Posted by: pinkturtle2 | Disember 7, 2010

keutamaan adalah menukar kerajaan BN dahulu – Presiden PAS

https://pinkturtle2.files.wordpress.com/2010/12/20090525134314_hadi20awang.jpg?w=218

Terlalu banyak penganianyaan dilakukan terhadap rakyat tetapi ramai tidak mengetahuinya ekoran sistem demokrasi tidak sihat di mana media menutup keburukan-keburukan kerajaan atau melaporkan keburukan itu sebagai kebaikan.terlalu banyak penganiayaan dan kezaliman yang berlaku tetapi kita dilekakan dengan hiburan dan sedikit kemudahan. Sedangkan harta kekayaan negara hanya berlegar di kalangan orang tertentu sahaja – Presiden PAS

Jangan berpolemik, tukar kerajaan lebih penting

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Pakatan Rakyat mempunyai pemimpin-pemimpin yang lebih berwibawa untuk mentadbir negara ini berbanding pemimpin Barisan Nasional (BN).

Justeru, beliau yang meminta rakyat bersatu padu untuk membuat perubahan dalam pilihan raya akan datang mengesa semua pihak khususnya penyokong Pakatan Rakyat supaya tidak tenggelam dengan polemik yang cuba ditimbulkan sehingga menyebabkan perpecah belah.

Kata Abdul Hadi, keutamaan adalah menukar kerajaan BN dahulu yang beliau sifatkan tidak melaksanakan amanah dengan baik.

Presiden PAS itu berkata demikian ekoran tercetusnya polemik ‘siapa timbalan perdana menteri’ sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya akan datang.

“Kita jangan jadi seperti dua orang sahabat, seorang mahu merancang untuk memelihara kambing dan seorang lagi mahu menanam sireh…kemudian bergaduh mengenai siapa yang perlu membuat pagar sedangkan kambing dan pakok sireh belum ada lagi,” kata beliau membuat perumpamaan.

Dalam pada itu, beliau juga mengkritik konsep ketuanan yang sering digunakan oleh pemimpin Umno sebaliknya berkata konsep yang betul adalah kepimpinan.

“Kalau ada tuan mesti ada hamba,” katanya menolak konsep itu.

Bagaimanapun beliau melahirkan kekecewaanya apabila pemimpin Umno tidak berjaya menunjukkan kepimpinan yang baik walaupun mereka memilikinya sejak dari negara merdeka lagi.

“Pada asasnya pelbagai kaum dalam negara ini menerima kepimpinan mestilah dari kalangan orang Melayu berdasarkan jumlah orang Melayu yang Islam itu paling ramai (majoriti).

“Tapi malangnya kepimpinan Melayu itu tidak menjalankan amanahnya, tidak bertangungjawab dan tidak menunjukkan wajah kepimpinan yang baik,” kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Makan Malam Rakyat Marhaen anjuran Lujnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat serta pelancaran Alumni Bekas Pegawai-Pegawai Felda di Stadium Kajang malam tadi.

Mengulas tentang perubahan dijanjikan Pakatan Rakyat ketika menyampaikan ucapan tersebut, Abdul Hadi berkata ia memerlukan kemenangan menyeluruh kerana kemenangan hanya di beberapa buah negeri sahaja amat menyukarkan untuk melakukan perubahan tersebut.

Sedangkan kata beliau, perubahan di negara ini amat perlu kerana kezaliman pemerintahan kerajaan hari ini terhadap rakyat.

Katanya, terlalu banyak penganianyaan dilakukan terhadap rakyat tetapi ramai tidak mengetahuinya ekoran sistem demokrasi tidak sihat di mana media menutup keburukan-keburukan kerajaan atau melaporkan keburukan itu sebagai kebaikan.

Sebaliknya beliau mendakwa terdapat rakyat yang rumah kediaman dan tanaman mereka dimusnahkan, malah ada berjuta-juta rakyat yang masih tiada tanah untuk rumah kediaman.

Sebahagian yang lain pula katanya, terpaksa bercucuk tanam secara haram kerana terlalu sukar untuk mendapatkan tanah daripada kerajaaan.

“Lihat diri kita dan tanah air kita, terlalu banyak penganiayaan dan kezaliman yang berlaku tetapi kita dilekakan dengan hiburan dan sedikit kemudahan. Sedangkan harta kekayaan negara hanya berlegar di kalangan orang tertentu sahaja,” ujarnya.

Justeru beliau menyeru semua pihak supaya sedar dan memperbetulkan semula kepincangan-kepincangan yang berlaku dengan menggunakan hak demokrasi.

Turut berucap dalam majlis tersebut Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasation Ismail; Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching; Pengerusi Lujnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat, Mazlan Aliman; Naib Presiden SNAP, Dr John Bampar dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hamzah Abdullah.Harakah


Responses

  1. TGAHA,

    jangan banyak cakap, buat…….tapi pas juga berpuluh tahun asyiiiik dok bercakap je. apa yang kau orang dah buat di kelantan dan terengganu tuuuuu!!!!….sudahkan bagi tanah kepada orang2 miskin tak bertanah?, sudah hapuskah dangdut, kelab hiburan dan aktiviti melaghokan di kelantan dan terengganu?. masalah ragut dan kes mat rempit pun kau tak boleh selesaikan jangan nak cakap pasal tukar kerajaanlah…….

    Kau orang kalau diberi kuasa perintah ini negara pun sama juga apa yang kau orang buat, rasuah, seleweng, salahguna kuasa, kelenteong je lebih…….100 tahun lagi pun tak akan berubah. aku dah hidup lama di bawah kerajaan pas. apa adaaaaaa?

    sudah benci aku dengan semua niiiii!!!semuanya pembohong!!!

  2. salam………

    marah betoi kawan kita nie pjolor….
    nasib baik tak terjelir………
    lama mana hang hidup bawah kejaan PAS nie????…..
    kerajaan mana?????……

    yang sarkis dok kelentong hang 50 th lebih………hang syok pulak nooooooo????……..
    hang dapat apa dok main dgn sarkis nie???…………
    dok hayun tali ke??….
    atawa hang dok main acah ngan singa..rimau tidak pun gajah………
    jaga-jaga sikit………silap tak silap dia boleh ngap hang balik……..

    jngn hantam kromo mcm tu pjolor………tak baik……..
    aku pun dah hidup lama jugak di bawah grombolan……. apa adaaaaaa???……….
    nak bangga ngan apa???…….
    ada tanah pun kena rembat……..
    ada anak pun…….mengaji kena berutang………
    ada kereta pun…..minyak mahai……..
    nak pi KL pun….nak melancong pun……….tol lagi mahai dari minyak………tu tak mentekedarah lagi……….
    nak masuk tender buat longkang pun……..kena uloq dulu……belum tentu dapat lagi……………

    kena korek telaga laa……nak bayaq bil pun dah tak mampu……..balik pakai pelita katak pun……..benzin mahai laa nie…..mau tak mau kena bayaq bil jugak……tarif naik tiap tahun………

    apa ada…….
    apa ada…???

    sudah benci aku dengan semua niiiii!!!semuanya kelentong!!!……..

    kah kah kah…………

  3. Bismillahirrahmaanirrahiim !
    Sediakan payung sebelum hujan.
    Umat Islam kalah dan mengalah dalam berbagai bidang kehidupan. Antara sebab utama ialah kerana tiada persediaan untuk menghadapi masalah hari petang dan esok yang tercabar.

    Bayangkan bencana alam dan kelalaian manusia. Dharurat akan dihadapi.

    Di rumah tiada ubat luka dan pembalutnya.
    Ubat kita tiada “dosage”. Kebanayakan pengubat pakai ikut rasa dan “dosage”genggam.
    Penyakit tiada diagnosis, tidak pastikan gejala penyakit. Apa yang dipedomankan ialah keadaan badan : mual, muntah, panas, sejuk, pahit, ketar dan “alamat” termasuk “mimpi”.

    Apakah rancangan politik dalam semua bidang kehidupan dapat dijawab ?
    Apakah dapaur kita akan berasap dengan kelapa sawit dan getah ?

    Sebagai satu daripada puluhan bidang : Ekonomi pertainan Thailand adalah merupakan DAPUR ASIA TENGGARA. Maka sebab itulah dalam perang dunia kedua dahulu Jepun tidak taaluk Thailand. Thailand adalah dapur mereka.

    Apakah kita sudah lengkap dengan ulama dan “sarjana” yang jujur untuk mengisi segala macam keperluaan bidang ilmu ? Sekolah dan Maktab Latihan Guru melebihi ?

    INTELLECTUAL FORCE orang Melayu “lemah”dan lebik. Bandingkan ketabahan dan kewibawaan ilmu bukan-Melayu di samping ribuan persatuan niaga dan jaringan kerjasama. Berbahas tentang kes besar kita kalah. Putih mata…
    Jika mahu “berletir” akan menjemukan pembaca.

    Hendaknya ada ramai orang yang boleh meingkat daya fikir yang bersih dan daya geraknya cemerlang. Maaf. ahmad ~Aq 08 12 2010.

  4. 2012 aku tak sabar nk tgk keptusan pru. aku nk tgk parti yg duk cakap bedegang-degang nk tawan putrajaya ni dpt ke tidak atau kelantan yg akan tumbang. sekarang ni pun rakayat kelantan dah feed up dgan pati ni.

  5. Salam,

    Aku sebagai rakyat marhean tak lah rasa kalut dan resah kalau
    DAP,PKR & PAS kalah dlm. PRU.Kalau menang kira bonus la macam
    berlakunya PRU12 tempoh hari.Cuma sronok tgk. parti yg. selalu
    menang tiba2 kalah.Sronok tgk. gelagat depa tu.Sronok macam
    tgk. sarkis la….tambah2 kalau kluaq mai si Badut…yg. ni
    jgn. kata org. tua budak2 bkn. main suka lagi…crita pon tak guna lah…

    transformasi aka @ transformer….

  6. Salam 1Malaysia aka
    Salam TGNA suka.

    Rasa kita, lah.
    Rasa saja.
    Kita dok buat jugak “appreciation”
    Kita guna jugak “principle of war”.
    Keutamaannya.
    PAS kena tukaq Presidennya.
    Dulu.

    PAS tukaq Presiden.
    PAS jadi kuat.
    PAS tawan satu, satu.
    Atau pun tawan sebutir, sebutir.
    Transformer ke, buah kelapa ke.
    Apa ke jadah ke.
    Tak kisah.

    Sekadaq tu yang.
    TGNA tak gi, tak gi.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: