Posted by: pinkturtle2 | Mac 2, 2011

Red Warriors kekal Pendahulu Liga

Inilah jaringan cantik S. Chanturu pada minit ke-48 hasil hantaran Rizal Fahmi Rosid untuk gol pertama.

Kelantan kekal Pendahulu.

The Red Warriors terus unggul di persada Liga Super apabila mudah menewaskan Negeri Sembilan 3-0 di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi.

Bermain di hadapan 30 000 penyokong setia Merah Putih, Kelantan dan Negeri Sembilan melancarkan serangan awal untuk mendapatkan jaringan.

Bermula dengan percubaan tinggi Daudsu Jamaludin seawal minit ke-3, Negeri Sembilan turut membalas melalui sepakan jarak jauh Fakri Saarani selang tiga minit kemudian.

Pada minit ke-7, Chanturu melakukan hantaran lintang cantik kepada Badri Radzi namun ketua pasukan Kelantan tersebut memilih menanduk lemah terus kearah Farizal Marlias.

Menyedari pasukan pelawat mengendurkan seketika corak permainan, Kelantan mengatur gerak melalui S. Chanturu dari sebelah kanan dan percubaan pemain sayap tersebut pada minit ke-14 sedikit tersasar.

Negeri Sembilan turut berpeluang untuk mendapatkan jaringan pendahuluan namun Idris Karim mensia-siakan dua ruang luas dihadapan pintu gol Kijang dengan rembatan tinggi tidak mengancam Khairul Fahmi Che Mat.

Ketika perlawanan berbaki lima minit, Azwan Roya berjaya meloloskan diri dari kawalan Qairul Annuar Roslani tetapi hantaran lintang kepada Norshahrul dan Ramzul Zahini sempat dibaca Farizal Marlias.

Bersambung babak kedua, Negeri Sembilan melakukan pertukaran pertama memasukkan Zaquan Adha untuk menajamkan lagi jentera serangan mereka.

Namun, Kelantan terlebih dahulu didepan pada minit ke-48 apabila S. Chanturu memanfaatkan ruang kosong didepan pintu gol hasil hantaran Rizal Fahmi Rosid untuk gol pertama.

Bersemangat dengan jaringan pertama, Red Warriors terus melancarkan serangan demi serangan kearah pintu gol Negeri Sembilan dan pada minit ke-54, sepakan dari luar kotak penalti Shakir tersasar manakala percubaan Azwan Roya empat minit kemudian turut keluar.

Negeri Sembilan tidak mengalah mudah apabila turut melancarkan beberapa serangan bahaya melalui Zaquan Adha pada minit ke-64 dimana sepakan dari luar kotak penalti pemain ini mudah diselamatkan Khairul Fahmi.

Penyokong Kelantan sedikit resah apabila selepas itu apabila dua pemain, Ramzul Zahini dan S. Chanturu terpaksa diusung keluar kerana mengalami kecederaan dan kemasukan Solehin Kanasian Abdullah serta Khalid Jamlus ternyata menambah sengat bahagian serangan.

Bermula dengan gerakan dari sebelah kanan, hantaran leret Khalid Jamlus kepada Norshahrul Idlan di luar kotak penalti disambung dengan rembatan deras kaki kanan untuk gol kedua Kelantan pada minit ke-74.

Khalid Jamlus hampir menambah gol ketiga buat Kelantan pada minit ke-76 tetapi jaringan pemain ini hasil rembatan deras dari luar kotak penalti dibatalkan pengadil kerana didakwa berkedudukan offside.

Tiga mata penuh akhirnya dalam genggaman setelah gerakan satu dua Khalid disudahkan dengan rembatan lambung Norshahrul untuk memberikan gol ketiga Sang Kijang menewaskan Farizal Marlias pada minit ke-79.

Tidak berputus asa, pemain Negeri Sembilan terus mengatur gerakan demi gerakan untuk mendapatkan gol saguhati tetapi Khairul Fahmi terus kental bertahan di pintu gol Kelantan.

Percubaan sepakan percuma Aidil Zafuan berjarak 40 meter pada minit-minit akhir masa tambahan menutup tirai perlawanan dengan Kelantan terus mengukuhkan kedudukan mereka di tangga pertama Liga Super selepas mengutip 14 mata dari enam perlawanan.

Tiga kad kuning dilayangkan pengadil bertugas, Ramli Mat Dahan kepada Norshahrul Idlan, Aidil Zafuan dan Idris Karim.

Kesebelasan Utama

Kelantan: Datuk M. Karathu.

Khairul Fahmi Che Mat (Pg), S. Subramaniam, Mohd Farisham Ismail, Mohd Shakir Shaari, Norshahrul Idlan Talaha, Nurul Azwan Roya (Danial Fadly Abdullah), Mohd Daudsu Jamaludin, Mohd Badri Radzi (Kp), Rizal Fahmi Rosid, Mohd Ramzul Zahini Adenan (Khalid Jamlus) dan S. Chanturu (Solehin Kanasian Abdullah)

Negeri Sembilan: Wan Jamak Wan Hassan.

Farizal Marlias (Pg), Tengku Qayyum Ubaidillah, S. Kunalan, Mohamad Aidil Zafuan, Abdul Halim Zainal, Mohd Shukor Adan (Kp), Ahmad Fakri Saarani (Ahmad Aminuddin), Qairul Annuar Roslani, Idris Karim (Zaquan Adha), Mohd Firdaus Azizul (Shahruain Abu Samah) dan Hairudin Omar.

http://redsfc-news.blogspot.com


Responses

  1. “Gomo Kelate, Gomo…!!!”

  2. jolor sungguh…aaaw!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: