Posted by: pinkturtle2 | Januari 23, 2011

Provokasi Polis Di Tenang..

Tontonilah video tersebut untuk melihat galagat pihak polis yang seakan-akan berpihak kepada BN dan provokasi yang cuba dilakukan sehinggakan ada penyokong PR yang tidak berpuas hati dengan pihak keselamatan yang menjalankan tugas berat sebelah – kijang59.blogspot

Advertisements

Responses

  1. Yaa!!! Kucing baru saja balik dari dun Tenang kelmarin petang jam 6.00, setelah meninjau dan mendampingi mereka selama beberapa hari. Keinginan Kucing yang ingin melihat sendiri rakyat di Dun Tenang, kehidupan dan pemikiran mereka yang dikira jauh dari maklumat yang perlu ada kepada setiap yang bernama rakyat.

    Kucing telah ditempatkan bersama sama kontinjen Pas Wilayah persekutuan dalam membuat kaji selidik tentang kehidupan dan pandangan mereka kepada kerajaan UBN yang menjadikan golongan rakyat 80% marhein pekerja ladang dan peneroka 3 buah Felda, Tenang, Cempelak dan Cempelak Barat..

    Masyarakat ladang yang naif ini, memang ternyata jauh dari maklumat yang bersangkut paut dengan kehidupan hak mereka sebagai rakyat. Apa yang ada dalam pengatahuan mereka amat terhad, mereka hanya menerima maklumat seperti apa yang dicanangkan melalui media TV dan surat khabar yang dikuasai oleh Umno dan Barisan Nasional. TV 3 sukulah yang paling berkesan memainkan isu memburuk burukan pakatan rakyat. Dan rakyat ladang ini mudah sangat mempercayainya. Bertolak dari maklumat media inilah mereka percaya apa juga maklumat yang disampaikan oleh pembawa berita dan cerita kebobrokan pemimpin UBN adalah fitnah semata mata.

    Mereka tiada maklumat tentang kejayaan peneroka Felda Kemahang dan Felda lain yang berjaya menuntut gantirugi bernilai jutaan Rm yang selama ini hak mereka telah di manipulate oleh Felda UBN menipu dan menafikan hak peneroka ini. Sewajarnya mereka dibayar oleh MOB syarikat yang membeli kelapa sawit, syarikat ini juga menawarkan ganjaran RM 7,000 kepada peneroka apabila membuat tanaman semula.
    Bagi peneroka yang berani menjalankan usaha sendiri adalah lebih selesa dan berjaya dari peneroka jenis ini mendapat ganjaran dan keuntungan jualan kelapa sawit telah dibayar terus kepada mereka, disamping mereka juga diberi subsidi benih dan baja percuma dari kerajaan.

    Ketika dijelaskan kejayaan tuntutan ganti bayar balik kepada peneroka Kemahang dengan ditunjukan bukti berita akhbar dari media pembangkang. Sepontan mereka bersuara, bahawa berita ini adalah fitnah!.

    Barangkali itulah yang menyebabkan Umno macam tiada rasa tertekan dengan PRK Tenang Johor ini kerana rakyat pendalaman Johor itu adalah deposit kepada kemenangan Umno yang dirasakan kekal menguasi negeri Johor ini.

    Dan tiada apa sangat insiden tegang dihari penamaan calon semalam, yang ada cuma rasa tidak puas hati dari penyokong pakatan rakyat yang gagal berada di lokasi calon Pas berarak kerana jalan utama ke pekan Labis telah ditutup mulai jam 12.00 malam demi untuk memecah belahkan penyokong pakatan rakyat berkumpul pada waktu yang ditetapkan.
    Semua pengguna jalanraya yang hendak ke JB tmelalui jalan utama pekan Labis diarahkan berpatah balik mengikut laluan kepekan Segamat. Satu arahan yang tidak lojik dan menyusahkan penggunakan jalanraya yang bukan bertujuan untu bersama dengan calon Pas “Chegu Mala”.

  2. Biasalah tuuu!. Puak-puak dajal upahan. Nasib baik barisan penyokong banyak bersabar. Kalu di dukunya turban sekor tu tidak ke nyaya. Yang dia tu buat-buat berani g masuk tengah-tengah tu sape suruh. Nak jadi hero filem hindi kot….? kalaulah keadaan tidak dapat dikawal sudah tentunya pembangkang disalahkan. Dasar penyangak.

  3. salam pjolor,
    salam kawan2 berforum,

    Hang ni pun satu. Janganlah nak ikutkan sangat rasa hati tu . Habaq elok2 kat adik2 tu kan baguih!. Pedih juga telinga aku. Kena akui masing2 antara kita tidak perfect ada kelemahan spt kata adik budak tadika. Betullah tu.
    Pandulah elok-elok macam pilot pandu kapalterbang. Silap2 pandu boleh jatuh. Ramai yg akan hancur. Cuba kita lihat parti politik mana pun cuma alat nak pergi ke satu2 tempat saja. Macam kapalterbanglah juga. Mesti ada matlamat. Ada strategi. Ada kaedah. Ada perjuangan. Ada semangat. Ada pengorbanan. Kapalterbang UMNO dipandu oleh pilot-pilot yang bernapsu haloba. Penting diri. Menganjur pelbagai maksiat. Minum arak tu biasa. Beza dengan kapalterbang PAS di mana pilot mereka terdiri daripada kalangan orang-orang yang sabar, berilmu, beriman, bertaqwa, beramal dan ikhlas. Ilmu yang BENAR hanya dari ALLAH. Atas kelemahan manusia sahaja yang berbuat KEBATHILAN.

    Oleh itu, esdi berpandangan bahawa berforum ini biarlah atas dasar fakta yang benar utk kesejahteraan kita bersama jauhi kebathilan. Ikut rasa hati semata tu adalah napsu napsi – perangai bathil. Rosak semata akibatnya. Syaitan suka benda tu. Kalau buat juga maka akan jatuh berderailah kita semua. Tiada siapa yang untung. Rugi dunia akhirat. Wallahualam!.

  4. ……macam2lah dia ni….provokosi juga tuuuu!

    penting ialah umno bn di Tenang jatuh tersungkur.
    Lama sudah mereka dok tipu rakyat Tenang.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: