Posted by: pinkturtle2 | Januari 12, 2011

Debat dengan saya dulu pasal Apco,sebelum cabar PM – Nazri

Jangan jadi pengecut. Suruh dia jawab isu Apco dulu dan debat dengan saya dulu – Nazri

Nazri Cabar Anwar Debat Isu Apco

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz mencabar ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berdebat dengannya mengenai Apco Worldwide sebelum membuat cabaran berdebat dengan Perdana Menteri.

Nazri berkata demikian bagi mengulas kenyataan Anwar, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang mencabar Datuk Seri Najib Tun Razak berdebat mengenai “Pelan 100 Hari” pakatan pembangkang berikutan kenyataan Najib yang membidas pelan itu sebagai bersifat populis dan tidak bertanggungjawab kerana tidak disertakan dengan punca kewangan bagi melaksanakannya.

“Jangan jadi pengecut. Suruh dia jawab isu Apco dulu dan debat dengan saya dulu,” kata Nazri dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama.

Anwar sebelum ini mendakwa mempunyai dokumen bahawa Apco Worldwide (APCO), sebuah syarikat perhubungan awam antarabangsa mempunyai kaitan dengan penubuhan gagasan 1Malaysia dan kempen ‘One Israel’, walaupun kerajaan mendedahkan dokumen yang menafikan dakwaannya tersebut.

Berikutan kegagalan Anwar untuk mengemukakan bukti mengenai dakwaannya di persidangan Dewan Rakyat pada penggal yang lepas, beliau telah digantung daripada menghadiri persidangan itu untuk enam bulan selepas Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen mendapati beliau berbohong. Sementara itu, Menteri Penerangan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata tindakan Anwar mencabar PM hanyalah gimik lama dan hanya mahukan publisiti.

“Saya tidak fikir PM akan jatuh dalam perangkap ini. Anwar dalam keadaan tersepit akan mengambil apa sahaja peluang untuk menyanggah data dan informasi ataupun usaha Perdana Menteri dalam apa-apa hal.

“PM melahirkan hujah yang menyakinkan dalam apa yang dilaksanakannya dalam tempoh setahun lebih. Kita sudah yakin bahawa informasi itu boleh dipertahankan,” katanya kepada pemberita selepas bertemu petugas Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di sini, Selasa.

Rais berkata semasa Anwar memegang jawatan Menteri Kewangan, lonjakan saham tidak pernah mencapai 1,500 mata, dan kini pendapatan orang kampung pun semakin meningkat dengan kenaikan harga getah sehingga RM12 sekilogram baru-baru ini.

Anggota Parlimen Bebas Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali pula berkata Najib tidak perlu melayan kehendak Anwar kerana Anwar bukan seorang pakar ekonomi atau pakar kewangan, malah tidak ada pengalaman dan juga kelulusan.

“Tak perlu PM masuk perangkap politik Anwar. Anwar hanya berlagak pandai dan dia adalah pakar putar alam,” dakwanya.

Apa yang penting ialah Perdana Menteri dan kerajaan memberikan penerangan kepada rakyat mengenai apa jua rasa tidak puas hati yang tercetus, terutama kos sara hidup yang semakin meningkat, kata presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu.

Sementara itu Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharudin berkata cabaran Anwar untuk berdebat dengan Najib mengenai polisi ekonomi, dilihat sebagai satu usaha terdesak.

Katanya, Anwar tidak perlu untuk berdebat memandangkan rakyat kini lebih cenderung menonton majlis yang berbentuk forum perdana.

Di IPOH, Pergerakan Pemuda Umno Perak menyifatkan cabaran Anwar itu merupakan taktik murahannya untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap krisis peribadinya sendiri.

Ketuanya Khairul Azwan Harun berkata sekiranya Anwar benar-benar mahu berdebat, beliau sewajarnya menerima pelawaan Ketua Pergerakan Umno Khairy Jamaluddin.

Pergerakan Pemuda Umno Perak menyokong penuh cabaran Khairy untuk berdebat mengenai isu pelaksanaan pendekatan ekonomi yang termaktub dalam Pelan 100 Hari pakatan pembangkang, katanya dalam satu kenyataan.

Pengerusi Biro Daftar Pemilih dan Keahlian Pemuda Umno Hishamudin Yahya pula berkata pelawaan Anwar itu tidak perlu dilayan sebaliknya Najib perlu terus memastikan semua program yang dirancang kerajaan dapat dilaksanakan secara berkesan.

Daripada segi pendekatan ekonomi, beliau berkata walaupun Anwar telah dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Selangor, namun beliau masih gagal mempamerkan ‘kehebatan’ menarik pelabur luar negara ke negeri itu.-BERNAMA

Advertisements

Responses

  1. Pulak dah!!!! Sipemutar belit dan katak terbesar dalam dunia ini dah mainkan cerita Anwar tidak mengemukakan bukti mengenai dakwaannya di persidangan Dewan Rakyat pada penggal yang lepas, beliau telah digantung daripada menghadiri persidangan itu untuk enam bulan selepas Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen mendapati beliau berbohong.

    Hoii!!! Mangkuk!! mentang2lah rakyat tidak dapat melihat apa yang berlaku dalam parlimen secara keseluruhannya. Janganlah pulak nak menganggap rakyat bodoh, sampai takdak maklumat apa yang Pandikar amin Mulia sudah buat pada Anwar.

    Kalau Anwar dihadapkan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, sudah tentu dia akan membuktikan dengan segala dokumen bukti yang jelas UBN ada perjanjian dengan APCO.
    Masalahnya Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang dipengerusikan Pandikar Amin Mulia tidakpun berbuat begitu. Yang terjadi adalah sebaliknya, Pandikar Amin telah terus menjatuhkan hukuman gantung 6 bulan tanpa dibawa ke penghadapan jawatankuasa hak dan kebebasan…

    Mangkuk ini cuba mengambil kesempatan mencipta berita untuk disiarkan didalam akhbar, Anwar telah digantung selama 6 bulan oleh jawatankuasa hak dan kebebasan. Tujuan berita ini untuk memberi gambaran kepada rakyat dikampung2 dipendalaman dan peneroka Felda yang bersumberkan TV3 suku dan akhbar utusan meloya. Anwar seorang pemfitnah yang bertujuan untuk menghina UMNO bersekongkol dengan yahudi Apco…

    Dengan dakwaan itu Anwar akan dilihat oleh ahli2 UMNO, rakyat dikampung2, makcik dan pakcik Felada sebagai melayu yang jahat tidak bermoral dengan isu lliwat yang sedia ada untuk menanam kebencian bagi menghadapi PRU 13 ini..

    Agenda pembodohan orang2 melayu akan diteruskan selagi hayat nyawa2 ikan UMNO masih ada.

    • hang dok marah apa.
      ini, permainan politik.
      hang dok main.
      lompat dari tandas ke jamban.
      pon, orang tak marah.

      • Pasai komen hang dari dulu sampai laa…setakat jamban……

      • Jamban sekolah tadika…!!!

        KAH…!!! KAH…!!! KAH…!!! KAH…!!!

      • KAH KAH KAH.. HAHAHAHAAAA
        KETAWA BESAR

      • KAH,,KAH,,KAH,,KAH,,KAH,,KAH,,KAH,,KAH,,KAH,,KAH,,KAH,,KAH,,KAH,,KAH,,KAH,,KAH,,KAH,,KAH,,KAH,,KAH,,KAH,,KAH,,KAH,,KAH,,KAH,,
        BODOH punya olang. trak akal.

  2. dejey betoi botak nie

  3. Hamba mohon DSAI sambut cabaran tersebut dengan sepenuh hati!!!!! syabas dan cepat tetapkan haribulan dimana dan pukul berapa! Siarkan secara langsung di semua channel radio dan tv kerajaan melayu.

    • ini satu komen yang bagus.
      buat seruan.
      tahniah mr. esdi.

      tak marah.
      tak kutuk.
      tak cela.

      sekadaq, kalau nak sindiq2.
      boleh koot.

      • wa potong sekali lagi kalu puak2 tu ada bran buat live kat tv,

  4. Ini lah salah sekor muka “pengampu dan pencacai terlampau” yang dikatakan oleh Dr Asri, takpayah nak cabar DSAI, gua rasa dengan DS Nizar pun belum boleh mangkuk ayun sekor ni pulun, gua takut bukan saja mulutnya berbuih, tapi takut terkencing dalam seluar pulak, kah, kah, kah…, kalau pencacai2 umno bekokok ini membuktikan yang mereka tahu bos mereka (najib) tak da telur, mampuih hidup balik gua jamin najib tak berani sahut cabaran DSAI. Jenis puak dan makhluk macam ni hanya pandai cakap depan kamera sahaja. Sekarang ni rakyat nak cabar najib berdebat dengan anwar demi dan untuk rakyat, dan buktikan yang anwar tu salah dan pandai becakap je, masa ini lah najib kena buktikan yang dia masih mempunyai telur ke tidak. Buktikan najib, hanya 1najib, 1rosmah sahaja yang boleh pulun anwar. Come on najib, najib, najib….

    • hello bro nazri,tak payahlah nak tunjuk lagak. rakyat dah tahu tembelang kau. daripada menyibuk diri untuk berdebat dengan anwar, lebih baik kau berdebat dengan lembu. di depan khalayak kau tunjuk hero…hakikatnya kau hero kampung cakap tak serupa bikin.

  5. Salam,

    Debat berkenaan APCO, DSAI for sure
    no problem asalkan jgn. debat pasai
    permit teksi & robengah..ini DSAI surrender.

    • salam chief.

      hang dok kata, no problem.
      betoi, kah.

      sekadaq macam ada problem, aje.

  6. Hei rais amah apa cerita……..

    • Pelik betui aku
      dengan selera si Rais ni.

      Tengok amah yang dah tua
      pun bernafsu jugak…!!!

      • oRANG umno….

        semu selera

  7. salam semua………

    hangpa ingat tak cerita Hang Tuah terejun telaga taik???………
    aku ingat dah habih dah cerita masa melaka purba dulu tu…..
    zaman la nie pun ada lagi yg dok ikut prangai hang tuah tu…………hang tuah dah jadi ‘ikon’ depa….kah kah kah…
    padan laa nie melaka dok himpun barang ‘antik’ saja…..yg tu laa harap sumber dia pun….yg lain dah tak tau nak cari duit dah….depa tambak “reclaim” pantai klebang pun….nak bagi kat tok arab…..

    dlm sarkis nie………mcm-mcm ‘pengampu’ dok ada……konon nak bela sangat laa ‘bos’ depa tu….

    bro anwar!!!!…..
    teruskan….sambut cabaran padang regas tu…depa tak tau depa nak belengaih……..
    ‘dia’ tu acah saja lebih……
    masa dlm dewan dulu tu….tak bagi pulak…….takut kantoi…….
    bila kat luaq……..nak tunjuk jadi ‘Big John”……….
    nie bukan apa apa an………..nak tunjuk kat bos…….dia laa paling ‘hero’ dlm dapoq cabinet depa…….

    kalau tak cukup makan…….
    bawa budak yg dok di perak tu sekali………….
    dia nie boleh laa tolong angkat beg kawan tu….

    kalau dah tahap balaci….
    sampai bila pun dok tahap tu laa…..
    kalu tidak….
    susah cari makan maaa……………

    kah kah kah………..

    • salam nasik kanadaq.

      ni debat.
      orang padang dengan orang cerok.

      orang yang dok kat padang.
      macam hang dok kat padang kota, lah.
      hang rasa seronok.
      lapang dada hang.
      depa yang makang nasik hang, pon.
      depa selinap semacam.

      yang susah sikit, yang duduk kat cerok.
      cerok2 tandas, cerok2 jamban, cerok2 gerai.
      Kucing dan KeLi taulah.
      yang tak berapa berani.
      bila orang tak dak, dia keluaq.
      orang mai, dia lari ke cerok.
      tulah ni susah sikit.

      sekadaq hang boleh gelak lah.

      • Salam 1 sapu Malaysia..
        Komen hang sangat bagusss… akan direkod sebagai bahan berdebat untuk KJ.

      • Nasik kanadaq…???

        Kat Canada nun,
        ada nasik spesial ka…???

      • salam ikutCeramah …….

        sorry laa lambat sikit jawab….
        streamyx line buat hal…lambat mcm keta lembu….
        cukup bulan depa tarah kita……….

        kat canada n entire the world….mcm-mcm nasik dok ada…
        lagi spesial dari nasik tempoyak BT tu……..
        BT atau budak tempoyak….tu pasai malaih baca buku….akai pun akai tempoyak saja…….kah kah kah

        kat sana nasik bukhara atau bukhari yg jadi kegemaran mat salleh….
        nasik morroco….nasik lemuni tak dak kat sana….
        nasik arab banyak laa pekena ngan kurma kambing…..

        apasal tanya nie?…….
        cuba pi kat mc gill state univ…..di montreal….banyak tok arab dok meniaga kat sana……….
        nasik kandaq pun ada….tapi tak boleh lwn penang punya laa……..

        budak tempoyak tak payah pi laa…..
        kat sana orang tak makan tempoyak nie….akai tumpoi….

        kah kah kah……

  8. salam….

    Nazri ngn “budak tadika” tu lebih kurang ja…. leh la depa bedua “berduet” utk berdebat ngn DSAI tu nanti…..

    • Salam Keli.

      Lebih kurang pon, tak apa.
      Asalkan, jangan tong ong.

      Sekadaq susah nak bedebat.

      • salam BT

        “lebih kurang” tu maksudnya lebih kurang bodoh tegar=bangang teruk= baghal tua” dulu kini dan selamanya….. perasaan pandai la tu…..

      • KAH,,KAH,,KAH,,KAH,,KAH,,KAH,,KAH,,KAH,,KAH,,KAH,,KAH,,KAH,,KAH,,KAH,,KAH,,

  9. Nazri ni agaknya lupa satu masa dulu Anuar tu boss dia(Tim.PM).Takkan Anuar nak kotorkan kaki berdebat dengan mangkok hayun Ni.

  10. Salam,

    syioh…syioh…mana mai
    lalat hijau ni ..byk. sangat
    ..amboih eih..dia hurong sakan…
    jenoh pulon….belom
    mai lagi lintah & pacat….
    habih boleh ke depa..

    “””nak buat program 100 hari
    utk. rakyat vs program 53
    tahun utk. rakyat”””

    53 tahun khiga terlebih pakar la..
    tunggu apa lagi …mai raaaaaaaah

    • salam great.

      hang dok, syioh.
      syioh apa.

      member hang punya pasai lah.
      si Kucing Kota.
      dok mai dari mangkuk tandas.
      kan, penginapan dia.

      sekadaq hang tak perasan koot.

  11. Yang aku pasti Najib tak akan sahut cabaran ini. Dia banyak lagi kerja lain. Dia sibuk dulu kini dan selamanya. Akan ada nanti kurap kurap meleleh yang sanggup jadi galang ganti jadi pak sanggup jadi pak tutup. Yang penting bukan DSAI tetapi RAKYAT. DSAI tak penting sebab bukan dia nak undi nak pangkah BN tetapi RAKYAT yang nak PANGKAH BN. Sebab rakyat yang nak beli petrol, bayar tol, minyak masak, beras, bawang, gula dan lain-lain keperluan. DSAI tak boleh bagi mereka hidup atau mapuh. Yang nak tentukan mereka hidup KENYANG BUAH BATU atau mapuh MAPUH BEHE TANAH ialah RAKYAT. Segala-galanya RAKYAT. Rakyat nilah segala-galanya di waktu ini. Cantiknya RAKYAT. Kuasa RAKYAT disanjung macam kuasa MAHARAJA. Ceria aku mendengarnya.

    • apa kelas najib nak sahut cabaran AI…tak sama standard….AI tu rejected ja…tak payah layan…

  12. JADUAL TAFAQQUH FIDDIN BERSAMA SYEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU AL-BANJARI AL-MAKKI حفظه الله – SHAFAR 1432H/JANUARI 2011

    10 SHAFAR/15 JANUARI 2011 (SABTU)

    KULIAH MAGHRIB DI MASJID KOTA DAMANSARA
    11 SHAFAR/16 JANUARI 2011 (AHAD)
    KULIAH SHUBUH DI MASJID KOTA DAMANSARA;
    ZIKIR, MUNAJAT, TAUSIYAH, SOAL-JWB ISU SEMASA DI MASJID NEGERI SHAH ALAM SELANGOR (9.00 – 11.00 PAGI)
    KULIAH MAGHRIB DI MASJID AT-TAQWA, TAMAN TUN DR. ISMAIL
    12 SHAFAR/ 17 JANUARI 2011 (ISNIN)
    KULIAH MAGHRIB DI MASJID AL-GHUFRAN, TAMAN TUN DR. ISMAIL
    13 SHAFAR/ 18 JANUARI 2011 (SELASA)
    WACANA ILMU DI JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH – JAWI, 9.30 PAGI – 11.30 PAGI
    KULIAH MAGHRIB DI SURAU SURADA, BANDAR BARU BANGI
    14 SHAFAR/ 19 JANUARI 2011 (RABU)
    WACANA ILMU DI MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN (9.30 – 11.30 PAGI)
    KULIAH MAGHRIB DI MASJID PANDAN DALAM

    MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

    SEBARANG PERUBAHAN INSYAALLAH AKAN DIMAKLUMKAN. OLEH ITU SILA RUJUK/SEMAK JADUAL PROGRAM

  13. Malangnya, kata Najib ” Kalau nak debat, kita mesti ada sesuatu hasil daripada debat itu. Saya tak nampak ada hasil, yang penting sekali ialah penilaian daripada rakyat,”……belum buat macamana nak tengok hasilnya bang?

    Ya…sebabnya, rakyat cukup mudah diperbodohkan (sejak 53 tahun) tetapi malangnya DSAI tak dapat diperbodohkan. Nasib kita tak baik wujudnya seorang manusia bernama DSAI.

  14. salam………

    standard bro anwar mestilah ngan khalifah besaq grombolan………
    standard pdng rengaih nie ngan budak tadika saja……….
    opppppppppppsssssssss….BT tak buleh le……dia pun grombolan jugak……..
    mai berentap ngan kucing kota laa…tidak pun ngan GC saja…..
    silap tak silap boleh belengaih……….

    jngn marah aaaaaaaaaa……

    • Kucing pernah berdebat dengan sorang ketua Bahagian Umngok.
      Setelah puas Kucing belasah yang dia tak terjawab…

      Bila lepas majlis, datang sorang dari kumpulan Umngok jugak yang menentang ketua Bahagian ini… dia plan2 bisik kat telinga Kucing.
      “Tok sah balun dia sangat.. dia itu tokey ikan kat pasar borong saja.. dia loaded tu pasai dia jadi tukang loby si Nazri dan Raja Nong Chik…

      • salam kucing n gc…….

        padan pun tokey ikan tu….tu pun jadi ketua bahagian sarkis……
        dah sure malaih baca….dok bau hanyaq ikan saja….
        dah elok dah hang bagi sebijik……
        mcm kata gc….puak-puak nie gebang lebih…….

    • Salam NK,

      Kalau tak dak std. ISO
      jangan dok mai memukat dgn. kita.
      Tengok saja khalifah mazhab depa
      boleh dok glamour dlm. tv3 suku.
      Gebang sana sini …ajak debat teruih
      kata org. buat gimik cari populariti.
      Habaq pulak tak dak peedah…
      dok diam la jgn. dok meratuih…

      awat DSAI BARU LA KA ORG. KENAI
      CEK dek pon KATA….DAH LAMA DAH….

      • salam great chief.

        hebat noo.
        zaman khalifah, khalifah.
        dak ada ISO standard.

        ISO tahun berapa tu.
        Sekadaq nak tanya hang lah.

    • salam nasik kandaq.

      amboi, hang no.
      go universiti canada.
      kita setakat.
      dont go universiti.

      tapi, heran nooo.
      hang namakan diri hang, nasik kandaq.
      otak hang, takdak lain.
      dok associate, dengan pengandaq.
      pengandaq tu keras, kayu.
      tak flexible langsong.
      fikiran hang pulak, one-track saja.
      “one track mind”, orang putih kata.
      bukang kita kata.
      adik beradik sondoi.
      mana dia boleh, ke kiri ke kanan.

      Sekadaq jenih hang, tak boleh bedebat.

      • salam budak tempoyak…..

        teman bukan apa….kalu deme nak pi sana kita boleh atoq….
        tapi tak buleh laa bawa tempoyak…..

        masa aku mengaji dulu…..ada sorang budak perak….tetiba saja dia demam………bila tanya…ropanya trempoyak yg mak dia sediakan berbotol-botol tu dah habih stoq……..lambat tunggu supply baru….teruih demam………..

        tempoyak tak dak khasiat langsung…….
        kah kah kah…..

      • salam nasik kandaq.

        orang perak, memang suka tempoyak.
        takdak pon, tempat nama tempoyak.
        setakat makan saja.

        orang pineng.
        ada sikit durian kat.
        balik pulau dan estet tuan brown, sg ara.
        tak cukup, kebuloq, tempoyak.
        sampaikan telok pon.
        nama tempoyak.
        sampai macam tu, deme ye.

        hang p canada.
        belajaq kat universiti ka, atau.
        masuk pintu depan, keluaq pintu belakang.

        hang bukang PAS pon.
        depa bukang paham English hang.
        hang pon bukang paham English depa.
        depa bagi hang.
        PAS diplomasi kerana ekonomi.
        depa nak hang belajaq kat sana, kerana duit.
        depa bagi ijazah, kat hang, depa peduli apa.
        hang paham ka.
        hang tak paham ka.
        tu, yang hang dok.
        kandaq kandaq.
        sampai tua lah hang.

        sekadaq hang tak abis2 perasan.

      • salam budak tempoyak…..

        kalu marah panggei tempoyak…aku panggei tempeyek aje laa ye….
        kalu tidak pun…panggei tempe…macam pak mat tempe dlm bujang lapok tu….

        awat yg hang baran kat aku sangat nie…..
        aku cerita yg sebenaq…..budak perak tu kehabisan stock tempoyak dia….tu yg demam tu…..tak kan yg tu pun hang dah naik sheh kat aku….
        hang tak sporting langsung laa bt…..betoi mcm budak-budak laa hang nie……..

        budak perak yg kehabisan stok tempoyak tu laa nie dah buka firm lawyer dia sendiri…..pasai makan tempoyak laa..cerodek juga makan tempoyak nie…….tak sangaka sampai mcm tu…….

        hang sebenaqnya tak paham kilat dalam senja……
        pasai tu hang seghebu tak tentu pasai…….
        yg perasan tu hang sendiri…..orang lain semua tak kena….
        itu laa ‘the great perasan’ yg ada dlm batang tubuh hang……….

        sekadaq hang kena belajaq ilmu tasaamuh……..

        tempoyak tempe tempeyek…….
        budak tempoyak dah kena lenyek……

        kah kah kah …………

      • saja nak tanya nasi kandaq…

        jangan marah na…dulu masa pi belajaq kat canada ka…kerajaan malaysia sponsor ka…kalau mak bapak..adik manis respect abis…kalau ya kerajaan malaysia…saja nak kata hampeh sungguh hang…cakap tak serupa bikin…

      • salam manis….

        aku pi sana 1981………minta s/ship….bo layan……coz aku dah dpt seat mengaji sana……aku pi jugak…..
        depa bagi gaji ‘in full’………….
        gomen kata ‘no money’….masa tu memang susah dpt schlr/ship…………
        pasainya aku tak dak ‘cable’ sarkis………..pasai aku bukan orang sarkis………….
        aku try ngan ‘somebody’ just 2 sponsor me……
        tak dak banyak masalah…….my ‘family group’….depa la…pak mentua aku………aku bawa ‘betara guru’ aku sekali pi………..

        hang kena ingat kalu gomen bagi pun……..bukan duit mak bapak depa………aku, hang, kucing, budak tempoyak, great chief n semua kita bayaq cukai maa………..
        kerajaan tu bukan sarkis punya………
        kerajaan tu rakyat punya……….
        depa puak sarkis pun kebuloq duit biasiswa lebih dari orang lain….hang jngn buat tak tau pasai nie………
        ur mind set kena bagi betoi sikit…..
        pasai tu sarkis senang-senang dok ‘makan’ hangpa semua……..pasai hangpa pikiaq duit rakyat nie…sarkis punya……..yang depa dok sapu kok ‘ataih angin’ bertimbun-timbun tu hangpa tak mau kira………pasai biasiswa hangpa nak kira sangat……….
        laa nie duit biasiswa, dermasiswa yg dulu tu dah tukaq wajah baru………dah jadi stail along…. adik beradik pak long………..tak bayaq kalu…hang kena pelangkong……

        malaisia nie sepatutnya dgn kekayaan yg melimpahruah tu……dapat bagi ‘pendidikan percuma’ dari tadika sampai ke menara gading……
        tapi pasai ‘haloba’ bidang keilmuan pun depa buat bisnes jugak……….
        bidang pendidikan dah jadi ‘barang dagangan’ daa…..dah jadi ‘market sentul’……..ada duit lu boleh beli barang…tak duit…….sorry aaaaa…..

        jangan marah manis ye……
        aku over sikit………..

      • hahaha…

        NK…aku tak marah sikit pun…selalu aku visit sini…baca komen dengan senyum ja…sesekali aku menyakat…nak tengok consistent ka lalang…

        aku beza sangat ngan mu, 81 aku baru masuk sekolah rendah…aku fly pi UK 90an…dpt s/ship sebab aku dapat banyak A1 masa SPM…tak pakai cable langsung…balik dok bank negara lama…saja nak bagi tau 96, 97, 98 aku masih di bank…lama jugak dah tinggal bank sebab mencari barakah…

        bukan mind set aku ja kena tukar…mu jugak. Politik patut main masa nak pilihanraya, bila kalah…kita rapatkan barisan bekerjasama bekerja untuk kemakmuran negara tercinta…di barat mereka praktikkan ni…mu kan pernah tengok sendiri…

        tp selepas 08, mana ada ini semua….semua yg gomen buat dijadikan isu…perlu ingat kerajaan rakyat dipilih rakyat…08 majoriti rakyat pilih BN lagi…walaupun 4 negeri terlepas…suka atau tidak kena terima la

        check n balance bukan bermakna bangkang semua perkara…renung2kan la

        dah bayar zakat 2010?

  15. kalau zaman kesultanan melayu melaka atau zaman hang tuah, najib ni dah dikira orang bacul, apa kata nazri berdepan dengan saifudin nasition, kalau dia boleh pulun barulah dia boleh berentap dengan anwar, amacam nazri, ada berani ke?

  16. nazri vs saifudin , anwar vs najib , kj vs mahfoz …ada berani?..

  17. La mangkuk hayun ni..

    Mana standard mau debat sama lu.
    Kita mau tgk itu PM la.
    Baru betul.

  18. Nazri kena toleh kebelakang untuk lebih mengenali diri sendiri siapa beliau sebelum ini.Suatu masa dulu beliaulah antara yang paling lantang memagari Anwar dalam isu pemecatan Anwar sebagai orang nombor 2 negara. Harini perjuangan politiknya telah beralih haluan dan Anwar adalah musuh politik yang amat didendaminya. Biasalah kita manusia biasa apa sebenarnya yang dicari dalam karrier politik harini ? Sudah tentu fokusnya adalah kesenangan dan kepuasan, manakala tekad menghayati perjuangan adalah kebanyakkannya dusta belaka!! Kini timbul pula ura-ura untuk debat dan Nazri bagaikan sang juara cuba nak jadi jaguh untuk memagari Najib pula. Apakah ini satu ketulusan beliau atau sekadar test market saja? Tak kita nafi debat kalau secara ilmiah amatlah besar maknanya, tapi kalau sekadar debat untuk sebat-menyebat lantaran untuk aibkan siapa-siapa dah tentu adalah sia-sia lagi amat merugikan! Apalah contoh terbaik yang boleh ditauladani oleh generasi akan datang kalau inilah cara debat yang dimaksudkan?

  19. salam manis…….

    aku response back 2 ur posting dated….on Januari 18, 2011
    at 1:11 am…..

    ur seem like 2 be my small bro…..
    terima kasih laa….
    aku dah retire dah ngan gov……..
    now I’m doing my part time job………

    politik sebenarnya bukan masa pilihanraya saja….
    dia menjurus kpd satu pemahaman yg betul……..
    dan ada jenis pemahaman yg salah……

    politik Islam berteraskan dan bertunjangkan keyakinan atau aqidah………..alignment kita tak boleh lari….

    politik malaisia banyak ragamnya….banyak putarbelit…
    kalau kerja di bank macam sdr manis nie pun tiada yg akan terlepas dari soal aqidah kerana pengurusan kewangan memerlukan komitmen yg jitu….yg betunjangkan kegiatan kewangan Islam………payah jugak nak terlepas dari amalan riba dan sbgnya…………

    Hadis Nabawi telah jelas menyebut bahawa yg halal itu jelas dan yang haram itu pun jelas……tetapi di antara keduanya terdapat perkara-perkara mutasyabihat……..yg bila kita termasuk di dalamnya…pasti kita terjerumus mengerjakan perkara haram………….

    sebab itu konsistensi dlm berpolitik samada sebagai aktivis atau sebagai pengikut……..kita kena konsisten mcm sdr kata tu……
    kalau politik Islam….dia tidak ada titik nokhtah….sepertimana yg diucapkan dlm doa iftitah…….sembahyangku, nusuk aku(segala tindak tanduk kita seharian),hidupku,matiku…semuanya bagi Allah SWT………there’s no bargain n no compromise at all 2 those kamjat in politic……….tak kira laa dari partai mana pun depa………..
    yang terpenting bila mereka sebagai ‘leader’……….mereka kena jadikan diri mereka sebagai ‘uswatun hasanah’….contoh terbaik……….
    Imam Ghazali ada mengungkapkan bahawa agama raja itu….adalah menjadi agama rakyatnya……….

    sekian………..
    see u later……….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: