Posted by: pinkturtle2 | Februari 18, 2011

Keadilan Untuk Allahyarham Sa’aid & Adik Ahmad Nizamudin

Lebih kurang jam 2:00 petang semalam, Tuan Guru Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat telah meluangkan masa menziarahai keluarga Allahyarham Sa'aid. terima kasih atas sumbangan yang telah di berikan oleh Tuan Guru MB dan terima kasih kerana prihatin.

http://www.facebook.com/pages/Keadilan-Untuk-Allahyarham-Saaid-Adik-Ahmad-Nizamudin

Ini lebih kurang KES TEOH BENG HOCK jugalah… cuma yang ni ada seorang saksi (anak sedara mangsa)yang melihat  sendiri sebelum kematian mangsa..katanya dia sempat melihat bapa sedaranya diterajang oleh pihak UPP yang menahannya..

Macam ada yang tak kena je dalam laporan akhbar2 tempatan.. apabila pakcik tu ditahan oleh pihak UPP,muka pakcik tu terus pucat lesu dan mulutnya berbuih-buih..tak kan lah mulut terus berbuih bila terserempak dg pihak UPP.. kerja seludup beras ni sudah tersedia maklum… orang2 penakut mana boleh bawa lari beras?? habis tu kenapa sampai berbuih mulut kerana takut atau lemah jantung… dengar kata pakcik ni strong dan tak ada pula penyakit gila babi.. biasanya yang jenis berbuih mulut ni ada sawan gila babi..

Kita tak nak buat andaian apa-apa, cuma  anak sedaranya yg nampak pakcik dia ni diterajang oleh upp…apa2 pun kita serah pada pihak berkuasa mebuat siasatan yang setelusnya untuk mengenal pasti punca sebenar kematian Allahyarham Saaid bin Mat Hassan…Semoga Allah Mencucuri Rahmah Ke Atasnya…Aminnn

laporan Metro semalam..

Kota Bharu– Seorang remaja yang cedera selepas terkena dua das tembakan yang dilepaskan oleh seorang pegawai kastam Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Pengkalan Kubor di pekarangan Hospital Tumpat kelmarin mendakwa dia melihat bapa saudaranya ditendang oleh penguat kuasa berkenaan.

Ahmad Nizamuddin Mohamad, 19, mendakwa ketika kejadian…, dia sedang mengekori kereta Perodua Kancil yang dipandu bapa saudaranya, Said Mat Hassan, 56, dengan menaiki motosikal sebelum dihalang oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki empat anggota UPP berpakaian preman.

“Sebaik berhenti, saya nampak anggota UPP tersebut buka pintu kereta dan terus menendang pak cik sebelum menariknya keluar.

“Saya cuba membantu tetapi salah seorang anggota UPP itu mengarahkan saya supaya pergi. Sebaik sampai di rumah, saya memberitahu ahli keluarga yang lain dan pada masa itulah kami menerima panggilan mengatakan pak cik saya telah meninggal dunia,” ceritanya ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini semalam. -metro

………………………………………………………………………….

Budak yang melihat kejadian dalam cerita di atas telah di tembak pula oleh pihak UPP dalam pergaduhan di Hospital Tumpat seperti dalam laporan Utusan di bawah

Laporan dari Utusan…

Remaja ditembak

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my

TUMPAT 16 Feb. – Seorang remaja parah setelah terkena dua das tembakan ketika cuba menyerang anggota Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) yang dikatakan membelasah bapa saudaranya sehingga mati. 

Kejadian berlaku pukul 9.20 pagi ini apabila remaja itu datang ke Hospital Tumpat (HT) di sini, bersama sekumpulan rakannya lalu bertindak menyerang empat anggota UPP yang berpakaian preman di sebuah kedai makan.

Berikutan itu berlaku pergelutan dan bagi mempertahankan diri, anggota tersebut telah melepaskan dua das tembakan yang mengenai remaja tersebut, Ahmad Nizamuddin Mohamad, 19.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, sebelum kejadian, empat anggota itu telah menahan sebuah kereta Perodua Kancil dalam keadaan mencurigakan di Kampung Tin dekat sini hari ini.

Katanya, penahanan pukul 7.45 pagi itu dibuat setelah anggota-anggota terbabit mengesyaki kenderaan berkenaan membawa barangan seludup.

Tambahnya, kereta itu dipandu Said Mat Hassan, 56, yang merupakan bapa saudara Ahmad Nizamuddin.

“Menyedari dia diekori, Said melarikan diri dan ketika mengejar berlaku pelanggaran sehingga menyebabkan 4WD (kenderaan pacuan empat roda) UPP mengalami kerosakan.

“Bagaimanapun sebaik sahaja ditahan, anggota itu melihat mulut Said berbuih dan mukanya dalam keadaan pucat lalu dia dibawa ke HT untuk rawatan. Namun dia meninggal dunia sejurus sampai di hospital.

“Sejurus dibawa masuk untuk pemeriksaan, anggota-anggota itu keluar dan minum di kedai di hadapan hospital sementara pemeriksaan selesai,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Abdul Rahim, pada masa sama, lima buah kereta yang dinaiki sekumpulan lelaki datang ke kedai berkenaan dan terus menyerang anggota tersebut.

Katanya, tiga daripada anggota itu berjaya meloloskan diri.

“Seorang lagi iaitu anggota dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang ditugaskan di bawah UPP terus dibelasah dengan cota dan sebagainya.

“Ekoran itu, anggota tersebut cedera di kepala dan bagi mempertahankan diri, dia melepaskan dua das tembakan dan mengenai Ahmad Nizamuddin di perut dan dada kanan,” katanya.

Menurutnya, remaja terbabit kemudian dibawa ke HT untuk mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu dan kini keadaannya dilaporkan stabil.

Dalam pada itu, katanya, hasil pemeriksaan di dalam kereta Perodua Kancil tersebut menemui 20 kampit beras yang dipercayai diseludup dari negara jiran.

Menurut Abdul Rahim, anggota UPP tersebut turut mendapat rawatan sebagai pesakit luar di hospital itu.

………………………………………………………………

Ada seorang lagi saksi…

Kejadian tersebut bukan sahaja disaksikan oleh Nizamudin, tetapi juga oleh seorang lagi saksi yang berada di tempat kejadian & mengesahkan cerita tersebut.

Seorang lagi saksi, Aziz Abdul Kadir turut berada berhampiran tempat kejadian, beliau jugak mendakwa melihat anggota UPP terbabit bertindak menendang Allahyarham, Nizamudin yang mengekori kereta Allahyarham kemudiannya cuba membantu Allahyarham sebelum dihalan & dihalau oleh anggota UPP terbabit.

………………………………………………………….

………………………………………………………….

……..Klik Pada Gambar……….

Advertisements

Responses

  1. Salam,

    Apa dah jadi ni.
    Payah lah laghu ni
    asal saja orang buat salah
    Terajang,flying kick,tendang semua naik
    Undang2 tak tepi..krosot la penguat kuasa
    dok buat ikut undang2 sendiri.
    Laghu mana koboi pulak.

  2. salam GC……..

    undeng-undeng……..kata amat nesfu…..
    mcm bolivia……
    mcm The High Chaparral kat Mexicona saja………….

    terlalu krosot…..

    kah kah kah

  3. wa tengok ini pegawai kerajaan tak gentlemen…tak profesional. senang cerita penguatkuasa nak tunjuk gedebe.

    upp dan kastam bawa 4waydrive. hebat tuuu penguatkuasalah katakan….

    abe sa’aid bawa kancil. kancil tu keciiiik je. satu dunia pun tahu kan bahawa kereta ialah spesis kereta yang paling kecik dalam negara malayisa ni. kereta rakyat, kereta orang susah, kereta rakyat. ada tak anak2 mahadhir pakai kereta kancil?

    abe sa’aid lari bawa beras 20 guni. kalau 1 guni beras siam 7kilogram bermakna 7 x 20 = 140 kilogram…..cuba kita bayangkan macam mana abe sa’aid yang berat badannya pun sudah 80 kilogram pandu kancil yang membawa beras siam 140 kilogram. Berapakah kelajuan kilometer sejam dia pandu. Ada tak dia bawa dengan kelajuan 120 klm/jam?….rasanya mustahil bang. paling-paling laju pun 30 – 40 klm/jam. lagi pun memandu di jalan kampung Tin tu jalan alaaaaa…..macam manalah sangat?…ada serupa jalan di highway Bakit Kayu Hitam – Alor Setaq ke?. tak perlu nak ada adegan kejar-mengejar puuuun. malu kat kerbau, lembu, kambing, ayam, itek, serati…..dalam filem hindustan bolehlaaa.

    kenapa tak pergi kejar beras seludup dengan kontena kot laut ada kot highway ada lagi banyak banyak banyak. bukan 140 kilogram sekali bawa. bertan2 beribu2 tan……orang kaya seludup beras kau orang tak kejar. orang kampung seludup beras kau orang kejar macam kejar anjing. kau hentak2…..apa niiii. jangan nak musuhi rakyatlah. kalau rakyat musuhi kerajaan kelak kata rakyat kelantan ni peel uduh gedebe pulaaaak. ni yang gedebe dulu ni sape?…..nah dah jadi masalah macam ni. kau orang selesaikan masalaah tuuuuu. wa dah bosan dah. wa nak duduk diam-diam.

    wa tumpang sedih di belakang pintu…..

  4. dia keje k’jaan pun belum tentu dia pangkah BN.
    mgkn dia pun penyokong pakatan setan.
    mcm cikgu mala dan suaminya(cikgu mc).
    x pyhla nak timbulkan kebencian pd penjawat awam.

    • Budaya yang telah dididik oleh Umno laknatullah yang buat PDRM, KDRM, SPRM, SPR dan penjawat jabatan awam merasa dilindungi oleh kerajaan Firaun melayu. berayatullah Tun Kepala Taik.
      Mahafiraun nilah yang menjadikan Umno bosuk hingga ke Usus, seperti kenyataan Tun sendiri. Belum ada sejarah dunia, bekas pemimpin tertinggi parti mengutuk parti yang didaftar dan dihidupkannya sendiri.

      Itulah Umno laknatullah……

    • Dalam,

      Kita cakap bkn. atas
      dasar benci atau dendam.
      Ini soal undang2 utk. keadilan sejagat.
      Jangan dok buat laghu kita hidup
      di zaman batu atau berkuasa dan kuat
      menindas yg. lemah laghu mana hewan
      ada otak tapi tarak nilai..

  5. penjawat awam 4 ketol tu malaikat mcm awak ke?

    kamu ni malaikat pun pandai marah?. tak betul tu!!!

    wa ta shi ketam pintu je…..

  6. Salam 1Malaysia.

    Ta’ziah kita kepada keluarga Allahyarham.

    Sekadaq kita tak tahu nak komen.

    • Salam BT,

      X tau nak tulih komen.
      Tongtiang pon x pa,
      Kami semua paham.
      no hal punya…

      • sambil tibai bola golf
        plan2 pikiaq laghu mana nak tongtiang..
        bagi nampak laghu mana modern art..

      • Salam great chief.

        Hang taulah.
        Hang memang dari keluarga polis.
        Tentu hang dok dengaq banyak cerita.
        Tentang kejadian seropa ini.

        Hang jugak tentu tau,
        Kucing Kota suka menyorok kat Lorong Kucing, Pulau Tikus.
        Hang tak heran ka.
        Tikus ada Pulau.
        Kucing setakat ada Lorong.

        Sekadaq hang kena pelan pelan.
        Bagitau.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: