Posted by: pinkturtle2 | Disember 7, 2010

Sifir Politik PM untuk mengadakan PRU tidak lama lagi – Charles Santiago

KUALA LUMPUR, 6 Dis –  Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berharap pendakwaan terhadap Khir Toyo atas tuduhan rasuah tidak didalangi oleh agenda politik Umno semata-mata.

Beliau berkata pihak yang mengamalkan rasuah dan menyalahgunakan kuasa harus diheret ke mahkamah demi mendapatkan keadilan, dan bukan atas kepentingan politik sesuatu pihak.

” Saya berharap mereka-mereka yang menyalahgunakan kuasa atau rasuah akan mendapat keputusan yang terbaik oleh mahkamah supaya menjadi satu halangan kepada semua yang ingin mencubanya  kemudian. Saya (juga) harap ini bukan sebagai satu drama hanya untuk menunjukkan bahawa Umno sudah mula bertaubat dan membersihkan orang-orang mereka,” ujar Khalid.

Kebimbangan Tan Sri Khalid berpaksi kepada hakikat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini turut mengheret beberapa “jerung” ke mahkamah  tetapi gagal mensabitkan tuduhan rasuah ke atas mereka.

Antara mereka ialah bekas Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi Tan Sri Kasitah Gadam dan Pengerusi Perwaja Tan Sri Eric Chia.

Kasitah dibebaskan pada tahun 2009 manakala Eric Chia terlepas dari hukuman pada tahun 2007.

Hakim dalam kedua-dua kes menegur pendakwaan kerana gagal memanggil saksi-saksi penting, sehingga menjadikan kes terhadap dua tokoh itu  rapuh.

Ahli Parlimen Klang Charles Santiago percaya pendakwaan Khir Toyo berkait rapat dengan sifir politik Perdana Menteri, Najib Razak untuk mengadakan pilihanraya umum tidak lama lagi

” Apabila Tun Abdullah, sebelum dia panggil PRU12, apa yang dia buat beliau menangkap Kasitah Gaddam untuk menunjukkan kerajaan tidak takut ambil tindakan terhadap anggota-anggota BN. Adakah ini suatu lagi tindakan ‘public relation’? soal Charles.

Sementara itu, ahli parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin menegaskan bahawa Umno tidak harus menanam tebu di bibir apabila memperkatakan mengenai prinsip amanah dan ketelusan.

” Kalau kerajaan BN yang baru berikrar semalam mereka akan bertungkus lumus menjaga kebajikan rakyat, maka buktikan. Khir Yoyo didakwa di mahkamah, dan sekiranya bersalah,” tegas Zuraida. ..selangorkini.com.my

…………………………………………………………………………………..

 

Kes Khir Toyo: Peluang Umno bersih imej hadapi PRU 13

Tindakan yang sedang dikenakan ke atas Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo memberi gambaran lebih jelas kepada jangkaan pilihan raya umum awal dan memberi peluang Umno meletakkan muka baharu di Selangor.

Perkembangan ini membuka peluang kepada Umno untuk membersihkan imej parti itu di Selangor dan meletakkan calon yang lebih muda dan muka baharu di negeri yang dirampas Pakatan Rakyat pada 2008 itu.

Kes Khir memberi gambaran bahawa pemerintah serius memerangi rasuah, tanpa mengira kedudukan.

Ini akan membolehkan Umno kelihatan lebih bersih dalam pilihan raya umum akan datang, berdepan dengan PR yang sedikit terjejas akibat pergeseran dalaman dan pelbagai masalah lain, terutama yang dicetuskan kempen Umno.

Tindakan terhadap Khir juga memberi kesan positif terhadap kumpulan pesaingnya dalam Umno Selangor, yang ada antaranya mempersalahkan bekas menteri besar itu dalam kekalahan pada pilihan raya umum 2008.

Pesaing Khir tidak mahu beliau berperanan dalam dalam Selangor, terutama sekiranya Umno berjaya merampas negeri kaya itu.

Tindakan ke atas Khir akan membuka peluang kepada tokoh-tokoh Umno lain untuk berperanan lebih besar di Selangor, termasuk Senator Mohamad Ezam Mohd Noor.

siasahdaily.blogspot.com


Responses

  1. Walau pun Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo diheret oleh SPRM ke mahkamah tetapi terpaksa mengambil tempoh yang lama sebelum mendakwa kerana Peguam Negara berkata …..

    “Anda harus kembali kepada asasnya (kes), bagaimana hal itu dijalankan, (mendapatkan) saksi; rakaman laporan saksi; supaya segalanya jelas … terutama ini sudah lama berlaku… kita tidak boleh menjalankan siasatan yang tidak rapi.” Begitu lunak kata-kata yang diluahkan oleh Peguam Negara bagi menutup tindakan pilihkasihnya dalam kes terpilihl.

    Lojiknya jika Dr Khir tidak melakukan kesalahan pasti tiada kes yang boleh dituduh keatasnya. Tapi apabila Dr Mohd Khir dibawa kemahkamah bermakna siasatan dari SPRM itu dipersetujui oleh Peguam Negara membuktikan bahawa Dr Khir memang terlibat dalam jenayah rasuah.

    Apa yang ingin kita lihat ialah keadilan yang ingin ditonjolkan oleh peguam Negara dihadapan mata rakyat. Apakah kes Dr Khir ini hanyalah pertunjukan wayang kulit seperti pernah dimainkan terhadap pemimpin yang terdahulu atau ianya benar-benar melaksanakan perbicaraan yang mengadili kesalahan rasuah…?

    Berapa banyak kes yang dibicarakan secara adil…? Berapa ramai pemimpin kerajaan BN yang dilepaskan dari tuduhan kerana tidak cukup bukti..? Dan siapa yang jadi mangsa dibicarakan berat sebelah…?

    Apakah kita sudah lupa bahawa Peguam Negara juga tidak boleh dipercayai kerana beliau pernah dituduh terlibat dalam konspirasi mata lebam Anuar Ibrahim…?

  2. Aslmkm saudara Umar………

    hamba cukup bersetuju dengan anda…………
    tengok balik kes Eric Chua……………
    dan banyak lagi kes terpilih…………..

    dlm seribu…..baru satu kes keluaq…….
    ada makna tu………
    tu pun belum tentu……..masuk kelambu………

    kah kah kah……….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: