Posted by: pinkturtle2 | Disember 7, 2010

Sempena Hijrah.. Pemimpin sepatutnya berlapar kerana rakyat bukan rakyat berlapar kerana pemimpin

.

Pemimpin patut berlapar kerana rakyat

“Pemimpin sepatutnya berlapar kerana rakyat bukan rakyat berlapar kerana pemimpin,” kata pensyarah Universiti Utara Malaysia, Dr Ahmad Bashir Abdul Aziz.

Beliau menyatakan ketika menyampaikan ceramah pada Sambutan Maal Hijrah 1432H Peringkat Negeri Pualu Pinang di perkarangan Masjid Daerah Seberang Perai Tengah, Bandar Perda, malam tadi.

Menurutnya, pemimpin hari ini wajar meniru apa yang Rasullulah s.a.w lakukan sewaktu berusaha mengorek parit ketika menghadapi perang Khandak yang mana Baginda turut bersama sahabat bertungkus lumus bekerja mengorek parit untuk menghalang kemaraan tentara kafir.

Tetapi, katanya hari ini orang kenyang dengan makanan sehingga tidak menghiraukan Islam serta membiarkan rakyat menderita dengan masalah.

Hari ini, katanya ada juga rakyat terpaksa meletakkan batu di atas perut bukan kerana menahan lapar sebaliknya kerana terlalu kenyang atau kata lain ‘mengah’ dengan tujuan membuang angin.

Ketika Baginda sedang menahan lapar rupa-rupanya Abdullah bin Jabir  sedang melihat kelakuan Baginda, maka terus menghampiri untuk mengajak Baginda makan kerana ada sedikit makanan di rumahnya.

Selepas diberitahu sambungnya, Rasullulah s.a.w memanggil semua sahabat dan petugas yang begitu ramai untuk bersama menikmati makanan yang ada di rumah Abdullah bin Jabir.

“Sekali lagi menyaksikan Baginda s.a.w bukan orang yang tamak atau mementingkan diri sebaliknya mementingkan rakyat untuk bersama menikmati makanan yang ada.

“Jika kita, yang penting sapu dulu baru bagi tahu orang,” ujarnya diiringi ketawa orang ramai.

Beliau menambah, apabila Rasullulah tiba di rumah Abdullah, Baginda berpesan agar isterinya tidak mengangkat makanan daripada dapur apabila siap masak dan meletakkan tangan di atas makanan serta berdoa.

Akhirnya, makanan yang boleh dimakan dua hingga tiga orang dapat dinikmati oleh ribuan sahabat yang lain.

“Kalau hari ini ramai orang hilang tanggungjawab untuk menjaga kepentingan umum sebaliknya lebih kepada mengutamakan dirinya,” ujarnya.

Walaupun Baginda s.a.w berhadapan dengan adu domba, fitnah, provokasi dan cabaran yang teruk tetapi Baginda menghadapinya dengan baik dan dilihat mampu merealisasikan apa yang diinginkan oleh Islam.

Justeru itu, katanya sikap tamak, kepentingan diri, bongkah dan berbangga diri hendaklah dibuang jauh sempena Maal Hijrah mudah-mudahan apa yang dilakukan mendapat keberkatan dari Allah SWT.

Turut sama mendengar ceramah beliau ialah Tun Dr Abdul Rahman Abas, Ketua Menteri, Lim Guan Eng, timbalannya, Dr Mansor Othman, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Farisan Darus, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Ustaz Elias Zakaria, ketua-ketua jabatan dan orang ramai.

Sambutan kali ini juga menyaksikan Profr Madya Dr Radzi Othman dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah. Manakala Tokoh Saudara Kita diberikan kepada Muhamad Asyraf Tan Abdullah, Ibu Mithali Puan Juriah, Bapa Mithali Haji Abdul Razak Zakaria dan Tokok Pendakwah dianugerahkan kepada Ustaz Roslan Che Ros.Harakahdaily


Responses

  1. Tuulah dengan masalah lapar ni. Tak makan lapar, dah makan kenyang pulak…
    Kalau dah besa setiap kali rakyat buat majlis yang dihadiri pemimpin, mesti ada makan punya…
    Maka, bila pemimpi pi buat lawatan biaqpun jauh diulu pendalaman, acara makan tak boleh tinggai punya. Kalau sebulan 20X depa pi melawat dan dok jamu makan, mana pemimpin nak tau yang rakyat dikampong tuu ada yang tak makan. Pasai JKK sembunyi rakyat yang tak cukup makan, nak tunjuk depa pandai jaga oghang kampung yang bodo2 ini akan kekai mengundi depa…

    Pemimpin yang kerap dijamu makan ni…akan mudah diserang syndrome lapaq.
    Jadi seronok bila rakyat mai dok puja, dok layan dicium tangan dan diampu pulak JKK, tentu rasa selesa megah bangga dan poyo
    Jadi, kalau dah berpuloh tahun dok pegang kosa, tuu yang ghamai puak2 ni dok berebut kosa dan lapaq kosa…

    Tang rakyat mampoih pi laa….depaa…

  2. salam bro n sis…….

    puak sarkis nie depa pi dengaq ke ceramah ustaz kita nie????……..
    pasai sambut maal-hijrah……..sarkis laa paling depan sekali……….
    siap bawa ayaq laa….nasik lemak laa……jagung bakaq laa……..
    takat tu laa yg depa dok riuh rendah pun……..
    lepaih tu bagi nasehat yg muluk-muluk……..
    dengaq pun naik seriyau……..
    depa laa juara maal-hirah……..
    wal hasil……tudung kepala pun pakai sangkut mcm tu saja…………….
    baru nampak pakai………tu pun majlis cam tu…….kalu majlis lain…….confirm tak dak tudung-tudung punya……..

    kalu tengok pompuan-pompuan malaisia kita nie………badan gebu-gebu……obess laa tu….atawa gedebab………bila tanya makan apa??……….ayam goreng berempah……..crunchy chiken………jilat sampai ke kulit………

    pasai pemimpin makan nie……..boleh diversify macam-macam….
    ada makan suap………
    tua-tua pun kena suap jugak…….kalu tak suap kena penangan laa………jenih makan suap nie laa yg paling banyak depa tok tok ketua sarkis dok amal siang malam…….tak cukup-cukup………

    ada ‘hi-tea’……..mesti tempat pun class punya……..
    makan kenduri lagi best…….la nie musia dia laa…..sari sampai sepuluh jemputan……..boleh robek poket jugak……..
    yg jumpa masa kenduri kahwin lain tak dak……ayam ngan daging saja……..lepaih tu mana tak obess……….

    budak tadika bawa mangkuk tingkat lagi………tak cukup yg dok melantak kat rumah kenduri tu………
    tu yg dia malaih dok baca buku tuuuuuuuuu……….

    kah kah kah…….

  3. Salam 1Malaysia aka
    Salam TGNA suka.

    Merapu lah.
    Di bumi Malaysia yang tercinta ini.
    Mana ada.
    Orang kelaparan.

    nasik kandaq tau lah.
    Nasik dia, mana laku sangat.
    Gerai selekeh/kotoq.
    Selekeh/kotoq seropa.
    Yang kat Padang Kota Lama.
    200 meter dari Dewan Sri Pinang.
    Tu yang dia suruh kita bawak mangkuk tingkat, pi ambik.
    Sapa nak ambik, dah kotoq/selekeh.
    Tu yang terpaksa berlapaq, tu.

    Kucing Kota lagilah, tau.
    Tekebil-kebil takut kat tikus pon.
    Ada tulang-tulang.
    Kat Padang Kota, depa dok buang2 dalam longkang.
    Kenduri, Kucing Kota.

    Sekadaq kena buat kerja.

    • budak tadika mana tau ramai yg lapaq kat m’sia nie…….
      makan tak pernah kenyang-kenyang…….
      hari-hari orang dok tolong sponsor…….
      mana nak lapaq….buncit ada laa….
      tu yg malaih dok baca buku tu…….
      mengaji pun tak pernah naik darjah……..

      awat hang bengap sangat sampai tak tau ramai sangat puak hang yg dok kena makan suap lagi…….pantang ada projek…….kira nak maaakaannn sajaaaa……..
      buncit perut pun dok mentekedarah jugak tak mau mau…………
      tu yang dok kata lapaq tu……..

      sekadaq hang kena pi jauh sikit masa baca tu………..
      kalu tak brapa tau….pi laa tanya tok wali hang tu……
      dia pun dah mola merapu macam hang jugak………

      kah kah kah
      kah kah kah
      kah kah kah

      • Salam nasik kandaq.

        Hang ni la.
        Makang kenalah suap.
        Tu orang dok kata.
        Makang suap.

        Takkang, makang campak.
        Pakai campak macam makang kacang.
        Kacang bolehlah.

        Coba hang campak mai.
        Dalca dengan nasik.
        Belapaqlah hang.

        Sekadang hang coba lah.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: