Posted by: pinkturtle2 | Januari 8, 2011

Siapa aduka bukan isu,isunya bagaimana dia dilayan oleh TGHH dan Jemaah Rusila

Isu Aduka: akhlak Nabi & akhlak “pewaris Nabi”…

Salam Pencerahan.

Zaman Rasulullah s.a.w, ada seorang Badwi (bukan blogger Aduka Taruna) kencing dalam masjid tetapi Rasulullah s.a.w dan para pengikutnya tidak bertindak ala-ala samseng, bahkan menunjukkan sifat Islam sebagai rahmatan lil ‘alamin.

Dari Anas bin Malik r.a, beliau berkata, “Seorang Arab Badwi pernah memasuki masjid, lantas dia kencing di salah satu sudut masjid. Lalu para sahabat ketika itu menjerkahinya dan berkeinginan untuk mencegahnya, namun Rasulullah saw dengan penuh bijaksana bersabda: Jangan kalian putuskan kencingnya!. Maka tatkala orang tersebut selesai dari kencingnya, Nabi menyuruh agar tempat yang terkena air kencing tersebut disiram dengan sebekas air, lalu memanggil orang Badwi tadi dan bersabda kepadanya: Sesungguhnya masjid ini tidak layak untuk membuang kotoran di dalamnya, namun ia dipersiapkan untuk shalat, membaca al Qur’an dan dzikrullah.” (riwayat al Bukhari dan Muslim).

[Rasulullah saw sendiri yang menjiruskan air di kawasan najis itu sehingga mengagumkan Badwi tersebut.]

Dalam riwayat Imam Ahmad bin Hambal, orang Badwi itu berkata: “Ya Allah sayangilah saya dan Muhammad, dan janganlah engkau sayangi seorangpun“.

Aduka Taruna hanya mahu bersemuka dan bertanya Hadi mengenai rancangan Kerajaang Perpaduang aka usaha membawa PAS “beromen” dengan Umno.

1.  Wajarkah Hadi mengetepikan Aduka di Masjid Rusila serta membiarkan blogger itu dibelasah oleh penyokong-penyokong ekstrem Presiden PAS itu sedangkan Rasulullah saw menyantuni seorang Badwi  seperti di atas?

2. Mengapa telefon bimbit Aduka dirampas sedangkan Rasulullah s.a.w membiarkan seorang Badwi menyelesaikan “hajat”-nya?

3. Rasulullah saw melindungi Badwi demi menjaga imej Islam, mengapa Hadi dan penyokongnya sanggup mencalarkan imej Islam dan PAS dengan membelasah blogger Aduka ala-ala “samseng” atau “taliban”.

Kesimpulan: Ulama atau “pewaris Nabi” yang bernama Hadi seakan tidak mewarisi suri teladan Nabi Muhammad s.a.w. Apa kata hati kita?

http://notamerah.wordpress.com

…………………………………………………………….

Kronologi Peristiwa Aduka Taruna Di Rusila

1. Pukul 12.30 Aduka Taruna dan rakannya sampai di Rusila. Bersarapan dan makan tengahari (merangkap dua dalam satu) di sebuah restoran berhadapan dengan Masjid Rusila. 

2. Makanan boleh tahan la sedap.. dan tak mahal mana… Aduka Taruna offer nak belanja tapi akhirnya dibelanja oleh gua.

3. Hampir pukul 1 tengahari… Aduka Taruna dan kawan-kawannya sampai di Masjid Rusila … Tiada siapa perasan akan Aduka Taruna walaupun agak lama Aduka Taruna berlegar di kawasan mengambil wudhu’ dan di pintu masjid… Malah BatuApi dan Unit IT Pas Rusila pon tak kelihatan dimana-mana… Nak kata Aduka Taruna tak dikenali agak mustahil… sebab… hanya Aduka Taruna dan rakan-rakannya sahaja yang tak berbaju Melayu serta berjubah.. Aduka Taruna dan rakan-rakannya berpakaian jaket serta berseluar jeans… Takkan susah orang nak perasan dan kenal kot???

4. Aduka Taruna kemudian membuat solat sunat Tahhiyat’ul Masjid terlebih dahulu sebelum Azan pertama Jumaat dilaungkan. Aduka Taruna dan rakannya berada di saf tiga bahagian tengah masjid.

5. Setelah Azan pertama berkumandang agak lama.. dan setelah ramai orang usai melakukan solat sunat .. barulah kelihatan TGHH masuk ke ruang solat dan naik keatas mimbar untuk melakukan solat sunat..

6. Seusai solat sunat.. TGHH naik keatas mimbar dan memberikan salam (pembukaan) khutbah Jumaat. Suasana dalam masjid agak kelam.. Banyak lampu tak dibukak… Maybe nak menjimatkan elektrik… Kelihatan ramai jamaah berada dalam keaadaan mamai dan separa mamai, maybe sebab suasana dan pencahayaan tak kondusif… Masjid kalu suasana tak best mesti orang mengantuk dan tidor masa khutbah jumaat…. hahaha

7. TGHH memberikan Khutbah Jumaat … tapi nampak macam tak bertenaga… tambah pulak suasana hujan antara renyai dan lebat diluar … ramai jemaah terlelap disudut Masjid…

8. Seusai khutbah Jumaat…solat Jumaat pon diadakan… Suara TGHH membaca surah tak berapa kelihatan… Maybe sistem siaraya Masjid Rusila tak bagus.. atau Unit Siaraya PAS Rusila tak buat kerja… Suara TGHH langsung tak kedengaran time baca doa lepas solat… tau-tau abis jer doa tue…

9. TGHH dan ramai lagi buat solat sunat lepas Jumaat .. Aduka Taruna bergerak ke saf 5 untuk menunaikan solat sunat.

10. Setelah selesai solat sunat.. TGHH terus beredar di satu lorong hadapan mimbar untuk terus kerumah beliau. Dikala ini Aduka Taruna telah sempat menahan TGHH untuk meminta memberikan ruang masa 5 minit untuk Aduka Taruna menanyakan beberapa persoalan. Rakaman video ada dilakukan kala ini. TGHH mengatakan bahawa beliau tiada masa dan ada urusan lain yang lebih penting. Dengan lajunya TGHH bertindak mencapai payung dan terus keluar dari kawasan bangunan Masjid.

11. Aduka Taruna dan rakannya berkaki ayam telah mengejar TGHH sambil meminta diberikan sedikit ruang masa untuk bertanyakan beberapa soalan. TGHH dengan suara yang agak tinggi menolak permohonan tersebut atas alasan sibuk. Walaupun begitu sibuk kononnya… sempat pula TGHH bersalaman dengan beberapa jemaah Masjid ketika itu…

12. Ketika Aduka Taruna dan rakannya berada di depan sebuah rumah (disebelahnya ada sebuat kereta SUV), terdapat beberapa orang penyokong PAS disitu yang nampak macam tercengang-cengang dengan kehadiran pemuda (Aduka Taruna) yang dengan sopannya beberapa kali meminta peluang untuk bertanyakan soalan kepada TGHH. Namun selepas mereka melihat TGHH dengan suara yang tinggi berkata “tak boleh.. tak bolehlah” tak semene-mene penyokong PAS tersebut menahan Aduka Taruna.

13. “Mu lah cakap banyak dalam blog.. Mu lah buat fitnah banyak” kata seorang penyokong PAS disitu sambil tangannya dengan kat memegang tangan Aduka Taruna. Dalam pada masa yang sama seorang lagi penyokong PAS telah mengarahkan supaya rakaman video tidak dilakukan… malah dengan kasarnya mengugut untuk merampas kamera video. Pada masa tersebut pemuda yang telah memegang Aduka Taruna telah berjaya merampas telefon bimbit Aduka Taruna dengan tujuan supaya rakaman audio yang dibuat oleh Aduka Taruna dapat dipadamkan.

14. Aduka Taruna kemudian diarakkan kembali (ditarik jaketnya) oleh beberapa penyokong PAS kembali kearah perkarangan bangunan Masjid. Kedengaran suara suara jahat yang menyuruh dibelasah sahaja Aduka Taruna. Upacara tarik baju dan pegang sana sini Aduka Taruna lu orang jangan kira la…. nasib tak koyak baju tue… Malah ramai yang menuturkan kata-kata “PAS tak perlukan bloggers la”, “Bloggers Tak Penting”, “Pergi mampus sama bloggers”, “Takder Bloggers pon PAS boleh menang” .. Yang paling lawak tue rupa-rupanya ramai yang tak tau blogger itu apa dan siapa Aduka Taruna…. memang kayu la penyokong PAS nih… buta IT… hahaha

15. Rakan Aduka Taruna yang mengambil rakaman video juga dikepung dan ditarik bajunya oleh beberapa penyokong PAS… Nasib baik kamera video tidak jatuh atau rosak…

16. Aduka Taruna dikepung lebih dari 100 orang penyokong PAS didepan pintu masuk Masjid .. dikala ini Aduka Taruna dihamburkan dengan kata-kata kesat malah ada yang mengambil peluang menerajangnya dari belakang. Masa ini rakaman video tidak dapat dilakukan kerana jurugambar telah diasak dan dipegang kamera video… Walaupun begitu .. ramai jugak penyokong PAS yang mengambil video sama ada dengan telefon berkamera mahupun dengan camcoder…

17. Seorang jurugambar (kemungkinan Unit IT PAS Rusila) telah berada didepan sekali dan membuat rakaman. Permintaan masa 5 minit oleh Aduka Taruna untuk bertanyakan soalan kepada TGHH masih lagi disuarakan oleh Aduka Taruna.. namun semua pihak dengan kasarnya tidak memberikan kerjasama dan layanan.. TGHH ntah pi mana… makan tengahari kot… BatuApi langsung tidak kelihatan.. malah tidak ada seorang pon bloogers lain selain Aduka Taruna dan C++ (gua la tue) yang berada disana… Wei BatuApi…. takdak telur ka? Hahaha…

18. Dalam keadaan kelam kabut itu ada seseorang memberikan telefon bimbit Aduka Taruna kepada gua untuk dipadamkan rakaman didalamnya. Gua beri alasan tak pandai nak padamkan. Masa ini gua cuba buat rakaman video sekali lagi namun dihalang sambil ditarik baju. Gua dengan pantas mengeluarkan kad memori dari dalam camcoder dan disimpankan ditempat lain. Gua masukkan kad video kosong kedalamnya sebagai ganti sebab gua saspek yang mesti ada pihak akan rampas kad memori camcoder gua nih.

19. Tetiba ada seorang datang rampas kad memori camcoder gua… gua bagi jer dier amik sendirik… tapi yang kad memori kosong la… hahaha… dier mintak gua kasi telefon Aduka Taruna tue… gua kasi la.. tapi bukan telefon Aduka Taruna…. hahaha…. gua kasi telefon spare yang gua ader… jenama cap ayam yang takder simcard langsung tue…. hahaha… dier ambik tanpa banyak songel … nasib la lu… hahaha .. Siapa yang amik tue gua langsung tak kenal… tapi dier pakai vest warna hitam (maybe biru gelap)….

20. Masa nih Aduka Taruna dibawak ketingkat atas bangunan Masjid Rusila… dan disini juga Aduka Taruna dibelasah secara curi oleh penyokong PAS… er…. time beramai berani la diorang nih… kalu sorang-sorang sure takder telor kot… Kalu BatuApi kata dier ader di Tingkat 1 selepas solat Jumaat tue… memang la dier nih munafiq… sebab takkan dier tak tau Aduka Taruna ader kat Tingkat 1 masa tue… kecoh bhai masa tue…

21. Dalam kelam kelibut tue… gua menyelinap blah dari kawasan masjid… camana gua chow… jangan tanya… dan gua selamatkan kad memori video (tak banyak video dapat amik sebab banyak kali kamera ader kat tangan penyokong PAS) dan jugak telefon original Aduka Taruna… gua pas kat member sorang lagi pada mulanya… tapi kemudian amik keputusan untuk letakkan kat satu tempat yang selamat… hehehe

22. Gua dapat dikesan oleh penyokong PAS dan diarahkan masuk balik kedalam kawasan Masjid… tapi masa ini semua rakaman dan telefon Aduka Taruna dah takder kat tangan gua… letak kat tempat yang selamat… Dekat pukul 3 Aduka Taruna diarahkan keluar dari Masjid dan Aduka Taruna mengambil keputusan chelah pi balai polis buat laporan…

23. Dekat pukul 3.30 baru gua dapat chow dari kawasan Masjid biler mana penyokong PAS nih tak dapat cari apa yang diorang nak cari dari gua… Gua drive arah ke Kuala Terengganu… ader kereta dan motorsikal mengekori.. cadang asal nak pi Maidin… tapi adjust pusing masuk kat Pantai Batu Buruk… masih ada yang mengekori… gua chelah pi pusing kawasan bandar.. dan rempit kat area bandar kawasan traffik light… dapat lepas dari diekori… pas tue ikut jalan lain pusing dalam bandar… ubah ikut laluan kawasan rumah orang kaya-kaya kat Batu Buruk dan akhirnya chelah pecut balik kawasan gua…

24. Aduka Taruna call ke henfon dier… Gua angkat.. dier kata dier ader kat balai polis Marang,… buat report… pastue akan pi HKT untuk medical checkup… dier mintak gua antar barang dier ke balai.. tapi gua saspek mesti ader yang akan cuba tahan gua serahkan barang tue … jadi gua terus chelah… dan selamatkan mana yang ader…

25. Video rakaman yang tak banyak tue ader … urusan upload dan sebagainya biarlah Aduka Taruna tentukan sendirik… bukan aper.. gua tak nak memandai mengupload… sebab nanti maybe akan merendahkan kredibiliti TGHH dan PAS… hahaha… sebab perangai budus penyokong fanatok nih…. Pasai tue la PAS kalah di Terengganu dalam keadaan ditempat lain PAS menang…. hahaha

Aper-aper pon … pandangan peribadi gua…. “mengata dulang paku serpih”…. “mengata orang kita jugak lebih”…. gua tujukan kepada para penyokong fanatik PAS yang keterlaluan tiada adab sopan di kawasan masjid …. selama nih kita kutuk penyokong UMNO fanatik melampau… tapi tak sangka… penyokong PAS pun 2 kali 5..

Kalu belum menang pon dah susah nak bertanyakan soalan … dan banyak helah… tentulah akan jadi “kaduk naik junjung” biler dapat jadi Menteri Kabinet kalu Pakatan Rakyat menang besar dalam PRU13… mmm… ini macam kalu.. jangan mimpilah nak humban BN dari Putrajaya…. Lupakan sajer….

Lagi satu…. ramai-ramai beranilah diorang nih belasah Aduka Taruna secara sembunyi… tapi kalu one to one… for sure takder telor punya… macam BatuApi yang langsung takder telor nak jumpa Aduka… Alasan ada di tingkat 1 dan perjumpaan pukul 3 sure tak valid… sebab Aduka Taruna ader pi Tingkat 1 dan berada di perkarangan Masjid sampai pukul 3 lebih.. Gua pulak ader sampai pukul 3.30…… poodah la BatuApi… tulur yillekk…. hahaha

Akhir kalam… tak professional langsung Presiden PAS nak handle siri terjah… itu baru Aduka Taruna dan kengkawan dier….. kalu CNN dan sebagainya buat siri terjah macam mana lah pulak… hahaha… CNN, Al Jazeera dan lain-lain cukup suka buat siri terjah nih… hahaha..

Gua rasa aaa…. patut lepas nih Aduka Taruna dan kengkawan gunakan khidmat Nas Ahmad (Melodi) atau Karam Singh Walia (Aduan Rakyat) biler time buat siri terjah akan datang…

Oh yer… Program Langgar Hadi tue adalah program “TERJAH”… ini gua nak kasi penyokong PAS yang tak pass SPM tahu la… sebab pada diorang Program Langgar Hadi nih adalah program bawak kereta untuk langgar Hadi…. hahahaha… budus…

Sekian terima kasih… hehehe

Wei… gua pon ahli PAS gak… seumur hidup.. tapi takder la berperangai budus dan tak bertamadun macam nih… buat malu ahli PAS yang lain nih… hehehe .. PAS perlu di reformkan… PAS Reform adalah perlu….. untuk terus relevan… atau tenggelam terus tak relevan… sekarang nih takder nampak macam nak lead… Buat malu Ustaz Fadhil Noor jer… Arwah dulu selalu singgah cybercafe gua tiap kali lalu area gua punya cybercafe…

Read more: http://cipantapirtenuk.blogspot.com

………………………………………………………………………..

Patut la tak boleh nak tawan Teganu, nak lawan BN macam mana ?? nak berdepan dg Aduka sorang pun pakai dekat 100 orang mujahidin… lain kali pakai otak di atas bukannya kepala lutut di bawah.

Aku bukannya nak bela Aduka, tapi cara kamu buat pada seseorang yg berbeza pendapat dg kamu dlm masalah siasah amat-amat bodoh… kamu semua pakai kepala lutut..tak pakai otak..tengok skrg apa jadi ?? Kredibiliti Presiden PAS juga Tercalar..

Aku kenal aduka mcm aku kenal TGNA jg.. kamu yg tak kenal boleh ckp mcm2


Responses

  1. Mengim,bas kembali kepimpinan TG Dato’ Hj. Fadzil Mohd Noor, semua masalah dalaman dibereskan dan masalah nasional diolah sebaiknya utk memenangkan gerakan rakyat berlandawskan Islam. Itulah sebabnya wujud APU dan beberapa tindakan lainnya. Anda sendiri lebih tahu. namun malangnya sejak kepimpinan TGHH ni masalah dalaman makin membarah, timbbul budaya Erdogan dsb.

    Sebagai pendokong perjuang Islam yang telah terkenapun pelbagai tindakan keji umnoapco, saya merasa amat kecewa dan terkilan dgn silap urus jamaah ekoran mainan keji sang Mustafa Ali and the geng/geng ganu. Wahai ahli dan kepimpinan PAS di semua peringkat, bantulah TGHH pulihkan jkembali imej dan wibawa PAS dengan mengenepikan geng ganu dari semua peringkat kepimpinan PAS. Anda telah berkorban dan mengikhlaskannya, namun semuanya itu sdg dikhianati oleh geng Mustafa Ali dgn agenda UGnya. Bangunlah selamatkanlah jamaah sebelum anda mampu berdiri menyelamatkan negeri dan negara.

  2. Kenapa kita suka memperkatakan pekara yang masih samar-samar dalam pengtahuan kita……Bukan kah itu juga merupakan satu kesalahan.

    Saya berada diRusila mendengar kuliah diRusila dan tahu pekara yang benar?
    usahlah kita perbesarkan pekara yang kecil ini?

    Sipa Aduka dan siapa Peresidin PAS? kita kena lihat dari aspek yang jujur baru boleh kita menghukum…

    Menghukum Seorang apatah lagi Ulamak….amat besar kesalahan.
    Kenapa tidak cukupkah lagi Jawapan TGNA nyatakan?
    Kenapa dan apa hak Aduka nak buat projek LANGAR HJI HADI?

    Perkatan langar mungkin disalah tafsir oleh anak-anak murid yang amat menyayangi tuan gurunya.

    Andainya Aduka tidak mengekori TGHH dan mendengar larangan pengawal supaya cukup jangan mengikori TGHH tidak akan berlaku pekara sebagitu..

    Saya amat berharap cukuplah dibesarkan Isu ini biarlah polis menyiasat duduk pekara yg sebenar.

    Cukuplah menghina TGHH. dia adalah pimpinan tertingi PAS.

    Buka diblog untuk kita menyelesaikan masalah ini?

    maaf.

    And

    • Syeikh dupahang,

      “anta” kena ingat,
      Presiden PAS bukan maksum.

      Dia pun manusia biasa macam kita.

  3. Apa yang samar-samar?

    Apakah Presiden PAS tidak layak ditegur? Ditanya hal UG yang dia sendiri bangkitkan.

    Sedekad yang lalu Dr M dipertikai kerana orang bawahannya melebamkan mata Anwar. Samar-samar atau sebaliknya?

    Hari ini ketika Aduka dilayan demikian, kenapa diam? Adakah makam Hadi lebih mulia dari Dr M pada hari ini.

    Oleh kerana Hadi Presiden, maka apa yang dia buat betul belaka atas nama dia Ulama’. Jangan taksub lah sebab Allah dah tegur ruhba zaman Nabi dulu…

    Sesiapa pun wajar dipersoal, tetapi tidak wajar dipukul macam anjing seperti di Rusila.

    Zainulfaqar Yaacob
    (Anti UG dan usaha membawa PAS “beromen” dengan Umno)

    • 200 peratus tepat…

      • Geng-geng “Kerajaang Perpaduang”
        memang kurang ajaq..

        Mengaku dan berlagak alim,
        tapi HAMPEH…!!!

        Si Hadi Awang pun satu,
        “mung” takdak teloq ka
        sekadaq nak berdepan dengan
        “budak hingusan” Aduka Taruna…???

        Bila TGNA cadangkan
        muktanar khas,
        puak-puak ni melenting dan menyalak
        dengan macam-macam alasan basi.
        Paling mengarut “sabda” puak-puak ni,
        “bukan semua ahli nakkan Muktamar Khas…”

        Mana hang tau…???

        Memang hangpa ni dah
        TERLEBIH DOS PIL WALA’….!!!

        KAH…!!! KAH…!!! KAH…!!! KAH…!!!

    • Alaaa benda yg kecik mcm ni nak di persoalkan. Celaka.

      Althantuya kenapa senyap?.

      Ni tak payah la nak ajak pengkianat islam nak buat baik dgn PAS.

      Betulkan dulu UMNO

      • maka teNgangalah hang.

  4. mulia sgt ka hadi? kalau mulia…wahai keldai2 nk mampus pi la minum ayaq tapak kaki hadi. geng2 samseng rusila perangai hudoh mcm dejey.

    • Takdak bezanya
      perangai jemaah Rusila
      @ geng “perpaduang”
      dengan samseng-samseng UMNO…!!!

      Patutlah depa nak bersatu…!!!

  5. Jangan jadi barua, patuhlah dengan cara yang betul mengikut kehendak organisasi bukan macam artis atau TV3 suku, pakai terjah je jika ada isu tertentu.

    PAS sebuah Parti berdaftar yang diterima di Malaysia dalm pilihanraya umum.Tentulah ada etika untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya waima dalaman atau luaran.

    Siapakah blogger AT,edyes ke,pinkturtle ke,nota merah ke,c++ ke, ini semua?Adakah mereka telah menjadi ahli PAS dan menjadi Jawatankuasa cawangan atau petugas di cawangan tempat tinggal mereka???

    Jika bukan jangan duk menyibuk tentang isu UG kerana Tok Guru telah nyatakan tiada kerjasama dengan UMNO-BN dan tidak sama sekali.Jika mereka PRO REFORM rasa mereka ada hak untuk isu ini cuba cari penyelesain dan cadangkan kepada PAS bagaiman hendak menawan Malaysia.

    Jangan jadio penonton yang banyak komen tapi untuk membantu gerakan Islam kosong hanya pandai cakap saje.

    Jangan pandang rendah kepada ahli PAS dengan sumpah seranah yang telah berlaku sebelum ini.Jangan jadi barua Umno sekali lagi saya tegaskan.

  6. salam adik bradik….

    aku ada dua tiga andaian dlm suasana politik melayu malaysia sekarang ini berkaitan si aduka kononnya kena sekeh ngan budak-budak hadi nie…..

    – seratuih orang yg latu aduka tu….boleh jadi mat rempit yg di
    upah oleh puak sarkis………
    – pun boleh jadi mainan dari penyamaran sarkis sendiri…..
    ini andaian saja….
    bukan tak besa depa buat kheroja nie….
    teman bukan apa….deme-deme tu makan upah maa……yg nie
    pun andaian jugak……..

    aku bukan nak petahan hadi…..
    kalu dia tak mampu tahan orang dia…memang yg tu salah sangat laa….pasai hadi tu khalifah Pas……..
    memang aku sendiri pun meluat habih pasai UG nie….
    kita tau laa sapa yg dok main aci lon ngan grombolan…..mostly geng ganu laa…….semua orang dah tau….tak payah sebut nama…..

    betoi kata GC……boleh jadi depa dok taram lama sangat pasai aduka…yg memang pun selalu berduka………..dok keletek kuat sangat pasai ganu tu…..sekali tak sekali depa plangkong laa…..
    tu baru kena sikit saja toh….reyuh 1M……..
    awat tara mana sangat aduka lara tu???…….
    nak bela apa sangat???……
    dah gatai tulih bukan-bukan…..depa ajaq laa sikit…..

    puak songkok tinggi tak mau kata apa ka???

    kah kah kah………….

    • Salam NK,

      AT tu tak cedera teruk mana pon.
      Dok buat macam filem nahi nahi
      Takat kena luku pala saja kot.
      AT kena gengam penumbok
      sebelah kanan hentak kat dagu sindiri.
      Baghu tak bodo….

      BT kena buat laghu ni la
      kalau org. sekeh pala
      Baghu tak bodo sampai ke tua…
      ushar org. kiri kanan ataih bawah
      baghu plan2 buat….

  7. Aku pernah tengok Ghazali si penarik beca, Amitha Bachan, Ani Kapoor, Amir Khan, Salman Khan dan Shahrukh Khan yang teruk kena belasah tapi tak ada apa-apa pong! Nak jadi hero biasalah dik kena belasah kan?. Motidak kalu tak usah nak jadi hero.

  8. Padan lah datang tak di undang,datang tak di beri tahu,datang tanpa salam (Beradat)
    Jangankan datang jumpa TGHH,datang rumah gua yg.biasa biasa nie pon belum tentu gua layan,.

    Jgn salahkan org.lain,salahkan diri sendiri,kerana tidak pandai utk berurusan dgn org.

    klu tak caya cuba berurusan dgn Najib atau dgn mana mana Menteri UMNO(BN) klu begitu cara nya , dgn ketua bahagian pon atau JKK pon belum tentu Aduka Truna nie di terima baik.

    Gua sdy melihat/mendengar telatah hamba Allah bernama AT , sudah tua pon masih belum tahu adat tatasusila berkunjung ke rumah/tempat/kawasan orang.,agak Mak Bapak dia dulu melahirkan nya dalam hutan kut.

    Jgn Maree!!!

  9. Minta Maaf mencelah, aku dari dulu tak berapa suka dengan artikal kat blog AT, bahasa dia lansung tak guna, jangan terlalu terikut bahasa blog proumco, Anda hormat orang, orang akan hormat anda, jangan bandingkan nabi dengan TGHH, jauh bezanya…..kita semua manusia biasa tak boleh sampai tahap nabi, tahap sahabat pun jauh lagi….

    • salam mankama…………

      memang blog AT blog budak-budak………
      maki n seranah orang ikut suka dia….
      adab tak dak langsung………
      padan dah depa sekeh tuu………

      kah kah kah…………..

  10. bgus kena pukul sahaja. kalau kena bunuh?.
    selayaknya memang patut di tembak sahaja kepada penyokong Harga barang Naik ni.

  11. geng2 rusila samseng taik kucing…. patutla hangpa takk bley nk rampas tengganu dr UMNO sbb hangpa wala’ pd ulamak nasilemak…sbb hangpa bodo tahap cipan, sbb hangpa suka beromen dgn UMNO. puak2 RUSILA nie BODO sampai ke tua.

  12. Salam 1Malaysia.

    Hebat betoi.
    Gelombang bukang sebarang.
    Gelombang ini.
    Gelombang pepaduan.

    Hebat sungguh.
    Gelombang pepaduan, bukang sebarang.
    Gelombang pepaduan.
    Tetapi, gelombang kerajaan pepaduan.

    Gelombang ini telah melanda.
    Pantai Ru sila.
    MendeRu, deRu.
    Sampai.
    Presiden teseRu.
    Pengikut pon bedeRu.

    Sapai pulak kat Kota BahRu.
    Tok Nik rasa KeLiRu.
    Puaknya pulak haRu BiRu.

    Sekadaq semua dah KeLiRu.

    • pembetulan sikit.

      Tok Nik rasa terhaRu.

      Tok Nik tak KeLiRu.

      • Salam BT,

        Keliru tak pa lagi
        Songkok laboh pon letak tepi
        Pasai dok angau ….jenoh la
        payah lah jadi laghu tu
        plan2 pi berubat….

  13. anda lah jenis manusia yang tidak tahu menghormati orang. aduka taruna ke atau sesiapapun, TGHH bukan orang kecil seumpama JKKK. beliau adalah ketua bagi sebuah pertubuhan siasah. berhak anda dihalang. bukan caranya menerjah orang sebegitu. kalau betul2 berani, buat kat najib………. pasti anda akan dilipat tengkuk oleh pengawal2 nya. cubalah

    • Hadi Awang
      kena tunjukkan
      yang dia bukan Najib.

      Tapi apa yang berlaku
      pada Aduka Taruna
      menunjukkan dia
      2 kali 5 dengan Najib…!!!!

  14. Salam 1Malaysia aka
    Salam TGNA suka.

    Rasanya, rasanya lah.
    TGHA kurang tengok TV.
    Kalau kurang kerana sibuk, tak apa.
    Kalau kurang kerana boikot, tak bagus.

    TGHA kena tengok CNN, BBC, Aljazeera.
    Tengok peristiwa.
    Wartawan Irag baling kasut kat Bush.
    Tengok Bush steady aje.
    Dia elak, selamba aje.
    Tu baru Presiden.

    Sekadaq nak jadi Presiden PAS pon kena kursus.
    Kot, koot lah.

  15. Nak kasi tau sikit la…

    Gua dulu adalah Ketua Pemuda Kawasan XX XXXXX … jadi gua cukup tau hirarki dan proses… apa yang kitorang buat takder menyalahi mana-mana undang-undang… sekadar bertanyakan soalan… Kenapa TGHH kecut dan taknak jawab…

    Lepas nih orang PAS tabley la kata UMNO jer samseng… sebab PAS pon dua kali lima jer ngan UMNO…. hahahaha

  16. blogger aduka taruna macam sial….behenti je jd blogger…dok sebar fitnah ja….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: