Posted by: pinkturtle2 | Januari 29, 2011

Breaking news… Inilah akibatnya bila Hudud Allah Ditinggalkan

MENYAYAT HATI... Beginilah keadaan mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat dan uri ditemui di dalam sebuah longkang yang masih dalam binaan di Taman Mekar, Ayer Hitam, Batu Pahat, 29 Jan. - Utusan

Mayat bayi masih bertali pusat ditemui dalam longkang

29/01/2011 5:51pm

BATU PAHAT 29 Jan. – Penduduk Taman Mekar, Ayer Hitam dekat sini gempar apabila mayat seorang bayi lelaki yang lengkap dengan tali pusat dan uri ditemui di dalam longkang yang masih dalam pembinaan di kawasan perumahan tersebut, pagi tadi.

Mayat bayi lelaki itu ditemui seorang pekerja kontrak, Hamid Marsuki, 43, pada pukul 8.10 pagi ketika hendak memulakan tugas membina tembok rumah dan longkang di Jalan Mekar 5 di taman tersebut.

Tanpa belas kasihan, mayat tanpa seurat benang itu dibiarkan di dalam longkang yang berair tersebut.

Polis masih menyiasat sama ada bayi itu telah mati sebelum diletakkan di situ atau meninggal dunia akibat kelemasan mahupun kesejukan.

Menurut Hamid, dia terkejut besar melihat sekujur tubuh bayi dengan kesan darah dalam longkang sedalam hampir setengah meter.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd Aris berkata, mayat bayi lelaki yang cukup sifat itu dihantar ke Hospital Batu Pahat untuk bedah siasat.

Menurut beliau, bayi itu dipercayai dibuang di situ dalam tempoh 24 jam lalu dan tiada kesan kecederaan lain ditemui.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan cuba membuang bayi.

“Jika disabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya. – Utusan


Responses

  1. MUNGKIN MENTERI PELAKON PORNO KALU KATA OK KOT !

  2. bro n sis………

    bayi ini akan menuntut pengadilan di yaumul mahsyar nanti………
    siapakah bapak dan ibunya????…………
    apakah dosa yg dia dibunuh begitu kejam???……….
    kenapakah dia dinafikan untuk hidup?????………

    ini lah kemungkaran hasil dari didikan salah dlm sistem pendidikan yg menilai kulit sahaja……
    macam sistem sarkis………..

    hanya sebagai ‘prop’ untuk kwn-kwn tambah di sana sini……….

  3. Salam Mat sembab suka
    Ghani Othman suka dan Chua Soi Lek lagi suka
    Yang tak suka Chegu Mala

    Nama diataih ni diantara penyumbang berleluasanya bayi dibuang dimerata rata..
    Selain dari:-

    > Konsert Jom Heboh diserata Malaysia
    > Konsert sambut tahun baru
    > Konsert sambut hari Merdeka
    > Mengambil Quran untuk tilawah sahaja
    > Pendidikan Islam setakat KAFA
    > Mahkamah syariah kelas dua
    > Hiburan melampau disemua media
    > Pendidikan Islam ambil syarat ada
    > Kelas Pasti lebih hina dari kelas tadika
    > Menghina Islam budaya pemimpin mereka
    > Pemimpin negara sendiri zuka berzina
    > Rakyat mengambil teladan tiada salahnya..

    Akhirnya rakyat yang bodoh dan menjadi fix deposit kepada UmngOk ni, tidak akan dididik kepada hakikat agama, yang jikalau diberi kefahaman akan merugikan mereka.
    Justeru itu mereka rela rakyat menjadi jahil umpama mereka kerana disokong Ularmak derhaka mencari helah membela dan berani berfatwa neraka ketentuan allah subhanahuwataala, meskipun dalam Alquran memberi panduan dan peringatan siapakah manusia yang dipanggil ahli neraka… Manusia inilah yang sekarang ini sedang memimpin Malaysia…..

  4. Hah… pi undi lagi UMNO-BN…!!!

    Selagi UMNO-BN memerintah,
    depa akan sogokkan rakyat
    dengan budaya hedonisme
    yang melampau….

    Terlalu gemarkan hiburan,
    akhirnya iman turut tergadai…!!!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: