Posted by: pinkturtle2 | Februari 5, 2011

My husband has been arrested!

At the anti-Mubarak rally in front of the US embassy … The woman in the middle is distraught that her husband had been detained by the police for participating in the anti-Mubarak demonstration.Malaysiakini

…………………………………………………………………………………………..

Pelajar akan dihantar pulang berperingkat-peringkat

05/02/2011 11:21am

JEDDAH 5 Feb. – Kumpulan pelajar Malaysia yang berjaya dibawa keluar dari Kaherah, Mesir ke sini akan dihantar pulang ke tanah air secara berperingkat-peringkat bermula hari ini.

Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Datuk Mohd Hidayat Abdul Hamid berkata, keutamaan akan diberi kepada pasangan suami isteri yang mempunyai anak kecil, mereka yang uzur, wanita dan mereka yang sakit.

“Buat masa ini, keutamaan kita (ialah) pada mereka yang uzur dan yang memerlukan perhatian yang sewajarnya. Kita akan mengambil tindakan yang sebaik mungkin untuk memastikan kebajikan pelajar yang ada anak kecil (dan) uzur akan dihantar pulang dengan segera.

“Insya-Allah akan bermula esok (Sabtu) penghantaran pulang pelajar ke Malaysia,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini pada Jumaat.

Pada masa yang sama, beliau meminta semua ibu bapa dan keluarga pelajar supaya bersabar menunggu kepulangan anak masing-masing.

Sementara itu, beliau berkata, sehingga pukul 9.20 malam waktu tempatan (2.20 pagi waktu Malaysia), seramai 1,036 pelajar telah berjaya dibawa keluar dari Kaherah oleh pesawat milik Penerbangan Malaysia (MAS) Boeing 747 serta AirAsia dan kini ditempatkan di pusat transit Madinatul Hujaj di sini. – Bernama


Responses

  1. Apa yg disoalkan suaminya telah ditangkap polis?
    Mereka telah ditankap kerana merusuh dgn membaling botol dan barang2 keras ke arah polis!
    Buat salah tak mengaku. Bila ditangkap buat bising pulak!

  2. dah kena tangkap baru nak menangis
    masa nak demo x pikir sume tu
    penjarakan aje
    biar x menyusahkan rakyat yg lain


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: