Posted by: pinkturtle2 | Disember 7, 2010

Tokoh Maal Hijrah Tahun Ini 1432H… 1 Malaysia 1 Ummah

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin (kiri) berkenan menyampaikan anugerah Tokoh Maal Hijrah 1432H/2010M kepada Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar sempena sambutan Maal Hijrah 1432H peringkat kebangsaan yang bertemakan ‘1Malaysia 1Ummah’ di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putrajaya, Selasa. Foto BERNAMA

Binalah ummah dan negara yang tercinta ini atas dasar iman dan ukhuwah yang erat. Ambillah pengajaran daripada peristiwa hijrah ini dengan penuh keinsafan dan mengharapkan keredaan Allah Subhanahu wata’ala.untuk mencapai perpaduan yang diidamkan bukanlah satu yang mudah, dan semua pihak harus memainkan peranan dan membuktikan keikhlasan bagi mencapai tujuan tersebut.Umat Islam perlu mengambil contoh golongan Muhajirin dan Ansar yang sanggup mengorbankan kepentingan sendiri demi Islam Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin

…………………………………………………………..

ulasan ek-ele dalam blognya

Maal Hijrah adalah berkaitan dengan Islam, tentu kesempurnaan Islam yang ingin ditonjolkan. Betul, Zeti seorang tokoh yang perlu diketengahkan tetapi cacatnya seorang Tokoh Maal Hijrah yang dipilih, auratnya terdedah. Di manakah sempurnanya Islam kalau begitu, janganlah hanya melihat ke satu arah sahaja, Islam itu merangkumi seluruh kehidupan. Kalau tokoh yang terdedah auratnya dipilih, peliklah nampaknya.

Jadi ketokohan Zeti perlu dihargai, jadi pilihlah pada masa yang lain, pada acara lain, Tokoh Tahun Baru pun boleh. Ahh…pening! Malaysia macam-macam pun boleh.


Respon

  1. maknanya islam itu tidak perlu taksub kepada tudung dan aurat sebab isteri perdana menteri dan isteri menteri-menteri lain juga tidak bertudung.

    adakah orang tak bertudung atau tak tutup aurat itu bukan islam atau tidak sempurna islamnya. adakah yang bertudung litup itu islam atau sepurna islamnya? takkan KP Jakim dan menteri agama JPM Jamil Khir tak gheti hukum dan tak boleh jawab persoalan ini. atau kita tanya saja kepada idris jala……..

    satu perkara lagi ialah apakah tokoh maal hijrah hanya disyaratkan kepada orang islam saja?. tidak kan? jadi apa nak dipersoalkan tutup aurat atau tidak?……

    aku dah loye dengan pelbagai persoalan ini…!

  2. ….. adakah orang tak bertudung atau tak tutup aurat itu bukan islam atau tidak sempurna islamnya. adakah yang bertudung litup itu islam atau sepurna islamnya? takkan KP Jakim dan menteri agama JPM Jamil Khir tak gheti hukum dan tak boleh jawab persoalan ini…..
    BERTUDUNG PERINTAH ALLAH. MEREKA YANG BERIMAN MESTI TUNDUK KEPADA PERINTAH ALLAH. TERDAPAT BANYAK DIDALAM AL-QURAN BILA MENYURUH ATAU MELARANG SESUATU UNGKAPAN SERUAN NYA ” MEREKA YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH…”
    IMAN ITU IALAH KEPRCAYAAN YANG TEGUH SERTA SEDIA UNTUK MENERIMA SEGALA PERINTAH DAN MENINGGALKAN SEGALA LARANGAN, YANG AKIBAT DAN HASILNYA LAYAK BERGELAR ‘TAQWA’
    AMAL SOLEH ITU ADALAH SEGALA TINDAKAN, PERBUATAN DAN KELAKUAN YANG BERDASARKAN SYARAK.
    SYARAK ITU ADALAH SEGALA PERATURAN YANG DI NYATAKAN ALLAH SWT DIDALAM AL-QURAN, ATAU MELALUI LISAN, PERBUATAN ATAU ISYARAT RASUL ALLAH SAW (HADITH/SUNNAH) ATAU QIAS DAN SEPAKATAN PARA ULAMA YANG DIPERAKUI OLEH SYARAK AKAN KEILMUAN DAN KEPAKARAN MEREKA.
    … OLEH ITU BUATLAH ANALISA SENDIRI BERDASARKAN IMAN DAN ILMU, BUKAN BERDASARAN NAFSU DAN SANGKAAN (DHAN) ATAU SEKADAR IKUT-IKUTAN MELULU… SYARAT UTAMANYA IALAH IKHLAS KERANA ALLAH DALAM MENCARI KEBENARAN HAKIKI… INSYA ALLAH KITA AKAN SENTIASA DIBERI TAUFIQ DAN HIDAYAH OLEH ALLAH SWT… AMEEN… WASSALAM.

  3. Salam 1Malaysia.

    Tajuk ni, biaqlah ustaz2.
    Ustaz Neutron Al-Munafikun.
    Ustaz nasik kandaq Al-Harami.
    Ustaz ikutCeramah Al-ikutCelamah.
    Komen.

    Sekadaq kita tak reti.


Tinggalkan Jawapan kepada pjolor Batal balasan

Kategori