Posted by: pinkturtle2 | Februari 22, 2011

Muammar Gadafi lelaki gila, halal darahnya – Syaikh al-Qaradhawi

Libya's leader Moamer Kadhafi stands during a press conference with Italy's President Giorgio Napolitano (not pictured) at Rome's Quirinale presidential palace on June 10, 2009 during Kadhafi's first visit to Italy. The three-day visit seals a major rapprochement since Italy signed a deal with its former 1911 to 1947 colony last year pledging five billion dollars (3.5 billion euros) over the next 25 years as compensation for colonising it. Rome has also stepped up its relations with Tripoli in recent years in a bid to rein in a massive influx of clandestine migrants, many of whom come by boat from Libya across the Mediterranean.

Hanya orang gila sahaja yang sanggup membunuh rakyatnya sendiri dengan jet-jet pejuang dan mengupah orang asing membunuh mereka!… Gaddafi memang gila,Muka pun macam orang Gila

Qaradhawi : Muammar Gadafi lelaki gila, halal darah

Perkembangan terbaru di Libya menyerlahkan sekali lagi kepekaan dan kelantangan Syaikh al-Qaradhawi, Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia.

Sebelum ini, perkembangan di Mesir telah menampilkan karektor itu pada sosok ulama besar itu.

Terbaru, al-Qaradhawi mengeluarkan fatwa supaya ‘diktator gila’, Muammar Gadafi dibunuh!

Beliau memfatwakan sedemikian disebabkan tindakan gila Muammar Gadafi membunuh rakyatnya sendiri. Bukan dengan pedang. Bukan dengan senapang.

Tapi dengan jet-jet pejuang! Dengan mengupah pembunuh-pembunuh upahan asing!

Apa yang dilakukan oleh Gadafi ke atas rakyatnya sendiri, menurut Qaradhawi, lebih teruk daripada apa yang dilakukan oleh Israel ketika mengganyang Gaza.

Gadafi memang gila!

Hanya orang gila sahaja yang sanggup membunuh rakyatnya sendiri dengan jet-jet pejuang dan mengupah orang asing membunuh mereka!

Tidak peliklah jika sejak dahulu lagi beliau disifatkan gila.

Dan sekarang al-Qaradhawi menyifatkannya sebagai ‘sudah tidak waras’.

Al-Jazeera. net melaporkan :

أفتى رئيس الاتحاد العالمي لعلماء المسلمين الشيخ يوسف القرضاوي بقتل الطاغية الليبي معمر القذافي بسبب قتله أبناء شعبه عن طريق قصفهم بالطائرات واستخدام المرتزقة الأجانب لقتلهم

(Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Syaikh al-Qaradhawi telah memfatwakan [supaya] dibunuh Penindas Berbangsa Libya, Muammar Gadafi disebabkan [tindakannya] membunuh rakyatnya melalui cara membedil mereka dengan jet-jet pejuang dan penggunaan orang-orang upahan asing bagi [tujuan] membunuh mereka)

Menurut Qaradhawi, sesiapa sahaja yang berkemampuan melepaskan tembakan kepada Gadafi, hendaklah berbuat demikian.

Al-Jazeera.net memetik beliau sebagai berkata :

أصدر الآن فتوى بقتل القذافي. أي ضابط أو جندي أو أي شخص يتمكن من أن يطلق عليه رصاصة فليفعل، ليريح الليبيين والأمة من شر هذا الرجل المجنون وظلمه.

(Sekarang, saya keluarkan fatwa [supaya] dibunuh Gadafi.Mana-mana pegawai [keselamatan], tentera atau mana-mana individu [yang] mampu melepaskan tembakan kepadanya, maka lakukanlah bagi membebaskan orang-orang Libya dan ummah daripada kejahatan dan kezaliman lelaki gila ini!)

Saiful Jahiliyyah, bukan Saiful Islam!

Anak diktator itu, Saiful Islam (Pedang Islam) yang bersekongkol dengan ayahnya, turut ditempelak oleh Qaradhawi dengan menyifatkannya sebagai ‘salah satu daripada pedang-pedang jahiliah’, bukannya pedang Islam!

Dalam ucapannya, Qaradhawi tidak lupa memberi semangat kepada rakyat Libya agar terus melakukan pemberontakan keatas pemerintahan Muammar Gadafi,  sambil menegaskan sesiapa yang terbunuh dalam pemberontakan itu sebagai ‘syahid di sisi tuhannya dan baginya kedudukan yang agung di syurga Firdaus’.

Sesiapa pun boleh bersetuju atau tidak dengan fatwa terbaru Qaradhawi ini.

Namun, mesejnya di sini ialah, Qaradhawi sesungguhnya telah memberi contoh peranan sebenar seorang ulama dalam masyarakat.

Peka. Semasa. Bergerak seiring dengan denyut nadi ummah. Proaktif. Berani. Lantang. Terkehadapan…

http://warisansemasa.blogspot.com


Responses

  1. Admin kata muka Ghaddafi macam orang gila…???

    MEMANG GILA PUN…!!!!

    KAH…!!! KAH…!!! KAH…!!! KAH…!!!

    • Tuan Syeikh Qardhawi tak sebut lagi sorang yang masih dok gila disebuah negeri yang ramai lagi rakyatnya mengibar bendera cop kerih telanjang….

      Ustaz Ibrahim Libya dan 11 warga Memali tidak dibunuh oleh Muamar Gadafi Libya… Mungkin Syeikh ini takdak maklumat, kalau dia ada maklumat. Apakah dia akan berkata macam dia fatwa yang sama kepada Gadafi?…..

      Pembawa doktrin cop kerih telanjang, berkesinambungan dari seorang kepada seorang, tetapi agendanya akan menjadi sama iaitu, mereka tidak pernah peduli jika terpaksa membunuh… kasihan… seorang perempuan yang datang menuntut haknya telah hilang nyawa tanpa pusara……

  2. bro n sis……..

    Al-Qaradhawi adalah sebenar-benar seorang ‘ulama’ tulin…………..
    ulama yg tau posisinya…..yg tau masa dan ketika yg sesuai ‘menyeru’ kebangkitan………….semoga Allah SWT senantiasa ‘merahmati’ beliau………….

    jangan ‘main main’ ngan fatwa nie……..
    fatwa nie bukan fatwa yg ‘harus di sana’….’harus di sini’……
    fatwa Al-Qaradhawi nie……..fatwa yg ‘jitu’….yg ‘mampan’…….yg kemungkinan besaq akan dilaksanakan oleh rakyat Libya atau sesiapa pun……

    lepaih nie…….lepaih nie laa….
    ‘penyamun’ Qaddafi dan sukusakat dia mesti kecut teloq punya……
    silap-silap tak dak ‘teloq’ teruih………..
    tengok tengok dok ada dlm perut…….

    kah kah kah……………

    • Salam NK,

      Kalau baiah harus di sini
      Jenoh balun tempoyak la
      sambil dengaq ziana zain
      “””madah berhelah”””
      Kalau baiah harus di sana
      Maher zain….insyallah..insyallah

      • salam nasik kandaq.

        lain tempat, takdak pon.
        nama tempoyak.

        dekat bayang lePAS saja.
        yang ada.
        telok tempoyak.
        rasanya hang orang sana, kot.

        hang tau tak.
        gaddafi ni, tak kenai hang.
        kalau dia kenai.
        hang dah lama jadi chief dia.
        bukang sebarang chief.
        chief yang great.

        tentu dia tak kelamkelibut.
        seropa la ni.
        baik hang pi tolong dia.
        dia dok cari orang macam hang.
        la.

        sekadaq hang tak boleh lagi, koot.
        sebab hang makang banyak sangat.
        nasik kandaq.
        dan dah ikut perangai Kucing Kota.
        kat tikus pon, takut.

      • silap.
        salam great chief.

    • salam nasik kandaq.

      dulu, hang tak pernah pon.
      kata dia ulamak tulin.
      sekarang hang tengok Gaddafi lemah.
      hang tumpang sekaki.

      ada ka.
      ulamak, ada tulin dan tak tulin.
      hang ingat nasik kandaq ka.
      ada nasik kandaq pelita.
      ada nasik kandaq saddam.
      coba hang cerita mai.
      mana satu yang tulin.
      nasik kandaq la.

      sekadaq great chief pelan pelan tu.
      maknanya lembab@al bab.

  3. Salam 1Malaysia.
    Salam TGNA suka.
    Salam pada sukusakat yang suka
    Lorong Kucing@Pulau Tikus@Pulau Pinang.

    Syaikh al-Qaradhawi pon.
    Mengapa sekarang baru berani.
    Nak kata.
    Dulu awat diam.
    Mengapa tunggu lama lama.
    Dah ramai dah, yang kojoi.

    Dah ramai dah.
    Diktator yang mengaku Islam.
    Dok bunuh.

    Jangan kerana dah tengok dia lemah.
    Baru berani keluaq petua.

    Seropa Kucing Kota.
    Berani terkam, bila tikus dah setengah nyawa.

    Sekadaq al bab dok wa wa wa sejuta kali pon.
    Kena banyak membaca.

    • Dalam posting Kucing yang lalu pun, Kucing dah tulih, Gadafi ni gila
      macam budak terencat akai kat ateh nii….

      • hang.
        setakat pandai, kata kat orang.
        la.
        lain, hang mana tau.

        hang kata gila, tu pun.
        bukang pendapat original.
        hang baca kat mana.
        tak tau la.

        ni, hang belum tulih panjang2, ni.
        sebab belum jumpa ka.

        sekadaq hang kena cari sapai dapat.

  4. islamphobia, now a reality, a solid proof given by this lunatic gadafi following his sifu’s footstep saddam hussein, hope he end up like him too….tali gantung

  5. wa dah perasan lama budak tadika jk agen sekutu yahudi
    dibayar upah masuk ke laman ni atau mana-mana laman
    nak buat penampan konon. rupanya terambik budak gila.
    tak tahu bahasa bicara muka tak malu.muka disapu tahi.

    wa tengok pintu xmau tengok dia lagi….virus!!!

    • al bab al lembab.

      dah tak banyak wa dah.
      apa dah jadi.
      dah tak reti, lah tu.
      lain kali, bacalah buku.
      baca banyak buku.

      orang seropa hang lah.
      yahudi suka.
      dah lah tak cerdik.
      tak pandai pulak.

      sekadaq pandai dok wa wa.
      saja lah.

  6. harini nya berita, dia akan terus melawan..sampai mati.. nunjukkan akan banyak lagi darah mengalir dan jiwa terkorban. Dia kata dia akan bertindak lebih ganas, padahal dia dah terlebih ganas, brutal dan gila2.. 200 lebih org dah mati, he dont care, diplomat libya, desak pemimpin dunia campur tangan

  7. Salam 1Malaysia.

    Hebat sungguh Gaddafi ni.
    Dia akang lawang sampai mati.
    Tu baru betoi.

    Kalau Kucing Kota.
    dah lari dah.
    sembunyi.
    Kat Lrg Kucing@Pulau Tikus.

    Kalau nasik kandaq.
    Dia akang lari dengan.
    pengandaq pengandaq nya.
    lintang pukang.
    Pi sembunyi kat Ayaq Hitam.

    Kalau great chief pulak.
    dia akang pelan pelan pi.
    Telok Tempoyak.

    Sekadaq Gaddafi berani.

    • Salam BT,

      Gaddafi berani apa yg. hang cakap.
      Anak dia mati kena bom jet fighter US
      Apa pon x buat…lari dok kat padang pasiaq
      Macam dap…kalau di sini sahih..bewak…

      Berani bertindak terhadap kaum yg. lemah..

      • salam chief.

        kaum yang lemah tu.
        seropa suku3sukusakat hang lah.
        yang malais membaca.

        sekadaq hang pon tahu,koot.

  8. […] Muammar Gadafi lelaki gila, halal darahnya – Syaikh al-Qaradhawi « […]

  9. ishhhhhhhhhhhhh komen merapu jer la yg BT bole… takat tu jer lar.. emmmmmmmmmmmm langsung tak unsur ilmiah.. kesiannnnnnn cepat2 lar dewasa ya nak.. selagi dok kat TADIKA Kemas cam tu lar.. lain kali soh mak pak hang hantar adik2 hang kat PASTI tau.. mesti tak merapu..

    • nak merapu sikit dengan hang.

      ada ada, tapi tak boleh guna.

      apa itu?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: