Posted by: pinkturtle2 | Mac 22, 2011

Akad Nikah Dalam Masjid… Antara Jumhur dan Imam Syawkani

Akad Nikah Dalam Masjid : Antara Jumhur dan Imam Syawkani

Isu ini akan ditinjau dari kaca mata Mazhab Syafie. Kemudian, jika ada keperluan, ia akan disoroti melalui jendela mazhab-mazhab lain.

1.Pandangan Mazhab Syafie

Sekurang-kurangnya terdapat 3 karya ulama Mazhab Syafie yang memperkatakan tentang isu ini.

Pertama : Fathul Ma’in karangan Imam Zainuddin al-Malibari;
Kedua : I’anah al-Tolibin karangan Sayyid al-Bakri al-Dumyati; dan
Ketiga : Tuhfatul Muhtaj karangan Syaikh Ibnu Hajar al-Haytami.

Ketiga-tiga karya ini bersepakat menyatakan, melakukan akad nikah dalam masjid adalah SUNAT.

Mereka berdalilkan hadis Nabi s.a.w yang direkodkan oleh al-Tabarani dan Tirmizi. Ia diriwayatkan oleh Syaidatina Aisyah r.a.

Hadis tersebut berbunyi :

أعْلِنُوا هذا النكاحَ واجْعَلوه في المساجد واضْرِبوا عليه بالدفوف

Terjemahan : “Umumkan [kepada khalayak] pernikahan ini dan jadikan [urusan akad] nya di masjid serta pukullah kompang”

Pengarang I’anah al-Tolibin mencatatkan :

ويسن أن يكون العقد في المسجد. قال في التحفة: للأمر به في خبر الطبراني

Terjemahan : “Dan disunatkan akad [nikah] dilakukan dalam masjid. Berkata [Syaikh Ibnu Hajar al-Haytami] dalam [kitabnya] Tuhfah, [disunatkan melakukan akad nikah dalam masjid] kerana [adanya] perintah [berbuat demikian] dalam hadis [yang direkodkan oleh] al-Tabarani”.

Ringkasnya, melakukan akad nikah dalam masjid adalah SUNAT menurut mazhab Syafie.

2.Pandangan mazhab 4

Menurut Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, jumhur (majoriti) ulama mengatakan, SUNAT melakukan akad nikah di masjid (jilid 39, ms.221).

Mereka terdiri daripada ulama-ulama Mazhab Syafie dan Hanafi (jilid 32, ms.6) serta Mazhab Hambali (rujuk kitab Fatawa Wa Istisyarat Mauqi’ al-Islam al-Yaum, jilid 11, ms.231)

Manakala Mazhab Maliki mengatakannya HARUS sahaja, bukannya sunat (Mausu’ah Fiqhiyyah al-Kuwaytiyyah, jilid 32. ms.6)

Mausu’ah Fiqhiyyah Kuwaitiyyah mencatatkan :

قال الحنفية والشافعية يندب عقد النكاح في المسجد، لحديث “أعلنوا هذا النكاح، واجعلوه في المساجد، واضربوا عليه بالدفوف” وقال المالكية إنه جائز

Terjemahan : “Berkata ulama-ulama [mazhab] Hanafi dan Syafie, disunatkan [dilakukan] akad nikah dalam masjid berdasarkan hadis “umumkan [kepada khalayak] pernikahan ini dan jadikan [urusan akad] nya dalam masjid serta pukullah kompang”. Berkata ulama-ulama [mazhab] Maliki, ia (melakukan akad nikah di masjid adalah) harus”.

Ulama-ulama lain yang turut  mengatakan sunat melakukan akad nikah dalam masjid ialah Imam Ibnu Taimiyyah dalam Majmu’ al-Fatawa dan Imam Ibnu Qayyim dalam I’lam al-Muwaqqi’in (rujuk kitab Fatawa Wa Istisyarat Mauqi’ al-Islam al-Yaum, jilid 11, ms.231).

Kesimpulannya, para ulama 4 mazhab (Syafie, Hanafi, Maliki dan Hambali) bersepakat mengatakan sunat melakukan akad nikah dalam masjid (rujuk kitab Fatawa Wa Istisyarat Mauqi’ al-Islam al-Yaum, jilid 11, ms.259)

Dalil Jumhur Ulama

Jumhur ulama bersandarkan kepada dalil-dalil berikut :

Pertama : Hadis Tabarani di atas;

Kedua : Akad nikah dilakukan di masjid bagi mengambil keberkatan masjid

Ketiga : Masjid adalah tempat yang diketahui ramai. Justeru, melakukan akad nikah dalam masjid akan menyebarkan berita perkahwinan. Manakala penyebaran berita perkahwinan pula adalah satu tuntutan syarak.

Keempat : Nikah adalah ibadat. Justeru, sunat dilakukan akad dalam masjid.

Penilaian terhadap hadis

Para ulama hadis berbeza pendapat dalam menilai hadis Tabarani di atas seperti berikut :

Pertama : Hadis Tabarani adalah hadis hassan.

Ini dinyatakan oleh al-Hafiz al-Sakhawi dalam al-Maqasid al-Hasanah, jilid 1, ms.36, al-‘Ajluni dalam Kasyful Khafa’, jilid 1, ms.145 dan lain-lain.

Kedua : Hadis ini dhaif.

Ini dinyatakan oleh Imam al-Bayhaqi (Tahir al-Hindi dalam Tazkirah al-Maudhu’at, jilid 1, ms.55), al-Albani dalam Irwa’ al-Ghalil, jilid 7, ms.50 dan lain-lain.

3.Pandangan Imam Syawkani

Imam Syawkani mempunyai pendapat yang berbeza dengan jumhur ulama. Bagi beliau, akad nikah TIDAK HARUS dilakukan dalam masjid.

Ini kerana, masjid hanya dibina bagi menjadi tempat mengingati Allah dan mendirikan solat.

Justeru, perkara-perkara lain selain mengingati Allah dan mendirikan solat, tidak boleh dilakukan di dalam masjid, kecuali dengan adanya dalil khusus yang mengharuskannya.

Dengan sebab itu, makan, minum, tidur dan membaca syair dalam masjid diharuskan kerana ada dalil khusus yang mengharuskannya.

Beliau mencatatkan dalam kitabnya al-Sail al-Jarrar (jilid 2, ms.247-248) :

فالمساجد إنما بنيت لذكر الله والصلاة، فلا يجوز فيها غير ذلك إلا بدليل يخصص هذا العموم، كما وقع من لعب الحبشة بحرابهم في مسجده – صلى الله عليه وسلم-،وهو ينظر، وكما قرر من كانوا يتناشدون الأشعار فيه

Terjemahan : “Masjid sesungguhnya dibina bagi [menjadi tempat] mengingati Allah dan [mendirikan] solat, maka TIDAK HARUS [dilakukan] di dalamnya (masjid) selain [daripada] itu, melainkan dengan [adanya] dalil yang mengkhususkan keumuman [hukum] ini, seperti permainan lembing oleh orang-orang Habsyah di masjid Nabi s.a.w sambil Baginda melihatnya dan seperti perakuan [Nabi s.a.w] kepada orang-orang yang membaca syair di dalamnya (masjid)”.

Imam Syawkani tidak menerima hadis Tabarani di atas yang menjadi dalil jumhur ulama, kerana ia adalah hadis dhaif pada penilaian beliau (rujuk Nayl al-Awtar, jilid 6, ms.211).

4.Kesimpulan

Pembentangan di atas dapat disimpulkan seperti berikut :

1. Mazhab Syafie dan 3 lagi Mazhab iaitu Hanafi, Maliki dan Hambali bersepakat mengatakan SUNAT melakukan akad nikah di masjid.

Justeru, kenyataan yang tepat yang perlu dinyatakan oleh pihak berkuasa agama berhubung isu ini ialah, “melakukan akad nikah dalam masjid adalah sunat menurut jumhur ulama dari pelbagai mazhab, termasuk mazhab rasmi negara, mazhab Syafie”.

Jelasnya, keharusan melakukan akad nikah dalam masjid bukan semata-mata bersandarkan kepada isu pentadbiran, iaitu memudahkan urusan perkahwinan dan menjimatkan masa.

2. Berdasarkan pandangan Mazhab Syafie dan jumhur ulama, akad nikah boleh dilakukan dalam masjid secara konsisten.

Ia juga boleh dilakukan dalam masjid dengan iktikad (kepercayaan) bahawa melakukannya dalam masjid ada kelebihannya, iaitu sunat.

Berbeza dengan pandangan Majlis Tetap Fatwa Arab Saudi yang mengatakan melakukan akad nikah dalam masjid secara konsisten, atau beranggapan ia ada kelebihan, adalah bid’ah.(Rujuk : http://www.islam-qa.com/ar/ref/132420)

3. Individu yang menegah dilakukan akad nikah dalam masjid tidak wajar dilebelkan sebagai jahil atau cuba menyesatkan masyarakat.

Ini kerana, di kalangan ulama ada yang berpendapat sedemikian, iaitu Imam Syawkani seperti yang telah dinyatakan.

4. Melakukan akad nikah dalam masjid ditegah kerana ia menyerupai amalan orang Kristian yang melakukannya dalam gereja, tidak berbangkit. Sehinggakan Imam Syawkani sendiri pun tidak menjadikan ‘menyerupai orang Krisitan’, sebagai sebab ditegah melakukan akad nikah dalam masjid.

Wallahu a’lam.

Nota : Semua rujukan yang dinyatakan adalah berpandukan Maktabah Syamilah.

http://warisansemasa.blogspot.com


Responses

  1. bro n sis……..

    banyak lagi perkara yg umat islam buat….
    yg menyerupai tabiat dan amalan orang kristian (nasara)…….malah menyamai yahudi laknatullah…….

    awat depa…puak-puak agamawan rasmi negara hanya nampak kpd perkara yg ikhtilaf dan masih boleh lagi diperdebatkan tentang hukum yg lima itu???……..
    awat dah tak dak isu sangat ke??……

    berapa ramai budak-budak masih dok pakai seluaq katok lagi…….tak keluaq kenyataan pun…..
    depa orang besaq main golf tengahari waktu jumaat..masa tok khatib bagi khutbah…pun tak keluaq jugak……
    budak-budak muda lelaki dok pakai subang…gelang…tak keluaq jugak……..
    yg pompuan dok pakai seluaq sarung nangka sampai nampak lurah bilut……..pun tak dengaq apa jugak…..
    yg baca quran tak tutup aurat…..pun tak terebit jugak………
    yg buat video lucah panggil orang tengok……boleh pulak….tak dak haram tang mana pun………..
    yg dok tepung tawaq tiang buruk rumah baru…..sorang saja yg dok menyalak….cover lagi ada laa…….
    lain-lain agamawan rasmi senyap bin sunyi saja……….

    kalau nak buat tajdid hadari sekali pun biaq laa yg ada kaitan menyeluruh…..
    sedangkan dlm kes kawin di semejid nie rasanya kita ikut Imam Shafie laa koot???…….tak payah dok sakit kepala…….mehsia nie dah rasmi ramai dok pakat ikut mazhab shafie…..
    lagi pun orang awam bukan gheti sangat nak ‘istinbath’ hukum sendiri……..mengaji pun sekerat jln saja……

    satu lagi yg aku nampak…
    perkara pelik-pelik nie dok keluaq mai dari perelih…..
    awat jadi lagu tu???…….
    pasai negeri kecik koot??….
    orang kalu dah kecik mcm budak-budak…..kalu tak gebang deraih….kalu tak labong kuat……orang tak berapa perasan yg depa tu semua wujud…….
    ghopanya ada suara jugak depa nooooooooo……

    kah kah kah

    • salam nasik kandaq.

      hang pon termasuk.
      yang mengeliRUkan.

      hang tengok balik, apa yang hang tulih.
      bukang nak membina.
      banyak yang nak merosakkan.
      dah tak suka membaca.
      mana ilmu nak masuk.
      tapi nak tunjuk pandai.
      hang dah tengok cermin, dah.
      jangan dok tengok ayaq kencing.
      hang yang kata, kita tak kata.

      harapkan great chief.
      yang membina Islam.
      dia dok pemai doggy.
      dah lain ceritanya.

      harap kat Kucing Kota.
      setakat tolong ambik,sajalah.
      kat Acheen St.
      bacanya tidak.

      sukusakat hang., 3 bahagi 4.
      pjolor, tak boleh masuk buku.
      dok pporno.
      rosak Islam.

      3sukusakat hang.
      ikutCeramah.
      lagilah, bukang dia paham pon.
      dok yang dok cela cela.
      lepais tu dia jadi celaRU.

      sekadaq nak cerita kat hang lah.

      • ikutCeramah celaru…????

        KAH…!!! KAH…!!! KAH…!!! KAH…!!!

      • alooooooo tempoyak boy…..

        aku kutip sikit apa yg hang tulih….
        “hang tengok balik, apa yang hang tulih.
        bukang nak membina.
        banyak yang nak merosakkan.
        dah tak suka membaca.
        mana ilmu nak masuk.
        tapi nak tunjuk pandai.”………..

        tunjuk pandai pun salah ke???…….
        yg tak brapa kena tu dok tunjuk jahil murakkab seghopa hang………yg tu laa yg hang dok bawak mai…..
        dok tunjuk jahil mcm hang tu mana ilmu nak masuk…….
        ilmu pun lari dari jenih mcm hang toh……

        kah kah kah……..

  2. hang yang cerita hang makan SAMPAH.
    tak kang hang lupa koot.

    hang kata.
    hang sokong SAMPAH.
    dalam masa yang sama.
    hang p makan SAMPAH.

    AH LEE bin AH TAN

    Memang perangai iblis setan jembalang budak tadika
    makan benda2 kotor pasai tu otak dia kotor
    degil tak nak keluar di suruh keluar
    melilau sana melilau sini
    tak mengaku sebab malu
    perangai setan iblis degil macam tulah
    macam budak tadika yang masukkan lidah dalam
    kulit mengkura-kura suka jilat nasi paprit
    malangnya tak cukup kenyang
    tak apa budak nanti aku bagi hang jilat teloq pulak
    teloq sape kau nak budak? kau boleh pilih ikut selera hang
    aku akan cari bagi yang kau nak tuuu?
    aku nak tengok kau jilat teloq macam mana
    maklumlah budak tadika iblis setan jilat teloq

    SAM bin PAH

    SAMPAH

    ada ka

    • kita tak pernah cerita pon.
      hang mimpi koot.
      mimpi di alam maya.
      sebab hang tak mandi.
      bukan saja malais membaca.
      mandi pon malais.
      ada ka.

      yang dok suka cerita, hang lah.
      terjoloq sana, tejoloq sini.
      lepais pjoloq.
      hang pporno pulak.

      sekadaq pjoloq@pporno.com.ke
      koot.
      koot la.

  3. Salam 1Malaysia aka
    Salam TGNA suka.

    Nikahlah kat mana pon.
    Tak payahlah dok susah2.
    Nak bahas.

    Perangai huduh/buruk orang yang dok.
    Dedah pelakuan seks.
    Patut dibahas.

    Kalau betoi pon, huduh.
    Kalau tak betoi lagilah, buruk.

    Tak dah kerja lain.
    Dok cari salah orang.
    Nak memalukan orang.
    Nak fitnah orang.

    Apalah jenih manusia.
    Kucing Kota pon, baguis sikit.

    Sekadaq K lebih baik dari T.
    Sebab K tu Kucing.
    T tu tikuis.
    Bila ada cucu, jadi datuk t.

    • Memang betui,
      nikah kat mana-mana pun baguih.

      Baguih lah hang tulih lagu tu.

      Lanie, hang pi habaq kat suku-sakat hang
      yang sibuk kalut “kununnya”
      akad nikah WAJIB dibuat kat masjid..!!!

      Suku-sakat hang yang “bodo” ni
      yang sibuk nak berbahas,
      tapi tak rujuk langsung
      kitab-kitab imam muktabar…!!!

      Apa punya “bahalol” daa….

      • hang marah kat kita ka.
        janganlah marah.
        kita tak teringat.

        rupanya kita lopa nak tulih.
        ikutCeramah al bahalol.

        sekadaq hang punyalah bahalol tu.
        kan, kan, kan.

      • Aik….

        Pi habaq kita yang bahalol….???

        Sendiri yang bahalol,
        mengaku aje laa…

        KAH…!!! KAH…!!! KAH…!!! KAH…!!!

  4. Memang sah budak ini budak GILA!. TITIK…………………

  5. Majlis Mawlid Dan Ceramah Sempena Program Bicara Ummah di Masjid UKM : http://mawlidnabi.blogspot.com/2011/03/majlis-mawlid-dan-ceramah-sempena.html

    Poster Talaqi Terbaru UIAM Gombak : http://mawlidnabi.blogspot.com/2011/03/poster-talaqi-terbaru-uiam-gombak.html

    MAJLIS BERSAMA AD-DAIE HABIB MUNZIR BIN FUAD AL-MUSAWA : http://mawlidnabi.blogspot.com/2011/03/majlis-bersama-ad-daie-habib-munzir-bin.html

  6. Salam,

    Amboi aih…. lama tak mai jengok
    makin lama makin budak2 melayu jadi ngok.
    Bukan apa….mai tang bab2 hal mengaji
    mana ada di kalangan pemimpin2 melayu
    ghasa nak pulon sangat.Dok pulon pungkok
    dan seks DSAI dulu kini & selamanya….
    Sikit pon depa tak mau ambik kisah dan cuba
    kenai dengan BALA ALLAH sepertimana depa
    kenai dgn. rakan karib Depa BALAKRISHNA &
    BALA SUNDRAM.Plan2 kayuh…lagi lama
    dok biaq lagi krosot……

    • Salam great chief.

      Tu saja yang hang tau.
      Kitsiang kat Sadam.
      Dok ikut perangai hang.

      Sekadaq kita akan cerita la.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: