Posted by: pinkturtle2 | Januari 22, 2011

11:35 Pertandingan satu lawan satu di DUN Tenang

CALON bagi pilihanraya Dun Tenang, Mohd Azahar Ibrahim (BN), 39, (kanan) dan calon PAS Normala Sudirman, 38, melambaikan tangan kepada jurugambar selepas menyerahkan borang pencalonan masing-masing di Pusat Penamaan Calon bagi pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang (N.09) di majlis Daerah Labis, hari ini. – Foto Bernama

PENGAWAI Pengurus Pilihan Raya, Md Asri Amir umum pencalonan Normala Sudirman dari PAS dan Calon Barisan Nasional, Mohd Azahar Ibrahim di Pusat Penamaan Calon bagi pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang (N.09) di majlis Daerah Labis, hari ini. – Foto BHOnline

Pertandingan satu lawan satu di DUN Tenang

22/01/2011 11:31am

LABIS: Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang menyaksikan pertembungan satu lawan satu, antara calon Barisan Nasional (BN) dan PAS.

BN menurunkan bekas Penolong Pegawai Daerah Rengit, Mohd Azahar Ibrahim, 39, sebagai calon menggalas misi besar bagi mengekalkan penguasaan BN yang memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum 2008 lalu.

Pada masa sama, PAS meletakkan Ketua Muslimah PAS Labis, Normala Sudirman, 38, sebagai calonnya.

Pada kira-kira jam 11.20 pagi, Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Md Asri Amir mengumumkan nama kedua-dua calon yang akan bertanding.

“Mohd Azahar menyerahkan borang pada jam 9.02 pagi dan Normala pada jam 9.10 pagi. Tiga bantahan diterima dan selepas masa bantahan tamat, tiada calon ditolak.

“Oleh itu, calon-calon yang disahkan bertanding bagi DUN Tenang ialah Normala dari PAS dan Mohd Azahar dari BN,” katanya.BH


Responses

  1. Salam,

    Lawan tetap lawan. Dah ditentukan Allah gandingan kamu berdua ni.
    Jelas, Allah nak bagi seluruh rakyat TAHU dan mudah FAHAM antara
    KEBENARAN dan KEBATHILAN:

    Gandingan antara seorang wanita dan kerakusan seorang lelaki

    Gandingan antara seorang bekas Cikgu dan bekas ADO.

    Gandingan antara seorang pendidik dan seorang pentadbir

    Gandingan antara seorang pembela anak bangsa dan penjual maruah bangsa

    Gandingan antara seorang yang Ikhlas dan Hipokrit

    Gandingan antara seorang yang mahukan nilai-nilai Insaniah dan duniawi

    ……lu pikiiirlah sendiriiiii!!!

    • Gandingan antara seorang budak tadika dan seorang pelajar pasti…

      Lu Pikiiirlaaa….sendiriiiii…

      • gandingan antara.

        kucing kampong.
        dengan
        kucing kota.

        jumpa tikus, kucing kampong terkam.
        jumpa tikus kucing kota, tekebil-kebil.

        tak payah fikiq.
        KeLiWoN ToNg OnG.
        pun tahu.

  2. salam 1Malaysia aka
    salam TGNA suka.

    sekadaq nak ucapkan.
    SELAMAT MENGUNDI.
    DENGAN MEMILIH DENGAN BAIK.
    kepada warga Tenang.

  3. salam……

    hangpa agak laa…….
    sapa yang ada potongan….
    dan sapa yg ‘out of portion’….???

    kah kah kah……..

    • salam nasik kandaq.

      tu saja, komen hang.
      susah2 hang masuk keluaq u.
      bukang dekat.
      poooooh, canada.

      hampa agak kaa..
      pengandaq, ada potongan..
      dari kayu yg ‘out of proportion’…????

      sekadaq kena ‘pro’ koot.

      • Salam,

        Kena pakai kayu pengukoq saja
        Takat boleh ambik scaling saja
        Kalau timbang kati
        Ranap dik oiiiiiiiiiiiiiiiii
        Out metar..tau ka
        Plan2 adjust kalau nak
        guna penimbang…

        Ingat BN..INGAT BADAN NAIK
        BELANJA BARANG PON NAIK..

        Angkat jemuran
        Hujan sudah turuuuuuuuun

  4. ……sama-sama kita tunggu dan lihat siapa M Azahar Ibrahim ni sebenarnya?. Tapi aku kesian jugalah kat dia anak bini dia dan seluruh keluarga dia, jika sungguhlah bagai di kata. 1 Malaysia akan kenali dia…..Maluuu oooo!

    Guru aku di sekolah dulu pernah pesan, jadi orang politik tak boleh buat perangai baik. Sebab orang politik tu kotor katanya. Pagi ni cakap lain, tengahari pulak cakap lain. Petang dan malam lagilah lain yang dicakapnya. M Azahar nampak zahirnya mcm budak baik. Baiiiiik?…baik ada makna tuuuuuuu!!!!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: