Posted by: pinkturtle2 | Disember 6, 2010

kenyataan Akhbar Penarikan Balik Darjah-Darjah Kebesaran Tengku Razaleigh Hamzah

SETIAUSAHA KERAJAAN KELANTAN 

KENYATAAN AKHBAR

Menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V, al-Sultan Kelantan, saya memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V, al-Sultan Kelantan, telah mengampuni perkenan perkara berikut:

1. Menarik balik Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (D.K.) (Al-Yunusi) serta Tauliah Pelantikan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.P.M.K.) (Al-Muhammadi I) yang telah dianugerahkan kepada Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah, No. K/P: 370413-03-5083, sebelum ini, mulai pada 2 Disember 2010.

2. Menarik balik Tauliah Pelantikan Ahli Yang Kedua (Dato’ Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.J.M.K.) (Al-Ismaili II) serta Pelantikan Jaksa Pendamai (J.P.) yang telah dianugerahkan kepada Dr Haji Yaacob Hussain Merican, No. K/P: 380920-03-5597, sebelum ini, mulai pada 2 Disember 2010.

Kedua mereka yang terbabit dalam penarikan di atas telah dimaklumkan melalui surat pada tarikh-tarikh tersebut.

Adapun penarikan balik ini adalah hak Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V, al-Sultan Kelantan, yang dijalankan menurut hemah dan budi bicara Baginda jua.

(DATO’ SERI SETIA RAJA DATO’ HAJI MOHD AISERI ALIAS)
Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan

Bertarikh Pada: 28 Zulhijjah 1431H
Bersamaan: 5 Disember 2010

………………………………………………………………………………………………..

penarikan balik ini adalah hak Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V, al-Sultan Kelantan, yang dijalankan menurut hemah dan budi bicara Baginda jua - DATO’ SERI SETIA RAJA DATO’ HAJI MOHD AISERI ALIAS , Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan

 

SALAH SATU PUNCA PENARIKAN BALIK DARJAH-DARJAH KEBESARAN TENGKU RAZALEIGH HAMZAH

KU LI: TIGA KEADAAN TIDAK TERJADI, KESAHIHAN SULTAN BARU DIRAGUI
(TERJEMAHAN DARI AKHBAR SIN CHEW DAILY, 14 SEPTEMBER 2010)

KUALA LUMPUR, 13 Sept – Timbalan Yang Dipertua Majlis Perajaan Negeri Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah, berkata, dalam keadaan Baginda Sultan Kelantan masih hidup, tidak menghilangkan diri dari Kelantan tanpa alasan kukuh lebih daripada setahun ataupun turun dari takhta secara sukarela, kesahihan pemasyhuran Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra, sebagai Sultan adalah diragui.

Ahli Parlimen Gua Musang itu juga memberitahu Sin Chew Daily bahawa jika kedudukan Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan tidak sah dari segi undang-undang, semua akta yang bakal diluluskan oleh dewan undangan negeri yang mendapat perkenan Baginda juga tidak sah.

Beliau berkata, hanya dalam tiga keadaan sahaja Sultan boleh digantikan, iaitu jika Sultan mangkat, menghilangkan diri dari Kelantan tanpa alasan kukuh lebih daripada setahun ataupun jika Sultan turun dari takhta secara sukarela. Walau bagaimanapun, ketiga-tiga keadaan itu tidak berlaku di Kelantan, maka tiada sebab pemasyhuran Sultan baru dilakukan.

“Apa yang paling dibimbangkan ialah kedudukan Sultan yang tidak sah dari segi undang-undang memberi kesan yang mendalam; rang undang-undang yang diluluskan oleh dewan undangan negeri perlu mendapat perkenan Sultan sebelum dikuatkuasakan sebagai akta; jika Sultan tidak sah dari segi undang-undang akta berkenaan juga turut menjadi tidak sah dan belanjawan tahunan yang dibahaskan dalam dewan juga tidak sah”.

“Baginda Sultan juga perlu menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja, membuat keputusan mengenai perlantikan hakim dan sebagainya, ini akan memberi kesan kepada semua, sebab itulah timbulnya kebimbangan”.

Beliau berpendapat perkara sebegini berlaku disebabkan undang-undang berkaitan institusi raja tidak lagi dihormati. Source.. kelantan Insider

Advertisements

Responses

  1. dulu ibrahim ali, sekarang ku li pula

    keh keh keh

  2. Salam 1Malaysia aka
    Salam TGNA suka.

    Orang Malaysia ni.
    Gila darjah kebesaran.
    Ada yang dapat cara betoi.
    Ada dikatakan beli.
    Ada yang disyaki pandai mengampu.

    Pasainya.
    Rakyat dok sanjung sangat.
    Kalau bercakap.
    Dok dato, dato, dato.
    Entah ke apa-apa pon, dato.
    Tu lah rakyat.
    Seropa Kucing Kota, KeLiWoN, GUBIQ, nasik kandaq, Neutron, mat dan ikutCeramah.

    Yang dapat pulak.
    Dok syok sokmo.
    Kalau kita lupa datokan dia.
    Muka berubah.
    Yang datin pulak.
    Tegedik-gedik.

    Kadang2 heran jugak.
    Orang macam TG pon.
    Terima jugak.

    Baik jadi kawan kita.
    Tak payah anugerah-anugerah.
    Mengaku saja.
    great chief.

    Sekadaq kita do away lah.
    Dengan darjah kebesaran.

  3. salam………..

    apa yg hang dok merepet nie dak tadika ???????
    awat dok meretuih lagu tu???……
    hang tu kecik lagi…..mana boleh dapat pangkat datuk atawa dato…….
    kalu hang ada cucu…….boleh laa hang naik pangkat jadi datuk……tapi kat negeri hang tu…….perempuan depa tak panggiey datin….depa panggiey opah………..

    sekadaq peringat hang laa…….
    jngn dok perasan nak dapat dato………

    kah kah kah

    • Salam nasik kandaq.

      Esok kita kat Pineng.
      Mana nak makan.
      Nasik Kandaq yang sedap.

      Sekadaq nak tanya.

      • Salam BT,

        Sebelah pagi Kpg. Melayu
        Tgh. hari CARGAS di Bayan Lepas
        Tgh. malam kat Market Jelutong
        Kalau nak ubah selera tgh malam
        pekena nasi tomato beratoq kat
        Batu Lancang.

        Jgn. kedarah tau
        plan2 makan.

      • Salam great chief.

        Kita makang plang-plang.

        Terima kasih.

      • salam…….

        ropanya hang cari jugak nasik kandaq noooooo……..
        yg GC bagi tau tu dah ok laa tu……..
        aku tambah sikit……….
        petang hang pi kat flat farlim di ayaq itam….
        tidak pun hang pi pekena kat deen nasik kandaq di jelutong….
        nasik beratoq satu lagi sebelah mesjid kapitan….malam kalu cantikk laa area pukul 10 malam………..

        jangan lupa hang boh papedom sama…….baru trangkat……

        hang mai buat apa kat penang??????…….
        ohhhhhhh….aku lupa…….budak-budak nak tengok pesta p.pinang………..

        kah kah kah……..jangan marah aaaaaaaaa…..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: