Posted by: pinkturtle2 | Disember 13, 2010

Rasuah Terbesar Yang Belum Ada jawapannya…

eurocopter cougar

Soalan yang rakyat mahukan jawapannya…

Pada tahun 2008, pemimpin pembangkang mendesak supaya satu siasatan dijalankan terhadap pembelian 12 helikopter Eurocopter bernilai RM2.3 bilion yang mereka dakwa dilakukan secara tidak betul.

Kementerian Pertahanan didakwa lebih membayar RM1.4 bilion ketika membeli pesawat itu dari Eurocopter untuk Tentera Udara Diraja Malaysia.

Pengadu mendakwa Malaysia menandatangani surat hasrat untuk membeli 12 helikopter Eurocopter EC725 Cougar pada harga RM2.3 bilion, sedang Brazil hanya membayar AS$1.2 bilion untuk membeli 50 unit model yang sama.

Soalan yang rakyat Malaysia mahu jawapannya ialah: Apakah kerajaan Malaysia membeli pesawat terbaik dari segi nilai wang?

Apakah ada kajian kesesuaian dilakukan untuk membandingkan harga dan fungsi helikopter berkenaan?

Dan mengapa ada isu berhubung pembelian pesawat tersebut sehingga memerlukan Jawatankuasa Kira-kira Awam melakukan siasatan?

Tahun sebelumnya pada lewat 2007, ketua audit negara telah membentangkan satu laporan di Parlimen, mendakwa bahawa satu kontrak untuk membina kapal tentera laut diberikan kepada PSC-Naval Dockyard, anak syarikat Penang Shipbuilding & Construction Sdn Bhd, yang dimiliki Tan Sri Amin Shah Omar Shah, menghadapi masalah serius.

Syarikat Malaysia itu dikontrakkan untuk menyerahkan enam bot peronda kepada Tentera Laut pada 2004 dan penghantarannya selesai pada April 2008.

Mereka seharusnya merupakan sebahagian daripada 27 bot peronda luar pantai yang menelan belanja RM24 bilion. Kontrak ini turut merangkumi hak untuk menyelenggara dan memperbaiki semua kapal tentera laut. Bagaimanapun, hanya dua kapal peronda telah diserahkan pada pertengahan 2006.

Terdapat 298 aduan yang direkodkan terhadap dua bot tersebut,
berhubung beratus-ratus item yang tidak lengkap. Harga asal kontrak RM5.35 bilion melambung kepada RM6.75 bilion pada Januari 2007.

Menurut ketua audit negara, ia berpunca daripada kegagalan salahurus kewangan yang serius dan ketidakmampuan teknikal kerana PSC tidak pernah membina, kecuali kapal pukat tunda atau bot polis, sebelum diberi kontrak tersebut oleh Menteri Pertahanan ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Laporan tersebut mendapati nilai kontrak seharusnya hanya RM4.9 bilion dan dua bot yang diserahkan itupun didapati cacat.

http://www.malaysiakini.com


Responses

  1. salam bro n sis……..

    ini lah namanya…….
    ‘nyamoq kat seberang depa nampak…..
    gajah tepi kaki sendiri depa buat tak nampak……..

    kesiannnnnnn kat yg dok mentekedarah seringgit dua kupang…..
    tak pasai-pasai dok menyanyi lagu p ramlee………
    bagi budak-budak pun tak cukup ngan seringgit dua kupang tue………

    lagi satu…wikileaks pun tak nampak yg nie….
    meloya dah naik hairan….depa dah padam…dah deleteeeeeeee……..

    kah kah kah………..

    • Salam nasik kandaq.

      Mentang2 hang orang pineng.
      Hang kata depa nampak nyamoq kat seberang.
      Seberang perai ka.
      Hang ni kelakaq lah.
      Tu yang dok kah kah kah tu.
      Sapa boleh nampak nyamoq kat seberang perai.
      Kalau depa dok kat padang kota lama.
      Depa mamoon, koot.
      Dok makang yang kotor2 selekeh.

      Yang satu lagi.
      Hang hebat.
      Gajah boleh dok mai tepi kaki.
      Kat mana hang dapat gajah.
      Kat pineng.

      Sekadag mana ada nasik sekupang dua kupang.

      • Aslkm,

        Itu je la tahap jawaban mu….. Loyar buruk bukan sekadaq sekadaq tapi dah jadi berkandaq kandaq….. Segala fakta dari laporan audit sepatutnya membuka mata kita semua betapa bagusnya UMNO memerintah… Moga kamu sedaq BT….. Amin…

  2. pundek punya umno


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: