Posted by: pinkturtle2 | Disember 5, 2010

Umno lah yang mencuit ,mencuri dan mengadai Hak Melayu

Umno lah yang mencuit ,mencuri dan mengadai Hak Melayu

Umno sebagai tonggak BN akan buat apa sahaja untuk meraih sokongan rakyat dalam pilihanraya. Semua diktator di dunia, perkara yang paling mereka gerun ialah seksa di di dunia, iaitu hilang kuasa. Pemimpin umno semakin gelisah  untuk menghadapi hari-hari tua yang berada dihujung senja. Puas mereka memutar isu untuk  meyakinkan rakyat walaupun kena di batang hidung mereka. Pedekatan matlamat menghalalkan cara.

Isu yang rancak dimainkan di dalam media ialah isu Melayu semakin terhakis kerana Pakatan Rakyat semakin kuat, dan umno pula tidak larat. Mereka menggunakan media televisyen terutamanya untuk menggambarkan bahawa yang boleh menjaga kepentingan Melayu dan Islam ialah Umno. Pemimpin Umno silap, dunia sudah berubah dan rakyat sudah celik sejarah terutama mereka yang terpelajar.

Mereka yang buta maklumat semakin pupus di atas dunia ini, Insya Allah generasi yang celik maklumat akan membuat perhitungan dengan pemimpin Umno. Generasi ini tidak akan biarkan setengah abad kedua  negara ini diperintah oleh perakus harta negara yang merompak secara terhormat.

Apabila Harakah mendedahkan pengakuan yang dibuat oleh ADUN Umno Pulau Pinang  ketika forum  ‘Isu Penghakisan Tanah Melayu Pulau Pinang: Apakah Jalan Penyelesaian’ anjuran Yayasan Bina Ilmu Pulau Pinang pada 10 November lalu berpunca daripada pemimpin Umno.

Maka 22 November 2010 Utusan Malaysia yang menjadi proksi Umno terus membuat satu laporan khas mengenai tanah Pulau Pinang untuk mengatakan putih walaupun satu dunia mengatakan hitam. Begitullah juga taktik Utusan Malaysia yang cuba hendak menyalahkan DAP yang tidak sampai tiga tahun memerintah menyebabkan tanah melayu Pulau Pinang papa kedana? Laporan tu juga membela Umno tidak boleh disalahkan sehingga tanah orang melayu tinggal 1.16%. Laporan yang layak dilaporkan di zaman batu, bukan zaman maklumat yang boleh diketahui berbatu-batu.

Ini fakta menunjukkan Umno penjahanam tanah orang Melayu:

Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu  dari 3 juta hektar pada tahun 1957 kepada  1.7 juta hektar (1995). Bermakna   44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun  2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

22,000 ekar tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK  (KL Kepong) di Lekir, Manjung.

200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin umno kepada YTL ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway.

9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.

Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.

Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600  orang yang tinggal disitu.

26,000 hektar tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.

300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vicent Tan untuk projek perlancungan.

Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur)  untuk projek kolam udang.

13 Jun  2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi,  kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? Pakatan Rakyat atau Umno.

Akibat kejahilan pemimpin Umno menyebabkan  Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar  menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia  dapat pulau tenggelam timbul. Inilah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.

Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak  273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.

Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.

Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)

Tanah seluas 2500 ekar  ladang kelapa sawit di Jalong Tinggi Sungai Siput Perak telah dijual kepada China Singapura.

Siapa pula yang menghalau penduduk di Kampung Berembang Ampang. Pada hal mereka ini adalah penyokong umno tegar. Apabila penduduk dihalau yang membela mereka ialah daripada PAS, PKR, DAP dan NGO. Tidak nampak muka pemimpin Umno pada hari penduduk yang dihalau macam anjing.

217 hektar tanah Keretaapi Tanah Melayu di Singapura kepada Singapura. Tanah yang berharga emas terlepas secara terhormat.

Menghalau 290 buah rumah penduduk  Kampung Plentong Tengah  Pasir Gudang Johor. Mereka sudah tinggal di situ hampir 30 tahun. Yang menjadi pendinding dan perunding  ialah pemimpin PAS, PKR dan DAP. Seramai 28 orang ditangkap kerana mempertahankan rumah mereka daripada diroboh pada 16/10/2009. Kesemua mereka ialah penyokong umno tegar, apabila mereka dihalau batang hidung pemimpin umno tidak nampak.

Daripada fakta di atas bolehlah dirumuskan Umnolah pengkhianat dan menggadai tanah orang Melayu, Bukan PAS, bukan PKR dan bukan DAP.

Sebenarnya slogan Umno “Hidup Melayu” perlu ditukar kepada slogan sebaliknya, iaitu “di mana Umno kuat di situ Melayu merempat”.

……………………………………………

Artikel asl bertajuk Tanah Melayu terhakis angkara Umno ditulis oleh Ustaz Idris Ahmad

……………………………………………………………

Pimpinan UMNO lah yang menghilangkan kuasa dan suara Melayu-Islam

Pandangan Tun Dr Mahathir Mohammad yang disokong oleh beberapa pimpinan UMNO lain bahawa orang-orang Melayu akan kehilangan kuasa dan ‘suara’ jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih pemerintahan negara adalah merupakan suatu pandangan yang tidak berpijak di bumi kenyataan dan igauan takutkan kekalahan kerana dibejati kesalahan-kesalahan yang dilakukan semasa memimpin negara.
Semuanya ini telah sekali lagi diulang sebut pada saat UMNO berada dalam keadaan yang paling parah dari segi politiknya. Sejarah sekali-kali tidak boleh menafikan bahawa UMNO adalah parti warisan yang meneruskan agenda penjajah dengan melaksanakan ideologi yang boleh melemahkan umat Islam disamping mereka juga tidak boleh dijadikan contoh yang baik terhadap masyarakat majmuk dalam negara kita ini. Pimpinan UMNO jugalah yang terus menerus melebarkan pandangan masyarakat dijalur perkauman sempit. Kemajmukan masyarakat dalam negara kita ini sepatutnya dijadikan satu asas untuk membina negara Malaysia yang hebat dan dalam masa yang sama menunjukkan contoh model keadilan Islam yang sebenar.

Tetapi UMNO telah gagal dalam memikul amanah rakyat ini. Akibatnya orang Melayu yang mendapat majoriti besar dalam pilihanraya tetapi gagal untuk memartabatkan Islam yang menjadi agama persekutuan dalam negara kita ini. Pimpinan UMNO dan BN telah menunjukkan pelbagai contoh kepimpinan yang merosakkan imej Islam dengan berlakunya ketidakadilan dalam masyarakat, penyelewengan dan rasuah dari puluhan hingga ke jutaan ringgit serta meneruskan amalan demokrasi yang pincang.

Semuanya ini telah menyebabkan berlakunya pelbagai penindasan dan kezaliman terhadap orang Melayu-Islam dalam negara kita sendiri. Tentu kita tidak lupa bahawa pimpinan UMNO lah yang menyebabkan hilangnya kuasa politik Islam di Singapura. Sikap songsang mereka ini juga dapat dilihat apabila kerajaan BN pimpinan UMNO yang telah memerintah Pulau Pinang selama puluhan tahun sehingga meninggalkan suasana politik buruk yang menghakis masyarakat Melayu-Islam di sana, tetapi tanpa segan silu pimpinan UMNO ini cuba menyalahkan Pakatan Rakyat yang hanya  berusia dua tahun.

Kita juga tidak sekali-kali akan lupa bahawa diskriminasi politik dilaksanakan secara pecah perintah oleh UMNO yang memerintah di Kerajaan Persekutuan terhadap orang Melayu-Islam di Terengganu, Kelantan dan Kedah dalam isu pemberian subsidi baja, perampasan royalti minyak di Terengganu dan menafikannya di Kelantan, penyusutan tanah wakaf di Pulau Pinang dan kegagalan mengendalikan tanah rezab Melayu, pemberian geran tanah yang dijadikan ugutan untuk memperolehi undi, penafian peluang biasiswa pendidikan dan peluang perniagaan yang disekat serta pelbagai lagi penindasan yang dilakukan terhadap orang Melayu-Islam di bawah semata-mata kerana mereka yang mempunyai pendirian politik yang berlainan dengan UMNO. Bukankah mereka ini juga orang Melayu-Islam ?. Kita ingin bertanya : Mana ia suara bahawa UMNO membela Melayu-Islam ?.

Parti Islam SeMalaysia (PAS) dengan ini mengajak seluruh orang Melayu-Islam yang bimbang dengan kedudukan mereka agar dapat berfikir dengan rasional dan fakta yang jelas, bahawa UMNO-BN akan sekali lagi berlaku curang terhadap mereka.

Marilah bersama dengan gagasan baharu bahawa PAS perlu menggantikan UMNO sebagai teras politik Melayu-Islam dalam negara kita ini.

Kepada seluruh rakyat dalam negara kita ini, tinggalkanlah BN dengan bersama membuat perubahan bersama PAS dalam Pakatan Rakyat ke arah Malaysia yang lebih adil dan sejahtera.

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

17 Syawal 1431/ 26 September 2010

sumber asal


Responses

  1. Oleh yang demikian, kalau tak mau hak orang melayu hilang semua. Marilah kita kembali sokong Umngok dan ketuanan melayu Umngok.
    Kalau tidak! Sebelum hilang kuasa yang masih ada pada melayu Umngok ini depa tengah dok intai beberapa buah kampung melayu di KL untuk dimajukan buat pembangunan yang last sekali bangunan dan tanah oghang2 melayu itu akan dijual kepada Cukong.

    Tanah2 kampung oghang melayu yang dok ada di KL ini, yang masih tinggai:-
    Kampung Baru, Datuk keramat, Sri Malaysia Sg. Besi, Kg. Pandan, Sg. Pencala, Kg. Bandar Dalam, Kg. Puah dan Kg. Baru Kepong.
    Semua kampung ini dikelilingi oleh pembangunan yang sedang pesat membangun yang bernilai berbilion RM. Para Cukong sekarang ni sedang melobi pemimpin Umngok, mintak kampung2 nii.. diambik oleh kerajaan UBN mengikut pindaan akta tanah bagi tujuan pembangunan. Draft Pembangunan Plan KL 2020 telah meluluskan beberapa buah kampung yang akan diambik oleh kerajaan Umngok. Menteri2 Umngok telah terbayang komisyen yang akan mengkayakan mereka bakal sama macam Taib Mahmud ketua menteri Sarawak..

    Akan dibayar pampasan ikut suka depa.. seperti yang terjadi kepada Kg. Haji Abdullah Hukum..

    Jadi kalau takmau semua Kampung ni hilang dari permukaan bumi KL ni.. Mai kita pakat2 sokong Umngok yang sangat kuat menjaga kepentingan orang melayu yang otak depa semakin layuu….

    Hidup Ketuanan Melayu Umngok otak simpan dalam mangkok!

    • Otak dalam kepala
      yang pakai songkok tinggi…

      kemudian di simpan dalam
      MANGKOK HAYUNN…!!!!

      KAH…!!! KAH…!!! KAH…!!!! KAH…!!!

      • hamba Allah.
        yang ni.
        mulai esok, tiap2 hari.
        jam 7 pagi, tengok TV 9.
        tanyalah ustaz.

        jangan dok ikutCelamah lagi.
        baru TGNA suka.

    • kucing, kucing.

      dah mula merapu.
      ni sebab.
      tak dapat nak cari.
      taip kat google pun, tak keluaq.

      lepais tu.
      dok mangkok mangkok.
      dok hayun hayun.
      dok kah kah kah.

      garu sana, garu sini.
      tergaru garu.

      sekadaq kena banyak membaca.
      tak dak pilihan.
      tak dak alternatif.

  2. Umngok dan ketuanan melayu..!!!!!!! kah…kah…kah…..kah
    sejak bila melayu jadi tuan nie…..!!!!!!kah…kah…kah..kah..
    penghambaan melayu ada la….!!!!!!!!kah….kah….kah….kah..kah
    hanya melayu umngok yg tak sedaq2…!!!!kah…kah….kah…kah

    • Salam GUBIQ.

      Hang dah pencen ka?
      Pencen dari bagi salam.
      Salam, mana ada pencen-pencen.

      Hang ni.
      Lama tak tulih.
      Pi ke mana?
      Tenggelam timbul, tenggelam timbul.
      Nasib baik, baru ni Kedahlaih banjir.
      Kalau tidak.
      Hang tak timbul, timbul.

      Sekadaq hang kena bersyukuq.

      • bersyukur macam Najib takut bini cakap baru2 ni ke? hahaha

  3. salam………

    hari-hari………tanpa henti………..sarkis suka main sentimen melayu……suka pelaga sana sini………suka taboq beraih kunyit…..suka cucuh api…..bila menyala sungguh…..mola kelangkabut………

    hari-hari melayu sarkis suka buat onaq…….
    cuit sana cuit sini………
    dlm blog pun……..hantaq panglima kari laa…..gomo laa…….suruh gomoi cukup-cukup………
    melayau ngan hairan.tok sah cakap laaa…….memang kamjat punya…….tak dak quality langsung berita yg masuk…..
    dok perangat orang ada laa………..
    soal betui ke…. salah ke……depa tak peduli punya………janji permainan sarkis mesti diteruskan………

    aloo puak sarkis…….
    bila mau beghenti main sama itu gajah n rimau daaa………….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: