mereka tak dengar arahan pihak polis untuk bersurai kerana tiada permit bukanlah alasan atau lesen besar untuk pihak polis menembak dengan Gas pemedih mata dan semburan meriam air..tak ada senjata apa pun yang mereka bawa..mereka juga tak baling batu atau botol ke arah pihak polis, jauh lagi untuk menggunakan lastik seperti remaja palestin lastik tentera zionis Israel,.. jadi apa sebab mereka diperlakukan seperti dalam gambar-gambar di atas.. Kalu difikir dengan logik akal, selesai sudah mereka serah memorandum kepada wakil Yang di pertuan Agong,mereka semua akan bersurai pulang ke tempat masing-masing..tak kan  macam lembu kerbau mereka nak lepak kat sini sampai waktu Insya tanpa hala tuju.. mereka semua ada tanggungjawab pada Allah , keluarga dan kerja masing-masing untuk dilaksanakan… pikir pikirkan lah

……………………………………………………………………………………………………..

Polis Guna Meriam Air Dan gas Pemedih Mata Ganggu Perhimpunan Aman Rakyat…

Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air ketika penyokong baju merah berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum membantah kenaikan bayaran air di Selangor kepada Yang di-Pertuan Agong.

Mereka mula bergerak kira-kira jam 1.45 tengahari dan sejurus kemudian polis menembak gas pemedih mata ke arah mereka.

Ia berlaku ketika mereka melalui bulatan di Jalan Hishammuddin berhampiran Masjid Negara.Tidak dapat dipastikan dari arah mana gas pemedih mata itu ditembak

Berikutan itu, sebahagian peserta meneruskan perarakan dan berdepan dengan gas pemedih mata dan meriam air di hadapan stesen lama KTM.

Manakala yang lainnya kelihatan berpatah balik ke arah Masjid Negara.

Difahamkan juga, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menaiki kereta yang diiringi oleh pihak polis menuju ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum tersebut.

Sebelum itu, Khalid membaca kandungan memorandum yang dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong.

Kemudiannya, penyelaras perhimpunan tersebut, Badrul Amin memberitahu yang menteri besar Selangor itu akan diiringi polis ke Istana Negara.

Khalid kemudiannya menyerahkan memorandum serta 150,000 tandatangan kepada wakil Istana Negara. Menurut exco kerajaan Selangor, Teresa Kok, pihak polis tidak membenarkan mereka mengambil gambar.

Pada kira-kira jam 2.45 petang, polis mengarahkan kira-kira 2,000 penyokong baju merah yang masih berhimpun di Masjid Negara supaya bersurai.

Apabila mereka tidak bergerak, kira-kira 300 anggota polis bergerak ke arah masjid untuk menyuraikan mereka.

Sebelum itu, penyokong baju merah mula berhimpun di Masjid Negara mulai jam 11 pagi tadi.

Sehingga jam 1 tengahari tadi, lebih 1,000 orang yang memakai baju merah di lihat di sekitar kawasan masjid.

Angka itu bertambah sehingga 7,000 orang sebelum berselerak sedikit demi sedikit apabila disembur meriam air dan gas pemedih mata bertalu-talu.

Turut kelihatan mereka yang berpakaian biasa tetapi mengambil baju merah yang diedarkan di sekitar Masjid Negara.

Mereka dilihat membawa plakad bertulis ‘kembalikan hak rakyat’, ‘tolak penswastaan’ serta memakai ikat kepala bertulis ‘kembali hak air rakyat’.

Sebelum itu, kedengaran mereka bersorak ‘hidup rakyat’, ‘kembalikan hak-hak rakyat’, dan yang paling lantang ialah laungan kumpulan mahasiswa.

Mereka kemudiannya masuk ke masjid untuk menunaikan solat Zohor.
Difahamkan, selepas itu mereka akan mengadakan solat hajat sebelum perhimpunan bermula.

Turut kelihatan ialah beberapa pemimpin Pakatan, antaranya timbalan presiden PKR, Azmin Ali; pengarah strategik PKR, Tian Chua dan pemimpn PAS, Dr Zulkefly Ahmad serta timbalan ketua AMK, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin.

Kumpulan berbaju merah itu mula bersurai kira-kira 3.30 petang tadi setelah diberikan jaminan oleh Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh bahawa semua yagn ditahan akan dibebaskan.

“Saya berjanji tidak ada sesiapa yang ditangkap sekiranya tuan-tuan beredar secara sukarela dan aman,” katanya melalui pembesar suara milik kumpulan baju merah.

Dr Zulkefly dan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad turut memainkan peranan menenangkan dan menyuraikan peserta perhimpunan itu.Malaysiakini


Respon

  1. Demokrasi taik kucing dari rejim BN. Para otai-otai kena buka minda sbb mrklah kaum yg mudah d perkotak-katikkan oleh rejim BN sptmana mrk² yg melompat dari PR tu.

  2. Rasanya tak de yg bersenjata pun…polis kat malaysia ni teringin sgt nak berperang mcm kat palestine kot.Mana la hilangnya hati dan prasaan.Dah sama cam zionis

  3. Rakyat segelintir yang berdemo mempertahankan Umngok, akan dijaga dan didahulukan dengan segala peluang dan diberi ganjaran kerana mereka adalah jentera para kroni dan cukong2 yang menjaga kepentingan para pemimpin UBN.

    Sementara Rakyat yang berdemo seperti yang dibelasah oleh Polis inilah, yang telah dan akan didahului dengan kezaliman kepada mereka!. Kenapa?.

    Kerana rakyat seperti ini akan membuka minda dan mencelikan jumlah rakyat yang tidak mahu dibodohkan oleh para pemimpin UBN yang sedang mengaut laba dan takut hilang kuasa.
    Hilang kuasa ertinya akan mengundang padah untuk hidup mewah selesa, seronok diampu, dipuja oleh makcik dan pakcik Felda dan rakyat yang dibodohkan dengan rasuah, media dan berita.

    Dari segi teknik mengeksploitasi sumber yang boleh mengisi tabung dana UMNO. Tidak kah kita boleh berandaiyan seperti ini?.

    Dalam isu Syabas ini. Pemimpin UBN dari mula lagi telah terkesan, sekiranya Syabas berjaya dimiliki oleh kerajaan negeri Selangor. Umno Selangor akan kehilangan sejumlah besar sumber dana yang akan digunakan bagi menawan semula negeri Selangor, menurut perkiraan politik mereka.

    Sebenarnya pada lojik akal, amat sukar diterima seorang CEO kepada sebuah syarikat yang diberi hak mengurus air negeri selangor ini mendapat gaji berjumlah sebanyak RM 425, 000 sebulan, dan membawa jumlah RM 1.5 juta setahun, sedangkan setinggi2 gaji Ceo kepada sebuah syarikat swasta ialah RM 45.000 sebulan.

    Takkan jabatan Odit dan SPRM atau pihak berkuasa ketua eksekutif negara tidak bercadang untuk membuat siasatan setelah dakwaan dan bukti telah ditunjuk dan diedarkan kepada tuntunan umum, siapa kah individu yang telah dibayar gaji sebanyak itu!. Kenapa tiada sebarang jawapan atau ulasan, atas dasar apa manusia ini dibayar gaji sebanyak itu?.

    Nah! Pertamanya, mari kita lihat siapakah Datuk Rozali CEO Syabas ini? Kenapa beliau yang dipilih menjadi Ceo?
    Setelah melihat keahlian UMNO dan jawatan beliau dalam UMNO. Beliau adalah Bendahari UMNO Selangor. Beliau telah dibayar gaji sebanyak itu semasa Regim Khir Toyo yang menjadi MB Selangor. Ertinya sudah berapa lama beliau mengumpul dana UMNO Selangor melalui gaji yang telah dibayar kepada beliau.

    Kita anggarkanlah gaji asas yang dibayar berjumlah RM 25.000 sebulan tidak termasuk berbagai elaun yang membawa jumlah RM 25,000 lagi seperti yang dirancangkan, bila beliau telah diamanahkan sebagai CEO. Jadi pendapatan beliau adalah RM 50,000, dan kalau inilah yang diumumkan, barulah dilihat munasabah dan praktikal, Dan sebenarnya inilah gaji beliau.
    Tetapi kenapa diumumkan seperti dalam slip emolumen gaji CEO ini berjumlah
    RM 425.000?.

    Ya! memang lah mengikut slip itulah yang dikeluarkan kepada beliau. RM 425.000 itu, kita kena faham ianya bukan dibayar tunai. Ia dibayar melalui bank. lalu kita lihat siapa pula CEO bank yang diamanahkan menyimpan yang dikatakan emolumen itu. Yang Pastinya bank ini juga kepunyaan kroni UBN.

    Bank kroni telah membuka 2 akaun dari akaun emolumen awal yang dibayar oleh Syabas. Wang ini akan diagihkan RM 25.000 dan lain elaun kedalam personal akaun sebenar kepunyaan Datuk Razali dan selebihnya yang berjumlah RM375.000 sebulan akan dimasukan kedalam akaun amanah Bendahari UMNO Selangor.

    Akaum amanah Bendahari Selangor akan aktif setiap bulan bukan sahaja dari Syabas bahkan dari berbagai sumber samada dari pembersihan wang haram yang lain atau dari cukong2 yang mendapat faedah untung melalui kuasa kerajaan negei yang diperintah oleh UMNO BEE END>

    Justeru itu rakyat yang berdemo menggugat Syabas yang menjadi sumber nafas UMNO yang masih hidup kerana duit ini perlu diperangi dan dihalang habis habisan.

  4. apa pasal la polis tak guna bom betul, kurang sikit puak-puak yang suka menyusahkan orang ni. apapun aku nak ucapkan padam muka dengan para pendemontrasi ni. dapat sorang rm 50 kena makan bom asap.

  5. mat romeo,
    kurang2nya depa dapat juga rm 50. dah bagusle tu.banding dgn umnongok dapat kain pelekat gajah berak dah naik tocang! apa hair?

  6. berjuang pn biar la kena pada cara dan tempatnya. PDRM 1 pasukan professional dan ‘berotak’, sekiranya setiap arahan dan peraturan diikiuti oleh peserta demo, sy pasti perkara2 sebegini xkn terjadi.sy mengerti semangat peserta demo semua utk menzahirkan objektif utk mghantar memorandum tsebut, tetapi polis hanya bertindak selepas stiap arahan dan amaran dikeluarkn serta ada tindakan provokasi oleh peserta demo. bukan kah YB menteri besar telah diiringi polis utk mghantar memorandum tsebut, so mngapa hndak berkumpul lg disitu, bukan kah berkali2 amaran polis supaya bsurai secara aman telah diberikan?? sy bukn lah seorang ahli UMNO mahupun PEMBANGKANG, hanya seorg yg besifat neutral dan seorang RAKYAT juga seperti anda semua yg cintakan keadilan utk rakyat, tetapi akhir2 ini seolah2 ada pihak ke’3 dsebalik tabir yg merencanakan supaya seolah2 media melihat POLIS ganas dan bertindak melulu walhal sebaliknya.. jgn lah kita diperkudakan pihak tertentu..

    • saya tertarik komen anda, masa remaja dulu pernah juga turut demo. lebih setengah jam polis beri amaran. apabila penunjuk perasaan melintasi kawasan yang menimbulkan kesulitan kepada awam baru polis bertindak. mereka ni terlalu terpengaruh dengan kepimpinan yang teksub kepada perjuangan parti. apa orang buta semua salah. sendiri buat buat buta mata.. macam macam kerajaan selangor buat yang juga jelas korup diam pulak. berjuang biar ikhlas. untuk rakyat bukan untuk kumpulan diri.


Tinggalkan komen

Kategori