Posted by: pinkturtle2 | April 2, 2011

Kelantan Tewaskan Harimau Muda 2 – 1



Kelantan kukuh cengkaman liga

Tewaskan Harimau Muda A 2-1 di Stadium Sultan Mohamad IV

KELANTAN terselamat daripada cengkaman Harimau Muda A apabila mengutip mata penuh di Stadium Sultan Mohamad IV, hasil jaringan babak pertama K Solehin Abdullah dan S Chanturu untuk kemenangan 2-1, malam tadi.

Dengan kemenangan itu, Kelantan mengukuhkan cengkaman di tangga teratas Liga Super sekalipun pada babak pertama, pasukan kendalian Ong Kim Swee lebih banyak menguasai permainan dengan beberapa percubaan jarak jauh tetapi gagal menembus kubu terakhir tuan rumah yang dikawal ketat penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat.

Ketika dua pemain skuad Olimpik kebangsaan milik Harimau Muda A, Wan Zaharulnizam Zakaria dan Mohd Irfan Fazail cuba mengulangi jaringan cantik sewaktu menewaskan Pakistan tempoh hari, Kelantan melakukan serangan balas untuk gol pertama perlawanan.

Pada minit ke-11, Solehin yang melakukan larian cantik dari sebelah kanan, bijak mencari ruang untuk melepaskan rembatan yang terkena kaki pertahanan Mohd Fadhli Shas dan menewaskan penjaga gol Harimau, Mohd Zamir Selamat.

Kelantan bersemangat selepas gol itu dan menggandakan jaringan pada minit ke-24 selepas kesilapan bek tengah Harimau, Mohd Amer Saidin yang lalai dan disudahi Chanturu untuk Zamir tertewas kali kedua.

Ketika menuju ke penghujung babak pertama, kelalaian tuan rumah akhirnya membolehkan Harimau Muda A merapatkan jurang apabila Irfan yang tidak dikawal, menyambut hantaran Zaharulnizam bagi gol tunggal Harimau.
Pada babak kedua, Kim Swee membuat pertukaran dengan memasukkan tiga penyerang, Wan Zack Haikal, Syahrul Azwari dan Izzaq Faris Ramlan tetapi gagal mencari gol penyamaan, malah hampir dihukum kepantasan serangan balas tuan rumah.BH


Responses

  1. Rakyat dah jadik BOLA:

    Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 dijual dengan harga baru pada RM2.70 seliter, kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Zulkifli Mokti…..Malaysiakini.

    Yahooooo! kanda menaaaaaang!…………………..padan muka akuuuuu!!!!!mari kita sorok muka sendiri kat celah kangkang!!!!!

  2. Di Zoo…banyak jenis binatang seperti monyet, beruk, kera, lutong, ungka, mawas yang mana rupa paras peel perangainya seakan-akan serupa walaupun tak sama dengan manusia. Aku suka tengok dan perhatikan gelagat binatang-binatang ini. Aku ni nak tanya mereka dengan soalan begini: Hai binatang, mahu tak kamu semua ni bertukar jadi manusia….? ambil-alih tugas manusia….? sebenarnya kamu semua layak jadi manusia…..? malah kamu semua layak untuk menggantikan tempat manusia yang bernama menteri-menteri kerajaan BN.

    Mereka jawab apa tau tak, begini:….keh keh keh!…kuh kuh kuh!…kuek kuek kuek!…kah kah kah!….keng keng keng! yang memberi maksud ..Kami semua bersedia bila-bila masa untuk mengambil-alih tempat dia orang tuuuu tetapi untuk jadi manusia tak mahulaaaa sebab manusia kena pakai seluar, baju, kain, saruuung, itu semua kerja bodoooh. Kerja seperti dia orang tak susah buat. Kami semua pun boleh buat. Bohong, tipu, kelentong, masukkan muka celah kangkang, tutup muka tak malu dengan lengan, bergayut sana bergayut sini senang-senang saja kami buat. Tak pakai baju, tak pakai seluar, bertelanjang bulat, buat kelakuan seks depan publik asal suka saja, kencing berak sukahati hati…..dunia ni sedang berubah ke arah itu. Itu semua kami boleh buat. Senang jeee! sebab itu kalau kau manusia perhatikan rupa wajah kami ni pun serupa sangat walau pun tak sama dengan wajah2 menteri-menteri kamu itu…..cuba perhatikan betul-betul, tenung lama-lama sikit, haaaaa sama kan? PERANGAI PUN SAMA kan kan kan!……..

    Di Malaysia ni…..sudah sampailah masanya, kita manusia ni kena serahkan saja kuasa mentadbir kepada keluarga monyet-monyet tu untuk kelangsungan alam semula jadi dan kehijauan yang perlu dipelihara. Mereka lebih layak mentadbir.

    Pilihan sape-sape menteri yang tak nak serahkan kuasa kepada para monyet itu akan terus jadi ‘hantu dan jembalang’ yang datang dari semenanjung dan akan terus menipu rakyat sarawak dan seluruhnya rakyat Malaysia.

    Rakyat: PADAN DENGAN MUKA KAU ORANG. Jilatlah lendir-lendir penipuan yang kau orang sokong selama ini.

  3. X berapa seronok cerita pasai bola kan!
    Pagini kat mana2 kedai kopi dan warung2 depa dok cerita pasai minyak petrol naik rega. Nampak sangat rupa depa macam risau sangat..
    Tapi… toksah dok risau laa… yang naik tu Ron 97 bukan Ron 95..

    Ron 95 masih morah lagi… Pasai morahlah, depa pakat2 guna balik Ron 95 ni..
    Tapi rakyat x perasan kualiti minyak ni memang terok, bukan takat enjin bunyi kasaq, tapi ada bahan yang mudah tebakaq… Cuba renong.. masa zaman minyak Super dan Regular dulu. ada kejadian x kes kereta terbakaq… kalau adapun berapa kerap kalau dibanding sekarang ni!!

    Pasai rakyat x mau pakai minyak Ron 97. Depa bawak mai Ron 95 yang morah biaqpun xdak kualiti dan bahaya. Bila banyak berita kereta terbakaq dan ramai pula yang mati, semua dah jadi takut. Ramailaa yang tukaq pakai Ron 97, mahai sikit xpa.
    Kerajaan UBN yang dah lama dok nak naikan rega minyak, tentu seronok bila rakyat pakat2 tukaq pakai Ron 97.. bole untung manyak oooo…. tapi bila tak sampai target untung yang depa ndak, kebetulan ada kes perang negara2 teluk pulak, nilaa masanya peluang depa paw rega, naikan lagi dua kupang…

    Nak bagi tau laa. Arab Saudi pun ada minyak macam Malaysia juga, depani lagi la dekat dengan Teluk Arab yang dok berkrisis dengan pemimpin depa yang dok pulun reta negara… Tapi minyak diArab Saudi minyak dia 68 sen nilai duit Malaysia. Tuu yang pelik pasai apa di Malaysia jadi mahai…. Kerajaan ka yang tak ceredik atau rakyat Malaysia yang bodo?… Cuba cite tengok atau kut macam mana?

    • Salam Kucing Kota.

      Hai, hang ni hebat.
      Kita guna 95, hang guna 97.
      Fuuuuuuh, Kucing.
      Hang guna BMW koot.
      Hang guna MBenz koot.
      Bukang hang guna.
      Tuang hang guna.

      Tuang tentu suka.
      Dok perati gelagat hang.
      Tuang putaq alam hang lah.
      Sapa lagi.

      Tapi, hang salin kat mana.
      Sapai injin bunyi kasaq pon.
      Hang tau.
      Yang kita tau, hang bukang suka.
      Membaca.
      Hang yang bagi tau.
      Yang hang dok tolong ambik2.

      Hang kena kata.
      Menang 2 – 1, pon heboh.
      Dah dok syok sendiri.
      Minta2 TGNA taklah syok sama.

      Sekadaq kitsiang kat TG saja.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: