Posted by: pinkturtle2 | Februari 4, 2011

Rakyat Mesir yang terbunuh dalam tunjuk perasaan sebagai mati syahid – al-Qaradhawi

https://i0.wp.com/www.biyokulule.com/sawiro/sawirada_waaweyn/al-Qaradawi2_3.jpg

Saya mengucapkan syabas kepada para pemuda yang menyertai siri-siri demonstrasi di atas keberanian, kecekalan, kemahuan dan sikap tidak berganjak mereka daripada lokasi-lokasi demonstrasi. Saya katakan kepada mereka, samada kamu menjadi orang-orang yang mulia dan bahagia, atau kamu mati sebagai para syuhada – Syaikh Yusuf al-Qaradhawi

Al-Qaradhawi : Rakyat Mesir wajib turun ke jalan raya, peserta demonstrasi mati syahid!

Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Syaikh Yusuf al-Qaradhawi menyifatkan Presiden Mesir, Husni Mubarak sebagai ‘mula menyembelih rakyatnya sendiri’ selepas tercetusnya pertempuran berdarah antara penyokong presiden Mesir itu dan para peserta demonstrasi pada Rabu, 2 Februari 2011 di Medan Tahrir.

Beliau disifatkan sedemikian kerana pertempuran itu berlaku selepas 9 hari majoriti rakyat Mesir berdemonstrasi menuntut pengunduran Husni Mubarak daripada kerajaan.

Mubarak, menurut al-Qaradhawi lagi “telah mula menyembelih tanahairnya sendiri dan bertindak seperti tindakan Firaun serta menjadikan sebahagian rakyat Mesir berkuasa ke atas sebahagian yang lain”.

Syaikh al-Qaradhawi turut berdoa supaya Allah membebaskan rakyat Mesir daripada penderitaan mereka dan membebaskan mereka daripada ‘para taghut’.

Ketegasan dan kelantangan al-Qaradhawi

Ketegasan dan kelantangan Syaikh al-Qaradhawi berhubung situasi semasa di Mesir begitu terserlah apabila beliau, melalui stesen satelit al-Jazeera pada 2 Februari 2011, menegaskan adalah menjadi kemestian ke atas setiap rakyat Mesir menyertai ‘Perarakan Jutaan Umat’ yang akan diadakan pada jumaat depan.(4 Febuari 2010)

Perhimpunan tersebut yang akan diadakan bagi menguatkan tekanan ke atas Presiden Husni Mubarak, disifatkan oleh para peserta demonstrasi sebagai ‘Jumaat Pemutus’ yang merupakan kesinambungan kepada perarakan pada Jumaat lepas yang dinamakan sebagai‘Jumaat Kemarahan’.

Lebih daripada itu, Al-Qaradhawi yang tinggal dalam buangan di Qatar itu, menganggap bahawa “turun ke jalan raya khususnya hari Jumaat, untuk menyertai bantahan merupakan kewajipan syarak ke atas setiap yang mampu pergi ke tempat-tempat perhimpunan dan tidak ada keuzuran yang menghalangnya”.

Sehubungan itu, beliau menggesa para ulama al-Azhar dan lepasan universiti itu agar memimpin dan menyertai perarakan membantah kezaliman regim Husni Mubarak di seluruh Mesir.

Dalam ucapan yang ditujukan kepada Husni Mubarak, al-Qaradhawi memberi amaran kepada Presiden Mesir itu bahawa “kami akan menghadapi kamu dengan doa diwaktu sahur dan dengan setiap orang yang kusut rambutnya dan berdebu tubuh badannya yang jika dia berdoa kepada Allah, nescaya Allah akan memperkenankan doanya”.

Beliau merujuk kepada hadis Nabi s.a.w yang memperihalkan kewujudan sebilangan manusia yang sangat mustajab doanya, meskipun mereka pada zahirnya kusut masai rambutnya dan berdebu tubuh badannya.

Sebagi ingatan kepada Mubarak, al-Qaradhawi menegaskan bahawa “doa orang yang dizalimi akan diangkat oleh Allah melepasi awan dan akan dibukakan untuknya pintu-pintu langit sambil Dia berkata, “demi keagungan dan ketinggianKu, Aku akan menolongmu walau pun selepas beberapa ketika”.

Peserta demonstrasi yang terbunuh mati syahid

Di akhir ucapannya, al-Qaradhawi memperlihatkan sikap dan pandangannya berhubung rakyat Mesir yang menyertai demonstrasi membantah regim Mubarak dan kedudukan mereka yang terbunuh dalam demonstrasi tersebut pada pandangan syarak.

Dalam ucapan yang ditujukan kepada para pemuda yang menggerakkan demonstrasi di Mesir, al-Qaradhawi menyatakan, “saya mengucapkan syabas kepada para pemuda yang menyertai siri-siri demonstrasi di atas keberanian, kecekalan, kemahuan dan sikap tidak berganjak mereka daripada lokasi-lokasi demonstrasi. Saya katakan kepada mereka, samada kamu menjadi orang-orang yang mulia dan bahagia, atau kamu mati sebagai para syuhada’”.

Terdahulu, dalam perutusan khas, al-Qaradhawi di atas nama Kesatuan Ulama Islam Sedunia, memfatwakan bahawa rakyat Mesir yang terbunuh dalam tunjuk perasaan di Mesir sebagai mati syahid.

Asas kepada fatwa ini ialah hadis Nabi s.a.w yang bermaksud, “sebaik-baik orang-orang yang mati syahid ialah Hamzah r.a dan seorang lelaki yang pergi kepada pemimpin yang zalim, lantas menyuruhnya melakukan makruf dan menegahnya dari kemungkaran, lantas dia dibunuh”.

Perutusan ini disiarkan oleh laman rasmi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, iumsonline.net.

Difahami daripada fatwa ini, rakyat Mesir yang berdemonstrasi membantah regim Mubarak,  pada hakikatnya sama seperti seorang yang tampil membantah pemimpin yang zalim yang mengakibatkannya dibunuh, seperti yang disebutkan dalam hadis yang dinyatakan.

http://warisansemasa.blogspot.com


Responses

  1. satu kenyataan yg semua pemimpin dr seluruh dunia patut ambik pengajaran…hosni mubarak dh kaya dgn kuasa dia..80 billion..bkn utk rakyat pun..najib lak?

    • Najib kenai ka
      dengan al-Qaradhawi…???

  2. Asas kepada fatwa ini ialah hadis Nabi s.a.w yang bermaksud, “sebaik-baik orang-orang yang mati syahid ialah Hamzah r.a dan seorang lelaki yang pergi kepada pemimpin yang zalim, lantas menyuruhnya melakukan makruf dan menegahnya dari kemungkaran, lantas dia dibunuh”

    Nah!! mari kita lihat pula dari pandangan sisi kalaupun kita tidak mahu melihat dari pandangan arah depan.

    Kita lihat di Malaysia ini sendiri. Tidakkah apa yang disentuh oleh Syeikh Yusuf AlQardawi dalam ucapannya;
    Mubarak, menurut al-Qaradhawi lagi “telah mula menyembelih tanahairnya sendiri dan bertindak seperti tindakan Firaun serta menjadikan sebahagian rakyat Mesir berkuasa ke atas sebahagian yang lain”

    Fenomena menggunakan kuasa untuk menindas rakyat telah lama ujud seusia dengan anak angkat Tun M yang diambil dari orang bukit dari Afghanistan. Pencabulan kepada undang dan mahkamah telah hampir membunuh karier politik bekas Timbalannya sendiri.
    Sejak itu pendedahan demi pendedahan salah guna kuasa, salah guna dana, harta dan apa juga sumber yang mengkayakan pemimpin telah disungkit kemata rakyat.

    Dalam waktu yang sama, sekiranya Islam umpama jasad dan bisa bersuara, pastinya kecewa kerana ada pemimpin gerombolan yang tidak punya rasa apa2. mempersenda agama dan hukumnya, yang mana kita tidak pula mendengar Mubarak membuat seperti mereka, walaupun Mubarak juga menahan pemimpin gerakan Islam yang persisnya sama apa yang dibuat oleh kerajaan Malaysia.

    Ianya tidak berakhir disitu. Kesinambungan menurunkan kuasa dari berhala besar yang bernama Umno kepada pengganti Abdullah dan Najib tetap diteruskan tanpa memperduli penat jerih rakyat marhein yang dipaksakan menanggung beban sara hidup yang menjerat leher dan merih rakyat.
    Ya! pada zahirnya nampak persis tidak nampak impak apa apa. Alasannya gerombolan dari berhala besar masih tetap mendapat dokongan dalam PRU yang lalu dan setiap kali PRK kerap didakan disebabkan kekojolan. Kankah ini sebagai buktinya!.

    Soalnya sekarang, apakah gerombolan dari berhala besar yang memiliki segalanya sanggup berkata didepan tuhan yang mereka nihil menyuapi rakyat mengugut dan memaksa secara bunian kepada rakyat yang menjadi pemilih dipilihanraya, hanya mendambakan kuasa. Setelah mendapatnya, gigil ketawa gerombolan sambung menyambung sambil berkata ” Pergi mampus dengan rakyat, yang mutlaknya kita telah mendapat kuasa”. Sementara yang kuat melalak, mereka yang menjadi oposisi yang berhempas pulas nak merebutkan kuasa.

    Jadi, kita ingin mendengar apa pula bakal diucapkan oleh AlQardawi sekiranya rakyat yang mederita bangun menuntut perkara yang sama?.
    Syahidkah mereka?
    Semoga Allah memberi pertunjuk kepada pemimpin dan rakyat Malaysia supaya mengubah dari yang salah kepada yang benar dan mendapat redha dari Allah subhanahuwataala…..

  3. Harus diingat,

    yang mati syahid seperti yang dimaksudkan al-Qaradhawi
    adalah protester yang anti-Mubarak sahaja.

    Yang pro-mubarak, buat provokasi kat Tahrir Square,
    pastu “MAMPOOSSS”…

    tu namanya MATI KATAK….!!!!

    KAH…!!! KAH…!!! KAH…!!! KAH…!!!

  4. D.S. Najib baru memerintah x sampai 5 tahun.
    apahal dgn n.ajis yg dah lebih 20 thn.
    patut digulingkan aje

    • Meski pun 3 tahun Najib memerintah tetapi ia mewarisi dari genetik “Berhala besar”. Berselingkuh dengan mereka yang terdahulu. Mewarisi keangkuhan, kesombongn dan kezaliman yang sama. Mereka2 ini adalah genetik yang menghina agama sendiri. Mengikut kaedah Islam mereka ini mesti ditentang.

      “Hadis Nabi s.a.w yang bermaksud, “sebaik-baik orang-orang yang mati syahid ialah Hamzah r.a dan seorang lelaki yang pergi kepada pemimpin yang zalim, lantas menyuruhnya melakukan makruf dan menegahnya dari kemungkaran, lantas dia dibunuh”.

      Kalau dikatakan kerajaan UBN ini hanya ditentang oleh penyokong PR sahaja yang saban waktu yang terluang membuat demonstrasi kerajaan berhala besar Najib yang baru berusia 3 tahun.
      Maka kita cabar rakyat Kelantan yang menyokong “berhala besar” turun ke Wisma negeri himpun seramai penyokong PR, turun berdemonstrasi minta TGNA turun dari kerusi MB yang telah 20 tahun lamanya memerintah Kelantan.

      Sila dedahkan berapa banyak duit rakyat Kelantan yang dibaham oleh TGNA.
      Tunjukan kezaliman TGNA terhadap rakyat Kelantan yang Pro gerombolan.

      Kenapa SPRM yang menyiasat kes2 kerajaan Kelantan tidak melansungkan
      dakwaan yang diheboh2kan. Mereka ini berkuasa mengujudkan dan merekacipta bukti menuduh TGNA salahguna kuasa. Buat lah biarpun untuk fitnah…. Kenapa mereka takut dengan Allah?. Sedangkan pemimpin Utama mereka tetap berani menghina agama Allah.

      Sebutkan askar dan polis mana yang TGNA gunakan untuk mempertahankan kuasanya. Sehingga ini yang melalak adalah katak2 dan pencacai gerombolan yang muflis isu dan politik bersuara melalui akhbar akhbar, media letronik milik gerombolan dan penulis blog upahan.

      Begini sajalah.. walaupun kamu menyorok dibawah Nicname —– yang tidak diketahui tetapi Allah tetap a’lam dan Allah akan tetap melaknat kepada mereka yang zalim dan yang menyokong kezaliman….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: