Posted by: pinkturtle2 | Mac 25, 2011

Cubaan Bunuh Diri Di KB Mall Petang Tadi..

24 MAC 2011: Detik-detik cemas ketika para anggota bomba berusaha memujuk dan menyelamatkan seorang remaja perempuan yang bertindak nekad terjun dari bangunan KB Mall, di Kota Bharu petang tadi. Remaja terbabit terselamat cuma sedikit tercedera di muka. – Utusan

……………………………………………………………………………………………………………………….
PUJUK...anggota bomba memujuk gadis yang cuba membunuh diri.
PUJUK…anggota bomba memujuk gadis yang cuba membunuh diri.

KOTA BHARU: Sekeping tilam yang dipinjam dari premis berdekatan memisahkan seorang gadis berusia lingkungan 20-an dengan maut selepas dipercayai cuba membunuh diri dengan terjun dari tingkat tiga pusat beli-belah KB Mall di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.50 petang itu, gadis berkenaan yang memakai baju-T putih dan berseluar jeans biru, sempat mengacukan pisau kepada anggota bomba yang cuba menghalangnya dari terjun dari ketinggian kira-kira 30 meter.

sebelum selepas

  • FotoPEGANG…anggota bomba memaut tangan gadis terbabit.
  • FotoMERONTA…gadis yang cuba membunuh diri meronta-ronta mahu melepaskan diri tergantung tiga minit.
  • FotoTERLEPAS…gadis terbabit terjatuh selepas tangan yang dipegang anggota bomba terlepas.
  • FotoDISELAMATKAN…gadis terbabit terjatuh atas tilam di bawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Kejadian yang mengundang panik ratusan pengunjung pusat beli-belah berkenaan itu, turut menyaksikan drama mendebarkan apabila gadis itu tergantung kira-kira tiga minit ketika anggota bomba cuba memaut tangannya sebelum dia jatuh dan mendarat di atas tilam berkenaan.

Difahamkan, gadis itu cuba membunuh diri kerana menghadapi masalah cinta dengan teman lelakinya.

Saksi kejadian, Mohd Syah Azrul Afandi Yusof, 25, berkata, sebelum menyaksikan aksi mendebarkan itu, dia melihat gadis berkenaan mundar-mandir di tingkat berkenaan dan terkejut apabila dia cuba mengelar lengannya dengan pisau.

“Sebelum jam 4 petang, saya lihat dia di berlegar-legar di tingkat tiga pusat beli-belah KB Mall. Dia juga dilihat cuba mengelar leher dan lengannya.

“Tindakannya itu disedari orang ramai yang kemudian menghubungi bomba,” katanya.

Sementara itu, Penguasa Bahagian Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Shahrin Yusmal Mat Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan jam 3.54 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian bersama 16 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu serta Pengkalan Chepa.

Menurutnya, mereka terpaksa memujuk dan bergelut selama 20 minit dengan gadis terbabit memandangkan dia enggan bekerjasama, malah mengacukan pisau menyebabkan tiga anggota bomba yang cuba menyelamatkannya mengambil langkah berhati-hati.

“Mangsa enggan bekerjasama dan meronta-ronta minta dilepaskan menyebabkan berlakunya pergelutan. Ketika usaha memujuk, mangsa yang memegang sebilah pisau turut mengacukan senjata itu kepada anggota bomba.

“Kita sempat memaut tangannya tetapi gadis itu meronta-ronta menyebabkan dia terjatuh selepas pautan tangannya terlepas daripada pegangan anggota bomba,” katanya.Mymetro

 


Responses

  1. bro n sis……

    sah…….
    budak pompuan nie dari spesis n klon tempoyak……..

    tengok dia pakai sudah laa…..
    seluaq ketat…..baju sendat…..rambut melekat….

    bunuh diri dia ingat mcm makan tempoyak kooot??…
    nasib baik ada mamat bomba toh……..
    kalu tidak….

    punggahhhhhhhhh…..

    • Salam nasik kandaq.

      Hang jangan dok spesis spesis.
      Ini mungkin sukusakat hang punya kerja.
      Dok goda anak orang.

      Ada yang mengaku great.
      Ada yang berjanji nak belanja nasik kandaq.

      Sekadaq nak ingat kat hang.

      • ko mesti betine jalang nk membela kaum seangkatan ko kan ‘budak tadika’? nama pun ‘budak tadika’. mmg otak letak kat kepala lutut! ptuih!

  2. ko nak bunuh diri..ko bunuh lah kek dato T…ko tembak kote diorang n lepas tu ko bunuh diri lah..aparah???

  3. ya rabbi…….apa nk jd dgn gadis zmn skrg??…itu ke jln pnyelesaian yg blh mmuaskan hati?itu la klau dh cetek agama,cetek pmikiran,itu jgk jln pnyelesaian bodoh yg diambil,xfikir ke klau diakhirat sn ade blsn yg lbih DAHSYAT menanti,bunuh diri ni DOSA BESAR!!ingt org akn kenang ke dgn kematian mcm tu?….msyrkt akn lbh mengutuk lg ade la,,DIHARAP slps ni xde dh org yg akn ikut jejak lgkah budak yg xNK mhargai nyawa ni!!……………..

  4. Salam 1Malaysia aka
    Salam TGNA suka.

    La.
    Teman ingat.
    Kat Kota Bharu Perak.

    Bila tengok bangunan tinggi.
    Baru teman perasan.
    Rope rope nya.
    Kota Bharu Kelate.

    Ini mesti kes kecewa.
    Dengan great chief.
    Dok mengaku great, mana tak nye.
    Sapa pon suke.
    Dahlah great, chief lagi.
    Bukang suke lagi, dah tergila gila.
    Mak we, mak we.
    Lepais tu dibelanjanya nasik kandaq.
    Udahlah tergile gile deme.

    Sekadaq great chief jangan.
    Dok mengorat remaja.

  5. ehh kt ngeri kawee tu haha

  6. BODO…. MEMALUKAN TGNA JE… SPATUTNYE BIAR JE BDK NI MATI…HIDUP PUN MENYUSAHKAN ORG LAIN JE.

    • ye la..doh dio xse idok doh bia gi la..kalu ambo ado ctu ingt nk tolong promote kat billon..sedak lg..pakat jadi doh..
      subhanallah..bandaraya islam ke gni??

  7. Sapa yang buat dia jadi lagu tu?Budak2 jantan la…yang lebih memalukan,kaum Adam jugak.Buat malu kaum je jantan2 ni…

  8. jgn sdap ngato la.time dop lek blake sdap jah kita dop komen.itu 1 pengajaran kepada kita smua.kata 1 malaysia tp time member susah n minta bantuan ketika dalam keadaan buntu smua buat xtau jew.ingat smua bkan dia(mangsa)saja yg akan pilih jln seperti ini kin kita smua pon akan buat jika tiada org yg sudi bantu kita ketika dalam keadaan begitu.nauzubillah.maaf jika terasa

  9. nasib baik kat pasaraya- smpat gak ah cari tilam pinjam.. lau kat area lain, nak sambut dgn apa? kasut2 yang disusun cara gak.. umur dia masih pnjg.. kemana dia pasnie? pnjara ke? atas cubaan membunuh diri.. kesian..

  10. Assalamualaikum..

    Sahabat-sahabat.. Kenape kite mesti menghukum tanpa usul periksa?
    Kenape kite kena pertikai cara pemakaian dia dan membuat kesimpulan memang gadis itu patu mati? Cermin dulu diri sendiri sebelum mengutuk orang.
    Tambah ilmu.. beristhigfar … doakan gadis itu berubah .. doakan gadis jadi lebih baik setelah diselamatkan.. jadi masyarakat yang membantu bukan stakat bagi komen buruk dan tidak berbuat ape2 selepas tu.. itu bukan sifat muslim sejati atau sifat manusia yang baik.. faham?

  11. tol sume tu…tp kalu ambo ado ctu ingt nk rekemen gi billion bru sedak ckit..pah meme jadi doh..xdok patoh2 nyo..kito gpo2 ingat tuhan..kita hamba yg lemah..jange nok dgr kato iblih..do h kalu dok sapa maso mati lg allah dok izin..pah idup nyusoh ko fmily..bunuh diri bukae pnyelesaian..gni ko ore kelate??pah gni ko bandaraya islam ado rkyt gni..subhanallah..

  12. Semoga Allah beri hidayah dan panduan untuk gadis ni. Perit ibu dia mengandung dan lahirkan dia, peritlah juga melihat anak gadisnya sengsara. Wahai brothers, jaga hijab anda, jaga adik2 perempuan anda. Make them happy.

  13. anggota bomba terbaek..sungguh2 nak selamatkan tanpa hiraukan diri sendiri


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: