Posted by: pinkturtle2 | Januari 31, 2011

Ratusan pelajar Malaysia terkandas di lapangan terbang Kaherah..

Indian passengers arrive from their flight from Cairo at the international terminal of Mumbai on January 31, 2011. A special Air India plane carrying around 300 passengers from strife-torn Egypt landed in Mumbai, airport sources say. Nationwide riots demanding the end of the regime has left several parts of Egypt in a state of near-chaos.

Indian passengers arrive from their flight from Cairo at the international terminal of Mumbai on January 31, 2011. A special Air India plane carrying around 300 passengers from strife-torn Egypt landed in Mumbai, airport sources say. Nationwide riots demanding the end of the regime has left several parts of Egypt in a state of near-chaos.

Indian nationals residing in Egypt embrace upon their arrival at the airport in Mumbai January 31, 2011. Governments took steps on Monday to whisk their nationals out of Egypt on chartered or scheduled aircraft as demonstrators pressed their mass campaign to topple President Hosni Mubarak.

Indian nationals residing in Egypt embrace upon their arrival at the airport in Mumbai January 31, 2011. Governments took steps on Monday to whisk their nationals out of Egypt on chartered or scheduled aircraft as demonstrators pressed their mass campaign to topple President Hosni Mubarak.

Ratusan pelajar Malaysia terkandas di lapangan terbang Kaherah

31/01/2011 4:45pm

KUALA LUMPUR 31 Jan. – Ratusan pelajar Malaysia dikatakan sedang terkandas di lapangan terbang Kaherah berikutan pergolakan yang berlaku di negara itu sejak beberapa hari lalu.

Ahli Dewan Negara, Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor yang turut terkandas bersama para pelajar itu berkata, kesemua mereka dalam keadaan terkawal dan bersemangat tinggi menghadapi situasi itu.

“Hampir kesemua penerbangan keluar dari Kaherah dibatalkan dan tidak dapat dipastikan bila ia dapat berlepas keluar dari sini.

“Bagaimanapun, saya berharap kerajaan Malaysia segera melakukan usaha untuk membawa kesemua pelajar dan rakyat Malaysia keluar dari sini dengan segera,” katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) hari ini. – Utusan

…………………………………………………………………

Penuntut Malaysia di Mesir dinasihat berkumpul

31/01/2011 4:54pm

PUTRAJAYA 31 Jan. – Semua penuntut Malaysia yang berada di Mesir pada masa ini dinasihat agar berkumpul sesama mereka dan saling menjaga keselamatan masing-masing bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berikutan pergolakan yang berlaku di negara itu.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata walaupun kerajaan, melalui Kedutaan Malaysia dan Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) di sana sentiasa berusaha untuk memastikan keselamatan mereka, mereka juga perlu mengambil tanggungjawab memandangkan keadaan bertambah serius.

“Pegawai kita pergi kesemua rumah-rumah negeri untuk memastikan bahawa semua penuntut selamat, dan memberi nasihat dalam soal menjaga bekalan makanan, elakkan tempat-tempat tumpuan ramai dan tidak terbabit dalam demonstrasi dan sebagainya.

“Paling utama ialah penuntut berkenaan mesti bertanggungjawab mengenai keselamatan diri mereka kerana kita tidak dapat harap kedutaan atau MSD (Jabatan Penuntut Malaysia) berada di sana sepanjang masa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata kerajaan juga sedang meneliti pelbagai pendekatan bagi memastikan keselamatan kira-kira 11,000 rakyat Malaysia yang berada di negara itu, termasuk untuk memindahkan mereka ke negara terdekat seperti Jordan atau Syria sekiranya keadaan memerlukan. – Bernama

…………………………………………………………………………….

Pasukan penilai ke Mesir lihat situasi sebelum pindah pelajar

31/01/2011 6:16pm

KUALA LUMPUR 31 Jan. – Timbalan Menteri Luar, A. Kohilan akan berlepas ke Kaherah malam ini mengetuai sepasukan lima orang untuk menilai keadaan semasa di sana serta melihat keperluan memindah lebih 11,300 pelajar serta rakyat Malaysia, berikutan krisis politik dan hura-hara yang semakin memuncak di negara itu.

Kohilan berkata bergantung kepada keadaan, antara penilaian dan pilihan yang akan dibuat ialah mengenai sama ada pelajar dan rakyat Malaysia perlu dibawa keluar terus ke Malaysia mahupun dipindahkan ke negara berhampiran seperti Arab Saudi dan Libya.

Menurutnya antara pilihan yang akan dilihat ialah membawa atau memindahkan melalui jalan darat, laut dan udara, tetapi semuanya bergantung kepada keadaan di sana yang sentiasa berubah.

Berikutan perkembangan terbaru, beliau berkata kerajaan telah menaikkan tahap klasifikasi keselamatan yang sebelum ini kuning kepada oren kerana “situasi telah mula membahayakan rakyat Malaysia”.

“Jadi kita akan pergi ke sana dan melihat sama ada perlu membawa keluar pelajar-pelajar kita dan rakyat Malaysia atau mempunyai cara lain untuk terus memberi bantuan kepada mereka… kita akan lihat akan kesesuaian (pilihan yang ada)…kita boleh merancang macam macam cara tapi mungkin keadaan di sana agak lain sedikit,” katanya kepada pemberita di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDFR), di sini, hari ini. – Bernama


Respon

  1. MUNGKINKAH JUGA ‘BERKOTAK-KOTAK’ RAHSIA YANG DIBAWA BERSAMA ?


Tinggalkan komen

Kategori