Posted by: pinkturtle2 | Februari 3, 2011

Situasi semasa Mesir : keberanian dan ketegasan al-Qaradhawi!

https://i1.wp.com/www.khanfactor.com/blog/wp-content/uploads/2009/01/egyptian_president_hosni_mubarak_and_the_israeli_pm_ehod_olmert__file_2007.jpg

berundurlah wahai Mubarak andainya di dalam hati kamu ada sebesar zarah sifat rahmat (kasihan belas) atau dalam kepala kamu sebesar zarah fikiran – Syaikh Yusuf Qaradhawi

Situasi semasa Mesir : Kelantangan, keberanian dan ketegasan al-Qaradhawi!

Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Syaikh Yusuf Qaradhawi menyeru Presiden Mesir, Husni Mubarak berundur ‘dengan kedua-dua kakinya’ secara sukarela, sebelum beliau diundurkan secara paksa.

Al-Qaradhawi menyifatkan regim Husni Mubarak sebagai tidak sedar, tidak faham, buta, pekak dan bodoh.

Beliau berkata kepada Husni Mubarak melalui siaran satelit al-Jazeera “berundurlah wahai Mubarak andainya di dalam hati kamu ada sebesar zarah sifat rahmat (kasihan belas) atau dalam kepala kamu sebesar zarah fikiran”.

Dalam masa yang sama, beliau meminta Mubarak kasihankan dirinya dan keluarganya, kerana jika pemerintahan itu satu ghanimah (harta rampasan),maka sudah cukup untuk Mubarak memerintah selama 30 tahun. Sekiranya ia merupakan satu bebanan, 30 tahun juga sudah memadai untuk Mubarak memikul bebanan itu.

Beliau turut menasihatkan Mubarak  supaya berundur daripada kerajaan dan berpindah meninggalkan Mesir kerana Mesir telah kerugian berbilion-bilion harta benda.

Beliau dengan tegas menyatakan, “sudah tiada tempat bagi kamu wahai Mubarak, aku mahu supaya kamu keluar dengan kedua-dua kaki kamu supaya kamu dihukum dan dibicarakan di Mahkamah Awam, bukannya Mahkamah Tentera yang kamu tubuhkan untuk menghukum musuh-musuh kamu, dimana kamu telah menghukum mereka dengan hukuman yang zalim di bawah peruntukan Undang-undang Kecemasan.

Sesungguhnya bagi setiap orang yang zalim ada kesudahannya dan tiada sesiapa pun yang mampu menentang sejarah”.

Qaradhawi menganggap Mubarak sebagai tidak faham mesej rakyat apabila tampil dengan ucapan yang menunjukkan bahawa beliau tidak sedar dengan apa yang sedang berlaku. Beliau,menurut Qaradhawi, berada pada alam lain, bukannya alam kita dan tidak sedar tentang orang-orang yang kelaparan atau tercedera”.

Beliau tertanya-tanya apakah faedah pembubaran kerajaan Mesir yang dilakukan Mubarak, sedangkan beliau selaku Presiden Mesir tidak menyebut apa-apa tentang pembubaran parlimen dan pemansuhan Undang-undang Kecemasan.

Kebangkitan rakyat Mesir ‘kebangkitan yang diberkati’

Dalam ucapannya, Qaradhawi mengucapkan syabas kepada rakyat Mesir di atas ‘kebangkitan yang diberkati’ bagi melawan suasana pincang yang mereka sudah lama bersabar.

Sekian lama mereka bersabar sedangkan mereka melihat pihak-pihak tertentu  merompak kekayaan negara dan menikmatinya, sedangkan mereka sebagai rakyat tidak memiliki sesuap makanan.

Qaradhawi menyifatkan kebangkitan rakyat Mesir sebagai kebangkitan yang aman tanpa menggunakan senjata yang bertujuan menuntut kehidupan yang mulia dan sesuap makanan halal, tetapi tiba-tiba dikejutkan dengan peluru hidup dari pasukan keselamatan yang menyebabkan kematian berpuluh-puluh nyawa.

Beliau menegaskan bahawa para demonstran yang sebenar tidak akan terlibat dalam perbuatan merompak harta benda awam, sambil menasihatkan mereka supaya “jangan sekali-kali kamu menghulurkan tangan kamu ke arah mana-mana harta milik institusi awam atau khas, kerana perbuatan itu adalah haram”.

Disamping itu, beliau turut melahirkan rasa bangga dan penghargaannya kepada tentera Mesir, sambil meminta pihak tentera melindungi Mesir pada masa-masa akan datang, tanpa masuk campur dalam soal pemerintahan, dan menyerahkan soal pemerintahan kepada rakyat bagi membolehkan Presiden baru Mesir dipilih melalui saluran demokrasi.

http://warisansemasa.blogspot.com

………………………………………………………………………………………………………..

Gambar Terkini… 5:45pm waktu Kaherah

Egyptian soldiers try to prevent anti-government demonstrators (L) from battling pro-government opponents (R) in Cairo's Tahrir square on February 03, 2011 on the 10th day of protests calling for the ouster of embattled President Hosni Mubarak.

Getty Images 14 minutes ago

Egyptian soldiers try to prevent anti-government demonstrators (L) from battling pro-government opponents (R) in Cairo’s Tahrir square on February 03, 2011 on the 10th day of protests calling for the ouster of embattled President Hosni Mubarak.

Egyptian anti-government demonstrators battle pro-government opponents (unseen) in Cairo's Tahrir square on February 03, 2011 on the 10th day of protests calling for the ouster of embattled President Hosni Mubarak.

Getty Images 13 minutes ago

Egyptian anti-government demonstrators battle pro-government opponents (unseen) in Cairo’s Tahrir square on February 03, 2011 on the 10th day of protests calling for the ouster of embattled President Hosni Mubarak.

Egyptian anti government protesters throw stones during clashes in downtown Cairo, Egypt, Thursday, Feb. 3, 2011. New clashes are heating up again and shots are being fired in the air around Cairo's central Tahrir Square as anti-government protesters push back regime supporters. The two sides are trading volleys of stone-throwing, but government backers are falling back and protesters are swarming onto a highway overpass from which their rivals had pelted them with stones and firebombs overnight.

AP Photo 2 hours ago

Egyptian anti government protesters throw stones during clashes in downtown Cairo, Egypt, Thursday, Feb. 3, 2011. New clashes are heating up again and shots are being fired in the air around Cairo’s central Tahrir Square as anti-government protesters push back regime supporters. The two sides are trading volleys of stone-throwing, but government backers are falling back and protesters are swarming onto a highway overpass from which their rivals had pelted them with stones and firebombs overnight.

 

Advertisements

Responses

  1. Ini satu kenyataan berani seorang ulamak yang dinobatkan sebagai Ketua Kesatuan Ulamak Sedunia. Ulamak ini telah melihat penderitaan rakyat yang ditindas bukan sahaja dibumi Mesir. kita percaya beliau juga telah melihat penindasan terhadap rakyat oleh pemimpin dinegara2 lain, khususnya orang2 Islam dinegara yang dikuasai pemimpin Islam termasuklah di Malaysia.

    Apakah kita percaya sekiranya situasi pemberontakan rakyat ini berlaku di Malaysia Syekh Yusuf AlQardawi akan turut mengeluarkan kenyataan yang sama seperti apa yang dinasihatkan nya kepada Mubarak?.

    Dari beberapa siri lawatannya ke Malaysia Syekh Yusuf tentu telah membaca atau mendapat laporan berhubung dengan sistem demokrasi tajaan SPR, rasuah, berkroni, penyiasatan SPRM dan Penghakimah mahkamah yang tempang.

    Sewajarnya nasihat Syekh Yusuf ini diambil Iktibar oleh semua pemimpin negara orang2 Islam.
    Beliau juga tentu terasa tercabar dan malu dengan keilmuan yang beliau miliki apabila pemimpin2 dinegara orang Islam ni seolah tidak bermaruah sebagai penganut Islam. Beliau tentu sudah lama sadar bahawa hasil dari tindakan dan perbuatan pemimpi2 Islam yang mendapat amanah kuasa dari rakyat tidak mampu menunjukan yang pengurusan mengikut ajaran Islam ini menjadi contoh kepada. negara2 kuffar.

    Sudah lama tentunya beliau kecewa bila negara Islam dirantau asia dan asia barat menjadi cemohan, diperkotak katikan oleh kuasa2 besar kuffar diancam dan diserang sesuka hati tanpa memperdulikan nasib rakyat marhein Islam yang lemah bagai sicacat yang tidak punya upaya kerana ditindas dan dibodohkan oleh pemimpin2 mereka hanya semata mata kerana tututan nafsu mengumpul kekayaan dan harta untuk kroni.
    Dengan kekayaan ini juga mereka berkemampuan membeli kuasa, menipu dengan kuasa, bahkan mereka mampu untuk membayar upah tambahan untuk kakitangan dan pegawai yang menjalankan penguatkuasaan untuk membelasah mendera rakyat yang coba bersuara dan membantah niat dan hasratrakus penyelewengan yang dibuat oleh mereka.

    Justeru itu keberanian Syekh Yusuf ini akan mendorong semangat rakyat menuntut keadilan merangkumi rakyat yang tertindas bukan saja di negara Aljazeera Arab bahkan dimana mana juga negara umat Islam.

    Namun begitu Syekh Yusuf juga telah meletakan diri batang tubuhnya diancam bahaya. Firaun itu tetap ujud disepanjang masa. Firaun adalah musuh kepada setiap yang hak dan kebenaran.

  2. bro n sis……

    Dlm masa Syiekh Qaradhawi mengherdik dan menasihati dengan tegas vs Diktator Mubarrak……..
    ada kumpulan ulamak sperti Shiekhul Al-Azhar Dr. Ahmad Tayyib yg dilantik sbg Syeikhul Azhar yg baru kelihatan segar mengampu rejim mubarak……..beliau jugak adalah bekas mufti Mesir sebelum dilantik sbg sheikhul Al-Azhar yg baru…………
    beliau mungkin terhutang budi ngan si mubarak nie yg melantik beliau sebagai naib censelor aka shiekh sesebuah universiti……..tu pasal kuat sangat mengampu tohhhhhhhhh……..

    ini lah fenomena yg telah….sedang dan akan terus berlaku dlm pentuan sikap terhadap dasar pemerintahan mana-mana kumpulan sekalipun…….tentu ada syaithan dan iblisnya…….

    suara Qaradhawi adalah suara dari hati nurani yg tidak berkepentingan apa-apa………….
    beliau adalah cermin kepada ketulusan berpaksikan ilmu yg dimiliki….beliau diakui seluruh dunia……….
    sepatunya mubarak peka dengan kehendak jutaan rakyat mesir yg maukan dia berundur….jugak peka dengan anjuran dan nasihat dari ulamak tersohor ini……….
    tetapi bila kuasa dianggap sebagai ‘ghanimah’ seperti kata al-Qaradhawi………..sampai ke lubang bewok pun mereka tidak akan lepaskan…………..

    ini lah ‘reality’ sebenar penguasa di lain-lain negara sekarang ini……..
    kuasa mereka adalah ‘ghanimah’ yg perlu dipertahankan……….
    dengan ‘kuasa’ ini laah mereka menginjak-injak rakyat jelata….menjarah ‘harta’ rakyat dsbnya…………
    di sini pun ada yg tak mau dengaq nasihat Al-Qaradhawi tu???….

  3. Al-Qaradhawi menyatakan Husni Mubarak tidak sedar, tidak faham, buta, pekak dan BODOH…

    Apa persamaan regim Mubarak-NDP di Mesir dengan regim M.Najis-BN di Malaysia..???

    SAMA AJE…!!!

    KAH…!!! KAH…!!! KAH…!!! KAH…!!!

  4. PEMIMPIN MANGKUK MANA MAU DENGAR KATA–KATA ULAMAK ? HARTA DUNIA,KUASA & TAMAK UNTUK TEMBOLOK SENDIRI & KRONI LA JAWABNYA !
    TAMBAH LAGI JIKA DARI SEKUTU APCO !

  5. Salam,

    Kalau nak letak jawatan
    Kemudian belah pi hidup negara lain
    Di bawah pelindungan suaka politik
    Rasa dirinya terhina la.
    Setan dok bisik.

    Ulamak yg. kerdil bisik
    Cuma minta ihsan sebesar zahrah saja
    Tak minta pon sebesaq songkok laboh
    Mau kah dia muhasabah diri memikirkan
    sebesar zahrah tu.

    Apabila warning sedemikian tak di endah
    Drpd. ramai yg. akan kehilangan nyawa
    Ada baiknya sacrifice sorang saja..
    Only need one bullet on Mubarrak head.
    “””awesome”””

    Rasakan kehinaan ke atas diri kamu
    ..akibat kebencian kamu terhadap
    ulamak yg. membawa kebenaran.
    Masa kamu dah sampai ke penghujong..
    Di sini bila lagi….u wait and c
    kun fayakun…Allah kata jadi..
    maka tiada sapa yg. dapat menghalangnya.

    wallahhualam……hidup ikhwan

  6. Assalamualaikum kepada sahabat-sahabat yang dihormati,..

    Ulama itu penunjuk jalan menuju yang diSembah, oleh itu mari kita sama-sama menghormati Ulama WarasatulAnbia dengan memangggil dengan ‘Gelaran yang baik’ jangan terus memanggil nama mereka. Kita memanggil ibu bapa kita dengan nama pun sudah dianggap biadap,…inikan pula penunjuk jalan menuju yang Maha Esa. Gelaran yang baik ini termasuklah Maulana, Yang Mulia Syeikh dan berbagai lagi..kerana apabila kita memuliakan orang yang alim (berilmu)…kita akan mudah mendapat hikmah dan rahmat dari Allah…. kerana kita memuliakan kekasih-NYA. wassalam. – sebutir batu-


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: