Posted by: pinkturtle2 | Mac 26, 2011

Ini Dia Bukti DSAI Berada Di Rumah Pada Masa Itu…

‘Di manakah Anwar Ibrahim?’ PKR kemuka bukti

Pejabat PKR hari ini tampil memberi urutan catatan Twitter dan Facebook oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membuktikan ketua umum parti itu berada di rumah dan berhubung menerusi alam siber ketika rakaman sebuah video lucah dikatakan berlangsung di sebuah hotel.

orange book forum klscah 250111 rafizi ramliDua akhbar kawalan Umno, Utusan Malaysia dan New Straits Times hari ini mendakwa tidak ada catatan Twitter atau Facebook Anwar pada 21 Februari antara jam 10.23 hingga 10.45 malam – masa yang dikatakan adengan seks membabitkan pemimpin kanan pembangkang dirakamkan di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Pengarah Strategi Komunikasi PKR Rafizi Ramli dalam satu kenyataan menyertakan bukti dari petikan skrin akaun Facebook Anwar yang menunjukkan beliau menghantar pesanan ke akaun Twitter dan disambut oleh pengikutnya pada 21 Februari lalu.

Tertera adalah catatan yang dimaksudkan:

1040 malam: “Inshaallah”
1049 malam: “That’s d Najib’s plan. Our task: pursue reform agenda”
1050 malam: “Varsity students: Conscience of the majority”
1052 malam: “Modus operandi of rogue leaders”
1058 malam: “Bisa”
1103 malam: “Waras”
1103 malam: “Ada ruang bias ja”
1105 malam: “Ngak. Tapi ada sampaikan kuliah di UGM”
1108 malam: “RT @gst183 Revolution is the festival of d oppressed”

Jelas Rafizi, masa yang dicatatkan di Facebook adalah dua minit lebih lambat dari masa pesanan sebenar di akaun Twitter kerana menggunakan khidmat ‘Selective Tweets’.

Sembilan pesanan

Rafizi berkata, Anwar menghantar sembilan pesanan ke akaun Twitternya di antara jam 10.38 hingga 11.06 malam.

Waktu rakaman video berkenaan adalah antara 10.20 hingga 10.41 malam.

“Semua laporan setakat ini oleh mereka yang menonton rakaman tersebut tidak menyebut mengenai si pelaku sedang melakukan seks sambil memegang telefon untuk menghantar pesanan ke akaun Twitter,” jelas beliau.

anwar facebook tweetsMalah Rafizi menegaskan pesanan-pesanan yang dihantar dan dilampirkan jelas adalah pesanan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang itu sendiri kerana lenggok bahasa dan interaksinya dengan pengikut-pengikutnya diketahui umum.

“Oleh yang demikian, mustahil si pelaku yang dirakam di dalam video adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Rafizi berkata ada pihak termasuk blog upahan Umno mendakwa wujud perbezaan masa sejam di antara catatan di laman Facebook dan laman Twitter.

Bohong besar

Itu kata beliau adalah pembohongan besar yang direka cipta kerana hakikatnya adalah Anwar di rumah dan berinteraksi melalui Twitter pada masa yang didakwa.

“Saya sertakan dua petikan skrin yang diambil dari laman Twitter dan Facebook Datuk Anwar yang menunjukkan bahawa pesanan yang dibuat melalui laman Twitter akan dihantar ke laman Facebook dua minit kemudian.

NONEOleh itu kata beliau, penjelasan-penjelasan ini sudah cukup untuk membuktikan kepada rakyat Malaysia betapa hinanya akhbar-akhbar milik Umno itu yang tanpa segan silu menyiarkan fitnah tanpa usul periksa, asal dapat menyebarkan dakyah tuan punyanya iaitu Umno.

“Dengan pendedahan ini, PKR mendesak Utusan Malaysia memohon maaf dan sekiranya enggan berbuat demikian, PKR akan mempertimbangkan tindakan lanjut untuk diambil terhadap Utusan Malaysia dan penulis blog Umno tersebut,” katanya.

Dalam laporan muka depannya hari ini bertajuk “Di Manakah Anwar Ibrahim” akhbar kawalan Umno itu mendakwa Ketua Pembangkang ‘hilang’ kira-kira dua jam pada 21 Febuari lalu, kerana tidak ada catatan dalam Twitter dan Facebooknya.

Niat jahat

Rafizi berkata, laporan itu jelas berniat jahat, dan bertujuan untuk menyambung fitnah dan serangan Umno ke atas Anwar dan Pakatan Rakyat.

Menurut Rafizi, tembelang Utusan Malaysia yang melambangkan rendahnya kawalan mutu kewartawanan.

“Malah isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hanya menjawab ringkas dengan menyatakan rasa terkejut dengan skandal terbaru suami beliau,” katanya di dalam blog http://novandri.blogspot.com.

Menurut Datuk T yang mendedahkan rakaman video seks Isnin lalu ia dirakamkan di sebuah hotel di ibu negara pada 21 Februari lalu.Malaysiakini


Responses

  1. bro n sis……..

    meloya nie pun satu kamjat jugak……..
    sudah gaharu cendana pulak……
    awat nak caghi anwar sangat pasai apa???…..
    hangpa dah ‘rindu’ sangat kat dia ke???……
    bagi laa dia bernafas sat aihhhhhhhh…….
    hangpa tak kesian ke kat kawan tu…..
    dulu anwar nie laa yg hangpa dok ampu sana ampu sini……
    mencanak saja hangpa dok ikut dia…….
    mana dia pi pun…..mcm anak itik saja hangpa dok ikut dia…..
    sampai nak luang masa ngan anak bini dia pun tak dak masa……………
    masa tu ‘kentut’ anwar pun hangpa kata wangi……….

    sudah laa sikit-sikit dok jadi pencacai….
    lama sangat dok buat kheroja tu…….
    tak jemu ke???………
    caghi laa berita yg boleh ‘buat ubat’ sikit……..
    buat laa cerita budak-budak tadika mengaji ke???…..
    musim durian laa nie kat perak…….boleh tulis pasai cara-cara membuat tempoyak ke….khasiat tempeyek ke……ada laa jugak pekdahnya dari dok caghi salah orang saja…….

    orang dah naik meloya dah dgn authar hangpa tu……..

    kah kah kah………

  2. Semua akhbar milik pencacai sial UMNO-BN
    suka memaparkan berita berunsur lucah
    untuk melariskan jualan.

    Kalau jualan tak laris, boleh bankrap bhai….

    Kalau nak diikutkan, memang dah lama bankrap,
    sebab banyak tak laku…!!!

    KAH…!!! KAH…!!! KAH…!!! KAH…!!!

  3. Kalau nak diikutkan, memang dah lama bankrap,
    sebab banyak tak laku…!!!

    cam ne x bleh bangkrup psl meno cap sarkis yg bagi mkn dah? semua yg mkn dan koje ke utusan meloya anjing tu…semua cam anjing…psl tu tahap kewartawanan nye punya cam anjing juga sama spt prof tua pencen kek pusat komunikasi UKM (FSSK) prof. tua tu pun cam anjing juga menyalak sokong anjing meno!

    kasihan prof. tua tu..dah pencen ade laih kek UKM tu, berundur lah or bagi training kek kengkawan or anak buah ko kek utusan meloya supaya upgrade skit tahap kewartawanan diorg tu!!!

  4. From malaysia insider :
    “Nope, Anwar was definitely not on Facebook at the time. Check for yourself if you really want to know the truth about this. There was a gap between 9.20pm and 11.39pm that night when Anwar didn’t tweet anything. His Facebook updates that were supposedly posted at 10.40, 10.49 and 10.50.were actually his tweets from 11.39, 11.47 and 11.49 that were automatically updated to Facebook. Compare the tweets and the Facebook updates to confirm. The time on Facebook was wrong by 1 hour because Facebook had wrongly applied Daylight Saving Time. ”

    Pasal Daylight Saving Time tu, nak confirmkan senang je. Ambik 2 Facebook update Anwar yang ada tag “via Selective Tweets”, 1 sebelum Mac 13 dan 1 lagi selepas Mac 13. Compare timestamp dia dengan tweet yang sama kat Twitter. Yang sebelum 13 Mac tu ada beza 1 jam, tapi yang selepas 13 Mac tak ada beza. 13 Mac tu lah hari bila Amerika tukar masanya ke DST.

  5. cuba anda bandingkan laman ini dengan kickdefella.wordpress.com banyak lagi peminatnya

    • sdr fuad…….

      blog yg hang sebut tu……….
      blog desprate…….
      blogger dia desperados…….
      aku jengok jugak sekali sekala ……..
      blog tu pun tak dak standard sangat………dok spin cerita kelantan kiri……..
      ramai tu memang ramai masuk…..
      tak kisah laa……..
      aku cari jugak budak tempoyak kot kot dia pun masuk……….tapi dia pun tak kebuloq blog mcm tu………………..

      say no 2 kickdefella blog……….
      enough is enough……..

      kah kah kah……………

  6. Anwar memang tak update dari 9.20pm hingga 11.40pm…. status FB anwar datangnya dari twittter.

    anwar twit pada pukul 9.20 dan message yg sama juga keluar di FB pada pukul 8.20PM (masa beza satu jam sbb FB menggunakan daylight saving time)

    Anwar twit kembali pada pukul 11.40 dan message yang sama keluar di FB pada pukul 10.40 (masa beza satu jam sbb FB menggunakan daylight saving time)

    so, utk twittter dan FGB, Anwar hilang selama 2 jam. Dimanakah Anwar pada masa itu ?

    Janganlah nak ikut anwar yg suka menipu. sikit-sikit salahkan UMNO. kerja Anwar hanya memfitnah UMNO shj… dan tiada siapa pun yg minta bukti dari Anwar. Adakah org yg bernama Anwar boleh memfitnah ?

    berfikirlah dahulu ….

  7. SABAR MENGHADAPI UJIAN ALLAH
    Allah akan menguji kita dengan pelbagai bencana atau musibah. Ketika itu, bersabarlah dan ucapkan “Innalillah…”

    Firman Allah Ta’ala:
    ” Dan sungguh akan Kami(Allah) berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun” Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. (Al-Baqarah:155-157).

    Kenapa kita diuji olehNya dan apakah faedahnya? Mengapakah dikatakan setiap ujian itu ada hikmahnya? Perkara ini mudah untuk mendapatkan jawapannya sekiranya hati kita mempunyai sifat REDHA. Inilah penawar bagi penyakit yang menyerang insan-insan yang sedang diuji. Pertama sekali fahamilah apakah yang dikatakan dengan ujian…Allah melimpahkan ujian itu datangnya dari 2 keadaan. Sama ada ujian berbentuk kesusahan atau kesenangan….dan yang paling kerap berlaku pada kita adalah ujian berbentuk kesusahan kerana sesungguhnya yang lebih berat antara keduanya adalah ujian di masa kita diberikan kesenangan…dan Allah S.W.T Maha Penyayang memberikan ujian yang paling ringan pada kita. Ujian itu dilimpahkan untuk memberi kita peluang menambah saham pahala. Bila kita ditimpa sesuatu masalah kita akan bersabar dan cuba menanganinya dengan jalan redha dan mengingati Allah sebagai sumber kekuatan. Kita tidak akan putus dengan usaha dan berdoa supaya Allah memberkati kita dan mempermudahkan segala urusan kita. Maka dengan itu kita tidak akan lupa dan sentiasa berada di tali Allah. Bukankah itu suatu hikmah…Bukankah itu sebagai pembantu untuk kita meraih sebanyak mungkin pahala di bumi Allah ini selagi usia dikandung badan. Sedarlah kita sesungguhnya ujian itu tidak lain memberikan kita inspirasi untuk menjadi seorang yang kuat dan yakin…di samping menjadikan kita hamba yang taat dan dicintai Allah. Dan berpeganglah kepada ayat ini…walau apa pun yang berlaku bukan atas kehendak kita atau yang dinamakan takdir, maka sebenarnya ALLAH SEDANG MENGATUR YANG TERBAIK UNTUK KITA…Allah Maha Penyayang dan Allah tidak akan membiarkan hambaNya dalam kesusahan dan keperitan tanpa sebab.S esungguhnya Dialah yang menciptakan kita maka Dia jualah yang lebih mengetahui yang terbaik untuk kita….Oleh itu, bersabarlah ketika menghadapi ujian Allah S.W.T. Semoga kita menjadi hamba yang Mukminin, Muttaqin dan Muslihin.

  8. Anuwar cakap masa PRESS CONFERENCE dia melakukan TWEET pada masa perlakuan seks tersebut….
    Dia tak cakap dia guna FACEBOOK….. nape Rafizi gunakan bukti facebook???
    Fikir2kan la….
    Dimana jam OMEGA??

  9. Apa susah sangat nak cari jawapan kepada fitnah ininya…
    Fitnah tahun 1998 dulu dirancang oleh TKT dengan krew pembikin plot Rahim Thamby Chik. Khalid Jafri dan lain2. Sebabnya Anwar akan mencabar TKT dlm pemilihan UMNO untuk kerusi Presiden, pasai TKT terlalu banyak salah guna kuasa dan wang negara untuk selamatkan kroni. Fitnah tu gagal.. Macammana pun Anwar berjaya dihumban kepenjara dikaitkan dengan kesalahan menggunakan kuasa polis menjalankan siasatan kepada fitnah keatasnya.

    Fitnah Jubur Sayfool dirancang untuk menyekat pengaruh Anwar yang semakin kuat kerana berjaya menyatukan PAS dan DAP sehingga dapat menubuhkan kerajaan dinegeri2 yang penting penyumbang besar ekonomi dan wang kepada UMNGOK..Berjaya menghumban Anwar kedalam Penjara akan melemahkan Pakatan Rakyat kerana Anwar Mastermind dan berpengaruh mendapat sokongan rakyat untuk menolak Umno… fitnah ini telah nampak dan terlalu terang sebagai satu konspirasi yang tidak sempurna…

    Fitnah Video sex lucah pula dicipta oleh Rahim Thamby Chik makhluk perosak yang sama dalam kes fitnah 1998. Perogol cucu Nenek Pandak yang telah dimaklumi oleh rakyat Melaka dan seluruh Malaysia sebagai seorang penggemar sex meskipun kalau tiang talipon dipakaikan skirt akan dirogol oleh makhluk ini. (Pengakuan ini disebutkan oleh isterinya sendiri). Video ini untuk dijadikan senjata memaksa Anwar meletakan jawatan dalam politik sebagai ketua pembangkang.

    Kelemahan video fitnah ini kerana dipratontonkan kepada Yb. Datuk Johari Abdul dan Chegu BadrulHisyam Shaharin orang kuat PKR yang punya prinsip yang benar itu tetap benar yang salah itu tetap salah. Nawaitu Umno untuk menghasut mereka ini dan Yb2 PKR yang lain meninggal parti itu. Agenda menghancurkan PKR susulan pemecatan Zulkifli bisul, Gobalagila, Zaharain Padang golf dan lain2 yang melompat keluar.

    Bongoknya fitnah ini didalangi oleh Rahim Thamby Chik yang isteri sendiri tidak percaya kepadanya, kalau pendedah fitnah ini dibawa oleh Jamil khir. Dato’ Dr. Masitah Ibrahim, Datuk Firdaus sepak tong atau ShaberY Chik mungkin akan menimbulkan isu mudah percaya dengan cara tidak mendedahkan siapa Datuk Eskay dan menyiarkan rupa parasnya ,

    Bagitulah agungnya Ilmu Allah yang maha mengetahui niat baik atau busuk hambanya dengan memberi qudrat dan iradatnya… Dan Allah inilah yang akan mengazab hambanya sekiranya taubat dan dosanya tidak diampun….

    • Pembetulan.

      Apa susah sangat nak cari jawapan kepada fitnah ininya…
      Fitnah tahun 1998 dulu dirancang oleh TKT dengan krew pembikin plot Rahim Thamby Chik. Khalid Jafri dan lain2. Sebabnya Anwar akan mencabar TKT dlm pemilihan UMNO untuk kerusi Presiden, pasai TKT terlalu banyak salah guna kuasa dan wang negara untuk selamatkan kroni. Fitnah tu gagal.. Macammana pun Anwar berjaya dihumban kepenjara dikaitkan dengan kesalahan menggunakan kuasa *menghalang polis menjalankan siasatan kepada tuduhan fitnah* keatasnya.

      • kalau semuanya nak tangkis dgn hanya mengatakan fitnah..
        senanglah….apa pula yg kita nak kata bila najib dikaitkan dgn altantuya??? itu pula fitnah pembankang yg tidak menjadi juga ka???? fitnah itu ternyata gagal juga…

      • UmCo Bn tidak akan percaya. mereka lebih percaya kepada berita fitnah. Anak haramjadah UMBN

  10. pasal itu twitter dan facebook pun Anwar terkantoi tak boleh jawab… apatah lagi pasal isu-isu lain.

    cuba tanya Anwar dimana dia hilang selama 2 jam itu (9.40 – 11.40 standard time atau 8.40 – 10.40 DST)

    Ada bran jawablah !!!

    • Kita tidak perlu mengambil twitter atau facebook itu sebagai satu persoalan.
      Adakah anda beriktikad yang Anwar ini seorang lelaki yang bodoh atau beranggapan Anwar seorang manusia sexmaniaq setelah pertuduhan sex yang dilemparkan keatasnya tidak berjaya dibuktikan dengan alibi dan saksi yang diterima pakai oleh undang2 yang tidak wajar dan diterima secara saintifik dan penilaian akal yang waras?.
      Anwar dalam proses perbicaraan yang dihina dan dilanyak maruahnya dengan tuduhan pelakuan yang lebih hina dari binatang, sedang diadili oleh instituisi kehakiman mahkamah kangaroo dan pendakwaraya kangaroo yang beriya iya untuk mencari dan mengaitkan bukti yang boleh menghumban Anwar dalam penjara. Dalam situasi yang tidak selesai dan akan selesai mengikut skrip ini.., lalu adakah Anwar menjadi bodoh dan balalol untuk mencari fasal mengharakiri maruah diri keluarga dan Organisasi parti yang dipimpin, bermukah dengan satu perzinaan dengan perempuan sundal bertaraf pelacur yang boleh dibeli di Chow kit atau di Brickfield demi semata mata untuk melampiaskan nafsu seperti yang berlaku kepada gadis Monggolia atau gadis disebuah hotel di Port Dickson…?

      Adakah kita yang diberi allah akal yang tidak gila hanya kerana benci dan meluat kepada Anwar lalu sanggup membiarkan akal biarlah gila asalkan kita rasa puas hati melepaskan benci dan geram kepada seorang makhluk Allah..
      Inikah nilai iman dan ilmu yang diajar oleh Alquran dan Islam?… dimanakah letaknya hak Allah dalam diri kita!?

      Atas naif dan benaknya iman para makhluk konspirator perosak ini, tidak hairan, satu hari dan satu waktu. Makhluk2 ini akan hilang pertimbangan dan kewarasan mereka akan sanggup membunuh….

      • bercakap menggunakan agama tetapi sayang tidak faham dan tidak berjaya mengamalkannya.

        malah… fitnah yang dilemparkan seolah-olah fitnah itu perkara bisa bagi dirinya. altantuya ?, saiful ?, konspirasi ? sayang, ingatkan berakal dan mampu berfikir, rupanya fitnah menjadi amalan.

        tiada siapa yg menuduh Anwar. belum ada siapa yg memfitnah Anwar. yg dituntut adalah siasatan untuk mencari kebenaran siapakah dia org yg mirip Anwar dalam video tersebut… tapi dari awal lagi, puak-puak ini menjerit konspirasi…. spt biasa, fitnah menjadi amalan.

        siapa yg timbulkan persoalan twittter atau facebook ? pergi tanya Anwar. kalau dia tak timbulkan, tiada siapa yg mempersoalkannya. bila dia dah timbulkan, silalah jawab persoalannya. takkan tak boleh berfikir ? bukankah akal diberi untuk kita berfikir ?

        ohh… agaknya kalau apa yg anwar timbulkan, kita kena percaya bulat-bulat. jgn disoalkan sbb Anwar pasti benar… macam tu ke ? itu namanya pak angguk….

        sekarang, jawablah isu yg ditimbulkan sendiri ? kenapa ? tak berani ?

      • Hebat sangat kah yang difikir ni. Apa? kalau menjemput orang2 Anwar yang menonton Video itu tanpa sebut nama Anwar kita kena luruskan akal dan fikiran ini bukan lagi fitnah.
        Kalau pelakon lelaki porno dalam video seiras Anwar. Apa niat sebenarnya si yang menganjur menjemput para wartawan kanan dari akhbar2 untuk menonton video lucah ini?.
        Jadi Anwar tidak wajar menafikan yang pelakon porno itu dimaksudkan sebagai dirinya kerana tidak disebut sebagai Anwar?. begitu!

        Jadi Sayfool tidak memfitnah Anwar meskipun alibi dan saksi yang dikemukakan tidak punya kekuatan untuk menghukum Anwar!

        Tulisan Kita tidak merujuk kepada Twitter atau facebook. Kita merujuk dari kebetahan menilai dan berfikir menggunakan akal. Kalau Anwar yang timbulkan, itu hak dia nak membela diri.

        Yang mengaitkan Altantuya yang dibunuh dalam kes membeli kapal selam, bukan Anwar tetapi berita dari Akhbar Utusan Meloya pada hari pertama Altantuya hilang dan dijumpai terbunuh berkecai. Tak baca berita ke?.

        Kalau tak berjaya mengemukan alibi, masa, tarikh berjumpa Najib dan tarikh diliwat serta saksi yang menyakinkan sehingga memaksa hakim berdolak dalik mencari bukti. ini nak dipanggil apa?. apakah ini sekedar hikayat sahaja bukan konspirasi namanya..

        Maaf kita bukan penyokong Anwar totok atau sikit menyokong. Kita melihat dengan takrif kebenaran yang dituntut oleh agama.
        Kita melihat perlakuan cara berpolitik melayu Islam hari ini telah menghancurkan sistem peradaban moral manusia yang bernama melayu memalukan bangsa dan agama.

  11. la…kk & nk masih dok lagu tu…bukan tak sedar tapi tak mahu nak sedar sbb takut kedudukan telahpun tergugat.

  12. @KK..
    haha… apa pasal bercakap tak pakai fakta ni ? apa pasal tulisan berterabur ? dah habis fikir ke ?

    menjemput org anwar tu namanya nak buat fitnah ye ? ohh ini definasi baru fitnah ke ? belajar kat mana ? ke baru buat teori baru selepas gagal membuktikan sebaliknya ?

    Anwar nak nafikan boleh, walaupun takde siapa kata itu dia. tapi tolong nasihatkan anwar, tak payahlah buat fitnah kat orang lain pulak. fitnah konspirasi duolu pun tak dibuktikan lagi… hanya tahu cakap sahaja….

    saiful fitnah anwar ? ohh sbb tu lah agaknya anwar lari sampai ke kedutaan turki… siap kata ada orang nak bunuh dia. cerita pasal HIV dengan racun arsenik dah habis ke ? ni kira nak buat cerita bohong yang baru lah… tak habis-habis berbohong…

    ohh bukan anwar yg timbulkan pasal altantuya… lepas tu sibuk pulak fitnah najib. ada pula cubaan nak buat superimpose palsu. tak malu ke buat kerja menipu macam ni.

    hakim berdolak dalik ? ke anwar yg berdolak dalik sampai tangguh kes 51 kali. kes saiful begitu solid. Karpal singh pun tak berjaya membuat statement saiful meragukan. karpal tidak berjaya membuat kes ini meragukan. apa yg karpal berjaya adalah cuba mencari isu teknikal utk mengenepikan DNA. kenapa ? takutke ?

    kalau hidup dah mudah terpedaya dgn Anwar… semuanya konspirasi. org na sunti HIV konon, lepastu bagi racun arsenik konon… semuanya dipercayai bula-bulat oleh penyokongnya tanpa mampu berfikir. akal diberi untuk digunakan, bukan untuk disimpan.

    kononnya tulisan tidak merujuk kpd twitter/facebook… abih tu yg pergi buat komen kat artikel pasal twitter ni buat apa ?

    En. rafizi tu, tak perlu minta maaf ke kat utusan sbb memfitnah utusan ? ke kalau org PKR buat, ianya tak pe. dihalalkan…. Bukan hipokrit ke tu ? Iye-iye kutuk utusan dan salahkan utusan akibat gagal menggunakan fikiran utk buat research pasal twitter dan facebook.

    sbb komen ini dibuat utk artikel pasal twitter… apa cerita anwar hilang 2 jam ? rafizi nak spin lagi ke ?

    • Mat Zain bin Ibrahim,

      SAC II G/5776 (Retired),

      Email:matzainibrahim@gmail.com

      Kepada,

      YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar,IGP,

      Ketua Polis Negara,

      Polis Di-Raja Malaysia,

      Bukit Aman,

      50560 Kuala Lumpur.

      Email:iho@rmp.gov.com

      28hb.March 2010

      YDH Tan Sri,

      PENYIASATAN KES VIDEO LUCAH DAN KESUDAHANNYA :-

      MAKLUMAT HUBUNGAN LAMPAU DIANTARA TIGA TAN SRI IAITU, GHANI PATAIL , MUSA HASSAN DAN RAHIM THAMBI CHIK.

      Semoga Tan Sri tenang dan tabah menangani cabaran mendatang.

      2. Saya percaya Tan Sri sedar video lucah mana yang saya maksudkan.Saya yakin sepenuhnya bahawa PDRM mampu menjalankan tanggung jawabnya menjalankan siasatan tersebut secara professional dan berkecuali dan tidak terpengaruh dengan tekanan mana-mana pihak sekalipun, lebih-lebih lagi dibawah pimpinan Tan Sri ketika ini.

      2.1. Namun begitu kertas siasatan ini kelak akan diteliti dan diputuskan olih Gani Patail,Peguam Negara. Diperingkat inilah dijangka akan berlaku,putar belit,manipulasi,penipuan dan pemalsuan apabila sedar akan caramana Gani Patail dan Musa Hassan menangani penyiasatan kes-kes jenayah apabila melibatkan Anwar Ibrahim(Anwar) dan Rahim Thambi Chik (Rahim) dimasa lampau.

      2.2. Tidak syak lagi isu video ini adalah satu lagi “pertembungan” di antara Anwar dan Rahim. Adalah dipercayai juga motif pendedahannya,tidak kira samada video tersebut adalah tulen atau direkacipta,adalah terbit daripada dendam lama Rahim terhadap Anwar atas isu peribadi atau politik diantara mereka berdua.

      LAPORAN POLIS ANWAR YANG MEMBABITKAN RAHIM.

      3. Di antara 9 July 1999 hingga 20 Ogos 1999,Anwar telah membuat sejumlah empat(4) laporan Polis, mendedahkan perbuatan rasuah pemimpin-pemimpin Politik dan Kerajaan.Dalam laporan-laporan berkenaan Anwar turut mendakwa dan menamakan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir,Peguam Negara Allahyarham Mohtar Abdullah dan Gani Patail,ketika itu DPP Kanan,sebagai orang-orang yang telah menyalahgunakan kuasa dan menutup kes-kes rasuah tersebut.

      3.1. Pertembungan lampau antara Rahim dan Anwar adalah apabila salah satu diantara laporan tersebut iaitu Tun H.S.Lee report 22517/99 bertarikh 20.8.1999 yang dibuat olih Anwar melibatkan Rahim.Dalam laporan ini Anwar juga mendakwa Tun Mahathir,Allahyarham Mohtar dan Gani Patail sebagai telah menyalahgunakan kuasa mereka melindungi perbuatan rasuah Rahim serta menutup siasatan dan tidak mengenakan sebarang pendakwaan terhadap beliau.

      3.2. Bersekali dengan report tersebut, Anwar telah menyertakan satu set salinan laporan siasatan Badan Pencegah Rasuah(BPR)terhadap Rahim yang disahkan oleh Bahagian Pendakwaan,Jabatan Peguam Negara dan ditanda tangani oleh Gani Patail yang mengkelaskan dokumen tersebut sebagai RAHSIA.Dokumen-dokumen ini dikatakan diberi kepada Anwar oleh Peguam Negara dan/atau Gani Patail ketika Anwar masih Timbalan Perdana Menteri.

      4. Untuk makluman Tan Sri,secara kebetulan, saya yang menangani keempat-empat laporan yang Anwar buat itu termasuk laporan melibatkan Rahim atas sifat saya sebagai Ketua Jabatan Sisasatan Jenayah(KJSJ) Kuala Lumpur ketika itu.Saya perhatikan juga amaun rasuah melibatkan Rahim adalah antara yang paling sedikit jika dibandingkan dengan laporan-laporan lain.Jumlah terlibat lebih kurang RM40 juta(Empat puloh juta Ringgit sahaja) atau angka yang lebih tepat ialah RM 39,782,772.60 sen. Amaun ini dikatakan diperolehi olih Rahim menerusi salahguna kuasa dan kegiatan rasuah setakat yang dapat dikesan menerusi siasatan terperinci BPR dan disahkan olih Gani Patail.

      4.1. Sebagai rekod Tan Sri,amaun terbesar yang disebutkan dalam salah satu laporan Anwar itu, melibatkan seorang pemimpin yang dikatakan telah memperolehi harta berjumlah dalam lingkungan RM 370 juta.(tiga ratus tujoh puloh juta Ringgit) dalam bentuk RM 220 juta tunai dan RM150 juta dalam bentuk saham,menerusi jalan rasuah.

      5. Wajar saya jelaskan disini bahawa terdapat perbezaan pendapat antara KJSJ Kuala Lumpur dengan Jabatan Peguam Negara mengenai cara pendekatan menangani laporan-laporan Anwar tersebut.Jabatan Peguam Negara menasihatkan supaya laporan-laporan tersebut diklasifikasikan di-bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 sahaja.Manakala KJSJ berpendapat klasifikasi ini tidak sepadan dengan laporan dan keterangan yang pengadu kemukakan serta mencadangkan kesemua laporan berkenaan diklasifikasikan dibawah Seksyen 2(1)Emergency(Essential Powers)Ordinance 2,1970 berkaitan kesalahan salahguna kuasa. Cadangan bertulis KJSJ terdapat dalam fail rujukkan (PR)35/26 bertarikh 25.8.1999.Siasatan dibawah Seksyen ini dijangka akan membabitkan rakaman keterangan daripada Tun Mahathir,Allahyarham Mohtar dan Gani Patail sendiri serta lain-lain kenamaan.

      5.1. Bagaimanapun pada 28.8.1999 saya telah menerima satu surat daripada Jabatan Peguam Negara Rujukan PRM(WP)5/99 SULIT(5) yang dialamatkan kepada saya persendirian,memaklumkan secara spesifik bahawa laporan yang Anwar buat melibatkan Rahim, akan disiasat oleh Musa Hassan setelah kononya Gani Patail membuat laporan terhadap Anwar pula kerana kesalahan di-bawah Akta Rahsia Rasmi.

      5.1.2. Apa yang berlaku ialah, Gani Patail dengan kemudahan yang diberi oleh Musa Hassan telah menterbalikkan kedudukkan laporan Anwar yang melibatkan Rahim untuk menyebabkan Anwar pula disiasat dibawah Akta Rahsia Rasmi.Lebih mudah untuk saya menyatakan laporan melibatkan Rahim itu telah di”hijacked” oleh Musa Hassan daripada tangan KJSJ Kuala Lumpur.

      5.1.3. Saya tidak pernah melihat laporan Polis yang kononya dibuat oleh Gani Patail itu ataupun kertas siasatan yang kononnya dibuat oleh Musa Hassan.Belum pernah juga berlaku Jabatan Peguam Negara pula yang memilih Pagawai Penyiasat yang mereka berkenan menyiasat sesuatu laporan polis.

      5.2. Bagi mengelakkan sebarang keraguan berkaitan peristiwa diatas,saya sertakan buat pertama kalinya salinan surat Jabatan Peguam Negara bertarikh 28.8.1999 yang saya maksudkan.Walaupun ringkas, surat ini dengan jelas menunjukkan posisi Gani Patail,Musa Hassan dan saya berkaitan siasatan laporan Anwar yang melibatkan Rahim.

      5.3. Secara kebetulan saya telah melaporkan perkara ini ketika Tan Sri masih Timbalan Ketua Polis Negara lagi, menerusi surat saya bertarikh 6.5.2010 dengan salinannya kepada YB Menteri Dalam Negeri.

      6. Perbandingan yang boleh dibuat disini ialah apabila menangani siasatan terhadap Anwar, Gani Patail dan Musa Hassan sanggup melakukan apa sahaja antaranya memaksa pakar Kerajaan membuat beberapa laporan palsu, mengujudkan keterangan DNA palsu,menipu dan melakukan tindakan-tindakan melampaui batasan undang-undang dan lojik untuk mensabitkan kesalahan terhadap Anwar.

      6.1. Sebaliknya apabila menangani siasatan berkaitan Rahim pula, Gani Patail dan Musa Hassan, sanggup melakukan apa sahaja antaranya, menterbalikkan fakta dan memutarbelitkan keterangan untuk membersihkan Rahim daripada sebarang salah laku jenayah sambil meletakkan kesalahan terhadap pengadunya pula.

      6.2. Walaupun Musa Hassan telah bersara namun Gani Patail masih berkuasa sebagai Peguam Negara.Apabila siasatan mengenai video lucah ini sampai ketangan Jabatan Peguam Negara kelak,kita boleh menjangka pendirian Gani Patail, lebih-lebih lagi apabila mengambil kira isu video lucah ini juga adalah pertembungan antara Rahim dan Anwar.

      6.3. Sekadar makluman Tan Sri juga,Dr.Abdul Rahman Yusof,Pakar Forensic HKL,yang telah digunakan oleh Gani Patail untuk menyediakan 3 laporan palsu dalam siasatan kes Mata-Lebam, adalah juga Pakar Forensic yang sama terlibat dalam membuat pemeriksaan fisikal Rahim, dalam kes seksual dengan gadis bawah umor berkaitan.Kebetulan juga saya pernah menjadi KJSJ Melaka sebelum Kuala Lumpur dan tidak munasabah jika saya tidak meneliti kertas siasatan kes Rahim itu, walaupun saya bukan Pegawai Penyiasatnya.Mungkin ini semua adalah “the long arm of coincidences” sahaja.

      7. Mengenai kes rasuah terhadap Rahim pula,BPR dan Jabatan Peguam Negara mengesahkan dalam laporan mereka bahawa terdapat keterangan yang mencukupi untuk membuktikan kes “prima facie” terhadap beliau.Malahan Jabatan Peguam Negara telah menyediakan empat (4)pertuduhan kesemuanya. Iaitu;3(tiga) pertuduhan dibawah Emergency(Essential Powers)Ordinance No:22 of 1970 dan satu pertuduhan kerana membuat Statutory Declaration (SD) palsu dibawah Sek.199 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan.

      7.1. Bagaimanapun Rahim tidak dituduh langsung,setelah Peguam Negara “indemnify” segala kesalahan jenayahnya setelah Rahim dipercayai bersetuju untuk melepaskan jawatan dalam Kerajaan,Badan-Badan Berkanun dan Parti Politik.Ini adalah apa yang terdapat didalam laporan yang disediakan oleh Jabatan Peguam Negara sendiri.

      7.2. Tidak ada sebutan mengenai cara pelupusan harta berjumlah hampir RM40 juta yang Rahim perolehi secara rasuah itu..Tiada maklumat mengenai persetujuan yang dicapai oleh Rahim dan Peguam Negara berkaitan harta yang diperolehi sedemikian itu dalam bentuk:RM 5,439,796.40 sen dalam kawalan peribadi Rahim sendiri,RM14,487,420.50 sen simpanan tunai dalam beberapa buah bank dan RM19,855,555.70 sen harta Syarikat-Syarikat.

      7.3. Persoalan yang tidak kurang pentingnya ialah adakah Peguam Negara mempunyai kuasa untuk “indemnify” kesalahan jenayah mana-mana orang berdasarkan pertimbangan Politik?. Adakah Peguam Negara berhak melepaskan wang Rakyat RM 40 juta sebegitu mudah untuk Rahim menikmatinya tanpa sebarang tindakan.Adakah ini sesuatu yang adil kepada Rakyat sedangkan Peguam Negara yang telah mengesahkan bahawa Rahim memperolehi harta sedemikian banyak menerusi salahguna kuasa dan rasuah.Apa yang jelas dalam kes Rahim ini,,Peguam Negara juga telah menyalahgunakan kuasanya.

      8. Saya ingin Tan Sri maklum,bahawa secara peribadi saya tidak mempunyai sebarang isu dengan Rahim.Malahan saya tidak pernah mengenali beliau,sekalipun untuk berjabat salam dengannya seumor hidup.Saya sendiri tidak sangka yang beliau akan muncul sebagai salah seorang dibelakang tayangan video lucah berkenaan.Keterangan-keterangan yang dikemukakan dalam laporan ini adalah berdasarkan pengalaman,pengetahuan peribadi serta dokumen-dokumen berkaitan, ketika saya menangani kes membabitkan beliau.

      8.1. Isu yang sering saya bawa sehingga keperingkat YAB Perdana Menteri secara persendirian, ialah bekenaan dengan salahlaku jenayah Gani Patail dan Musa Hassan yang bukan sahaja telah menjejaskan maruah PDRM dan saya secara peribadi malahan mereka mengkucar-kacirkan Sistem Keadilan Jenayah kita.Saya tidak ralat mendedahkannya memandangkan saya telah menasihatkan mereka berdua tahun 1998 bahawa sebarang pemalsuan dan penganiayaan akan terbongkar suatu hari nanti.Salahlaku jenayah mereka bukan setakat dalam siasatan kes mata-lebam sahaja.Saya yakin Tan Sri dan Timbalan Ketua Polis Negara maklum akan pendirian saya berkaitan perkara ini.

      9. Walaubagaimanapun isu video lucah ini sedang dalam siasatan dan masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan mengenainya.Diharap maklumat yang saya sampaikan ini berfaedah untuk membantu Tan Sri memberikan pendengaran yang adil kepada semua pihak terlibat.Apapun saya berharap Tan Sri tidak akan merelakan PDRM diperlakukan sesuka hati Peguam Negara seperti yang berlaku selama beberapa tahun sebelum Tan Sri.

      Selamat sejahtera dan selamat maju jaya.

      Yang ikhlas,

  13. Kalau ini dikatakan fakta anda yang berqiblatkan utusan yang maksum itu. Anda bacalah utusan sampai tua. Kalau dah tak boleh kenal yang tersirat dan tersurat dari segala perbuatan, ertinya otak dan fikiran anda lebih lurus dari rel keretapi.
    Tak payahlah…. nak masuk berkomen dan berdebat dalam blog ni…

    Kita serah saja komen anda ini untuk dinilai dan ditatap oleh mereka yang minda lebih terbuka…
    Mengabihkan boreh jaa….

  14. Salam, apa kamu gaduh2……kita buat sembahyang hajat dan baca yasin…sapa bohong perut dia buncit macanm kerbau bunting sampai mati……….

  15. azizah buat sembahyang istikharah masa nak kahwin dgn anwar…
    last last dapat lah jugak…..

  16. Nak fitnah pun pun biar la nampak real sikit. Apa punya bodoh Trio group ni.
    Juak-juak pun sama bodoh mcm taik..
    Dasar anakharamjadah

  17. semua ini pasal politik,pangkat,kuasa,wang ringgit,manusia jadi gila,selagi tak masuk kubur kerjanya fitnah,bohong ,menipu ,rasuah.manusia jenis inilah yang ramai jadi pemimpin2 kita sekarang.siapa ada kuasa boleh buat apa saja walaupun semua tipu sebab ramai pengampu.

  18. Aslkm,

    Nampaksangat Aftar ni bukan Islam… menyamar je dia ni.. (mempersendakan orang yang buat istikharah… mmm )..

    Apa apa pun memang pun video tu tulen… cuma belum dipastikan siapa aktor nye.. DSAI ni tak ler bangang sangat macam 3 Taik dan mereka yang mempercayainya… Hidup DSAI sejakndia buat reformasi 97 lagi dah tak aman dengan SB yang intip dia 24/7…

    Tak kan la dia tak tau SB dok ikut pantatnya dan dengan selamba dia nak balun pantat simpul dan naik hotel cari amoi… hanya tukang skrip bangang dan yang suka tengok cerita bangang saja boleh percaya…

    Dalam dunia yang serba canggih ni… Logik akalnya ialah FB atau Tweet DSAI hangpa ingat SB tak pantau ka?? Line internet , broadband provider kat Mesia ni company mana?? Siapa yang ada kepentingan dalamnya?? Semua kan bawah kawalan kerajaan… Kalau akaun kita…polis Msia boleh trace, takkan FB dan Tweet DSAI ..si 3 Taik dan sesiapa yang nak kenakan dia tak boleh pantau??? … sebab tu depa tengok bila masa atau date yang depa boleh selit dan implicate…( saya tak mau la tuduh sesapa… )

    Kalau ikut strategi mainan politik yang asas ( orang biasa macam saya ni pun boleh tau apa lagi kalau di nasihatkan konsultan RM70 juta ) ialah dekat dekat PRU ni kena wujudkan sebanyak mungkin skandal bagi menambahkan krisis keyakinan umum pada sasaran… jadi tak adakah kemungkinan benda ni sebahagian darinya..

    Dan dalam dunia yang serba canggih ini juga DNA dan sebagainya senang senang je nak dapat… hatta DSAI makan, minum, ludah, kencing,berak kat mana mana kedai ka.. kat lokap ka…kat hotel ka.. kat Parlimen ka… kalau DSAI tak berhati hati.. sesiapa nak dajalkan dia dipersilakan pi ambil sisa sisa tersebut… kan DNA boleh di ekstrak dari benda benda dia pegang atau dia lopehkan….

    Mungkin kita ni tak cukup berFIKIR… sebab itu kita mudah terima dan percaya apa yang media perdana mahu kita percaya… Wassalam


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: