Posted by: pinkturtle2 | Disember 29, 2010

Tak habis lagikah kerja gila kera jaan Perpaduan..

Idea itu mengarut, orang lain tak tahu macam mana kami berhadapan  dengan Umno di Kelantan,Saya tak faham macam mana (timbul)... kita sudah  buat keputusan di Ipoh tahun lalu, dan kita menyokong Pakatan  Rakyat.Mereka ini umpama telur-telur tinggalan penjajah Inggeris dahulu  yang menetas satu persatu - TGNAIdea itu mengarut, orang lain tak tahu macam mana kami berhadapan dengan Umno di Kelantan,Saya tak faham macam mana (timbul)… kita sudah buat keputusan di Ipoh tahun lalu, dan kita menyokong Pakatan Rakyat.Umno adakah samseng politik, kita perlu matikan mereka habis-habisan.Mereka ini umpama telur-telur tinggalan penjajah Inggeris dahulu yang menetas satu persatu – TGNA 

TGNA diperdaya hadiri majlis mempakyetkan PAS?

Dalam catatan hari minggunya pada 26/12/10 yang bertajuk “Pertemuan penting itu sudah berlangsung?“, Mohd Sayuti Omar menulis:

Tanggal 23 Disember lepas saya ada postkan satu catatan yang membayangkan sesuatu peristiwa yang mungkin akan mengembirakan semua orang di dalam negara ini khasnya orang Melayu. Saya sangat berharap agar ianya berlaku. Ramai yang tertanya-tanya apapakah peristiwa berkenaan.

Mengambilkira apa yang Sayuti dakwa “akan mengembirakan semua orang di dalam negara ini khasnya orang Melayu” (aku pun Melayu jugak dan saya bangga ditaqdirkan Allah s.w.t. menjadi Melayu), saya mahu bertanya:

1. Tak habis-habis lagikah agenda durjana untuk memaksa PAS menjadi pak yet Umno di dalam apa yang dibohong dan dibangangkan sebagai perpaduan dan kepentingan ketuanan Melayu?

2. Jika benar wujudnya pemimpin-pemimpin PAS yang gatal merenyam sangat dan gian sangat nak jadi pak yet Umno setelah tidak berpuas hati setakat menjadi hamba Allah sahaja, mengapa tidak pergi sendiri-sendiri sahaja dan tidak cuba mengheret jemaah orang-orang Islam sekali? Kenapa, kalau pergi sendiri sahaja harga akan jatuh lebih rendah dari kupang tembaga (wang syiling satu sen) dan Umno pun tak ingin?

3. Benarkah orang pangkat tertinggi digunakan untuk memperdayakan Tok Guru Nik Abdul Aziz supaya mengadapnya?

4. Benarkah setelah TGNA sampai ke tempat yang diarahkan beliau pergi itu, sudah menanti di sana Presiden dan Timbalan Presiden PAS serta Presiden dan Timbalan Presiden Umno? Benarkah Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menjadi pak yet tukang hantar surat kepada TGNA pun ada sama?

5. Benarkah dalam pertemuan itu TGNA mengulang-ulang bahawa Umnolah punca masalah yang ditanggungi oleh orang-orang Melayu kini?

6. Benarkah apabila TGNA mengulang-ulang perkara itu, orang pangkat tertinggi kelihatan tidak senang lalu meninggalkan pertemuan itu?

7. Benarkah selepas orang pangkat tertinggi itu keluar dari majlis pertemuan itu, TGNA memberitahu bahawa beliau uzur (khabarnya sakit belakang) dan datang semata-mata kerana arahan orang pangkat tertinggi itu dan kemudiannya serta-merta meninggalkan majlis itu?

8. Benarkah TGNA yang khabarnya kecewa ditipu sedemikian rupa telah memberikan taklimat mengenai perkara itu kepada beberapa pemimpin tertinggi PAS Kelantan di dalam satu mesyuarat?

Jika anda memerlukan detail mengenai perkara ini, sila bertanya sendiri kepada TGNA, Presiden PAS atau Timbalan Presiden PAS. Saya tidak ada kepentingan untuk berbohong atau mereka-reka cerita. Tak dapat apa satu pun. Lebih dari segala-galanya, Allah Yang Maha Menghakimkan sentiasa memerhatikan perbuatan saya.

Kepentingan saya hanyalah untuk memastikan negara yang akan diwarisi anak cucu kita ini tidak terus dikerjakan oleh kedurjanaan dan kebuasan nafsu mereka yang jahat dan terbukti jahat.~ penarik beca

Lihat juga posting lama di sini

Advertisements

Responses

  1. PAS lagi redha dipakyetkan oleh DAP dan PKR, nak buat camne…?

  2. ntahla..aku lebih suka tgk pembangunan di kelantan berjalan dgn tahap yg amat tinggi daripada melayan kerenah2 politik ni… dah politik dah dipegang oleh PAS.. yg tinggal skrg ialah buat kerja.. buat lah kerja utk membangunkan kelantan ketahap maksima.. buat kilang kilang, buat business baru, tarik pelabur pelabur, labur kan duit, pusing kan duit, takkira apapaa business pon yg bole menjana, supaya rakyat rasa mmg mebangun kelantan skrg, apa yg kita lihat skrg..amat sedikit pembangunan, sediakan bijak pandai.. buat satu blue print utk 10 thn akan datang kearah mana pembangunan negeri ini. supaya rakyat dpt manafaat drp nya.

  3. Kalau betul pertemuan ini ada. Mungkin disinilah ianya bermula:-

    > Paklah ziarah TGNA ketika di Hospital Kota Bharu sambil membawa mesej minta adakan pertemuan dengan sesaorang kononnya dalam perkara penting.
    Sesaorang yang dimaklumkan ini, adalah orang bukan tokoh politik yang dipercayai dan disegani oleh TGNA.

    > TGNA telah bersetuju, dan apabila pertemuan ini diadakan, TGNA terperanjat kerana ditempat ini ada menanti Presiden dan Tim. Presiden PAS dan Presiden dan Tim. Presiden UMNO.

    > Topik perbincangan, ada kaitan dengan penubuhan kerajaan Perpaduan UMNO & PAS dinegeri Selangor, dimana sudah ada adun PAS yang bersedia untuk penubuhan kerajaan UG negeri Selangor.

    > Perbincangan ini gagal kerana TGNA tetap menentang cadangan kerajaan UG ini. dan sekiranya perbincangan ini berjaya, akan disusuli kepada perbincangan untuk menubuhkan kerajaan UG peringkat Persekutuan.

    Kaitan berita didalam blog2.

    > Cubaan Guling Kerajaan Selangor
    > Nizar Jamaluddin Riasau Negeri Selangor akan jadi Perak kedua.
    > Datuk Khusrin Agen Kerajaan Pusat.

    Perojek mecah belah Pakatan Rakyat

    Dari sudut politik, pertemuan ini sengaja dirancangkan sebagai perangkap untuk dijadikan isu menghadapi PRK Tenang. UMNO tidak kisah dengan kegagalan pertemuan ini, yang pentingnya pertemuan ini akan menjadi berita PERDANA dan akan dimainkan oleh semua media dengan motif memburukan PAS kepada pengundi2 Dun Tenang dan juga pengundi kaum lain, bahawa PAS akan dilihat sebagai Parti yang tidak setia dan jujur. Nama Presiden dan Tim. Presiden Pas akan diberi tajuk utama dalam semua media…

    Orang yang lurus bendul, tidak wajar memimpin parti politik!

    Umno mengambil kesempatan keatas sifat lurus bendul kedua dua pemimpin tertinggi Pas ini, Kaedah ini adalah satu dari tektik mempertahankan kuasa yang mereka bimbangi akan hilang pada PRU ke 13 nanti.

    • Berasarkan pemerhatian aku, BN semakin cemas dengan sokongan rakyat terhadap pakatan bila beberapa MB dari negeri Pakatan memaklumkan, mereka tidak akan membubarkan DUN, jika M.Najis membubarkan Parlimen untuk PRU-13.

      Kenyataan MB-MB Pakatan ini menyebabkan M.Najis kepanasan. Mana mungkin BN akan menang mudah jika PRU hanya dijalankan di peringkat Parlimen.

      Mimpi ngeri M.Najis tidak berkesudahan bila majoriti rakyat Selangor masih tak percayakan UMNO meskipun “wak” Khiy Toyo di jadikan “kambing hitam” untuk memulihkan imej UMNO Selangor.

      Ketakutan M.Najis bertambah memuncak berdasakan maklum-balas penganjuran kempen SELAMATKAN SELANGOR (dari cengkaman Pakatanlah kunun-kununnya) menemui kegagalan yang gilang gemilang. Rakan-rakan aku di Selangor memaklumkan, dalam kebanyakan sesi ceramah SELAMATKAN SELANGOR, bilangan kerusi jauh lebih “ramai” daripada bilangan orang yang hadir…!!!

      KAH…!!! KAH…!!! KAH…!!! KAH…!!!

      Jadi, apa agaknya nasihat APCO pada M.Najis….???

      “…Rampas Selangor dari PINTU BELAKANG…!!!”

      Jaga-jaga, penyokong Pakatan kat Selangor. Kalau perancangan kotoq UMNO ni berjaya, PRU sudah semakin dekat…!!!!

  4. ello DINO!!at least DAP dan PKR tak anaya bangsa sendiri

  5. Eloklah bermuzakarah dgn umno…berkawan dgn DAP pun apa PAS dapat…apa umat dapat….letaklah agama ditempatnya bukan meletakkan parti mengatasi segalanya….

    • Nak muzakarah dgn UMNO?

      Boleh BLAH…!!!

      Aku ulang untuk kesekian kalinya,
      apa yang TGNA habaq pasai
      muzakarah dgn UMNO ni….

      “….PEGI JAHANAM DENGAN UMNO…!!!”

  6. Salam,

    Sudah bercerai dgn. talak 3 di masa zaman Asri.
    Sudah lah pi la cari tang lain.53 tahun punya umoq
    dah kedot & kendoq.Dah tak hensem.Dok terhegeh2
    dok mai jugak2.RHETI BAHASA KA.

    NYANYUK SUNGGUH….

    • Salam great chief.

      Yang hang dok kata tu.
      Soal kahwin.
      Kalau masih nak, kenalah.
      China Buta.

      Sekarang soal politik.
      Kalau dok nak jugak.
      Namanya.
      DAP Buta.

      Sekadaq buta saja.
      Bukang apa2 pon.

      • Salam BT,

        Kalau laghu tu kena sabaq tunggu la
        Sampai bercerai.
        Baghu la boleh bersama balik.
        Buat masa la kalau rasa tak boleh tahan
        Ambik sabun pukoi round la
        Buat sementara waktu
        Nak buat laghu mana..,..
        Jangan dok mai kacau rumah tangga org.
        plan2 Buang lah perangai jebon tu
        hi..hih…hi..

  7. aloo abgrara on Disember 29, 2010
    at 1:51 pm………

    “aku lebih suka tgk pembangunan di kelantan berjalan dgn tahap yg amat tinggi daripada melayan kerenah2 politik ni”……..

    melayu mcm hang laa…….mcm jay… yg payah kita nak padu-padu nie…..
    idea padu padu nie idea bengong dua tiga kerat yg dok dlm pas……depa lupa yg grombolan yg sarkis tak perenah tunai janji ngan betoi…..hari-hari depa dok ternak rasuah…sampai menetas tak mau-mau…..pembohong jadi makanan harian depa…….dua tiga kerat tu doyan sangat nak jadi menteri…nak jadi orang besaq….aku sikit pun dah tak respect kat depa depa tu…..dok menyanyi padu-padu nie dak naik pekak……..
    umngok yg mcm tu punya reput pun dok nak pi dakap jugak…orang lain dah cukup menyampah………
    kalau dua tiga kerat puak pas yg nak padu-padu tu….elok pi melingkup buang….tinggalkan jamaah ini…hijrahlah segera dekat grombolan…semoga anda bahagia….jangn dok ajak orang lain sama….jng dok buat kacau……..tak kira laa sapa pun….pesuruhjaya ke…s/usaha agung ke….hatta presiden sekali pun….kalu dah teringin….cepat laa pi dakap grombolan tu…ajak budak-budak sekali….tarbiah laa depa ikut tadika kemas…jng ikut tadika pasti………..

    kita melihat sebuah organisasi itu bukan sangat berteraskan bangsa….ia hanya sebagai sisipan kebetulan…….yg lebih utama kita melihat ianya mesti berteraskan aqidah dan capaian amali para pemimpinnya….bersih dari segala noda yg tercemar…..
    sifat-sifat mazmumah yg beranak pinak setiap hari dlm grombolan tak mampu untuk dibasuh hanya dgn padu-padu….tetapi busuk bangkainya tetap merengit memenuhi alam…..

    kalau ameno meletakan agama ditempat teratas sekali……malaisia tidak jadi sehudoh ini……rela berkerjasama dgn non malays atawa non Islam….lebih mulia dari berkerjasama ngan yahudi laknatullah…….yg terang-terang dimurkai Allah secara tegas sprti yg disebut dlm surah Al-Fatihah……..ayat 7…..
    tetapi adakah amenoco ambil pot pasai nie???…….jauh sekali…
    kalu ada orang Islam yg menyebut tentang kerjasama amco ini………dia orang kena gantung anam bulan maa……….mcm tu kaa nak padu-padu nie………….

    sekali nie kalau depa padu jugak sure aku akan beruzlah dari jamaah seperti itu…………

    no way to padu-padu….
    ever n forever

    alooo : Jay on Disember 29, 2010
    at 7:53 pm

    • Salam nasik kandaq.

      Hang tak usah dok merepeklah.
      Selagi ada tulihsan.
      Yang dok.
      Mengata sana.
      Mengata sini.
      Kutuk sana.
      Kutuk sini.
      Tidak akang ada perpaduannya.
      Yang ada dalam Al-Quran.
      Tak pakai.
      Nak pakai pon tak reti.
      Mana nak reti.
      Baca pon tak faham.
      Mana nak faham.
      Kadang baca, kadang tak baca.
      Malais.

      Hang tengoklah.
      Apa sukusakat hang tulih.
      Banyaknya hamPAS.
      Ada otak, simpan.
      Lepas tu, suruh lutut fikiq.
      Lutut.
      Mana boleh fikiq.

      Yang kita nak.
      Melayu Perpaduan.
      Bukang.
      Kerajaan Perpaduan.

      Sukusakat yang nak sangat tu, bukang apa.
      Hai.
      Nak jawatan lah.
      Jawatan tu, kuasa.
      Kuasa tu, fulus.
      Fulus tu.
      Rumah besaq, banglo dengan kolam renang.
      Kereta besaq, MBenz, BMW dan Porche.
      Bini besaq, sori bini ramai bukang besaq.
      Kang hang tak tau.

      Coma, hang yang kelabu.
      Pi Kelate.
      Dah puji, melangit.
      Tapi, betoi kot.
      Kalau nak banding Pineng.
      Kelate lebih baguis.
      Tu hang dok kagum.

      Sekadaq kena kesian kat TGNA.
      La.

      • Salam BT,

        Awat bawa mai otak senkuang.
        Hang npk. pemimpin di ataih tu
        semua sama2 bergaduh ka.
        Pagi2 dah pekena teh tarik
        kat kedai sarkis..malah sebut kat
        depa sarkis pon tak marah.
        membar2 aku tu…tarak kacau apa pon..
        Kampong punya otak la gaduh.tau ka
        Guna kepala lutut la tu…
        kah..kah..kah
        saja dok mai buat kalut….

  8. Rasanya elok Pres & Tim Pres Pas yg disayangi ambil cuti atau letak jawatan utk kebaikan Pas.
    Kita th TGHA & UNMI (ust Nasarudin Mat Isa) sayangkan agama mengatasi sayangkan bangsa melayu tp mereka kurang mampu mendapatkan keseraian yg baik bersama DAP & PKR sbb 2 rakan PR ini selalu menimbulkan masalah kpd Islam/Melayu terutamanya PKR.
    Kalau TGHA and UNMI tak undur pun adalah baik jika team anti UG ni memeluk rapat mereka mendokong mereka utk jayakan matlamat ke PUTRAJAYA. Jgn biarkan 2 leader kita diberi nasihat salah oleh penasihat yg berhati kecil.
    Dato Husam Musa (HM), Khalib Samad (KS) Dr Zul dll tolonglah bantu pres and Tim.
    Kerja anda semua mendokong mereka dgn panduan yg kita percayai. Jgnlah duk buat keras and ego dgn mereka, jika kita menentang TNHA and Unmi maka kita telah berjaya melambatkan lagi kemenangan Islam

  9. Dalam keadaan ini terkenang dgn kehebatan Ust Fazdil Noor menerajui Pas zaman AI di pecat Dulu. Hampir2 arwah ust kena tindakan disiplin kerana mengziarahi AI. Tp dgn keyakinan dan semangat setiakawan akhir arwah berjaya membawa pas setapak menjadi parti nasional dgn kemasukan beramai2 ahli umno ke dlm pas.
    dalam Hal ini TGHA and UNMI perlu berjiwa besar..seperti kita tahu umnolah yg menjahanamkan bangsa dan agama.mereka hanya perlukan kita utk seketika. Percayalah…..
    PKR and DAp belum memberikan kita kesan sejarah cuma propaganda dan adu domba umno sahaja. Bersama umno pun sudah pasti Islam ditindas..
    Kehebatan TGHA and UNMI semasa jadi TP and SU adalah kebanggaan semua tp bila memimpin jemaah tertinggi saya sedikit hampa

  10. MENYOROT PERANGKAP KUASA UNTUK MENGHADAPI PILIHANRAYA KECIL DUN TENANG.

    Selepas kematian Adun Tenang. Pengumuman kematiannya tidak terus disiarkan didalam akhbar. Ia ditangguhkan lebihkurang satu jam. Coba rujuk kembali laporan2 didalam blog media letronik yang melaporkan Adun Tenang dikatakan sebagai kritikal. Kenapa?.
    Kerana pakar strategi pilihanraya kepimpinan UMNO Johor mengarahkan supaya ditangguh dalam tempoh satu jam, dalam tempoh tersebut Umno Johor telah menempah semua Hotel dalam daerah Labis dan Segamat. Ini adalah sebahagian strategi menghadapai PRK Tenang. Keesokan harinya bila jentera piliharanya Pas coba menghubungi hotel2 didaerah tersebut, semua pihak Hotel telah ditempah..

    Strategi ke 2…

    Untuk menghadapi PRK ini. Umno ketandusan isu untuk menyerang PAS (PR) berikutan kerajaan UBN tertekan dengan isu kenaikan harga petrol, harga barang yang semakin mahal, kejayaan tuntutan peneroka Felda, pendakwaan mahkamah terhadap kepimpinan UBN dan pembangunan didaerah Tenang itu sendiri.

    Pakar strategi pilihanraya yang mendapat nasihat perunding upahan telah mencadangkan supaya mencari isu untuk menyerang pihak lawan (PAS) yang boleh mempengaruhi semua kaum memandang semula kepada Umno.

    Idea yang paling berkesan untuk menjatuhkan kredibiliti Pas yang dilihat bersih dari tuduhan rasuah dan aman dari pertelingkahan kepimpinan, ialah mencipta atau mengungkit apa jua isu yang boleh mencalarkan maruah Pas dan kepimpinannya.

    Diam tak diam kita dikejutkan dengan isu lama yang dibangkitkan oleh blogers UMNO diikuti disaiarkan semula dalam akhbar UMNO berkaitan fitnah dengan dakwaan zina terhadap Adun Selinsing yang menjadi berita panas pada tahun 2005. Sehingga kini isu ini masih lagi berlegar dan belum mendapat apa2 tindakbalas dari Adun Selinsing.
    Pas mesti selesaikan isu ini segera sebelum menjelang PRK Dun Tenang.

    Isu yang dikira lebih berkesan bagi menjatuhkan maruah dan imej dimata pengundi pada PRK nanti. Pas mesti dilihat sebagai parti yang tidak setia dan bersifat kawan yang menikam dari belakang.
    Untuk itu kepimpinan tertinggi UMNO terpaksa merancang satu pertemuan mengulangi cadangan kerajaan perpaduan yang dimetrai sebagai buku telah ditutup.

    Tidak semestinya setiap yang ditutup tidak boleh dibuka!. Untuk membukanya semula kepimpinan tertinggi Umno atas sifat jawatan telah mengadap kebawah duli sultan yang rapat dengan salah seorang pemimpin tertinggi Pas. Secara tidak langsung baginda telah diseret kedalam Isu perpaduan melayu dan dipersembahkan secara panjang lebar kepada baginda sultan. Konon diatas kesungguhan yang ditunjukan, baginda sultan telah perkenan untuk mengadakan satu pertemuan dengan kepimpinan tertinggi Umno dan Pas.

    Pihak pengurusan istana telah menghubungi kepimpinan Pas atas jemputan baginda sultan dan memaklumkan untuk apa pertemuan itu hendak diadakan. Kepimpinan tertinggi Pas terkejut dan serbasalah kerana pada mereka isu ini telahpun disepakati tidak akan ditimbulkan lagi. Suka atau tidak suka kepimpinan Pas ini telah mencadangkan TGNA juga diajak turut serta.

    Mesej ini telah dibawa oleh Paklah secara rasmi kepada menteri besar Kelantan yang baru didischarge dari hospital. Keterpaksaan inilah kononnya pada 24 Disember 2010, satu pertemuan telah diadakan disebuah istana dimana pertemuan itu telah gagal apabila TGNA tidak merestui dengan alasan yang sedia dimaklumi
    umum.

    Persoalannya, kalau Umno betul2 jujur. Kenapa pertemuan ini perlu diadakan sebelum PRK Tenang diadakan?.

    Kalau Umno jujur, kenapa Umno tidak setuju dengan syarat mengubah dasar Umno dari dasar assobiyah dan skular kepada dasar Islam?.

    Tidakkah Umno maklum yang TGNA akan tetap dengan prinsip perjuangan Islamnya?.

    Apa yang ada dalam perancangan Umno setelah pertemuan ini telah tidak mencapai objektif kononnya demi perpaduan melayu?.

    Apakah Umno tidak akan mengambil kesempatan untuk dijadikan kempen PRK Tenang atau PRU yang ke 13 nanti?.

    Persoalannya juga, bagaimana Pas akan membalas hujah yang akan dimainkan oleh Umno dalam PRK itu.

    Tidakkah Pas telah terjerat?. Sama samalah kita tunggu episod seterusnya!.

    • Gendang “Kerajaang Perpaduang”
      akan di palu lagi di PRK Tenang….

      Nampak sangat UMNO dah
      ketandusan isu….!!!

  11. […] Tak habis lagikah kerja gila kera jaan Perpaduan.. Idea itu mengarut, orang lain tak tahu macam mana kami berhadapan dengan Umno di Kelantan,Saya tak faham macam mana […] […]

  12. salam kucing……….

    posting kucing cukup clear kali ini……..
    kalau budak-budak tak paham lagi………
    memang patut tukaq sekolah laa………..

    sarkis memang tak pernah jujur dlm seluruh prancangan depa………asyik nak menipu saja…….tu pasal laa orang dah meluat…….dah menyampah……..
    ada sorang orang kuat sarkis kata, “kita terang laa apa pun, tapi orang dah tak nak pecaya lagi”………..begitu laa lebih kurang nada yg desprade dari sukusakat sarkis bila kami duduk semeja berbual sambil pekena teh tarik….
    aku jwb balik. “sapa nak pecaya kat hangpa lagi”……….
    kalu hangpa becakap, bohong n kelentong yg lebih….
    kalu pasai duit……..kawan pun hangpa terajang buang……….
    kalu pasai projek…….memba tepi pagaq pun hangpa buat tak nampak…………..
    tapi bila anak hangpa nak mintak keroja…..baru hangpa terhege-hege nak cari kwn balik………..
    bila makan minum………aku jugakkkkkkkk yang bayaq……..
    maka berderai laaah ketawa yg di buat-buat………kah kah kah

    itu lah semangat sebenaq perpaduan yg ujud antara sesama bangsa dan pelbagai kaum khususnya di penang………….
    hantam…hantam jugak……tapi masih boleh bekawan dgn baik………
    kalu tak pecaya….tanya GC………dia boleh cerita lagi panjang………..
    tapi kalau padu-padu peringkat organisasi politik…….ada beza sikit……
    yg nie tak boleh main-main……pasai depa sarkis nie nak pekena orang saja……..itulah karier tetap beberapa puak kamjat dalam sarkis dgn sokongan dan tunjuk ajaq dari puak upahan yg dibayaq berjuta-juta tu yg semua orang sudah maklum………..

    kah kah kah……………

    • Salam nasik kandaq.

      Hang ni lah.
      Kucing post apa pon, kat sini.
      Hang kata clear.
      Hang puji.

      Hang tau tak.
      Itu bukang hasil bacaan dia.
      Dia mana suka membaca.
      Itu, tak lain tak bukang.
      Dia salin mai kat sini.
      Nak buat sukusakat hang seronok.
      Lepais tu,hampa gelak.

      Sekadaq tu lah pepaduan hampa.

  13. Gelombang Kerajaan Perpaduan.
    BeDeRu-BeDeRu.

    Tigasukusakat Malais Membaca.
    HaRu BiRu.

    TGNA pon sudah.
    Dah KeLiRu.

    Presiden pulak.
    Jadi CeLaRu.

  14. salam bro n sis……..

    apa hang dok merepet nie BT…………
    memang budak mana reti respect keroja orang……
    kalu hang tuduh kucing salin sana salin sini……………hang tunjuk bukti…….hang tunjuk sumber mana dia ambik….blog mana dia kebaih……..hang tunjuk laa……..baru aku respect kat hang……….
    pasai tu aku kata….geng sarkis nie bila cakapsaja…….. pakai borong sokmo………barang pun standad Mydin S.Market saja……kalu hang nak belajaq meniaga kecik-kecik, hang mai Little India kat Penang……..hang boleh beli harga borong…..

    satu jenih penyakit geng sarkis yg boleh dikesan…..depa tak perenah respect orang dgn ikhlas……..kalu depa respect pun….ada makna laa………..semua dok tunjuk pandai..dok tunjuk hebat…tunjuk ceghedik walaupun bengong……..
    pasai tu depa tak mau melayu nie pandai……..hang tengok orang ceghedik mcm DSAI….macam TGNA……..macam LGE…macam Allahyarham Ustaz Fadzil Nor…macam Ahmad Boestamam……macam Allahyarham Yusoff Rawa……macam Datuk Ishak Baharom bekas mufti Selangor dulu….dan ramai lagi……..depa tak perenah respect sumbangan dan kebolehan mereka……..ini lah satu penyakit yg ada dlm diri kaum kome sendiri………….termasuk kome sekali laa tu…….

    penyakit lain yg dikesan…….
    kaum kome suka diampu…ditatang…dibodek…walaupun buat keroja haprak…….
    pasai tu setengah jawatan dlm perkhidmatan awam…diserah kpd yg bukan ahlinya………akan lingkuplah sistem yg ada………janji depa boleh tunduk cium tangan lagi……bagi sireh saja teruih mengaku tuan………

    penyakit lain yg dikesan dlm kaum kome……..
    biaq bengong…biaq badigol….biaq kurang ceghedik…..biaq hudoh perangai…….biaq akhlak hancuzzzzzzz….
    maka senang lah puak kepala geng kome nak main jarum jam…biaq senang tahan jerat…….
    kome cari sendiri laa contohnya…..belambak dok ada……

    sahabat yg baik adalah yg sentiasa menunjuk kebaikan………

    • Salam nasik kandaq.

      Hang tak tulih ka.
      Nama.
      Geng hang yang kat Ru Sila.
      Dah CelaRu ka.

      Sekadaq hang dah haRu biRu.
      Ru Ru saja.

  15. Dulu Tok Guru Haji Hadi melontarkan pandangan Kerajaan Perpaduan yang begitu mudah bagi aku yang berada diceruk yang hinga-bingar ini untuk memahaminya. Kata Tok Guru Haji Hadi dalam penjelasannya yang panjang lebar apabila lontaran ideanya menjadi isu yang menggegarkan ialah maksud kerajaan perpaduan yang dilontarkan itu ialah kerajaan yang tidak ada parti pembangkang. Maknanya semua parti yang ada dalam Malaysia ini UMNO, PAS, DAP, MCA, MIC dan lain-lain termasuk yang di Sabah dan Sarawak akan berperanan menjadi kerajaan. Itulah yang aku yakin sangat maksud diucapkan oleh Tok Guru Haji Hadi. Aku tidak tahulah jika ada niat lain disebalik kata-katanya itu kerana aku bukan pandai baca hati orang.

    Tapi dari idea yang dilontarkan oleh Tok Guru Haji Hadi, aku pelik alih-alih begitu tegar pandangan dan kritikan yang bertalu-talu menghentak Tok Guru Haji Hadi hingga ada di antaranya pada penilaian aku agak terkeluar dari batasan kritikan yang membina, konon Tok Guru Haji Hadi mencadangkan Kerajaan Perpaduan itu adalah antara PAS dan UMNO.

    Puas aku mencari di mana kata-kata Tok Guru Haji Hadi begitu, namun aku tidak menjumpainya kecuali soal isu YB Dr Hassan Ali di Selangor. Tapi bagi aku isu Hassan Ali berbeza dengan apa yang Tok Guru Haji Hadi maksudkan. Dua benda yang berbeza pada penilaian aku. Tetapi ada pihak yang terus mengatakan kerajaan Perpaduan itu adalah antara UMNO dan PAS dan berkait-kait pulak dengan isu Dr Hassan Ali di Selangor. Maka keadaan pada waktu itu menjadi berbelit-belit dan pening !!!

    Sehingga aku dapat rasakan kalaulah sekiranya pada hari ini terkeluar sahaja dari mulut Tok Guru Haji Hadi perkataan “ Kerajaan Perpaduan” walaupun maksud berbeza, pasti akan terhentak sekali lagi Tok Guru Haji Hadi ‘dibelasah’. Pendek kata agaknya Tok Guru Haji Hadi tak boleh sebut pun istilah “Kerajaan Perpaduan”, kalau sebut keadaan sekeliling akan meletup-letup! Terfikir aku ‘kenapalah mesti begitu?”.

    Aku tidak menyokong mana-mana pihak dalam isu Kerajaan Perpaduan kerana aku menyokong kedua-dua Tok Guru yang aku kasihi itu.

    Pada hari ini aku sekali lagi terasa pelik kerana apabila Tok Guru Nik Aziz bersama pemimpin-pemimpin PAS yang lain berjumpa PM Najib dan siapa-siapa lagilah di Istana Trengganu atas jemputan DYMM Yang Dipertuan Agong, isu Kerajaan Perpaduan bangkit kembali. Namun demikian nampaknya sekali lagi Tok Guru Haji Hadi hampir terfitnah kerana pada awalnya kelihatan macam ada sebiji dua peluru cuba dilontar kepada Tok Guru Haji Hadi. Tetapi kali ini apabila membabitkan Tok Guru Nik Aziz rupanya berlainan cara penerimaannya walaupun Tok Guru Nik Aziz tidak mendedahkan kandungan perjumpaan itu. Nasib Tok Guru Nik Aziz lebih baik Tok Guru Haji Hadi dahulu. Alhamdulillah.

    Aku tidak dapat bayangkan kalau sekiranya Tok Guru Haji Hadi terpaksa pergi ke majlis seumpama itu atas jemputan yang seumpama itu, dan tidak mendedahkan kandungan perjumpaan seperti yang dilakukan oleh Tok Guru Nik Aziz atas sebab kerahsian dan untuk menjaga maruah Agong, pasti…pasti sekali lagi Tok Guru Haji Hadi akan dihujani peluru dan maki hamun dari beberapa pihak seperti dahulu. Apapun alasan yang Tok Guru Haji Hadi berikan aku dapat rasakan akan dibakulsampahkan. Masya Allah! Sedangkan dahulu Tok Guru Haji Hadi menyebut dengan jelas apakah maksud Kerajaan Perpaduan yang dilontarkan idea olehnya. Aku cukup mudah memahaminya.

    Kenapalah mesti mengkritik begitu. Bagi aku kedua-dua Tok Guru aku itu orang yang terlalu alim dan terlalu tahu dosa pahala untuk menipu khalayak ramai. Aku bersikap mudah tanpa prasangka menerima apa-apa sahaja penjelasan kedua-dua Tok Guru aku itu kerana bagi aku, tidak munasabah sekali kedua-dua mahu mengorbankan perjuang menegakkan Islam di tanah air ini. Harakah ini mereka yang bina dan membentuknya. Mereka terlaku banyak jasa dalam pejuangan ini berbanding mereka yang mengkritik terlalu emosi.

    Contohnya aku masih ingat dan terlalu sedih apabila dahulu ada seorang blogger yang pernah ditahan polis kerana kes Sultan Johor mangkat, memaki hamun Tok Guru Haji Hadi begitu mudah dan lancang seolah-olah maki hamun itu adalah lontaran kecerdikan fikrah islaminya! Ada ketahankah blogger ini dalam ‘perjuangannya’ seperti ketahanan kedua-dua Tok Guru ini mengharungi kegetiran perjuangan mereka dalam membawa PAS hingga ke tahap ini hari ini?

    Kritiklah pimpinan kerana teguran itu diperlukan namun tidak perlu beremosi keterlaluan sebab bagi aku sebagai blogger PR apatah blogger PAS, berikhlaslah dalam mengkritik pimpinan. Tidak suka pemimpin semasa mereka boleh ditukar tetapi bersabar, gunakan pemilihan parti yang sedia ada. Bukan menghentam tanpa memikir hujah dan alasan yang diberikan.

    Bagi aku sepatutnya tidak ada apa-apapun isu Kerajaan Perpaduan yang perlu dibangkitkan lagi dari pertemuan yang diperjelaskan itu, baik kepada Tok Guru Nik Aziz mahupun Tok Guru Haji Hadi. Tak kanlah sampai mereka tidak boleh bertemu muka dengan pemimpin UMNO maka terus tuduh konon bincang Kerajaan Perpaduan! Lihat http://garamlada.blogspot.com/


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: