Posted by: pinkturtle2 | Disember 23, 2010

Kemalangan Ngeri.. Pelajar maut bersama ibu selepas ambil keputusan PMR

Bayangkan.. lori pasir tayar sepuluh yg penuh sarat dg muatan pasir menghempap 2 beranak yg sedang menunggang motosikal di simpang empat lampu isyarat.. dua beranak ini sedang menunggu lampu isyarat hijau untuk membelok ke arah kanan,tiba-tiba dilanggar lori yang beratnya beribu-ribu tan, dan lori terbalik ke atas mereka… bukan setakat motosikal,2 biji kereta juga turut hancur..dashatttt,Dashattt… keadaan yang dahsat dan amat2 mengerikan…  nak gambarkan keadaan mayat dua beranak itu memang tidak tergambar oleh sesiapa sahaja yang melihatnya tadi, kalau perhati betul2 gambar di atas kita akan nampak mayat Allahyarham Siti Aisyah berada tepat di bawah rim lori …tayar sudah tercabut.. gambar ibunya saya tak sanggup untuk  paparkan di blog ini…

saya sempat merakam gambar2 ini semasa pulang mengambil anak di asrama Maahad Tahfiz Pulau Condong…

Pelajar maut bersama ibu selepas ambil keputusan PMR

23/12/2010 8:06pm

KOTA BHARU 23 Dis. – Seorang pelajar yang dalam perjalanan pulang bersama ibunya selepas mengambil keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) maut apabila motosikal yang dinaiki mereka dihempap lori pasir di lampu isyarat Kok Lanas dekat sini petang ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang, lori tersebut turut menghempap tiga buah kereta. Bagaimanapun, penumpang serta pemandu tiga kenderaan terbabit terselamat.

Siti Aisyah Zakaria, 15, dan ibunya, Aziza Musa, 42, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan selepas dihempap lori tersebut yang keluar dari simpang arah Selising ke Machang.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Osman berkata, kejadian berlaku ketika Aziza menunggang motosikal dalam perjalanan pulang dari Maahad Shamsul Maarif (P) yang terletak kira-kira lima kilometer dari rumahnya selepas mengambil keputusan PMR yang diumumkan hari ini.

Allahyarham Siti Aisyah telah memperoleh keputusan 4A, 4B dan 1C dalam PMR. – Utusan


Responses

  1. Salam buat semua. Saya pernah dinasihat oleh seseorang, lebihkurang begini: kalau ada sesiapa mengesan bahaya di jalanraya akibat aktivit pengangkutan seperti lori mengangkut pasir yang berulang-alik, buat laporan polis, supaya polis dapat membuat pemantauan. Jika diabaikan, kita ada simpan salinan laporan polis berkenaan. Dedahkan kepada mana-mana pemberita. Ini sahaja satu langkah yang orang ramai boleh berperanan.

  2. Al-Fatihah..Semoga Allah menempatkan mereka yg tekorban dikalangan kekasih2nya..AMINNNN!!!

    • pelajar itu sebenarnya tak ada lesen memandu…itu sebabnya tapi bersedekahlah al fatihah dan dunia manusia ini hanyalah sementara biar pun telah meninggalkan orang yg tersayang kita harus terima hatikat kerana kita sebagai manusia adalah hamba allah…al fatihah amin

      • Yang bawak motor tu kan mak die, bukan budak tu, ape kene mengena kalau die tak de lesen pun

  3. biaser aaaa….driver kelate…..memg x de tamadon. sape suruh undi wali selipar N.Ajis

    • apa punya bangang si lisa nie……….
      mcm laa negeri lain tak ada kemalangan………
      baru saja kat perak tu…kat smpg pulai………lagi teruk……..
      awat hang tak komen mcm hang tulih tu……..
      baru laa kena batang idung budak tadika n the gangs……….

      apa pun kena ingat laa……….
      tidak siapa pun mau keadaan srpti tu………
      dalam beragama ………..
      ada dua jenis qadha’………
      satu.. tetap(mubram)…seperti mati dan caranya……..telah ditetapkan Allah…….manusia tiada upaya mengubahnya……..
      dua.. ikhtiyari……di mana manusia boleh memilih…menghindari dari bahaya……..seprti racun berbisa…elakan dari memakannya walau pun sekadar mencuba…boleh kojol maa…..atau jngn meluru semasa lampu merah…….ini ikhtiyari……….

      puak-puak sarkis mcm nie pun nak main politik……..
      lagi jumud dan tak bertamadun………..

      terbaru saman ekoq diswastakan……….
      rakyat bawahan dicekik lehiaq bawah slogan 1Msia grombolan flip flop…….
      baru laa hangpa ada akai……..depa dah stat meniaga teruih terang….tak dak selindung lagi………..
      dua syrkt yg dapat tu mesti kheja kuat punya………35 persen depa punya………hari-hari mesti ada saman,,,,,,,,,
      bersedia laa hangpa………

      undi laa sarkis lagi…………..
      semoga hangpa bahagia……

      kah kah kah……….

  4. astagfirullah….mmg ngeri…

  5. lisa xde otak,lisa xde mate,.lisa jalan merabe rabe xnmpk ape.jgn marah lisa.,.,

  6. buatlah apa pun, hari ni lori tersebut tergolek pemandu ditahan untuk disiasat kemudian tak sampai 14 hari pun lori yang sama dan pemandu yang sama akan berada di tempat yang sama terus beroperasi. Rumit untuk diperkatakan…..Lori tu lori siapa?, pasir tu pasir siapa?, lori pasir angkut pasir nak buat projek apa?…siapa bagi permit pasir, siapa bagi permit lori, siapa pantau syarat2 laluan lori?, siapa pantau si pemandu lori itu ada lesen atau tiada. Kebanyakan pemandu lori projek ialah Indon atau Mat-Mat Bangla je….main cilop je…..apa susah, pantau, salah, tahan, saman, taukeh datang bayar……tak heran bab bayar2. Terlalu mudah bagi mereka. Semuanya di hujung jari mereka.

    malangnya, rakyat yang jadi mangsa ni amat perit untuk menanggung segala kepahitan hidup ini. Tiada jumlah harga yang boleh dibayar untuk nyawa yang hilang.

    Alfatihah……

  7. takziah buat keluarga mangsa……

  8. TAKZIAH KPADA SIMATI ITU.

  9. TAKZIAH KPADA KELUARGA SI MTI ITU.

  10. AL-FATIAH.

  11. lisa…

    anda banyak merapu…kita sini komen pasal xciden..yg kau p merapu tu wakpe. takziah untuk keluarga simati…

  12. al fatehah wat kwn baek ku…moga qw dtemptkan di sisi owg yg beriman…walaupun 3 taon x jumpe..n kite xsempt jumpa..qw da pergi dahulu..dirimu sentiasa dihatiku n kwn2 kite selamanya..

  13. al -fatehah wt arwah kawan lamaku..kteowg sentisa ingat dirimu dihati kteowg selamanya..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: