Posted by: pinkturtle2 | Disember 6, 2010

SPRM Tahan Khir Toyo Di Pejabatnya Pagi Ini,Didakwa Atas Tuduhan Rasuah

SPRM tahan Khir Toyo di pejabatnya di Shah Alam

06/12/2010 12:16pm

KUALA LUMPUR 6 Dis. – Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo hari ini ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di pejabatnya di Shah Alam kira-kira pukul 9 pagi tadi.

Pengarah Siasatan SPRM, Mustafar Ali berkata, Khir Toyo kemudian dibawa ke Mahkamah Seksyen Shah Alam untuk dituduh di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan atas kesalahan rasuah.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung penangkapan tersebut.

Di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan, seseorang boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Difahamkan, penahanan Khir Toyo berkaitan dengan dakwaan bahawa beliau menerima rasuah berhubung pembelian tanah untuk ”Istana Khir” iaitu rumahnya yang ala Bali di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.

Khir Toyo, 45, menjadi Menteri Besar Selangor yang ke-13 pada Ogos 2000 ketika berumur 35 tahun dan merupakan penjawat jawatan Menteri Besar Selangor yang termuda. – Bernama

……………………………………………………………..

 

Khir Toyo didakwa atas tuduhan rasuah

Bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Haryoni dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas tuduhan rasuah.

Kedua-duanya tidak mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut.Kes itu dikatakan berkaitan dengan pembelian dua bidang tanah bernilai RM3.5 juta oleh Khir Toyo, melalui Shamsuddin, untuk membina banglo gaya Bali di Seksyen 7, Shah Alam.

Difahamkan Khir Toyo dan Shamsuddin disoalsiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di ibu pejabatnya di Shah Alam.

Ketua pendakwaan SPRM, Abdul Razak Musa tiba di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada jam 11.10 pagi, tetapi terus menuju ke kamar Timbalan Pendakwa Raya (DPP).

Khir Toyo pula tiba sekitar jam 11.25 pagi.

Dewan mahkamah kini dikunci, lalu dia dibawa melalui pintu masuk kakitangan Mahkamah Sesyen (Jenayah) 8 bagi mengelak wartawan yang mengekorinya. malaysiakini

……………………………………………………………

ADUN Sungai Panjang, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam di Shah Alam, hari ini atas dakwaan pembelian Hartanah bernilai 3.5 juta. – Foto Roslin Mat Tahir

 

Khir Toyo dituduh peroleh lot tanah, banglo harga murah

06/12/2010 12:24pm

SHAH ALAM 6 Dis. – Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan memperoleh dua lot tanah dan sebuah rumah yang bernilai RM6.5 hanya dengan harga RM3.5, dua tahun lalu.

Pengarah syarikat Ditamas Sdn. Bhd., Shamsuddin Haryoni yang menjual hartanah tersebut turut didakwa atas tuduhan bersubahat melakukan kesalahan itu dengan Mohamad Khir pada 29 Mei 2007.

Kedua-duanya mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh.

Mohamad Khir dan Shamsuddin masing-masing dibebaskan dengan ikat jamin RM750,000 dengan seorang penjamin. – Utusan

Advertisements

Responses

  1. itu lah bukti ketelusan kerajaan Barisan Nasional. sesiapa saja yang bersalah tidak akan dilindungi. sebelum ni pun ada menteri kabinet yang didakawa rasuah. Tp cuba dakwaan rasuah hari ni berlaku kat puak korang. kalian akan cakap konspirasi. macam lah jgk dakwaan liwat yang ashik ditangguh oleh kerana takut dibuktikan bersalah.

  2. Salam,

    Baru kena tahan saja dan di soal siasat.
    Belum kena charge lagi ke makhamah.
    Tak payah crita la pasai bab telus.
    Crita bab pulus….dulu
    bagi gerombolan kaum yg. teristimewa

    Kalau kata bukan gerombolan depa
    Dalam dok jalan kes di makhamah
    Hakim belum jatuh hukum
    org.dah chop bersalah…..
    lebih baik tangkap saja masuk lokap
    tampa bicara…..lagi baguih ikut cakap
    bicara mulut haram jadah org. ramai.
    Tak dak kata nak ada iman lansung…
    “””krosot””””

  3. salam gc……..

    boleh caya ke tuuuu???…….
    mat romeo dah tangkap syurrrrrrrrrr…….

    alooooo MR……..
    wayang nie ada 99 macam……..
    yg mana satu hang pi tengok nie………..

  4. lantak korang la. dah dasar brengsek. apa pun pada korang x betul. korang saja rasa betul. parti sendiri pun tunggang langgang. x de plak komen dlm blog ni. nk demokarasi kepala angguk korang.

  5. Ha ha ha ha ra kah!! Lawak betul mat romeo.baru bangun tidur ke.berita macam ni dah berlambak dh sebelum ni.takkan tak biasa kot.khir toyo tu bukan kena tangkap,dia cuma pegi melawat dan bersiar2 kat sprm tu.klu tak percaya,cuba mr belek2 paper2 lama!

  6. Kes ini akhirnya dibebas dan dibebaskan dengan seribu satu macam alasan penghakiman. Yang penting Khir Toyo pasti tidak akan disalahkan. Macam kes yang dulu-dulu.

  7. Takkanlah SPRM nak tangkap orang suka suka, kepada mat…fikirlah sikit, khir toyo tu pun ada maruah.. boleh ke Khir Toyo & SPRM buat lakonan mcm ni?
    Biar mahkamah putuskan dia bersalah atau tidak. Kalau x suka pada individu atau
    parti tertentu pun, jangan buat tuduhan melulu. Saya rasa mat perlu ada sifat muhasabah dalam diri, jangan cepat membuat tuduhan..

  8. Aku cuba berlaku adil, aku juga cuba baca dari dua2 pihak, tapi aku cuma nampak ketamakan di sebelah yg memerintah dan kerakusan di sebelah yg cuma dapatkan kuasa memerintah, bagi la peluang pada org2 yg macam aku ketenangan jiwa, yg sentiasa cuba/berusaha untuk meneruskan hidup dan pada masa yg sama cuba memenuhi impian dan harapan kami, bagi aku kedua2 pihak kononnya mewakili Islam, tapi tauladan yg dapat diambil dari mana2 pihak, bagi aku, memang amat mengecewakan, Islam yg diperjuangkan, bergaduh dan bercakaran yg berlaku, tengoklah dimana2 dunia Islam… Sedih… jadi di mana Islamnya…

  9. Salam 1Malaysia aka
    Salam TGNA suka.

    Cerita macam ni.
    Memang seronok.
    Sambil dok becerita.
    Lagi syok makang nasik.
    Yang dikandaq.

    Tambah pulak.
    Kalau chief yang gebang.
    mat tenganga dengaq.
    Kalau chief yang great pulak, gebang.
    Kucing Kota tekebil-kebil dengaq.
    KeLi syok sampai menggelepaq.

    Sekadaq tulihlah suku2tigasukusakat.
    Weh.

  10. Ada dua persepsi pendakwaan yang dikenakan kepada Dr. Khir Toyo ini.

    Dok tak dok, setelah begitu lama aduan yang dibuat kepada Dr. gigi ini, kita dibiarkan semacam tidak ada tindakan siasatan dari SPRM., seolah olah tiada ada sebarang kes yang perlu didakwa diatas salah guna kuasa bekas MB Selangor, yang dalam tempoh dua penggal beliau berkuasa, beliau tersenarai MB yang kaya raya dan boleh berjoli sakan, punya istana, memiliki tanah menggunakan nama proxy tawkey cina dan keluarga beliau. Alih2 semalam keluar berita beliau telah didakwa di mahkamah Shah Alam.

    Kes ini sengaja ditimbulkan segera kerana dijangka akan menjadi isu panas bagi menutup isu kenaikan harga petrol yang pastinya akan mengheret kenaikan harga berbagai barangan keperluan rakyat, yang kini menjadi tajuk perbualan dan sumpah seranah dimana mana juga rakyat berkumpul.

    Tempoh perbicaraan yang akan meleret leret sehingga melepasi bulan Mei tahun hadapan, dan jika sekiranya Khir Toyo didapati bersalah sama ada didenda dan dipenjara. Hukuman yang dikenakan pada masa itu, tentu tidak melibatkan satu pilihanraya kecil perlu diadakan.

    Pendakwaan ini lebih menjurus samada untuk menunjukan kerajaan UBN sangat telus untuk membasmi penyelewengan yang kononnya kes berprofail tinggi ini tetap akan dibicarakan.
    Plot terakhir dari perbicaraan ini. Jawapan keputusannya akan sama dengan keputusan perbicaraan Tun Li Liong Sek dalam kes PPZ.
    Mereka tidak didapati bersalah kerana menjalankan urusan ikut procedure.

    Apa pun bermula dari sekarang UBN sedang mengawet kerosakan mana2 yang cacat dan yang tercedera.

  11. ahmad.. oh ahmad.. sejarah menunjukkan islam tertegak dgn peperangan.. mana ada islam tertegak dgn lemah lembut.. baca lar sejarah islam… berapa bnyk peperangan yg rasullullah tempoh semasa jadi pemimpin islam di madinah..kalau dgn puakpuak gromolan nie main lembut2 lagi lunyai lar kena pijiak.. selalu nye orng yg suka lembut2 nie.. auwwwwwww

  12. so kalau nak tegok lemah lembut.. ikut pemerintah islam sepenuhnya.. buka setakat lemah lembut.. ada kemanisan lagi.. insya”Allah

  13. http://suaraserak.blogspot.com/2011/12/membetulkan-salah-faham-edisi-backing.html

    Blogwalking dan juga suatu perkongsian.

    Terima Kasih


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: