Posted by: pinkturtle2 | Januari 7, 2011

Putera Jordan, Ali al-Hussein dipilih Naib Presiden baru Fifa

Outgoing South Korean FIFA vice president Chung Mong-Joon (R) congratulates Jordan's Prince Ali bin al-Hussein, head of the Jordan Football federation,after he won the votes of the Asian Football Confederation (AFC) for the FIFA vice-presidency during the 24th AFC congress in Doha January 6, 2011.

Outgoing South Korean FIFA vice president Chung Mong-Joon (R) congratulates Jordan’s Prince Ali bin al-Hussein, head of the Jordan Football federation,after he won the votes of the Asian Football Confederation (AFC) for the FIFA vice-presidency during the 24th AFC congress in Doha January 6, 2011.

AFC president Mohammed bin Hammam  (R)  congratulates Jordan's Prince Ali bin al-Hussein, head of the Jordan Football federation, after he won the votes of the Asian Football Confederation for the FIFA vice-presidency during the 24th AFC Congress in Doha on January 6, 2011.

AFC president Mohammed bin Hammam (R) congratulates Jordan’s Prince Ali bin al-Hussein, head of the Jordan Football federation, after he won the votes of the Asian Football Confederation for the FIFA vice-presidency during the 24th AFC Congress in Doha on January 6, 2011.

FIFA president Joseph Blatter (L) speaks during the 24th AFC Congress in Doha on January 6, 2011 ahead of the 2011 AFC Asian Cup which runs from 7-29 January.

FIFA president Joseph Blatter (L) speaks during the 24th AFC Congress in Doha on January 6, 2011 ahead of the 2011 AFC Asian Cup which runs from 7-29 January.

FIFA executive member and Asian Football Confederation (AFC) President, Qatari Mohammed bin Hammam waves following his reelection as head of the AFC during the 24th AFC Congress in Doha on January 6, 2011.

FIFA executive member and Asian Football Confederation (AFC) President, Qatari Mohammed bin Hammam waves following his reelection as head of the AFC during the 24th AFC Congress in Doha on January 6, 2011.

FIFA President Sepp Blatter speaks during the 24th Asian Football Confederation (AFC) congress in Doha January 6, 2011.

FIFA President Sepp Blatter speaks during the 24th Asian Football Confederation (AFC) congress in Doha January 6, 2011.

Head of Jordan's Football Federation Prince Ali bin al-Hussein, addresses the 24th Asian Football Confederation (AFC) Congress members, in Doha on January 06, 2011 before winning the votes for the FIFA vice-presidency.

Naib Presiden baru Fifa

DOHA: Putera Jordan, Ali al-Hussein (gambar) dipilih sebagai Naib Presiden Fifa yang baru semalam menewaskan pesaing terdekat Chung Mong-joon sekali gus melebarkan penguasaan bola sepak negara Timur Tengah.

Selepas beberapa minggu Qatar diumum sebagai tuan rumah Piala Dunia 2022, perwakilan daripada 45 negara Persekutuan Bola Sepak Asia membuang undi yang memihak kepada Putera Ali, dengan keputusan 25-20 yang kemudian diraikan dengan laungan takbir “Allahu Akbar serta “Tuhan Maha Besar”.
Keputusan itu sekali lagi satu kejutan untuk Korea Selatan yang turut tewas dalam bidaan Piala Dunia 2022 serta menamatkan peluang Chung untuk mencabar Sepp Blatter merebut jawatan presiden Fifa, Jun depan.

Blatter menghadiri kongres di Doha menjelang pembukaan Piala Asia hari ini dan memanggil setiap perwakilan untuk menyokongnya.
Sebelum undian yang berlangsung di Hotel Sheraton di Doha, Putera Ali yang berusia 35 tahun mendapat sokongan penuh daripada benua Arab dan beliau menyatakan mahu menyatukan bola sepak rantau Asia serta memberi suntikan baru kepada jawatan berkenaan.
“Saya mahu memperkenalkan etika baru dalam bola sepak Asia.

“Saya mahu menggunakan peluang ini sebaik-baiknya untuk manafaat semua. Saya berjanji jika kami memenangi kerusi ini, kami akan terus menyatukan bola sepak Asia pada masa depan,” katanya.
Sementara Chung yang sudah memegang jawatan itu sejak 16 tahun lalu, menyatakan beliau adalah pilihan terbaik untuk mengetuai bola sepak Asia termasuk berjanji untuk menaik taraf bola sepak wanita serta infrastruktur tertentu. Bagaimanapun, akhirnya Chung tewas akibat keretakan hubungannya dengan Presiden AFC, Mohamed Hammam sebelum ini. Beliau juga dilihat sebagai ancaman utama kepada Blatter. – AP

…………………………………………….

Hammam kekal terajui AFC

DOHA – Mohamed Bin Hammam memenangi pemilihan kerusi Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk penggal baru empat tahun, semalam di mana dia merupakan calon tunggal untuk jawatan tersebut.

Pemimpin dari Qatar, itu yang memegang jawatan tersebut sejak 2002, di mana dia juga tidak ditandingi ketika itu, mengesahkan memegang jawatan tersebut sehingga 2015, pada Kongres AFC di Doha, menjelang sepak mula Piala Asia, hari ini.

Dilabel berpotensi untuk menggantikan Sepp Blatter sebagai peneraju FIFA, Bin Hammam menjadi nadi kepada perubahan wajah bola sepak Asia.

Ahli Jawatankuasa Eksekutif FIFA berusia 61 tahun itu dilihat sebagai individu yang memodenkan bola sepak Asia, dengan memperkenalkan Liga Juara-Juara AFC dan kemasukan Australia ke dalam konfederasi itu.

Impiannya ialah untuk melihat liga bola sepak Asia dijalankan secara profesional seperti di Eropah.

AFC adalah konfederasi bola sepak terbesar di dunia dengan 46 anggota. – AP


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: