Posted by: pinkturtle2 | Januari 30, 2011

TENANG… 5:00PM Pusat pengundian ditutup

Kesemua 12 pusat pembuangan undi di Tenang ditutup pada jam 5 petang..


Responses

  1. Kepada sahabat-sahabat seperjuangan di DUN Tenang,

    Tidak kira apa pun keputusan PRK Tenang nanti, aku harap Cikgu Mala dan rakan-rakan dapat melaksanakan tanggungjawab baru membantu rakyat dan pengundi Tenang yang menjadi mangsa banjir.

    Aku pasti, selepas UMNO diumumkan menang di PRK Tenang nanti, bantuan kepada mangsa banjir akan dibuat secara berpilih, maksudnya, ahli-ahli UMNO-BN diberikan keutamaan terlebih dahulu untuk menerima bantuan.

    Buktikan kepada penyokong-penyokong totok UMNO ini, PAS tidak akan mengamalkan pilih kasih dalam membantu rakyat. Kita akan bantu semua mangsa banjir sedaya upaya kita, tanpa mengira fahaman politik.

    Kita telah pun buktikan kepada mereka, apabila petugas-petugas PAS Pahang menyempurnakan jenazah AJK UMNO cawangan semasa kempen PRK DUN Tenang baru bermula. Agak menyedihkan apabila pemimpin mereka sendiri tidak ambil peduli nasib ahli yang berhempas-pulas menyokong UMNO selama ini. Jasa baik mereka tidak dipandang pun oleh pemimpin yang diampu, dibodek dan disanjung. Menziarahi jenazah pun tidak, apatah lagi nak menyembahyangkan dan mendoakan arwah yang telah banyak berjasa kepada UMNO.

    Nasib baik ada ahli-ahli PAS dari Pahang yang membantu menyelesaikan tanggungjawab Fardhu Kifayah ini.

    Selepas PRK Dun Tenang ni, sama-sama kita nantikan, sejauh mana kejujuran UMNO-BN akan membantu mangsa-mangsa banjir di Tenang.

    Kalau mereka tak bantu, pedulikan…!!! Biar kita sahaja yang membantu mereka, walaupun mereka tidak memangkah Cikgu Mala.

    Buktikan kasih sayang kita kepada mereka. Allah akan membalas jasa baik kita, insya-Allah.

  2. Yang kita bimbang bandar Labis akan tenggelam keseluruhannya…
    Hujan masih lagi belum berhenti. Langit hitam dengan mendung yang gelap..
    Semoga Allah selamatkan rakyat Labis.

  3. …….Subhannallah

    ………Percayalah cikgu
    Cikgu bukan keseorangan
    Cikgu ramai penyokong nyata
    Cikgu ramai penyokong tidak nyata
    Para malaikat kelilingi cikgu
    Malaikat Mukarrabin tetap membantu cikgu

    Doa majlis kami-kami
    Mengiringi kesedihan dan airmata cikgu dikala cikgu bersedih
    Doa majlis kami-kami juga tetap mengiringi cikgu dikala cikgu gembira
    Ingat pesan abang NK ingat pesanan GC, jua majlis kami-kami
    Betapa perjuangan cikgu tidak akan sia-sia
    Allah tetap merestuai cikgu sekeluarga
    Allah sentiasa melidungi cikgu sekeluarga
    Sebabnya mudah saja, perjuangan cikgu atas landas KEBENARAN
    Perjuangan cikgu ada teras KEIKHLASAN
    Cikgu akan tetap menang walau apa keadaan sekali pun
    Cikgu dengan kekuatan kudhrat yang Allah beri
    Dengan janji-janji Allah yang tidak akan pernah mungkir
    Kita sama-sama lihat saja bagaimana keluarbiasaan berlaku……

    Alhamdulillah, kan kita sudah jangkakan!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: