Posted by: pinkturtle2 | Januari 29, 2011

PIALA SUMBANGSIH – Kelantan Menewaskan Selangor 2 0

Piala Sumbangsih 2011 - Selangor Kelantan

PIALA SUMBANGSIH 2011 – KELANTAN 2  SELANGOR 0

Jaringan pertama oleh NorShahrul Melalui tendangan penalti,dan jaringan kedua oleh Badri melalui  sepakan percuma yang melencong terus ke dalam gol Selangor.

……………………………………………………………………………..

KELANTAN JUARA PIALA SUMBANGSIH 2011

GERGASI MERAH rebah di kaki PAHLAWAN MERAH. Itu yang berlaku pada perlawanan akhir Piala Sumbangsih antara Selangor dengan Kelantan di Stadium Shah Alam, Selangor malam tadi selepas Selangor di tewaskan oleh Kelantan 2 – 0

Dengan kemenangan tersebut Kelantan berjaya menyekat hajat Selangor yang memburu gelaran piala sumbangsih buat kali ketiga berturut turut.

Pada perlawanan yang disaksikan lebih 45,000 penyokong  The Red Warriors dan The Red Giants  itu, Kelantan dilihat bermula garang dengan menguji penjaga gol Selangor, Iqbal menerusi kelincahan pemain baru Kelantan K Soley Dan Nurul Azwan Roya.Dan pada minit ke 8 kelantan membuka jaringan hasil sepak penalti nor shahrul idlan talaha selepas nurul azwan roya dijatuhkan dalam kotak penalti.

Kelantan yang mempamerkan aksi meyakinkan sepanjang perlawanan itu terus ghairah memburu gol dan Selangor pula dilihat banyak bertahan dari menyerang.

Pada minit ke-84, Kelantan GAH mendahului  Selangor 2-0 menerusi tendangan percuma bertaraf  ”world class” badhri radzi.

Namun Selangor tidak berputus asa dan segera melakukan serangan di ketuai oleh safee sali dan amri yahyah namun mereka tidak cukup hebat untuk menewaskan Penjaga Gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.

Kemenangan itu menyaksikan Kelantan menduduki tangga teratas liga dengan kelebihan 2 jaringan tanpa bolos.Pemain terbaik perlawanan pula di menangi oleh Penjaga Gol Kelantan iaitu khairul fahmi che mat.

http://kelantanfa.com


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: