Posted by: pinkturtle2 | Februari 15, 2011

Aku berbangga punyai Raja dan Menteri Besar yang menjunjung Islam

Aku berbangga jadi anak Kelantan.
Aku berbangga punyai Raja yang berjiwa rakyat.
Aku berbangga punyai Menteri Besar yang menjunjung Islam.

Jika ditanya apakah kelebihan Kelantan. Maka dengan yakin aku akan menjawab, “kelebihan di Kelantan adalah kerana mempunyai peminpin yang adil dan meletakkan Islam ditempat yang tinggi.

Tok Guru Nik Aziz adalh Menteri Besar Kelantan yang ke-5 yang merupakan kesayangan rakyat Kelantan. Rakyat Kelantan begitu bertuah kerana ALLAH swt telah mengurniakan seorang Ulamak dan menjadi peminpin rakyat Kelantan. Tok Guru seorang yang cintakan ilmu dan setiap hari jumaat jika tiada urusan, beliau akan bersama rakyat pada pagi jumaat untuk menyebarkan ilmu agama yang ada padanya. Dimana lagi hendak dicari Menteri Besar setiap minggu pada hari cuti sanggup berjumpa rakyat semata-mata untuk memberi tazkirah kepada rakyat. ( kini ia menjadi ikutan para pimpinan Pas yang lain)

Tok Guru Nik Aziz dianggap hero oleh masyarakat kelantan kerana telah banyak mengubah negeri Kelantan yang dulunya dianggap negeri “Gedebey”.

Kini negeri Kelantan dianggap gedung ilmu agama dimana banyak pelajar mesir (al-azhar) Malaysia adalah datangnya daripada rakyat Kelantan. Kuliah tok guru pada pagi jumaat juga tidak pernah mendapat kedatangan yang mengecewakan bahkan ada yang dari jauh datang ke Medan Ilmu semata-mata unutk mendengar kuliah tok guru.

Alhamdulillah.

Ampun tuanku,.

Kami rakyat Kelantan juga begitu berbangga kerana mempunyai raja seperti Sultan Muhammad Ke-V yang berjiwa rakyat. Kami juga berbangga kerana punyai sultan yang sentiasa bersama rakyat.

Dan yang paling kami bangga dan gembira bila melihat hubungan tok guru nik aziz dan sultan begitu rapat. Betapa bangganya kami rakyat Kelantan kerana mempunyai 2 superhero ini.

2 superhero ini dilihat bersama ketika Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Kelantan. Sultan Muhammad Ke-V yang tiba ketika waktu magrib terus tergesa-gesa masuk masjid dan bersembahyang sunat sebelum berjemaah solat magrib bersama para pimpinan kerajaan Kelantan dan juga bersama rakyat.

Alhamdulillah, doa rakyat,semoga 2 Superhero di Kelantan ini dikurniakan kesihatan yang baik dan diberkati ALLAH swt.

……………………………….

terime kasih adk jemin hassan http://jeminghassan.blogspot.com


Responses

  1. Salam 1Malaysia aka
    Salam TGNA suka.

    Jangan tulih laghu tu.
    Tak baik.
    Islam bukang untuk dibanggakan.
    Islam adalah cara hidup.

    Raja dan MB negeri2 lain pon.
    Islam jugak.

    Coma, kita hairan jugak.
    TGNA kata, banyak tandas2 masjid di Kelate.
    Kotoq.

    Lagi menghairankan.
    Orang Kelate ada tulih.
    Serambi Mekah seiring dengan Serambi Golok.
    Serambi laghu mana.

    Sekadaq jangan bangga.

    • kepala hotak hang cakap ikut sedap mulut je..

  2. Yang baik kita terima ,yg.buruk pada kita pun, kita terpaksa terima,kerana Raja dan rakyat tidak bole di pisahkan jua.

    Jgn bila Raja hampir hampir sama dgn kehendak dan keinginan kita, kita puji tanpa contra.,sebaliknya bila Raja menyanggah kehendak dan keinginan, kita menganggap Baginda buta dgn kehendak rakyat jelata nya.

    Tanpa Raja (Sultan) Melayu akan hilang tonggak kekuatan seri , nilai peradaban budaya dan resam nya.

    Pasal Tandas kotor,bukan salah Pemimpin nya, tapi kerana bebal Ilmu yg.di ajar hanya di jadikan hiasan bukan amalan hidup yg.sepatutnya.

    Manakala Golok di Serambi Mekah,tidak ada yg.pelik nya, kerana Iblis syaitan serta tenteranya ada di mana mana,mungkin ini perbuatan sabotaj dari kalangan org.yg.tak suka Tuan Guru menjadi MB di sana.,.

    Begitu lah pendapat Gua.,

    Jgn Maree.

  3. Assalamualaikum,

    SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN DARI ALLAH DUNIA DAN AKHIRAT

    LAMAN DAKWAH
    http://www.almuttaqin.tv/
    http://www.terengganukini.net/v2/
    http://www.mymaktabaty.com/

  4. ” Taatlah kepada Allah, taatlah kepada rasul dan taatlah kepada penguasa yang dipilih dikalangan mereka” Begitulah maksud sepotong ayat alQuran yang serinkali dibaca dan dicanang oleh para dai’e dan pendakwah dari pihak pemerintah.
    Pelebong yang gemar membaca ayat ini selalu mengkaitkan dengan pemimpin kerajaan yang sedang berkuasa dan digandingkan dengan sultan raja2 melayu yang bementeri besarkan MB Umno..
    Mereka memilih dalil alquran dengan maksud taat kepada pemerintah sebagai dalil, Allah memilih dan redha bahawa pemimpin ini mesti ditaati tanpa menghabiskan maksud ayat yang bersambung erti” Selagimana pemimpin itu taat kepada Allah dan taat apa yang disunnahkan kepada rasul”. Yang ini tidak diperjelaskan kepada rakyat dan pendengar. Kenapa?.

    Sebenarnya ketakutan dan kebimbangan mereka yang memetik ayat ini dengan tujuan memanipulasikan maksud ayat ini mereka tahu sebagai satu dosa kerana mereka juga tahu, bagaimana kehidupan sebenar para MB Umno dan kehidupan sesetengah makhluk yang bernama sultan itu sendiri. Mereka membuat seruan itu, bukan atas dasar akhlak dan iman para pemimpin Umno, tetapi mereka bergagah gagah menentang arus iman mereka sendiri kerana wang dan pangkat…

    Kita ingin bertanya siapakah pula mereka ini mengikut pandangan Islam dan AlQuran?. Salahkah jika kita berkata mereka bukan bernabikan Muhammad s.a.w tetapi merekalah pengikut Abdullah bin Ubai bin Salul…..

    Sekarang kita ingin menyeru dan mencabar kepada golongan ini. Sila buat kenyataan baik secara penulisan dan ucapan. Tulislah.. dan katalah dengan lidah kamu semua, bahawa TGNA telah membawa ajaran yang salah dan menyesatkan baik kepada sultan Muhammad ke V, rakyat yang menyokong beliau, ahli2 Pas yang berpihak kepada beliau dan penyokong kepada gerakan Islam yang dipimpin oleh beliau. Katakan dan sebarkan dalam media anda pembawaan Islam TGNA ini tidak berlandaskan kepada AlQuran dan hadith.. Nah ini dalil dan nasnya…. katakan! Tulislah!… paparkan dalam media anda.

    Yang terbaiknya heret saja TGNA kemahkamah pengadilan syari’ah, buat dakwaan terbuka, tunjukan perkara, percakapan, tulisan dan perbuatan TGNA yang bercanggah dan terkeluar dari landasan Islam dan AlQuran. Tidak perlu apa yang nak ditakutkan, anda ada ulamak yang diletakan diberbagai2 institiusi bertaraf mufti dan professor bersemenda pula dengan pemimpin Umno yang memerintah dan berkuasa. Apa perlu takut!!

    Dalam mahkamah ini anda boleh berhujah dengan TGNA, patahkan hujahnya sehingga terkelepok lembik. Bukankah dengan sendirinya rakyat akan melihat beliau tersungkur, dengan itu pengaruhnya akan hilang berterbangan dengan air liur para ilmuan dan ulamak Umno. Kemudian Umno boleh mendabik dada merekalah pejuang sejati agama dan bangsa… Kan kah begitu lebih baik?

    Barulah para ilmuan dan ulamak Umno tidak dikatakan pengikut Abdullah bin Ubai bin Salul…… Tak caya cubalah dakwa TGNA dibawah enakmen syaria’h sama seperti dakwaan kepada Hassan harimau atau rasul melayu.

    • Salam Kucing Kota.

      Hang yang bagi tau.
      Yang hang dok tolong ambik.
      Ambik saja, tak cukup.
      Hang kena baca.

      Kalau dulu, hang dok baca.
      Hang lebih hebat.
      Lebih hebat dari TGNA.

      Dan kalau hang duduk sebelah.
      Yang Di Pertua Pulau Pinang.
      Hang tentu nampak hebat.

      Saja nak bagitau lah.
      Hang pon tau.

  5. salam maulidul rasul juga…

    wa tertarik hati dengan tajuk di atas. wa pun rujuk dan bacalah wikipedia tentang sejarah kelantan sejak awal abad ke 15…..ceritanya panjang sejak asal-usul kelantan sampailah ke salasilah kesultanan…..sistem pentadbiran…..siam….inggeris….jepun…. inggeris balik…..tahun 1948…..dan merdeka 1957. wow! fantastik memang hebat.

    nanti wa nak baca juga sejarah kelantan moden….hingga sekarang.

    sejarah kelantan tak boleh dipisahkan dengan sejarah islam di pathani, siam.

    tu sebab kita kena mengaji sejarah….bererti mengetahui fakta yang se BETUL bukan BOTOL.

    insaf sorang2 di belakang pintu…

  6. Salam 1Malaysia aka
    Salam TGNA pon suka.

    TG patut dah pencen 10 tahun yang lalu.
    Rasanya.
    TG tak berkesan sebagai MB.
    TG lebih berkesan sebagai pendakwah.

    Kita rasa hebat.
    Kalau Husam besila sebelah tuanku.

    Apa pandangan sahabat2 kita.
    Kucing Kota.
    nasik kandaq.
    great chief.

    Saja nak tanya lah.

    • Salam BT,

      Kita baca tawarikh.
      Nabi saw wafat di ganti dgn Saidina Abu Bakar
      (bukan BURN)
      wafatnya Abu Bakar di ganti Saidina Umar
      Wafatnya Umar di ganti Osman dan seteerusnyaz Ali r.a

      Tak tau la sejarah kata apa pulak…
      Kita elok tunggu beliau wafat lah..
      molek sokmo….

  7. bro n sis…….

    budak tadika menulis……..

    “Tak baik.
    Islam bukang untuk dibanggakan.
    Islam adalah cara hidup” ………….

    coba hangpa perati elok-elok….apa yg budak nie bercakap
    bercakap apa lagu nie? nie……..
    cakap orang sasau saja lagu nie……..
    orang bengong saja cakap dan paham lagu tu…..

    kalau dah Islam sebagai cara hidup….
    pasai apa tak boleh bangga dgn cara hidup Islam tu???………
    pasai apa tak mau berbangga ngan pimpinan Islam???…….
    seorang Islam apakah yg mcm tu???……
    seorang melayu Islam bukan berbangga dgn ‘ketuanan’ melayu??….pasai yg menjadi ‘tuan’ kepada manusia semua adalah ISLAM itu yg senarnya……….

    Umar al-Khattab ra….mengatakan: “Kita adalah umat yang telah Allah Subhaanahu Wa Ta’alaa berikan kemuliaan dengan Islam, maka bagaimanapun cara kita mencari kemuliaan tanpa Islam maka Allah akan tetap menjadikannya sebagai kehinaan”…….

    pasai tu umat Islam sekarang teramat ‘hina’ di mata bukan Islam………kerana Allah telah menarik ‘haibah’ atau kehaebatan dari diri mereka…….pasainya ada orang Islam yang berprasangka mcm budak di atas tu………
    cakap saja Islam sebagai cara hidup……..realitinya malu nak berbangga dengan Islam tu sendiri….nak berbangga dgn Islam pun takut dan bimbang……..takut hilang ‘ketuanan’ asai usul dia……….
    cakap yg mcm nie…..diukur dari sudut akidah ada bahaya dia…..
    jadi tolong beringat sikit………

    kita akan jadi bangga bila orang amerika masuk islam…‎ Mengapa??
    kita cukup berbangga beragama islam……
    mengapa???
    mengapa barat terlalu memusuhi Islam???…….
    mengapa??…….
    kerana Islam adalah kemuliaan….ketinggian…..
    kerana Islam boleh menjadi ‘tsunami’ kpd mereka….
    mereka terlalu takut kalau orang Islam kuat……..
    kuat dlm erti kata bilamana mereka ‘komited’ dgn seluruh sendi ajaran Islam……….
    kuat dlm erti kata ada orang-orang yg seperti TGNA yg di dampingi oleh umara’ yg juga ‘komited’ dgn kesungguhan beragama seperti yg dipaparkan di atas……

    sentiasalah berbangga dengan Islam……..
    Islam adalah nikmat paling berharga yg Allah Taala kurniakan kpd mereka yg dikehendakiNya……………

    • Pasai tu Kucing selalu menyaran kat bt dan mangkuk2 yang sewaktu dengannya, khatam baca muqaddam bagi faham dulu pastue rajin2 pi kekulliyah di masjid yang akatif dengan majlis ilmu. Kemdian baru mai berkomen….

      Takpalah… kita tunggulah sampai dia pandai….

      • Salam Kucing Kota.

        Hang bagi tau.
        Dulu hang dok tolong2 ambik.
        Kat Acheen Street.
        Tapi hang tak baca.
        Kalau hang ambik dan hang baca sungguh2.
        Hang tak kang jadi begini.
        Dok merayau rayau.
        Dok melilau lilau.
        Dok cari.

        Sekadaq hang taulah, apa yg hang cari.

    • Salam nasik kandaq.

      Payah betoi lah dengan hang sorang ni.
      Mentang2 hang ada pengandaq.
      Kalau Kucing Kota letak otak di lutut.
      Takkang hang pulak.
      Letak otak di pengandaq.

      Coba hang ganti berbangga tu dengan.
      Bersyukuq.
      Tentu comel tentu cantik.
      Bunyi.
      Aku bersyukuq punyai……………………………….Islam.

      Lain kali, hang belajaq lah.
      Buka2 kamus sikit.
      Jangan jadi Kucing Kota.
      Dia tolong ambik saja.
      Bacanya tidak.
      Sekarang apa dah jadi.
      Sikit2.
      Merayau melilau mencari.

      Sekadaq hang pon tahu apa yang dicari.

  8. Dah nama pun BUDAK TADIKA kan, paham paham aje laaa…
    OTAK penuh KEPALA.
    Tapi……
    AKAL tak CUKUP SEMPURNA lagi.

    • Baguis sungguh mu, Dollah.
      Mu pandai, mu tau.
      Otak penuh kepala.
      Tapi, ada tapi.
      Pulak.
      TGNA pon, tak suka mu.

      Sekadaq mu lawan Halimah Jongan.

  9. assalamualaikum GC,KK, NK n sahabat semua.. biasa lar NK.. nama pun BUDAK sabit tu dia dok tulis merapu meraban coz dia sendiri tak paham apa yg dia tulis.. aku ingat kalu dia akil baligh pun dia still mcm tu tak paham apa yg di tulis.. tak pun di sengaja bodoh kan diri dia.. janji masyukkkkkkkkkkk.. dasar otak jamban!

    • salam lejas.

      kalau dia akil baligh.
      dia ok.
      seropa yang great chief suka.
      tegang.

      tapi, hang.
      lejas (lemah jasmani)
      ada ada, tapi tak leh guna.

      sekadaq seropa teka teki pulak.

  10. Apa pun ambo banggo jadi rakyat kelate….peduli apa ore nak cakap!ambo pendokong Islam dunia akhirat….bangga jadi rakyat kelate tak semestinya taksub kpd kepimpinan MB&Sultan tapi hakikatnya dah ambo ore kelate yang MBnya TGNA memperjuangkan Islam…tulah ambo bangga…sebab ambo ore Islam…wakpo tak perlu bangga sedangkan pemerintah adalah pendokong Islam…

  11. Aku ulang skali lagi apa yang aku pernah tulih pasai Kelantan…

    ” Kawe buke ore Kelate”
    Tapi “kawe” sokong Tg Faris jadi sultan Kelatan.

    Tambah sket lagi…

    “Ambo” sokong sangat Nik Aziz jadi MB Kelantan…!!!

  12. Salam 1Malaysia aka
    Salam TGNA pon suka.

    Kita silap teknikal.
    Kita tak leh kata hebat.
    Kita kena kata comel.

    Comel lah.
    Comel sungguh.
    Kalau lah.
    Husam duduk sebelah tuanku.

    Cantik lah.
    Cantik sungguh.
    Kalau lah.
    TGNA pencen selalu.

    nk, KK dan gc.
    Faham ka, perkataan selalu tu.
    Kalau tak faham.
    Tanyalah Tggnu sokmo.

    Sekadaq TG kena pencen selalu.

  13. kah kah kah……

    budak tadika pulun jawab sungguhhhhhh…..
    ‘rating’ komentar naik menyucuk………
    pasai sorang dia saja bikin gamat……..
    hang jenoh tiup laa ‘benang’ tu bagi keringggggggg……

    ada sorang ‘orang tua’ kata…..dia menulis dlm kolum dia….
    aku rasa dia nie geng hang laa bt……..
    dia kata apa hang tau???……….
    dia kata dlm nada menyoal…….
    “Apakah Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah tidak berjasa kepada Islam apabila dia membina Masjid Dhirar?……..

    “kitsiang” laa kat depa pasai tak kenai sapa tu Abdullah bin Ubay………
    ”kasiaaaaaannnnnnnnn jugak laa pasai tak kenai menatang apa tu mesjid dhirar……..

    kah kah kah……………

    • Salam NK,

      Budak2 rheti nenulih ka.
      Nampak macam tongtiang saja.

      Satu lagi boleh bangga dgn. kelate ni
      Semua rakyat ghoyak kelate.
      Cina kalau dia ghoyak…
      Budak2 boleh nga-nga…
      Lalat hijau masuk mulut.

  14. yaaa.. aku bangga juga..

  15. Senarai Program-program Sambutan Maulidrasul : facebook.com/pages/PONDOK-HABIB/295419981998

  16. Walaupun banyak pihak berniat meruntuhkan keagongan Islam di Kelantan, namun kuasa Allah SWT mengatasi segala-galanya. Maka Allah SWT mengutuskan dua Insan Mulia ini, memelihara Kesucian Islam Di Negeri Kelantan Darul Naim. Tidak mustahil 10 tahun akan datang semua MB dan Raja seluruh Malaysia akan berubah seperti mana yang anda lihat sekarang. Amin Ya Rabbal Alamin.

  17. Salam.

    Sukusakat nasik kandaq, Kucing Kota, great chief.
    Jangan salah faham.
    Kena faham.

    Ramai yang hormat dan sayang.
    Pada TGNA.
    Termasuklah kita.

    Tapi, hakikatnya kita kena terima.
    TGNA lebih produktif.
    Sebagai seorang TG dan Ulamak.
    Bukang sebagai MB dan Mursyid PAS.
    Biaqlah orang lain, jadi MB.
    Biaqlah orang lain, jadi Mursyid parti.

    Seharusnya TGNA bebas dari berpolitik berparti.
    TGNA bebas.
    Yang betoi, tetap betoi.
    Yang salah, tetap salah.
    Berdakwahlah ke hulu ke hilir.

    Tetapi, sayangnya ramai pemimpin ada kelemahan yang satu.
    TGNA tidak terkecuali.
    Kelemahan di pengaruhi orang2 di sekeliling.
    Termasuklah sahabat handai, rakan taulan, sanak saudara.
    Yang terus meminta dan menggalakkan TGNA.
    Supaya tidak bersara.

    Di umuq yang sudah lanjut.
    TGNA seharusnya sudah minum2 teh.
    Dengan mufti2 dan bekas2 mufti.
    Dengan ulamak2 lain dan ustaz2.
    Mencari jalan dan berikhtiaq.
    Mengukuhkan kesatuan orang Islam.

    Dalam keadaan sekarang.
    Dalam keadaan TGNA terus berkecimpung dalam politik.
    Hasilnya orang2 Islam Malaysia berpecah belah.
    Malah dalam PAS pun, berpecah belah.
    Jadi, apalah faedahnya.

    Anak2nya seharusnya boleh menasihati ayah mereka.

    Sekadaq satu pandangan yang ikhlas.

    • Pendangan yang cukup saghal dan bahlul.

      Yang membawa Islam Rasululah dan rasul2 sebelumnya. Islam itu intipatinya ialah segala Ilmu. Yang menyimpan ilmu Islam para sahabat dan ulamak yang mendapat didikan secara terus dari Rasulullah dan para sahabat.
      Kelansungan Ilmu islam berkesinambungan dari masa kesemasa.

      Sebagai ketua negara. Rasululah mengurus negara Islam Makkah dan Madinah mengikut Ilmu Islam yang diwahyukan dari Allah mengikut firman yang termaktub dalam AlQuran. Alquran itulah perlembagaan negara Makkah dan Madinah.
      Para sahabat yang dilantik menjadi khalifah tidak menukar perlembagaan Alquran ini, sebab ini perintah Allah pada sekelian mukminin.

      Mangkuk balang tandas diatas ini, tidak suka TGNA membawa Islam dan perlembagaannya untuk dilaksanakan dinegara orang Islam Malaysia ini. Alasannya kerana usia TGNA sudah lanjut. Lanjut usia ini menghukum TGNA tak boleh lagi berpolitik. Ertinya politik tak ada kena mengena dengan Ilmu Islam TGNA. Hayat perjuangan Islam TGNA kena tamat. Ulamak tak boleh jadi MB ketua sebuah kerajaan.
      TGNA tak boleh ikut contoh Rasululah dan para sahabat yang menjadi khalifah. TGNA lebih produktif jadi ulamak.

      Inilah bentuk kefahaman Islam budak tongong yang mengenal Islam hanya mengikut panduan buku pengetahuan Islam untuk budak2 tadika.
      Sebab tu.. Kucing suroh dia mengaji sampai khatam muqaddam dulu… dah naik tingkatan baca sirah Nabi2, bila sampai sambung masuk IPT baru baca tafsiran Alquran dan kitab2 Ilmu Islam yang membicarakan kenapa muslim mukmin wajib berjuang mendaulatkan negara Islam dan Alquran sebagai Perlembagaan.

      Toksah dok kata pandangan ikhlas hang yang menyesatkan diri sendiri tuu… Nasib bail Lord Reid dah tak masuk blog ni lagi… Tidak teroklah budak tadika ni dikapiaqkannya…..

      • Salam Kucing Kota.

        Hang tak bagi salam pon.
        Kita bagi salam jugak kat hang.

        Bukang apa.
        Kita teringat, hang kata, dulu2.
        Hang dok ambik kat Acheen Street.
        Tentu, kalau hang tak baca pon.
        Bau-baunya ada jugak.
        Maklumlah di situ.
        Ramai sheikh2 bukang syeikh2.

        Kitsiang jugak kat.
        Kalau hang ada ilmu pon.
        Dah cair.
        Sebab hang suka pulak dengan bahlul.
        Ada ikutCeramah al bahalul.
        Sekarang.
        Kucing Kota al bahlul.
        Beza ejaannya saja.
        Makna sama saja.

        Sekadaq kitsiang kat TGNA.
        Ada penyokong seropa hang.

    • bro n sis………
      awat laa budak tempoyak nie bengap sangat….
      dia nie mengaji mana nie???……
      coba hangpa perati tengok apa kebende yg dia dok merepet meghapu toh……

      1….”Di umuq yang sudah lanjut.
      TGNA seharusnya sudah minum2 teh.
      Dengan mufti2 dan bekas2 mufti.
      Dengan ulamak2 lain dan ustaz2.
      Mencari jalan dan berikhtiaq.
      Mengukuhkan kesatuan orang Islam”………

      ….budak-budak dok pikiaq standard tok guru nie…bila dah tua dok bersantai mcm puak-puak umngok gamaknya….pakat berimpun dok pekena teh tarik…dok menyembang kosong kedai kopi…..apa punya ngokl pikiaq mcm nie………
      kesatuan orang Islam mana yg tak kukuh???……
      kesatuan orang Islam yg berpaling dari ajaran Islam…memang laa tak kukuh…tapi penuh kesumat dan kian rapoh……….
      hang tau sendiri laa Bt oiiii puak mana toh???………
      puak yg ‘mengaku’ Islam saja…….tapi dok buat keroja lain……..dok menipu…dok becakap putaq belit….dok petenah orang….dok rembat projek……..dok mentekedarah benda-benda tak senonoh….dok dedah sana dedah sini…dok joli sana joli sini….. mcm-mcm lagi laa………
      lepaih tu nak buat perpaduang???……..perpaduang kepala toya apa lagu tu………

      perjuangan untuk Islam tak ada had umuq laa bt oiiiiii……
      Nabi Nuh as pun lagi lama berjuang………seribu tahun lebih……….
      hang jng susah hati laa bt oiiiii……tok guru tak rasa penat pun bila berjuang ataih nama Islam…….yg dok lorat tu hang saja…….pasai hang bukan berjuang pun…….kah kah kah

      2…..”Dalam keadaan TGNA terus berkecimpung dalam politik.
      Hasilnya orang2 Islam Malaysia berpecah belah”……

      ……nampaknya hang nie bengong sejarah…….
      perpecahan umat islam di malaya adalah suatu realiti hasil dari adu domba yg berterusan kumpulan ‘sarkis’ untuk menunjangi ‘kekuasaan’ yg memungkinkan mereka lebih mencengkam ‘kebendaan’ yg terdampar di depan mata mereka………
      kerakusan ini lah yg menjadikan mereka tidak pernah ikhlas mencari ‘the total unity’ dlm erti kata sebenaqnya………..
      nak padu mcm mana kalau ‘hak’ rakyat pun diperkotak katikan…….mcm peruntukan SAR yg ditarik dulu toh…..tu contoh kecik saja toh……..
      peruntukan yg termaktub dlm perjanjian pun dah jadi mcm perjanjian hudaibiah saja………..depa tak perenah patuh pun…mcm royalti minyak toh…….alih-alih jadi wang ‘ihsan’……..ihsan kat sapa pun tak tau laa…….
      kadang-kadang sama-sama pual sarkis pun dok bertokak hang aku……..kah kah kah…..lepaih nak cakap pasai perpaduang??????……kah kah kah…..

      …..selagi umat yg mengaku Islam kat mehsia nie….. wajib semua kembali kepada ajaran al-Quran dan as-Sunnah…… perpaduan ummah dapat dipupuk oleh semua bangsa dan suku kaum dalam satu aqidah……….

      kalau apa yg Islam bagi tau…..ada lagi yg tak mau ambik dan buat…….jngn mimpi laa nak berpadu…….
      kita boleh berpadu hanya melalui amali Islam yg total…..sekali pun terhadap bukan Islam…….
      keadilan Islam akan terpencar dan terpancar kepada semua………..

      see u…..

      • Salam nasik kandaq.

        Hang pon seropa, jugak.
        Kalau nasik kandaq belacan Tg Tokong.
        Tak laku.
        Jangan marah kat tempoyak.
        Sebab belacan yang hang guna tu.
        Bukang Islam yang buat.
        Sebelum dibungkus, banyaklah anjing2.
        Dok ronda2.
        Kadang tikus2 pon dok kencing2 waktu malam.
        Tu sebabnya.
        Kucing Kota pon takut kat tikus.
        Yang suka makang pon, great chief.
        Dia, selinap semacam tapi pelan pelan.

        Hang ni, tulih.
        Kadang2 ok, kadang2 tak ok.
        Hang pon sama Kucing Kota.
        Dok cari2, nak cut n paste.
        Kalau ada yang baguis, hang mengaku lah.
        Masuk pintu depan, keluaq pintu belakang.
        Universiti Canada.

        Kalau tak jumpa.
        Tulih seropa malais membaca.

        Sekadaq hang kena makang tempoyak ikan KeLi.
        Baru tak Tongong.

      • udah jgn dilayan budak tadika tu..tu namanya isim..kah kah kah kah….melalut merapu ckp sampai sampai terjuih2 ayaq liuq tepi mulut..kah kah kah kah…

        kalau orang johor ckp lagu tu “bebal” atau “bongok” kah kah kah kah…

        perjuangan Islam tk pernah pencen..perjuangan islam tk buleh pencen..TGNA teruskan perjuangan sampai lah dipanggil mengadap illahi..Kami menyokong TGNA walaupun dari Johor..

        Bangga kepada sultan muda kelantan..rasa mcm nk pi jumpa depan2 dan ucap tahniah aja..isk isk iskk…

  18. Aku nampak Budak tadika IKhlas lah skali ni, syabas …. pandangan bernas juga
    akuje ker yg nampak BT ikhlas kali ni?

    http://abgrara.wordpress.com/2011/02/18/protes-bahrain-mesti-di-berhentikan-dengan-kekerasan/

  19. wa bangga dengan semua pihak;

    bangga dan bersyukur dengan anugerah Allah
    bangga dengan Tuanku Sultan
    bangga dengan TGNA
    bangga dengan negeri kelantan
    bangga dengan Islam di kelantan
    bangga dengan cara hidup rakyat kelantan
    bangga dengan budaya rakyat kelantan
    bangga dengan ekonomi rakyat kelantan

    bangga dengan fahaman politik rakyat kelantan
    kerana tiap2 yang terjadi semua atas kehendak-Nya

    Yang Maha Besar hanyalah DIA – ALLAH swt.

    wa tasbih belakang pintu….

  20. salam 1 malaysia 1 ummah.
    Kalau tok guru nik aziz sebagai seorang alim tak layak jadi menteri besar, maka apakah kelayakan datuk seri najib yang tak alim untuk jadi pm? Adakah kerana ketidak alimannya itulah menyebabkan ds najib sesuai jadi pm? mungkin ds najib ada ijazah sarjana muda & masters pentadbiran negara kot!!!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: