Posted by: pinkturtle2 | Disember 15, 2010

Dengan Islam, Melayu akan terbela – Tok Guru MB Kelantan

bolehkah kiranya saya meletakkan harapan kepada pihak Raja-raja Melayu agar membawa rakyat kembali kepada Islam sebagai penyelesaian terhadap masalah yang berlaku? Yakinlah, dengan Islam, Melayu akan terbela.Ketuanan hendaklah kembali kepada Islam .Bukankah Islam itu anugerah daripada Allah? - Tok guru

Ketuanan Melayu: Nik Aziz pohon Raja-raja Melayu selesai guna al-Quran

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mencadangkan Raja-raja Melayu agar perkenan mencari jalan penyelesaian terbaik sekiranya  mengambil berat tentang nasib orang Melayu di negara ini.

Dalam kenyataan terbaru menyentuh polemik ungkapan Ketuanan Melayu, Mursyidul Am PAS berkata, Raja-raja Melayu yang memperlihatkan kebimbangan mengenai kedudukan orang Melayu sejak kebelakangan ini, perlu tampil mencari jalan penyelesaian menggunakan lunas al-Quran.

“Apabila  terdapat beberapa orang Raja-raja Melayu yang menyuarakan kebimbangan berkenaan nasib orang Melayu, saya sarankan supaya marilah kita merujuk kepada al-Quran.

“Pada saya, Raja-raja Melayu berhak bimbang jika benar orang-orang Melayu terancam, tetapi marilah kita mencari penawar yang betul untuk penyakit yang berlaku,” kata beliau yang masih dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Dalam hal ini, kata Menteri Besar Kelantan, ungkapan Ketuanan Melayu merupakan ubat yang salah bahkan ia sebenarnya racun yang bisa.

“Justeru, bolehkah kiranya saya meletakkan harapan kepada pihak Raja-raja Melayu agar membawa rakyat kembali kepada Islam sebagai penyelesaian terhadap masalah yang berlaku? Yakinlah, dengan Islam, Melayu akan terbela,” katanya lagi.

Sejak bulan lalu, pendebatan isu konsep Ketuanan Melayu ini begitu hebat diperkatakan selepas Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam ucapan dasar Kongres Naional PKR meminta supaya “Ketuanan Melayu” ditinggalkan.

Malah Perkasa juga mengkritik dengan menyifatkan Dr Wan Azizah sebagai “pelacur politik” dan kacang melupakan kulit kerana meminta ungkapan “Ketuanan Melayu” diketepikan bagi memajukan orang Melayu.

Dalam kenyataan hari ini juga, Nik Aziz mendakwa Umno tidak mengutamakan kepentingan soal agama Islam tetapi mengagung-agungkan ungkapan Ketuanan Melayu yang dilihat tidak memberikan sebarang faedah kepada negara terutamanya orang Melayu.

Beliau berkata jika bercakap tentang ketuanan ia mesti kembali kepada Islam, bukannya Melayu yang selama ini menjadi modal perjuangan Umno.

“Ketuanan hendaklah kembali kepada Islam. Tidak dinafikan bahawa di negara ini majoriti umat Islam ialah berbangsa Melayu, ini sepatutnya menjadi satu kebanggaan bangsa Melayu sendiri yang sudah menerima Islam beratus-ratus tahun yang lampau.

“Bukankah Islam itu anugerah daripada Allah? Tidakkah hanya orang yang bertuah sahaja yang akan menerima anugerah daripada Allah s.w.t,” soal Nik Aziz.

Beliau juga melahirkan rasa kecewa apabila ada di kalangan orang Melayu di negara ini menolak Islam.

“Namun, dukacita sekali apabila ada orang Melayu sendiri yang menolak Islam, menolak Islam bererti menolak ketuanan Islam dan bila menolak Islam ertinya menolak anugerah Allah.

“Seolah-olah Islam ini bahan buangan yang tidak layak untuk diterima, demikianlah barangkali tanggapan mereka yang mengetepikan Islam sebagai perundangan hidup mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata slogan “Ketuanan Melayu” yang dilaungkan pemimpin Umno langsung tidak menggambarkan konsep Islam apabila bergelumang dengan pelbagai tuduhan rasuah dan pecah amanah.

“Hari ini, seruan Islam yang menjadi tonggak orang Melayu ini diganti dengan nasionalis. Dengan slogan Ketuanan Melayu, mereka beria-ia menjulang keris tumpul itu kononnya merekalah pendekar sejati mempertahankan hak Melayu.

“Apa yang peliknya, di samping menjulang ketuanan Melayu itulah, mereka telah terpalit dengan pelbagai tuduhan rasuah dan pecah amanah. Halalkah pelakuan rasuah ini di sisi mazhab ketuanan Melayu? Melaungkan Ketuanan  Melayu dengan mengetepikan Islam hanya akan menjadikan bangsa Melayu lebih hina, bukannya lebih mulia,” katanya.

Oleh yang demikian, Nik Aziz mahu rakyat di negara ini berfikir secara matang sekiranya masih mahu Umno-Barisan Nasional (BN) memerintah negara.

“Bolehkah pimpinan sebegini menjadi tempat bergantung rakyat? Bukan sahaja orang bukan Melayu, bahkan orang Melayu sendiri akan disembelih dengan slogan seperti ini.

“Buktinya, di Kelantan yang majoritinya bangsa Melayu, dinafikan peruntukan pembangunan dan royalti minyak oleh ketuanan Melayu. Orang Melayu tidak terjaga, Islam pun terlepas dari genggaman.

“Hakikatnya, perjuangan ketuanan Melayu ini hanyalah perjuangan sia-sia. Demi menyedarkan rakyat tentang hakikat inilah, saya gagahi diri saya untuk terus berjuang memberikan kefahaman agar rakyat menerima Islam sebagai addin (din dan daulah),” katanya.

http://www.themalaysianinsider.com


Responses

  1. salam bro n sis…….

    nampaknya isu melayu nak jadi tuan nie…..tak habih-habih jadi ‘prime topic’ hari-hari……tambah-tambah akhiaq tahun pulak nie…..
    kini dah nak masuk 2011 daaa……..

    coba kita tengok berita ari nie………
    ”Kerajaan negeri Pulau Pinang mengumumkan bayaran khas Maal Hijrah RM100 kepada kesemua 1,376 guru Kelas Agama Fardu Ain (KAFA) di negeri itu, yang akan dibayar minggu ini sempena perayaan Maal Hijrah.
    Bayaran itu diumumkan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
    Dalam kenyataan itu, Lim juga menjelaskan bahawa bantuan khas sekolah sebanyak RM800 kepada setiap 7,812 anggota perkhidmatan awam negeri Pulau Pinang datangnya daripada sumber kerajaan negeri Pulau Pinang dan tidak satu sen pun datang daripada kerajaan pusat.”…………….
    “Pembayaran RM800 setiap orang melibatkan RM6.25 juta, yang telah pun dibayar kepada 7,812 juta pada 1 Disember lalu,” kata beliau lagi.

    Menurut Lim, penerimaan RM800 oleh kakitangan awam negeri Pulau Pinang adalah melebihi RM500 yang diterima oleh anggota perkhidmatan awam persekutuan………

    “Pemberian Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM800 ini melibatkan sejumlah 3,153 pegawai dan kakitangan jabatan negeri dengan implikasi kewangan sebanyak RM2.5 juta.

    “Sekiranya kita mengambil kira semua termasuk Pihak Berkuasa Tempatan, Badan Berkanun Negeri dan agensi negeri, ia melibatkan 7,812 anggota dengan RM6.25 juta.

    “Bantuan khas ini diberikan kepada semua pegawai perkhidmatan awam dalam pentadbiran negeri Pulau Pinang termasuk Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku Jawatan Utama atau Gred Khas.

    “Pembayaran RM800 setiap orang melibatkan RM6.25 juta, yang telah pun dibayar kepada 7,812 juta pada 1 Disember lalu,” kata beliau lagi.

    cua hangpa perati elok-elok……
    hangpa ingat sikit ke duit yg dok bagi kat melayu pulau pinang tue?…..
    kalah pusat yob oiii…………..
    kalu yg dok makan gaji nie…….melayu laa yg ramai….
    tu pun sarkis dok mengata kat bro LGE sampai hantaq kek hitam lagi……

    cerita ceritet pasai ketuanan tuan-tuan nie…..tak dak sapa dah yg dok jaja sana sini sampai tesendat perut….sapa lagi kalu bukan puak sarkis n the gangs….
    kononya hak melayu terancam lah…….
    lepaih tu ………..
    depa tambah sikit yg Islam jugak terancam dn melayu ditindaih bawah PR kononnya………..
    cerita ciritet nie depa juai kat orang melayu di kampung, di desa…di pekan…di bukit …di bukau…merata depa pi dok jaja kueh tuan melayu nie…….
    kononnya hak melayu telah hancoq leboq bawah PR………..

    suruh depa sarkis nie proof tengok sapa sebenaqnya yg dok hancoq melayu……..
    jangan dok mai bawak cerita pemuhong hari-hari…..
    hari-hari melayu kena tipu dek sarkis kita nie…..

    nak tanya cikit……..
    kg baru kat sebelah chow kit di kl tu boleh selamatkah….boleh jamin selamat kah bawah sarkis???……….mata cukong pun dah tebeliak sampai meleleh ayaq lioq nak pelangkong kg tu….mcm depa pereban pudu jail dulu…….

    melayu di penang mundur ke belakang pasai sarkis bukan DAP……..

    puak sarkis cukup tau apa-apa yg boleh menyentuh perasaan dan sensitiviti melayu…. depa akan canang cukup-cukup………
    bagi aku laaa….. selama yg aku dok perati…….Islam bukanlah sensitiviti no satu orang melayu…….pasai yg dok di ataih sekali mestilah isu ketuanan dan hak istemewa melayu………
    pasai tu laa depa main lagu nie hari-hari….sampai naik huieh…..sampai berbuih mulut dok bercakap benda yg tak dak…….
    sendiri syiok saja maaa……..
    lebih korang macam cikgu tadika dok suruh budak-budak dia dok diam….
    tau saja laa……budak-budak mana boleh dok diam….lima minit tu kira lama laa….
    tapi kalu budak tua tak boleh dok diam….kira kalut sikit laa….dah buang tebiat laa tu……….

    terima kasih banyak TGNA…….
    harapan tok guru insyaallah akan membuahkan hasil………..

  2. Salam,

    Pada hari telah aku sempurnakan agama bagi kamu,
    telah aku cukupkan nikmat ku atas kamu dan aku
    redha islam sebagai ad-din.

    Tuan maha besaq cakap…

    Hampa ranjau punya tuan…omreee ..kacang rebuih
    hap sengkong…klentong…
    Dalam perlembagaan dah tercatit melayu punya kuasa
    Apatah tah lagi hak keistemewaan Raja2 Melayu
    Sapa tadbir pon melayu punya hak berkuasa
    Apa lagi tuan2 melayu oiiiiiii…..hampa saja dok buat ramai…
    Sebenaqmya hampa tu tuan2 melayu sarkis takut hilang kuasa.
    Habaq la senang….

    Mai la plan2 pakat pelihara nikmat tu
    TGNA juga kita berkenan…
    Harap Raja2 Melayu pon turut berkenan

  3. Salam 1Malaysia aka
    Salam nasik kandaq dah suka.
    dan.
    Salam great chief pon suka suka.

    TGNA.
    Tersasur ke, tersasar.

    Yang nak membela Melayu.
    Melayu kena banyak membaca.
    Bila banyak membaca, banyaklah ilmu.
    Bila banyak ilmu.
    Maka bolehlah bela bela.

    Pertama, dah boleh bela diri sendiri. Melayulah tu.
    Kedua, boleh bela keluarga sendiri. Melayu jugak tu.
    Ketiga, boleh bela kariah sendiri, Melayu dan Islam lah tu.
    Keempat, boleh tolong bersihkan gerai padang kota lama, bela Melayu dan Islam lah tu.
    Kelima, boleh suruh great chief dan nasik kandaq banyak membaca, memang bela lah tu.

    Sekadaq jangan mengharap orang membela kita.

    • salam…….

      tok sah dok merepet laa bt…….
      hang koi dok merapu bana saja…….
      komen laa bagi ada klas sikit…………
      asyik dok ulang benda sama….yg tu jugak…….
      sendiri syiok ke

      jangan jadi dol daaaaaaaaa…..

      kah kah kah

      • Salam nasik kandaq.

        Hang boleh lah.
        Hang tak payah ulang-ulang.
        Hang kang sukudidik usm.
        Tak tahulah.
        Derebar ka, warden ka.
        Professori dak koot.

        Hang boleh lah.
        Hang kang nak jadi seperti pengasas wilkilead.
        Hang cekap cut n paste.
        Tapi.
        Setakat cut n paste, sajalah.

        Hang boleh lah.
        Hang kang adikdidik yang great great tu.
        Cuma setakat tengok sarkis saja lah.
        Dan plan plan kayuh.

        Sekadaq TGNA pon tak dapat nak bela hang.

    • Salam BT,

      Tak pa lah TGNA.Ini cuma seruan saja sebagai
      penyambong para2 utusan ALLAH ke arah
      kesejahteraan hidup dunia dan akhirrat.
      Kalau dah depa rasa tak yakin bahasa ISLAM
      MELAYU TERBELA….kita pi bela ikan keli saja la…

      • Salam great chief.

        Hang tolong pi.
        Bisik kat TG.

        Dunia sekarang.
        Mana pakai seru seru.
        Seru seru tu, zaman dulu.
        Yang Tok Bomoh dok suka.
        Seru seru.

        Zaman sekarang.
        Zaman action.
        Zaman fast moving.
        Zaman computer 100 mb.

        Bukang macam hang dok seru seru.
        Plan plan kayuh.

        Sekadaq sukusakat hang yang dok plan plan.

    • Salam BT…. hang tolong jawab sat persoalan ni….. aku rasa duit ni yg digunakan oleh Rosmah Mansur utk melaksanakan “Sekolah Permata” dia tu…. bagi anak2 kecil mentekedarah duit haram…. sudahnya nanti lagi ramai la yang di tauliahkan dan di ijazahkan kat Sekolah Termengandung di Melaka tu…….

      Hasil Judi Negara mulai tahun 2000 hingga September 2010

      Puan Siti Zailah Binti Mohd. Yusuff (Rantau Panjang) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah pendapatan negara sejak tahun 2000 hingga tahun 2010 dari sumber pendapatan dari hasil lesen judi yang dikeluarkan dan jumlah perbelanjaan terperinci yang telah digunakan dari hasil pendapatan lesen judi tersebut.

      JAWAPAN BERTULIS:

      Tuan Yang di-Pertua,

      Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah hasil yang disumbangkan oleh sektor perjudian kepada negara dari tahun 2000 hingga 30 September 2010 adalah seperti berikut:

      Tahun Jumlah (RM)
      2000 – RM 1,958,380,415.89
      2001 – RM 1,972,252,986.48
      2002 – RM 1,922,115,807.36
      2003 – RM1,797,401,240.15
      2004 – RM 1,849,176,119.10
      2005 – RM 1,984,615,754.74
      2006 – RM 2,266,814,152.52
      2007 – RM 2,416,963,021.54
      2008 – RM 2,561,892,892.66
      2009 – RM 2,606,378,658.57
      Sehingga 20 September 2010 – RM1,952,406,090.08

      2. Untuk makluman Yang Berhormat selanjutnya, kesemua hasil perjudian tersebut dimasukkan sebagai hasil ke dalam Kumpulan Wang Disatukan. Hasil dalam Kumpulan Wang Disatukan ini digunakan sebagai sumber perbelanjaan mengurus dan membangun Negara tanpa disasar kepada sesetengah golongan sahaja”

      • Salam KeLi.

        Hang ni, pon.
        Satu jugak.
        Bila nak reti reti.

        Hang dok pi, soai kita.
        Dengan hasil judi.
        Gapo.

        Tanyalah ustaz.
        Tanyalah TGNA.

        Kita ni.
        Bab2 agama ni, tak berapa reti.
        Kalau dapat masuk Syurga.
        Dok kat meja2 biasa, dah cukup.
        Sebab.
        Kat high table.
        Dah reserve untuk sukusakat hang.

        Sekadaq hang belalah diri hang dulu.

  4. […] (ANDA BOLEH BACA DI SINI KESELURUHAN TEKSNYA) […]

    • perak today laa yg sakit otak……
      perak today nie boleh kira klone Budak Tadika yg dok mai sini selalu tu…………
      dia mai pun dengan sampan kosong saja…………haram tak muat apa pun………
      otak kosong………..lagi sakit otak…………
      pi skolah tadika pun bawa beg kosong…..ada laa buah dadu sebijik…
      lepaih baling…ajak kwn-kwn tengok……mari tengok sapa yg kena,,,,,,,,,,,,,

      kah kah kah

      • Salam nasik kandaq.

        Apa dah jadi dengan pengandaq hang.
        Masuk tak bagi salam.
        Melalut.
        Takkanglah anakdidik usm, macam tu.
        Kalut.
        Nanti TGNA marah, kat hang.
        Baru hang tau.

        Hang, kalau baca pon.
        Hang bukang paham.
        Fahaman hang dah bebelit, belit.
        Bebelit macam serban.

        TGNA belit serban.
        Hang belit otak.
        Ada ka.

        Sekadaq hang jangan berserabut.

      • Nik AJIS ni patut dah duduk kat masjid buat amal byk2…
        TUN MAHATHIR pun dah letak jawatan…
        LING LEONG SIK pun undur diri….
        SAMY VELLU dah pegang pada janji…
        (itu semua org yg dikatakan gila pangkat)

        yg org tua ni bila lagi nak berehat…
        ALLAH dah bagi amaran… bagi petanda…
        bawak2lah berehat… bykkan beramal…
        takkan nak bawak pangkat tu masuk kubur sekali…
        dulu pandai mengata org…
        kena diri sendiri…
        asyik nak putaq….

    • Hah…!!!

      Ada lagi blog tak laku
      merayu-rayu
      supaya kita semua singgah selalu…!!!

      KAH…!!! KAH…!!! KAH…!!! KAH…!!!

      Cari jalan bhai…

      Kalau tak,,,,,

      MUFLIS…!!!!

      KAH…!!! KAH…!!! KAH…!!! KAH…!!!

  5. Mai kita tengok Ketuanan Melayu yang membela akhlaknya dengan satu berita yang disiarkan oleh akhbar tabloid dengan tajuk, “Gempar video panas 2 beradik: BUDAK TERLAMPAU:”
    Dua orang kanak2 dipercayai 2 beradik siadek lelaki berusia 13 tahun sementara kakak perempuannya 14 tahun. Aksi mereka dirakam ketika sedang melakukan sek.
    Pemberita menulis komen seorang lelaki (Azman) yang menerima video melalui blootooth aksi sek kedua kanak2 itu. ” Jika murid sekolah rendah sudah pandai beraksi lucah melakukan sek dan dirakam oleh pihak lain, bagaimana pulak orang dewasa”.
    Menurutnya tindakan pasangan kanak2 itu menggambarkan keadaam moral masyarakat yang semakin merosot dan keadaan ini menyumbang peningkatan pembuangan bayi hasil hubungan luar nikah”.

    Yang menjadi maudhuk bagi mengulas tajuk diateh ni ialah. Penulis berita akhbar ini yang pastinya seorang muslim kakitangan akhbar yang dikuasai oleh ketuanan Melayu Umngok Bee End.
    Sepanjang yang kita tahu, kesemua akhbar dan media yang ditaja dan dipunyai oleh Umngok, tak ada yang berani menyarankan supaya kaedah hukum dan undang2 Islam yang dijamin oleh Allah ini adalah jalan penyelesaian menghindari dan merawat moral manusia yang bukan lagi semakin runtuh bahkan dah sama seperti haiwan ternakan yang Allah sebut dalam surah Ala’raf ayat 179.

    Akhbar2 fasiq ini juga tidak terkecuali menyumbang kepada keruntuhan moral masyarakat dengan mempamirkan gambar2 wanita melayu yang mengaku Islam dengan berpakain seksi bukan saja menjolok mata bahkan seronok menunjuk aurat syahwat.

    Akhbar ketuanan melayu ini langsung tiada rasa tanggung jawab untuk membina maruah akhlaq dan rohani manusia ketuanan melayu.
    Bagi wartawan editor ketua pengarang dan tuan punya akhbar ini, Islam itu sama standard dengan agama lain yang untuk lebel kepada bangsa dan sebagai amalan budaya sahaja.

    Oleh yang demikian bagi mereka yang menjaga aqidah dan yang menyahut seruan Allah dalam Alquran, wajib mendaulatkan ketuanan Islam selagi terdaya meskipun terpaksa berhadapan dengan orang2 Islam sendiri yang fasiq lagi munafiq. Musuh

    • Salam Kucing Kota.

      Hang pon, dah jadi.
      Seropa nasik kandaq.
      Beserabut, kalut.
      Hang makang nasik.
      Yang dikandaq ka.

      Masuk tak bagi salam.
      Tapi tulih.
      Fasiq, munafiq, semua ada.
      Ni, tak lain tak bukang.
      Copy n paste lah.

      Sekadaq jangan berotak kucing.

      • salam…..
        aku nasihat kat hang….. sekadaq jangan dok kat tahap tadika selamanya dan jangan berwalikan selipar…

  6. saudara wali boleh tolong tukar nama cantik sikit tak,tak syok la bubuh nama selipar macam menghina ajer…tentu saudara tahu apa maksud wali kan bukan nya marah cuma nampak macam nak memperli sesuatu…….saya orang islam dalam islam cukup luas ilmunya jadi munkin saya boleh mencadangkan nama seperti,selipar sakti ke,selipar jepun atau selipar menyengat kan cantik tu…tak mati pun kalau tak guna nama wali tu saudara….betulkan…

    • assalamualaikum sedara Mohd Irwan…

      “wali selipar” tu tahap pemikiran dan otak dia dok kt tapak kaki, to pasai dia letak nama mcm tu…. tahap dia lebih kurang dgn “budak tadika” je….

      • Hang ni, KeLiRu betol lah.

        Tong Ong pon hang.
        Beng Ong pon hang.

        Kita tak kenai pon sapa.
        “wali selipar” tu.
        Kita pon takdak geng.
        Macam hang dan sukusakat.
        Malais membaca.

        Sekadaq kita solo, takdak geng.

      • Kalau dah selipar tu,

        selipar jugaklah…!!!

    • Salam,

      Jenih perangai org. melayu
      Laghu tu la.
      Mana boleh org. lebih pd kita
      Tambah2 sokongan dah merosot
      Tambah lagi krosot la
      Saja depa masuk mai utk.
      menyakit hati org…padahal
      tarak org. angkat pot lah
      tarak rasa marah atau benci
      suka lagi ada….serooooooonok
      tgk. gelagat depa….

      plan2 kayuh

    • salam sdr m. irwan…….

      cadangan dari sdr cukup baguih untuk gandingan dgn selipar tu……..

      tapi ada lagi cadangan…..kalau nak ganding dgn wali pun boleh…….
      cnthnya………

      wali kamjat……..
      wali umngok………
      wali sarkis…………
      wali telucut………..
      wali unta……………

      lepaih nie selipar tu lempaq buang laa…….
      kalau nak guna jugak….ganti wali ngan selipar dan gandingkan dengan pasangan di ataih………

      kan ke nampak lebih afdhol………..

      kah kah kah………..

      • Salam nasik kandaq.

        Hang tukaq nama lah.
        Buat susah dok kandaq-kandaq.
        Tambah, kang lagi senang.
        Orang tulih.
        Hang tambah.
        Takpayah dok.
        Cut n paste lagi.

        Sekadaq jadi nasik tambah.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: