Posted by: pinkturtle2 | Mac 24, 2011

Kelantan Terbaik SPM Sejak 7 Tahun

Terbaik SPM sejak 7 tahun

KOTA BHARU – Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di negeri ini yang diumumkan semalam, mencatatkan peningkatan Gred Purata Negeri (GPN) iaitu 5.15 mengatasi Gred Purata Nasional iaitu 5.19 dan pencapaian yang terbaik untuk tempoh tujuh tahun.

Pengarah Pelajaran Negeri, Hussain Awang berkata, dari segi peratusan calon yang layak mendapat sijil (merujuk kepada Bahasa Melayu), Kelantan juga berjaya mengatasi peringkat nasional iaitu 93.73 peratus berbanding peringkat nasional sebanyak 91.2 peratus, mengatasi sebanyak 2.53 peratus.

“Seramai 278 calon daripada jumlah keseluruhan yang mengambil SPM tahun lalu iaitu 35,594 calon mendapat keputusan cemerlang.

“Jumlah tersebut mewakili 0.98 peratus keseluruhan calon sekolah kerajaan pada tahun 2010 berbanding tahun lalu seramai 307 calon memperoleh kecemerlangan iaitu (7+ dan 300 orang cemerlang sekurang-kurangnya A-) yang mewakili 1.03 peratus pada tahun tersebut,” katanya pada sidang media pada majlis pengumuman SPM di Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan, semalam.

Beliau berkata, enam pelajar memperoleh cemerlang tertinggi iaitu semua A+ manakala 272 orang cemerlang dengan sekurang-kurangnya semua A- bagi semua mata pelajaran yang diambil,”

“Jumlah tersebut mewakili 0.98 peratus keseluruhan calon sekolah kerajaan pada tahun 2010 berbanding tahun lalu seramai 307 calon memperoleh kecemerlangan iaitu (7+ dan 300 orang cemerlang sekurang-kurangnya A-) yang mewakili 1.03 peratus pada tahun tersebut.

“Pada tahun ini juga terdapat 59 sekolah mengatasi peratus calon yang layak mendapat sijil peringkat negeri dengan 22 sekolah mencapai peratus kelulusan 100 peratus berbanding tahun lalu sebanyak 18 sekolah,” katanya.

Hussin berkata, sekolah terbaik Sekolah Menengah (SM)Tengku Muhammad Faris Petra, Kota Bharu, Sekolah Menengah.

Beliau berkata, enam pelajar daripada Sekolah Kawalan Jabatan Pelajaran Negeri, Sekolah Kawalan Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah harian biasa muncul pelajar terbaik Kelantan apabila berjaya mencatat keputusan cemerlang tertinggi iaitu memperoleh semua A+ dalam semua mata pelajaran yang diambil,” katanya.

Menurutnya, keenam-enam pelajar itu adalah Faiz Ziad Zainuddin (10A+) dan Liew Hong Kheng (10A+) kedua-duanya dari Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu; Song Chai Lin (10A+) dari Sekolah Menengah Kebangsaan (C) Chung Hwa, Kota Bharu; Mohd Izzat Syameer Mohd Zaid(11A+) dari Sekolah Menengah Agama Lati, Pasir Mas; Imran Ariffin (10A+) dai Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang bemban, Pasir Mas dan Salina A/P Sangguan (10A+) dari SMK Sultan Ibrahim (1), Pasir Mas

“Terdapat seorang pelajar Orang Asli yang memperolehi pencapaian membanggakan apabila memperoleh pencapaian 7A iaitu Reymond Bah Ayoh dari SMK Tengku Indra Petra, Gua Musang.

“Manakala seorang pelajar rabun (keperluan khas), Muhammad Abdul Hadi Othman dari SMKA Falahiah, Pasir Pekan, Tumpat diumumkan sebagai pelajar terbaik calon istimewa dengan memperoleh keputusan 5A,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my


Responses

  1. bro n sis………

    tiap sesuatu ada asbabnya…….
    antara negeri yg diberkati dgn negeri yg dimurkai Allah jelas pertunjuknya dlm al-Quran…….
    mau baca Quran baru boleh tau…..
    kalu asyk ‘ main golf ‘ saja mana nak paham al-Quran…….

    Kelantan…..
    pemimpin bertakwa…beriman….bermujahadah dgn ilmu…..
    kelantan…..
    martabatkan Islam sebagai cara hidup…..hidup bersama Islam…….
    yg baik diambil…yg buruk dikesamping……
    semua terarah menegur salah silap…..amar makruf nahi mungkar dipraktiskan………
    cara hidup dlm semua kompartmen…….
    kalu ada yg tersasar…..cepat-cepat ulama’nya memperbetulkan keadaan…….
    ini lah cth kepimpinan yg berlandaskan Islam……..
    bebas dari segala fitnah busuk….
    bebas dari buruk sangka………

    jadi kalau semua pelajarnya cemerlang……..
    hebat dan menguasai medan mereka dlm akedemik……
    tentu lah kreditnya dipunyai oleh semua……..
    kita jugak merasa bangga….anak-anak watan yg pinter….yg dimiliki oleh seluruh saf kepimpinan negeri yg jugak cemerlang dlm menangani setiap aspek pengurusan negeri……..

    tahniah anak-anak kelantan….
    ambo turut gumbira sama…..

  2. Salam 1Malaysia aka
    Salam TGNA suka.

    Tahniah Kelate.
    Tahniah pada murid murid.
    Tahniah pada guru guru.
    Tahniah pada ibubapa.

    Nasihat kita.
    Lepais ini.

    Jangan dok ikut perangai great chief.
    Dok mengada ngada rasa great.
    Lepais tu krosot.
    Kemudian semuanya pelan pelan.

    Jangan dok ikut perangai nasik kandaq.
    Dia p u kat Canada.
    Ingatkang mengaji.
    Rope rope nye, dia.
    Masuk pintu belakang keluaq pintu depan.

    Jangan dok ikut budaya Kucing Kota.
    Kat tikuis takuit.
    Kat politikus, lagilah takuit.
    Tekebil kebil mata.

    Jangan dok ikut perangai ikutCelamah.
    ikutCeramah al bahalol.
    Nanti semua jadi seropa dia.
    Ada al takdak ilmu.

    Yang ini, lagilah terok.
    Jangan dok pjolor.
    Nanti hampa pporno.com pulak.
    Dok click pjolor@pporno.com.ke
    Bagi business kat dia.

    Hampa belajaq baik baik.
    Cari ilmu.
    Baca buku banyak banyak.
    Buku berbagai bidang.
    Jadi all rounder.
    Kelate tu dah lama dah.
    Dok tak gi, tak gi.
    TGNA pon tak tau nak buat apa.

    Sekadaq kitsiang kat TGNA la.

  3. Salam,

    Keberkatan
    Berkat usaha seluroh warga kelate.
    Hambo ucapkan taniah…

    Budu punya pukulan.
    Ada umphhhhhhhhhh.

    Tempoyak kalau dok
    ngong & ngok
    laghu di ataih.Ikut budaya
    sarkis yg. selalu & tak jemu2
    menlayari laman web seks &
    pungkok DSAI dulu kini & selamanya.
    well….enjoy the show…go slow..go slow

    Me..as usual
    enjoying my breakfast slow & steady…

    • salam great chief.

      weh weh mu ni.
      yang dok suka layaq-layaq tu.
      mu dan pjoloq lah.

      mu kata, mu suka doggy style.
      mu yang cerita kat sini.
      kita tak tau pon.
      apa doggy doggy tu.

      pjoloq pulak dok cerita pasai pporno.
      kalau dia tak cerita.
      kita pon tak tau.

      hampa bedua, jangan dok pcerita.
      kat budak2 SPM tu.
      nanti pening kepala TG.
      dahlah tak gi, tak gi.
      nanti, pmai pmai dok lagu tu pulak.

      kitsiang kat mu.
      tempoyak tuan brown sg ara dah abis.
      mesti makang roti canai aura mamak.

      sekadaq ada telok tempoyak@bayang lePAS.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: