Posted by: pinkturtle2 | Mac 26, 2011

Eskay adalah pembohong,apa saja dia kata adalah pembohongan – Mahti Abd Rahim

Pendedahan Oleh Bekas Pengawal Peribadi Megat Junid

‘Bekas’ ahli konspirator video seks dedah tembelang Eskay

SUNGAI BULOH: Seorang kenalan rapat Datuk Shazril Eskay Abdullah yang turut dipelawa sebagai sebahagian pasukan konspirator penayangan video seks di Hotel Carcosa Isnin lalu, hari ini mendedahkan bahawa Eskay memang berniat untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui cara kotor.
Ia didedahkan Mohamad Mahti Abd Rahim, bekas pengawal peribadi kepada Tan Sri Megat Junid selama lebih 20 tahun, yang turut mengenali Eskay sejak 1996.
“Bagi saya, Datuk Eskay ini merupakan si Kitul. Dia ingin memporak-perandakan negara. Dia memberitahu saya yang dia memang mahu menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya ketika membuat pendedahan itu dibuat di sebuah premis di Sungai Buloh.
Beliau mengetahui penayangan video itu dan turut diajak bersama menyertai kumpulan berkenaan tetapi menolaknya.keadilandaily

Eskay Minta Saya Dapatkan ‘UTK’, Kata Bekas Pengawal Peribadi Megat Junid

Dari The Malaysian Insider

Seorang bekas anggota polis hari ini mendakwa Datuk Shazryl Eskay Abdullah telah mendampinginya minggu lalu untuk mendapatkan beberapa bekas anggota unit tindakan khas (UTK) khusus untuk sesi tayangan rakaman video seks Isnin lalu, yang pendedahannya mendakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rakaman itu menunjukkan seorang lelaki mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita, dipercayai pelacur asing.

Mohamad Mahti Abdul Rahim, yang pernah berkhidmat sebagai pengawal peribadi Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub berkata, dia bertemu dengan ahli perniagaan itu minggu lalu.

“Beliau bertanya saya sama ada boleh membantu mendapatkan dua bekas anggota UTK. Apabila beliau berkata ia untuk menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya memberitahu beliau saya tidak mahu tahu apa-apa langsung,” katanya.

Mohamad Mahti, yang pernah bekerja untuk bekas menteri itu selama 18 tahun menambah, dia tidak mahu terlibat dalam apa-apa masalah meskipun mengenali Shazryl (kiri) sejak 1980-an.

“Tetapi sekarang, dengan adanya semua dakwaan, saya merasakan saya perlu mendedahkan kebenaran. Datuk Eskay adalah Si Kitol,” katanya.

Mohamad Mahti berkata Shazryl mengenali Anwar sejak Ketua Umum Pakatan Rakyat itu menjadi menteri kerajaan pusat pada 1990-an.

Katanya, Shazryl kemungkinan marah selepas Ketua Pembangkang itu tidak mahu memberikan keterangan dalam kes saman berkaitan komisen RM20 juta berkaitan pemerolehan projek jambatan bengkok menghubungkan Johor dan Singapura.

“Sama ada pita (rakaman) ini betul atau tidak, saya tidak tahu tetapi ia satu tindakan tidak bermoral,” katanya lagi.

Mohamad Mahti berkata dia pertama kali bertemu dengan Shazryl ketika beliau berkhidmat sebagai pakar fisioterapi Persatuan Badminton Malaysia tahun 1990-an.

“Datuk Megat pernah mengalami masalah otot dan Shazryl disyorkan kepada saya, jadi saya perkenalkan kepada Datuk Megat,” kata beliau.

“Tetapi apabila Datuk Megat berhadapan dengan barah dan malah ketika beliau meninggal dunia, Eskay tidak pernah melawat beliau langsung,” katanya.

Kini katanya, Shazryl mengusahakan lima kilang baja di Thailand dan rapat dengan (Tan Sri) Abdul Rahim (Thamby Chik) sebab beliau merupakan Pengerusi RISDA manakala Shuib pula bapa mertua Menteri Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal.

Shafie juga merupakan naib presiden Umno.

“Beliau juga cuba rapat dengan Pengerusi Felcra Datuk Tajuddin Rahman agar dapat kontrak jual baja,” katanya lagi.

“Eskay adalah pembohong. Apa saja dia kata adalah pembohongan,” kata beliau kepada pemberita di ladang kambingnya di Kuang dekat sini hari ini.

“Saya akan membantu jika polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mahu menyoal siasat. Jika Eskay mahu menyaman saya, silakan. Saya tidak bimbang,” katanya lagi.

Advertisements

Responses

  1. bro n sis…..

    tahniah Dato E—-
    kira hang tera jugak laa boleh ‘mainkan’ RTC………
    cantik laa tu……
    jerat dah mengena……..
    yg dok tengah terbongkang dan dok picit kepala sekali sekala sapa lagi kalau tak RTC……
    tak pasai-pasai grombolan kena taik………
    dok tak dok ameno kena taik….
    apa hang dah buat????…….
    tak patut betoi hang buat lagu tu……..
    “kami” malu tau !!!!…….
    budak-budak pun tau malu……..
    kami nak boh muka tang mana???…….
    laa nie jenuh kami dok tepih buang taik yg hangpa 3 orang dok peghecik mai…….
    elok laa hangpa bertiga pi mandi bunga buang…..
    bau kat badan hangpa dok melekat lagi toh……..
    kami takat mandi hujan……cuci laa…..

    pasai hangpa laa…….
    yg dok pi buat vid tu pasai apa???……
    tak pasai-pasai anwar dah naik ‘tocang’ lagi……
    check mate hangpa tu silap besaq………..
    hangpa tengok laa nie anwar koi dok senyum lebaq…
    pi ceramah pun penuh yakin…..mendada saja…….
    orang yg dok mai tok sah kira laa…..tak terkira jumlahnya toh…..meremut…….
    mesti hangpa koi dok geram lagi……..
    hangpa tak geram ke tengok dia koi dok ada ummmppphhh….
    koi bertenaga yob………
    tu laa lain kali kena beringat sikit nak ‘pekena’ orang…..
    aku nie bimbang jugak…..
    mana laa tau…….
    wad kat tj moktan tu tak penuh lagi………

    kah kah kah………..

  2. Shazryl Eskay adalah pemegang watak
    DSAI dalam filem lucah hitam-putih lakonannya.

    Dia perasan yang dia tu “handsome” macam DSAI,
    sebab tu dia bersungguh-sungguh membawa watak itu.

    Tapi hakikatnya dia BANGANG…!!!

    Nak tau pasai apa dia bangang…???

    Sebab dia tak slimkan dulu perutnya yang boroi
    sebelum melakonkan watak DSAI…!!!

    KAH…!!! KAH…!!! KAH…!!! KAH…!!!

  3. Salam,

    AKu tak boleh nak pikiaq
    Awat la umoq laghu ni boleh
    pi panggey pakat ramai2 tengok
    video org. dok menutoh.Tak khiga la
    sapa pon menutoh.Boleh heboh pulak
    dalam tv bagi semua orang tau.
    Tak boleh ka buat kegja
    lebih paedah.Haru sunggoh ….
    Ikut pi dengaq ceramah pon lagi baguih

    Pak sapa la gamaknya….
    atau tok wan sapa gamaknya….

    Dok jalan plan2 waktu hujan lebat
    dengan guroh & petiaq …mau dok
    ushar sama…boleh rentong wooow…
    laghu mana “blackout”……scorpion

    • Aslkm,

      Yang lagi heran bila Pak Mentri dengan bangang dan bangganya mengatakan panggil ramai ramai tengok wayang ni tak salah sebab dia tak kenakan bayaran( tayangan tertutup/ekslusif…) jadi 3 Taik ni tak boleh di ambil tindakan kerana tayang filem lucah…

      Indahnya hidup di Mesia ni…. kemungkaran di mana mana.. Hadhari katakan???

  4. dato eskay n tan sri anak thamby..boleh lah dijadikan stud main bermacam-macam pompuan….

    tan sri anak tambhy…porn star yang telah dibersihkan oleh kerajaaan malas sia pimpinan MAMAK KUTTY “BILA MAU MAMPUS-TAK TAHU LAGI” MAHATHIR- dengan sebersih-bersihnya pakai dynamo! boleh dijadikan sebagai duta PORN STAR MALAS SIA yg terhebat abad nie?

    Lagi satu dato T-eskay-boleh lah dicampakkan kek gunung berapi supaya telor n kote nya dibakar ranum! ini orang dile lah nak kojol dah????

  5. Aslkm,

    Kita tengok la pulak apa puak taksub UMNGOK/ CEKDET nak kelepiaq… Entah lah bila nak sedaq..

  6. Assalamualaikum semua

    Apa dah jadi pada masyarakat kita sekarang ni?
    Inikah yang dkatakan ketuanan Melayu? Melayu yang mengaku Islam tapi tak mengamalkan ajaran Islam. Allah telah melarang hambanya mendedahkan keburukan orang lain apatah lagi mengada-adakan keburukan orang lain, maka ia akan dilaknat oleh Nya dan keburukannya sendiri akan terdedah.

    Dengan bangganya kumpulan yang menggelarkan diri mereka Dato T mendedahkan keburukan yang paling jijik dalam masyarakat Islam. Apakah pihak berkuasa tidak boleh mengambil tindakan keatas mereka kerana merakam, menyimpan dan mendedahkan vedio lucah kepada umum? apakah tidak ada undang-undang atau akta yang mencegah dan melarang merakam, menyimpan dan mengedar apatah lagi menayang vedio lucah dinegara ini? Sebaliknya pemimpin-pemimpin negara menyokong dengan penuh semangat akan perbuatan terkutuk ini……

    MasyaAllah…….. tidak takutkah mereka kepada hukuman Allah……….

  7. Salam,

    Dalam pd. tu pulak
    Tengah dok plan2 jengok
    ayak dalam mangkok ayun
    terebit muka Pak Din Kulim
    & Zoo Pak Ain…………..
    Bertambah krosot otak aku.
    Dok buat laghu makan nasi kandaq.
    Keriau kat mamak nasi tambah satu.
    Cukup pure betoi mazhab melayu…

    Kita semua elok layan budak2 drpd.
    layan org. tua otak budak2.
    Laghu dok mai nyanyuk….
    lomok taik kat muka sendiri…

  8. Anakx haram jadah mana percaya. Anak Tamby pun kira perogol juga. tapi anakx haram tidak percaya.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: