Posted by: pinkturtle2 | Disember 11, 2010

Ingin saya tegaskan pengundi hantu sebenarnya tidak wujud- Pengerusi SPR

ngin saya tegaskan pengundi hantu sebenarnya tidak wujud. Mereka adalah pengundi berdaftar yang sah dan tidak tinggal di tempat mengundi...itu saja .mereka ini sebenarnya bukanlah pengundi hantu.- Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof

Hati-Hati… Pilihanraya Dah Dekat La…

60% Pengundi Berdaftar Tidak Tinggal Di Tempat Mereka mengundi – SPR

KUALA LUMPUR: Satu kajian secara rambang yang dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mendapati lebih 60 peratus daripada pengundi berdaftar di negara ini tidak bermastautin mengikut alamat dalam kad pengenalan mereka.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, perkara itu telah menyebabkan apabila tiba pilihan raya semua akan balik ke kampung halaman untuk mengundi.

Bagaimanapun menurutnya, perkara itu tidak menjadi kesalahan dalam SPR tetapi perlembagaan ada menyatakan pengundi mesti mengundi di tempat mana mereka menetap.

“Pada pihak SPR itu bukan masalah dan perkara itu sebenarnya terletak pada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),” katanya ketika ditemui selepas selesai rakaman rancangan Bicara Rakyat terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini, Jumaat.

Dalam pada itu, Abdul Aziz turut menjelaskan dakwaan sesetengah pihak bahawa kononnya pengundi tidak bermastautin ini adalah pengundi hantu.

Katanya, mereka ini sebenarnya bukanlah pengundi hantu.

“Ingin saya tegaskan pengundi hantu sebenarnya tidak wujud. Mereka adalah pengundi berdaftar yang sah dan tidak tinggal di tempat mengundi…itu saja,” katanya.

Ujar beliau, jika terdapat pengundi hantu pihak SPR akan dapat mengesan kewujudan mereka kerana sistem maklumat sedia ada sentiasa di kemas kini.

Menyentuh mengenai pilihan raya Sarawak yang dijangka bakal diadakan pada waktu terdekat, Abdul Aziz memberitahu, persiapan telah dilakukan dengan teliti dan sehingga kini pihaknya telah 90 peratus sedia.

“Kita cuma sedang menunggu bajet untuk menjalankan semua persiapan yang telah dilakukan,” katanya.

Bagaimanapun, Abdul Aziz berkata, tempoh untuk mengadakan pilihanraya di negeri Sarawak masih panjang iaitu sehingga Julai tahun hadapan.

“Yang penting sebelum Julai kerana itu adalah tempoh akhir,” katanya ringkas.

Pada rakaman itu, Abdul Aziz turut menyeru kepada semua pengundi yang layak untuk mendaftar sebagai pengundi supaya berbuat demikian sebelum hujung tahun ini bagi memudahkan pihak SPR untuk memproses semua permohonan menjelang.Mstar

 
…………………………………………………

itu namanya PRU dah dekat…

ayat pilihanraya la tu…

tak payah nafilah memang orang dah tahu tandas SPR sangat kotor..tapi terpaksa kita guna jg sebab dah tak ada tandas yang lain…

sebelum nak guna tandas yg kotor lebih baik bersih dahulu sikit2..bagi keyakinan sikit,tak lh nampak kotor sangat..itu namanya PRU dah dekat…

 

Advertisements

Responses

  1. Salam,

    Datanglah siapa pun Pengerusi SPR, sama saja……

    Janganlah marah dengan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof bukan Pengerusi SPR yang tidak betul tetapi sistem yang dipasang sejak dulu kala dah tidak betul. Mana ada pengundi hantu. Kita semua nilah HANTU. Hantu belaan ciptaan Penjajah.

    Sistem pilihanraya 5 tahun sekali tidak lagi sesuai. Manifesto PR 12 untuk rakyat tak sempat nak pikir pun. Usahkan nak buat. Ni dok sibuk pula nak pilihanraya ke 13. Jangan nak buang masa, tenaga dan wang ringgit rakyatlah(buang karen). Wang pembangunan kepada rakyat entah ke mana. Bocor di mana-mana. Tak sampai pun. 53 tahun masih dok nak buat kerja mau kasi bangun rakyat dan bangun negara Tak bangun2 juga lagi. Maknanya ada sesuatu yang tidak betul dalam sistem yang kita amalkan selama ini bukan sahaja tidak betul bahkan langsung tidak berkesan untuk nak bangunkan rakyat dan negara. Hasil yang kita perolehi sekarang ini bukan rakyat dan negara yang bangun tetapi jurang permusuhan sesama sendiri saja yang bangun. Malah semakin dalam. Apa ertinya pembangunan yang diperkatakan saban hari di mana-mana?…Maka sudah sampailah masanya bahawa sistem itu sendiri kena kasi bangun dulu. Sistem yang telah dicipta dulu hanya sesuai dengan permasalahan pada waktu itu tetapi tidak lagi sesuai dengan permasalahan pada zaman serba baru kini dan akan datang yang kian mencabar.

    Rakyat kita sudah lama bangun. Yang tak nak bangun ialah pemikirannya. Pemikiran pun sudah lama bangun sudah ramai anak bangsa yang bijak pandai (termasuk yang pandai kelenteong). Dah ada yang pergi ke angkasa lepas pun. Persoalannya sekarang ialah bagaimana sistem yang sudah lapuk ini boleh diguna untuk mengubah pemikiran dan sikap rakyat kita. Sudah tentunya tidak boleh bukan. Ibarat sebuah sampan yang sudah dimamah usia begitulah juga sistem PR kita yang sudah uzur, tembus dan rosak (digigit hantu) maka wajib ia diganti dengan sistem baru.

    Sekiranya kita masih kekal guna sistem lama maka kita semua ibarat sedang menaiki sampan yang sudah uzur meredah lautan dalam lagi bergelora. Apatah lagi dengan isi yang ada di dalam sampan tersebut asyik bercakaran maka 99% untuk kita tenggelam di lautan dalam lagi bergelora itu amat mudah sekali.

    Kesimpulannya, 1000 tahun lagi pun rakyat dan negara kita tidak akan bangun jauh sekali untuk maju. Malu kita dengan negara-negara lain. Setakat sebuah dua bangunan pencakar langit tak usahlah kita nak perasan kita sudah bangun dan kita sudah maju. 53 tahun bangun bangunan/ fizikal tak takat mana pun, mentaliti pemikiran hancur spritual juga hancur, sikap sivik hancur, semangat petriotik hancur. Maluuuuu…….betul-betul maluuuu!

    Bangunan Parlimen pun sudah bocor sana sini. Maluuuu! Moleklah kita tukar kepada bangunan baru lebih baik dari bangun yang 100 tingkat tu.

    Bina sistem baru yang lebih sesuai di zaman millenium…… Sistem apa yang baru? kau orang fikir-fikirkanlah…….aku dah 53 tahun fikir masih belum dapat jawapannya. Yang aku tahu sistem yang digunakan sekarang sudah lapok tak sesuai lagi diamalkan sekarang.

    jangan marah haaaa!!! nanti kena jual.

  2. YANG UJUD PENGERUSI HANTU

  3. salam bro n sis…….

    aku cukup heran macamana bro ajis kita nie tak nampak hantu?……..
    aku nak bagitau laa…….kat m’sia nie mcm-mcm hantu orang dok bela……
    hantu raya…banyak kat ataih jln raya…dia keluaq masa pilihanraya ……lebih-lebih lagi masa p/raya kecik…senang dia nak hisap darah…….

    hantu pelesit…dia nie suka naik sheh bila sapa-sapa dok bagi resit…tambah-tambah yg banyak RM……..yg nie pun masa p/raya kecik jugak suka dok melilau sana melilau sini…lapaq resit tadi laa………..

    hantu kopek….yang nie orang jantan kena beringat sikit….masa p/raya kecik jugak dia dok merayau….silap tak silap boleh kantoi….hantu nie dia kuat merepek….suaranya nyaring sampai berdesing….tu yg nama hantu kopek tu….kadang-kadang dia nak hisap darah percuma saja…….awas semua….bahaya…….

    cukup laa tiga dulu……..
    tapi apa pun hantu raya laa paling bahaya sekali……..

    • aku pun naik menyampah dgn SPR ni…
      dia ada kuasa…ada ilmu….
      tapi kenapa masih nak bagi pakatan kelentong menang…
      bagi menang 4 negeri pulak tu…
      agaknya kat negeri2 tu…semua hantu dah kena tangkap dgn haruan din kot…
      ataupun semua hantu2 / setan2 kat situ semua geng baik Nik AJIS…

      kalau buat baik pun dituduh jahat…
      baik buat jahat je….

      • assalamualaikum….

        patut la nama hang “wali selipar”…. tahap pemikiran hang pon macam selipar,, guna akai dok bawah tapak kaki…. lagi teruk pada “budak tadika”….

  4. PKR boleh pasang sistem baru tu kot! sistem sedia ada sudah berkarat. Tak boleh nak diperbaik lagi dah. Kesiaaan!.

  5. Mai Kucing nak bagitau, amacam mana hantu ni dihidupkan oleh SPR.

    Molanya nak tanya sapa pernah tengok kad Pengenalan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)?.
    Dalam kad ATM ini ada berapa jenih nombor pengenalan?.
    Bila ATM anggota ATM dibenar menggunakan kad pengenalan awam?.
    Dalam perkataan lain anggota ATM telah menggunakan 2 jenih kad pengenalan.

    Andaiyan kita bermola dari sini.

    Selepas perjanjian gencatan senjata dengan parti komunis Malaya yang dimetrai sekitar tahun 1973. Kesudahannya beberapa pemimpin tertinggi kononnya disebut sebagai parti kominis Malaya telah dibenarkan kembali ke Malaysia. Diantaranya Shamsiah Fakeh, Musa Ahmad, Abdullah CD, Rashid Maideen dan beberpa orang anggota lagi. Rashid Maideen telah membuat keputusan kembali kesebuah kampung disempadan Thailand Malaysia. Sementara Chin Peng sehingga hari ini gagal mendapatkan kebenaran pulang ke Malaysia, dikatakan masih tinggal di Republik China.

    Selepas perjanjian itu anggota ATM lebih banyak menjalankan tugas memantau keselamatan sempadan mencegah penyeludupan, dan boleh dikatan bukan lagi anggota tentera yang bersiap sedia untuk berperang. Sehingga sekarang tiada ada berita yang menyiarkan ATM telah bertempur dengan pengganas dimana2 juga sempadan Malaysia. Dengan perkataan lain anggota ATM ini bagai satu jabatan yang anggotanya diberi gaji dipanggil tentera sebagai syarat mempamirkan sebagai sebuah negara berdaulat berstatus “DiRaja”. seperti negara2 lain.

    Kabinet UBN telah lama terkesan peranan anggota ATM ini dan mengambil kesempatan faedah supaya anggota tentera ini boleh dieksploit menjadi pemangkin menyelamatkan kerajaan UBN supaya tidak dikalahkan melalui peroses demokrasi berpilihanraya.

    Dengan memberi anggota ATM kad pengenalan awam yang dikatakan untuk ianya memudahkan pengurusan kewangan anggota dengan mana2 badan berkanun dan institiusi kewangan di Malaysia. Untuk itu kad pengenalan awam ini telah dikeluarkan semula oleh Jabatan Pendaftaran Negara sementara kad kuasa Tentera dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan.

    Dalam pada itu bukan mustahil SPR telah diarahkan supaya berhubung dengan JPN bagi mendapat maklumat kad pengenalan awam anggota tentera ini untuk disenaraikan mengikut alamat yang dirancang dimana2 parlimen yang UBN kalah dengan undi yang sedikit kedalam rekod pemilih pada PRU yang berlalu dan akan datang.

    Dalam kaedah ini, ribuan anggota ATM yang terpilih akan menjalankan dua tugas sebagai satria UBN, iaitu sebagai Pengundi Pos bersama dengan lain2 anggota, dan dihari tarikh PRU dijalankan anggota yang terpilih ini akan hadir dikawasan parlimen yang ditentukan sebagai pengundi berdaftar setelah kad pengenalan awam ditunjuk kepada pegawai SPR dan wakil calon yang ada bersama dibilik mengundi tanpa berupaya membuat apa2 bantahan, kerana kad Pengenalan awam itu sama seperti kad pengenalan awam anggota yang telah bersara.

    Maka dengan kaedah dan strategi sebagai kerajaan yang memerinta dan orang yang berkuasa ” Hantu” bahkan “Polong” sekalipun akan dihidupkan dengan sihir kuasa ini…. Begitulah yang Kucing dapat gambarkan.

  6. Senang cerita sesapa ada sedara atau kawan yang kerja tentera cuba tanya macam mana mereka mengundi.maka anda akan mendapat jawapan yang biasa didengar

  7. sedara aku dgn kwn aku ramai yg masuk tentera…
    x ada pulak diaorang cerita kena mengundi dua kali…
    yg mengundi pembangkang pasal x puas hati dgn kerajaan ada la…
    tapi x ada pulak diaorang buat spekulasi macam tu…
    jgnlah buat spekulasi sembarangan…
    itu pasal la rakyat menyampah nak undi parti kelentong ni…
    suka nak cari musuh… bukannya nak berkawan…
    macam la kerajaan x tau dlm tentera, polis hatta kakitangan kerajaan pun ada yg anti kerajaan… tapi diaorang steady… x de la cerita staff kena buang kerja ke apa…makin diberi bermacam ganjaran ada la…

    mmg pakar spin dan auta….

  8. Salam 1Malaysia aka
    Salam TGNA suko.

    Perkara ni.
    Sama.
    Dok ulang-ulang.

    Nak ulas, ulaslah.
    Jangan sampai jadi hantu.
    Cukup lah.

    Sekadaq boleh jadi KeLi ToNg OnG.

    • hang dok belajaq satu kelas dengan “wali selipar” ka? patut la cara penulisan dan akai pikiran hangpa bedua lebih korang jer….. sama-sama bengong dan tongong dulu, kina dan selamanya…..

      • hang KeLi.

        marah sunggoh, noo.
        sampai hang.
        menggelepaq macam tu.
        hang kadang2.
        rasional.
        kadang2.
        irrasional.

        kita bagi nama kat hang.
        tong ong.
        hang nak pakai.
        beng ong.

        Sekadaq takpa, ong ong jugak.

  9. aku ni bekas tentera 15 tahun dalam perkhidmatan ,tentera laut .lama juga tu.kira bole mengundi 3 kali pilihanraya tu.kalu wali selipar tak caya ada yang mengundi 2 kali tu aku tak berani komen ler, tapi kalu depa pangkah kan utk aku memang ada .budak pejabat jer pangkah bro.hang nak tahu camner depa buat.bila nak tiba hari mengundi jer depa hantar pi tengah laut operasi.kira undi pos ler nie.so dah abis tempuh mengundi kapal balik semula ke pengkalan.dulu masa tu ler kalu tak silap ler awang ku damit nama dia.tanya kat budak pejabat tu hampa pangkah saper ek, selamba jer dia jawab, pankah dacing ler ,apa lagi.arahan dari oc.kalu tak silap masa tu dalam kapal tu yang layak mengundi ada 100 lebih.depa pangkah parti lain 3 atau 4 keping jer.jangan nampak tak logik bro,tapi masa tu aku tentera bro.tak amik pot pun pasal mengundi nie.masa tu memang tak kesah pun.tapi sekarang aku kesah.aku tak mahu anak di bodohkan terus menerus.SEBAB TU LER AKU CAKAP UNDI POS NIE MENIPU.KENA BATANG HIDUNG SENDIRI.BUKAN PI TANYA KAT SEDARA MARA ATAU KEKAWAN AKU.

    • kau cakap dah 15 tahun dlm tentera.
      maknanya x sempat pencen kot…
      ada masalah ke….
      kalau dah 15 tahun bermaksud kau ni kira dah berumur jugak la ye…..
      tapi bahasa kau macam budak sekolah yg x habis mengaji….

      belajar dgn si juboq ke nak kelentong ni…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: