Posted by: pinkturtle2 | Januari 22, 2011

10:50am Hanya Dua Calon Kemuka Pencalonan Di PRK DUN Tenang

Berpuluh-puluh ribu penyokong Pakatan Rakyat terutama dari PAS membanjiri pekan Labis untuk mengiringi calon mereka, Cikgu Normala Sudirman ke pusat penamaan calon Pilihan raya Kecil Tenang.Gambar oleh Loserkid

https://pinkturtle2.files.wordpress.com/2011/01/phpuipbsu_thumb_g1470.jpg?w=300

CALON PAS, Normala Sudirman diiringi ahli keluarganya berada di pusat penamaan calon di Majlis Daerah Labis, sebentar tadi. – Foto BH Online

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengiringi calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azahar Ibrahim ketika berarak ke pusat penamaan calon di Majlis Daerah Labis pada pilihan raya kecil DUN Tenang, pagi ini. –

Tempoh Penamaan Calon PRK DUN Tenang Ditutup

LABIS: Tempoh penamaan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Pejabat Majlis Daerah Labis di sini ditutup pada pukul 10 pagi.

Hanya dua calon mengemukakan borang pencalonan mereka kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya Md Asri Amir dalam tempoh sejam proses itu berlangsung sejak pukul 9 pagi ini.

Mereka ialah calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azahar Ibrahim, 39, dan Normala Sudirman, 38, daripada PAS.

Sebaik tempoh pencalonan ditutup, Md Asri mempamerkan borang-borang pencalonan di papan kenyataan berhadapan pusat penamaan itu untuk semakan umum.

Tempoh bantahan dibuka selama sejam dan tamat pada pukul 11 pagi. – BERNAMA


Responses

  1. Salam,

    Segak jugak hang nu “””Cikgu Normala”””
    Kalau la hang dok di kandang sebelah sana
    menaeih la hang ..ghamai la dok mengulaq
    sondoi mai…jenoh tepih..abang hang pon tak
    torah dudok….keselamatan buat hang dok
    sebelah PAS.Mudah2an kemenangan di pihak anda.
    Insyaallah………plan2 kempen cek nu
    .

  2. salam gc….

    itu laa kelebihan bulan tu…chief !!!….
    bulan di atas…kita di bawah….
    bulan adalah kurniaan Allah diletakan setiap masa di atas kepala kita….pergi laa dunia mana pun…bulan tetap dijunjung atas kepala semua orang…….bulan yang sama…tidak ada dua bulan atau tiga kecuali satu sahaja…..menerangi manusia setiap masa…bulan laa penentu kiraan hijriah…..
    banyak lagi kegunaan bulan……….

    bila langut ke atas….tahu laa nasib kita di bawah ini……sentiasa mengingati kebesaran penciptaan dari Yang Esa………

    bukan macam kati….selalu senget timbang…
    senget sana senget sini…
    putaq sana…putaq sini….
    bila timbang tak betoi…orang marah…
    yang tak marah…budak-budak saja….
    pasai budak-budak tak kenai mata kati…
    pasai tu sarkis ramai dok pi timbang tak betoi dekat Tenang toh……..

    selamat berjuang cikgu mala…
    semoga johor kembali bersinar………

    • Salam NK,

      Macam tempoh hari
      Hang tulih cikgu shaari

      Cikgu suka main bola
      Hari2 cikgu main bola

      kalau cikgu mala dok blah sana
      pakai murid2 dok hafal..

      cikgu suka barang naik
      hari2 cikgu main barang naik..

      tak ka haru….

      • Ingat BN
        Ingat BARANG NAIK

      • salam chief…….
        salam esdi……..

        BN = Badan Naik….
        makan jugak benda yg salah….badan tetap naik laa………
        hang tengok clip paling bawah sekali……..alahai….dua-dua obess laa….
        tu tanda barang naik….jadi badan pun naik laa…….

        BN dah mola kalut….
        tengok sambutan saja….pagi-pagi PR dah menang…
        masa mengundi…harap depa tak main ‘kotoq’ laa……
        kalau ‘main’ jugak….baru jadi perangai budak-budak….

        untuk esdi…….
        sajak hang cukup umppppph laaa….bravoooooooo esdi….
        budak tempoyak saja tak tau nilai…..
        budak tempoyak mana reti sajak…….rojak dia kenai laa…..
        pasai tu komen dia pun macam rojak jugak….makan pun sakit perut….
        kalu tak jadi rojak….jadi tempoyak….last sekali jadi tempe……

        kah kah kah………..

        kah kah kah………..

  3. Sajak: Buat Normala

    sekuntum bunga
    terbit dari celah perut selut
    memancar sinar harapan
    kilaumu penyejuk alam

    sekuntum bunga
    dipujipuja wargabangsa
    wijayabangsa penghapus tipudaya
    harapan sekalian warga-warga

    anugerah ilahi
    tiada siapa menyangka
    lahirnya disambut ceria
    terima syukur

    kuasaMu ya Allah
    doa para ambia
    mencurah rezeki sebenar
    demi anak cucu warisan bangsa

    bangun wahai kalian
    suara jingga penebus derita
    sekian lama dalam payah
    pasti diubah segala, pasti diubah segala!

    syukur cahayamu normala
    dalam tenang ada api
    api pusaka bangsa
    menyala membakar dusta

    cahayamu cikgu Normala…………..

    kepada sahabat-sahabat ku di sana, tolong cetak
    dan berikan sajak ku ini kepada cikgu normala
    buat pembakar semangat perjuangan kita bersama
    dan minta dia bacakan……….

    terima kasih.

  4. salam 1Malaysia aka
    salam TGNA suka.
    salam jugak kepada sukusakat.
    yang tergila-gila.
    mr. esdi, great chief dan nasik kandaq.

    jangan kata segak, tak sesuai.
    kata comel, kan manis.
    kata comel lotek, kan lagi molek.

    perjuangan suku3sakat.
    sudah goyah.
    tergoyah dek kecomelan cikgu normala.

    dah gelong great chief.
    dah ke bulan, nasik kandaq.
    dah bersajak, mr. esdi.

    itu yang dikatakan perjuangan.
    yang tak disertai dengan iman.

    pengertian “iman” sangat luas.
    bukang sekadaq menjadi iman bersolat.
    bukang sekadaq menjadi iman muda.
    bukang sekadaq berlilit di kepala.

    sekadaq itulah hakikatnya.

  5. Salam NK,

    Terima kasih nasik kandaq. Sajak tu spontan dari hati sanubariku. Terpulanglah atas cara gaya membacanya pula. Kalau baca syahdu maka syahdulah dia. Kalau baca jengkel maka jengkellah dia. Mungkin NK baca bunyinya araaab!, GC baca bunyi syaeeeer daaa! dan bila BT baca tak bunyi langsungsungsung!. Maaf saja kalau ada di mana yang tak berapa kena ya pasai dah lama sangat tinggalkan arena tu. Masa mengaji dulu aku belajarlah juga dengan penyajak-penyajak yang punya nama besar tanah air. Malangnya aku tidak lagi berkarya. Sibuk dengan urusan kerja.

    Kalau boleh, Cikgu Normala dapat hafal sajak tu, biar dia sesekali selit baca dalam suara yang syahdu dalam ceramah berkempen dia di Tenang. Dia seorang cikgu mesti dia pandai mendeklamasikan puisi. Bait akhir tu kasi baca ganas sikit. Bagi bakar semangat perjuangan. Biar kita dapat berkongsi ramai-ramai. Jangan pula ADO tu yang baca sajak ni. Hancur lebur jadinya.

    Seni puisi bukan perkara baru dalam tamaddun manusia. Semua orang tahu sejarahnya, kesannya dan cabang keilmuannya. Mudah-mudahan pasukan kita sentiasa bersemangat dalam perjuangan. Kita semakin hampir di garisan penamat PRU13. Semakin banyak dugaan dan cabaran kita hadapi. Hendaklah kita semua tabah menghadapinya. Insya-Allah Takbiiiiir 7X.

  6. Salam 1Malaysia aka
    Salam TGNA suka.

    Itulah PENANGan calon muslimah.
    Ada yang dah tersasul.
    Nak kata Harga Naik.
    Kata Barang Naik.
    Kata Badan Naik.

    Kalu Barang Naik dan Badan Naik.
    Naik ke mana, ke bulan, ke bintang.
    Atau ke alam maya.

    Ada pulak bermimpi.
    Di mana, tak tahu lah.
    Di cekerawala.
    Di alam maya.
    Di siang hari.

    Kita masih tak nampak.
    Cahaya pada Cik Gu Normala.
    Dalam tenang, manalah ada api.
    Jangan2 bermimpi, koot.
    Di siang hari, koot.
    Betoilah bukang koot, koot lagi.
    Mr. esdi tulih 3.30 petang.
    Sah mimpi di siang hari.

    Manalah ada api membakar.
    dusta.

    Saja nak beritau lah.
    Hampa dah tesasul.

  7. salam bro n sis………

    mai kita berpantun sikit………..

    kita berkampung di DUN Tenang
    Calon kita seorang pendidik……..
    Jangan la penyokong merasa walang
    kita letak orang yang ceghedik………..

    sarkis berjanji macam-macam……
    janjinya bukanlah sembarangan
    kembang tengkok naik merenyam…….
    peruntukan ‘palsu’ berkoyan-koyan

    bila diajak depa berdebat………
    mola laa depa nak bersilat
    konon katanya tak dak manfaat………
    teloq pecah seluaq tesendat

    depa takut ngan buku jingga……
    bila tak reti peribadi dilondeh
    pasai ‘isu’ tak boleh disangga…..
    lain tak reti asyik pelekeh

    apa nak jadi ngan puak sarkis……..
    makin hari makin meroyan
    kerap sangat buat janji manis………
    dlm diam depa pulun sakan

    Normala Sudirman nama diberi……..
    terpilih calon anak negeri
    senyum simpul tambah berseri…..
    budak tadika saja yg dok iri hati

    konon kata budak tadika……….
    calon kita tak ada cahaya
    memang budak ni belum senta……..
    hidup dalam gelap gelita

    soalan ‘bendul’ disoal soal…….
    Badan Naik..naik kemana
    budak tempoyak tentu menyesal……..
    soalan ‘mubham’ tak ada jawabnya

    tersebar luas calon depa……..
    MiLo SuaM hebahkan berita
    ada skandal masa dia dok kerja……
    klik ke MiLo SuaM kok hangpa nak tau cerita

    grombolan sarkis bersama pencacai…..
    cikgu mala difitnah ‘berzina’……….
    blogger ameno memang laa bangkai……..
    menulis pojok dok kira nak buat naya

    akhirul kalam harap bersabar……..
    kepada penyokong pinggiran dan tegar
    nawaitu betul hidup mu segar……..
    tolak biru biru yang sedia dah longgar

    kah kah kah…………..

    • Salam nasik kandaq.

      Terok lah.
      Teroklah hang ni.

      Macam tu, hang kata.
      Pantun.
      Hang belajaq kat mana.

      Mr. esdi bersajak.
      Hang nak berpantun.
      Hang mana boleh berpantun.
      Orang yang berpantun, orang yang ada seni.
      Pengandaq, mana berseni pon.
      Keras.

      Setahu kita lah, pengandaq ni.
      Yang dok boleh lentoq sikit.
      Jenih yang dok kandaq2 tengah malam.
      Kat Penang Street.

      Kitsianglah kat hang.

  8. Salam NK…….
    Pantun hang cukup umppppph laaa NK….bravoooooooo NK bravoooooooo…..!!!
    Nanti satu hari esdi belanja NK, makan nasik kandaq Saddam di Segambut KL.
    TQ.

    • Salam Mr. esdi.

      Tak patut lah.
      Tak patutlah perli nasik kandaq.
      Lagu tu.

      Nasik yang dia kandaq, memang sedap.
      great chief dok selinap semacam.
      Kucing Kota suka sangat, tulang2nya.
      Mr. esdi belum rasa.
      Mr. esdi belum coba.

      Abis2 Mr. esdi, nak ajak makang.
      Nasik, yang nama saja kandaq.
      Tapi tak dikandaq.
      Dan tak sedap
      Kat Segambut.

      Manalah nak sedap.
      Saddam dok sembunyi dalam lobang.
      Macam tikus dok sembunyi.
      Kucing Kampong pon tak mau makang.

      Patut ka.

  9. Salam BT,

    Cemburuhatilah tu adik ku cayang yang corang2 ni. Bukanlah niat abg esdi nak ajak nasik kandaq sorang. Semua ahli forum kalu boleh. Janganlah merajuk ye! Tak nak makan nasik kandak pun tak apa sat ni abg esdi bak adik BT p makan nasik daun pisang dekat restoran Lotus, di Jalan Gasing, PJ….wow! belum cuba belum tau oooo!. sedap tuuuu!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: