Posted by: pinkturtle2 | Januari 30, 2011

9:44PM BN berjaya kekal DUN Tenang

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meraikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azahar Ibrahim dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis. – Foto Zain Ahmed

 

BN Menang Di Tenang

Keputusan  rasmi menunjukkan BN mendapat sekitar 6,699 undi manakala PAS mendapat 2,992 undi.

calon BN, Mohd Azahar Ibrahim menang dengan majoriti 3,707 undi – meningkat 1,215 undi berbanding majoriti 2,492 undi pada 2008.

BN – 6,699

PAS – 2,992

Majority – 3,707

LABIS: Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang selepas calonnya, Mohd Azahar Ibrahim menang dengan majoriti undi 3,707, mengatasi calon PAS, Normala Sudirman.

Keputusan pilihan raya kecil itu diumumkan tepat jam 10.03 malam oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Md Asri Amir di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis di sini

Mohd Azahar memperoleh 6,699 undi manakala Normala 2,992 undi.

Dalam pilihan raya kecil itu, Mohd Azahar, 39, yang juga bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat, dicabar oleh Normala, 38, yang juga seorang bekas guru.

Sebanyak 71.8 peratus atau 10,579 pengundi daripada 14,753 pemilih berdaftar bagi pilihan raya kecil DUN Tenang keluar mengundi sehingga proses pengundian ditutup 5 petang tadi.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, jumlah peratusan itu lebih rendah berbanding pilihan raya umum 2008 iaitu 73.52 peratus.

“Ini disebabkan oleh keadaan cuaca yang buruk sehingga laluan ke beberapa pusat pengundian dinaiki air serta kawasan seperti Pekan Lama Labis dilanda banjir,” katanya.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 menyaksikan Allahyarham Datuk Sulaiman Taha menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi. bh


Responses

  1. nampaknya hanya 2992 pengundi di Tenang yg akan msk syurga.

  2. “Haa!!! tu laa I cakap dengan you Din, melayu Felda ni sebagian dari asset parti kita”. Sergah tok Jib kepada Tok Din. Tok din mengangguk anguk macam setuju dengan kata2 Tok Jib.
    ” Cuba you bayangkan kalaulah melayu felda ni ceredik macam orang2 kat bandar, dah sah kita bungkuih dalam PRK Tenang nii!!. Komen Tok Jib lagi.

    “Yaalah kalau kita tak bawak beberapa buah lori kontena 1 Malaysia dengan muatan keperluan dapor untuk diagih agih kepada orang2 Felda ni sampai hari mengundi belum tetu kita boleh menang” Balas Tok Din sambil membetulkan topi cowboy nya..
    “I sekarang risau jugak dengan kerja budak si Mazlan yang telah berjaya membantu peneroka Felda buat tututan melalui mahkamah tuntut ganti rugi nii..” Sambil menggaru kepala botak halusnya, sehalus minuman nescafe itu.

    “Sekarang ni kira ok lagilah peneroka felda masih percaya dengan lagu ketuanan melayu yang kita ratibkan selalu tuu..” tangannya mencapai gelas air lalu ditogok bagai lembu dahaga air..Nampak sangat Tok Jib takut kehilangan sokongan dari pengundi Felda.

    “Yaalah!! keris berkarat yang kita pacak dalam kepala otak orang melayu 53 tahun dulu dah nak macam nak tercabut sikit demi sikit dahh…”balas Tok din, jarinya memicit micit jerawat batu yang masih belum hilang dipipi sembabnya..

    “So! kita kena cari idea baru dengan mengadakan berbagai majlis pembodohan kepada orang melayu yang masih setia kepada Umno ni, kalau kita gagal, alamat dalam PRU akan datang, kita terpaksa cabut laa dari Putrajaya. Nak harap pada Soi Lek bintang porno ni makan asap la kita” Gertak Tok Din pada Tok Jib.

    “Satu cara yang I rasa perlu kita mesti bawak isu Islam sesuai dengan kebangkitan rakyat negara timor tengah yang dah menghalau presiden dan PM mereka”. Tok Jib buat cadangan.
    “Nak harap pada siapa yang boleh bawak isu ni?” Tanya Tok Din pula..

    “Aii.. kan Jamil ada, Marsita dan Harussani takkan tak boleh boleh tolong cari idea kut”. Jawab Tok Jib.

    “Dah! dah! jangan dok mengarut lah dengan dia orang tuu…Masa Paklah dengan Islam Hadhari yang dah lebur berjuta juta dok buat berbagai flayers dan pamplet pun, sampai laani islam Hadhari dah hilang tah kemana?” Rungut Tok Din.
    ” Ni you cadang nak buat Islam macam mana pulak?” Tanya Tok Din lagi

    “Islam One Malaysia” Jawab Tok JIB.
    “Islam One Malaysia you nak pakai rukun apa?” Banyak pulak soal Tok Din ini.

    “Ni yang I sedang fikirkan, apa kata kalau I ajak ayah PIN berunding bersama Jamil, Marsita dan Harussani, kan ayah Pin tu adalah ketua semua agama kerajaan langit!” Balas Tok Jib.

    “Hoi!! You nak jadikan Umno ni sesat ke?” Tok Din meninggikan suara…
    Tok Jib ter pinga pinga dengan laongan itu..

    Tiba tiba mereka berdua macam terkujat bila terdengar satu suara yang menyampuk perbincangan mereka ini.

    “Umno dah lama sesat, takdak masalah kalau nak berkomporomi dengan ayah Pin, mana lah tau bila semua berpadu ayah Pin Jamil, marsita dan Harussani boleh jadi Islam one Malaysia lebih hebat dari Yahudi one Israel”.
    Suara itu datang dari seorang lelaki bersongkok, bercermin mata nampak macam bekas mufti dari sebuah negeri….

  3. tahniah cikgu mala……..

    kalah yg tidak menderhaka kpd Allah…..
    lebih mulia dari menjana kemurkaan Allah………..

    semalam depa begencok sakan……
    amoi pun reti dah dang dut dut dut……..
    hari ini depa menang…….

    hujan lebat di sana…..
    ada rahmat tersembunyi……..

    lepaih nie depa kena pulun keroja bantu mangsa banjir toh…….
    jngn lepaih menang dok bilang projek dan dok berangan bila nak syamlom…….

    tak pa cikgu………
    jangan risau…..teruskan berbakti kepada semua……
    kebaikan adalah seluas langit dan bumi………

    masa banjir nie kalau budak-budak telucut seluaq ke….baju hanyut ke…
    tok sah malu tok sah segan……mai ambik kat Penang nie…….
    kami hantaq pun tak pa……tak payah bayaq…..

    Tahniah cikgu….

  4. …aku setuju dengan KK, NK, GC dan IC,

    Aku tumpang berbangga dengan Cikgu Normala suami isteri, keluarga, penyokong, anggota pasukan serta semua pemimpin PAKATAN KEADILAN RAKYAT yang telah berkerja keras untuk menawan DUN Tenang. Sesungguhnya hasil dari kerja keras kalian, Allah telah memberi kemenangan BESAR. Bukan persoalan menang atau kalah. Isu sebenarnya ialah telah berusaha sedaya upaya menegak KEADILAN RAKYAT. Syabbas dan TAHNIAH kepada kalian.

  5. Salam 1Malaysia.

    Kitsianglah kat.
    Kucing Kota dan nasik kandaq.

    Tekunang-kunang mata Kucing Kota.
    Melelonglah pengandaq nasik kandaq.

    Semua itu ditentukan Allah.
    Sekadaq.
    TENANG jadi KENANGan.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: