Posted by: pinkturtle2 | April 4, 2011

Guru gila berperangai binatang ini wajib dihukum bunuh..

Guru Gila Babi Ini Wajib Dihukum Bunuh

KANGAR: Hanya kerana wang RM7, Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, murid tahun satu sebuah sekolah agama persendirian di Arau, dekat sini, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, pagi semalam, selepas koma sejak tiga hari lalu akibat parah dibelasah gurunya.

Difahamkan, mangsa dipukul dengan teruk kerana didakwa mencuri wang milik rakan sekelasnya.

Mangsa yang sudah kematian ibu, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 8 pagi selepas mengalami pendarahan dalaman di kepala dan komplikasi jantung berikutan kejadian di bilik asrama sekolah agama berkenaan, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain, ketika mengesahkan perkara itu berkata, murid terbabit disahkan meninggal dunia dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang boleh membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

“Kita akan menjalankan siasatan menyeluruh kejadian itu, apatah lagi ia menjadi bertambah serius kerana membabitkan kematian. Semua pihak berkaitan di sekolah agama itu akan dipanggil untuk siasatan.

“Perintah reman terhadap suspek berusia 26 tahun yang juga guru mangsa yang berakhir esok (hari ini), akan disambung untuk tujuan siasatan,” katanya enggan mengulas lanjut kes itu.

Metro Ahad semalam melaporkan Saiful Syazani dibelasah dengan kejam oleh gurunya yang juga warden asrama dalam keadaan kedua-dua tangannya terikat pada tingkap asrama sehingga menyebabkan mangsa koma dalam kejadian pada kira-kira jam 7 malam, Khamis lalu.

Mangsa dikatakan berjaya membuka ikatan tangannya untuk melarikan diri sehingga menimbulkan kemarahan guru terbabit yang kemudian memukulnya tanpa belas kasihan.

Selepas memukul kepala, suspek dikatakan `naik hantu’ dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama murid itu mengalami pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung.

Suspek yang mungkin menyedari kesalahannya dan menyesal dikatakan sempat bersolat hajat sejurus dimaklumkan doktor bahawa mangsa dalam keadaan kritikal sebelum bergegas ke Alor Setar dengan menaiki motosikal untuk melihat keadaan murid terbabit.

Guru terbabit menyerah diri di Balai Polis Arau, Jumaat lalu, selepas bapa mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, membuat laporan di Balai Polis Alor Setar, pada jam 8 malam hari kejadian.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran negeri, Mansor Lat, ketika dihubungi berkata, pihaknya menyerahkan kes itu kepada pihak polis kerana sekolah itu milik persendirian dan bukannya di bawah seliaan jabatan berkenaan.

“Kita tidak mahu campur tangan dalam kes ini dan menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terbabit.

“Kami amat sedih dan dukacita di atas kejadian ini dan jika benar perbuatan guru memukul hingga menyebabkan kematian murdnya, ia di luar bidang kuasa guru dan tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, pengetua sekolah agama terbabit, Yaakub Abu Soman berkata, pihaknya tidak akan membuat sebarang ulasan berhubung kejadian itu yang membabitkan guru dan murid sekolahnya atas arahan polis.

“Kami akan mengadakan sidang akhbar selepas tempoh reman terhadap suspek tamat nanti,” katanya.

Bapa mangsa, Saiful Sopfidee berkata, jenazah anak tunggalnya hasil perkongsian hidup dengan arwah isterinya, Jahiyah Che Amat, dikebumikan di Tanah Perkuburan Tok Paduka di sini, petang semalam. Dia juga berharap guru terbabit dikenakan tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang kerana perbuatannya yang tidak berperikemanusiaan itu. -HM

Ulasan GB

Pengajaran keras untuk sekalian guru.

Jika tak sanggup pikul amanah,
jika tak mampu untuk mengawal amarah,
jika nafsu mengatasi akal,
jika tak mampu jadi contoh teladan untuk murid
maka,
letak jawatan sebagai guru dan cari kerja lain

Ada yang bekata “jangan hina kaum guru”
sebab dengan mereka kamu boleh mengeja dan membaca

kepala hotak punya dogma!
semua hamba adalah sama di sisi Allah
yang membezakan hanyalah yang bertaqwa

seorang guru, seorang petani, seorang menteri, seorang tukang sapu, seorang polis, seorang pekerja TNB, seorang peniaga kantin, seorang penarik beca, seorang wartawan, seorang blogger, seorang Presiden PAS, seorang bendahari persatuan kompang, seroang jurugambar, seorang askar, seorang peon, seorang anggota FRU, seorang nelayan, seorang pereka fesyen, seorang imam di Masjid Negara, seorang jaga, seorang tukang gunting rambut, seorang gurusilat, seorang peniaga kaki lima, atau sesiapa juga …asalkan dia bernama manusia:

semua sama di sisi Allah.

“Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal” (QS. 49:13).

Jari kelingking dengan jari hantu dengan jari telunjuk dengan jari manis dengan ibu jari, semua ada tugas dan kelebihan masing-masing. Tiada beza, mereka adalah jari-jari belaka.

Renungkan: Jika guru membuat aku pandai mengeja, petani itu lebih penting, membuat aku dapat memakan nasi untuk teruskan kehidupan. Jika guru itu penting kerana membuat aku pandai menulis dan mengeja, maka pekerja TNB itu juga penting dengannya lampu bernyala untuk menyuluhi rumahku dari gelap gelita.

Dan GB juga seorang guru seperti orang-orang lain yang juga adalah guru setidak-tidaknya untuk diri sendiri yang wajar hidup berpesan-pesan dan menerima pesan dari yang lain berimbaukan firman Allah s.w.t.:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.[Surah Al-‘Asr Ayat 1-3]

Kes Murid Mati Dipukul Guru: Hukuman Mati Jika Sabit Kesalahan

Source.. greenboc.blogspot.com


Responses

  1. Kita tak boleh nafikan, semua penyandang sebagai guru ini suka dan meminati kerjaya pendidik. Apa yang berlaku sekarang ini ialah masalah mendapat kerja yang menjadi pilihan tidak semudah apa yang dicita2kan.

    Tahukah anda hanya kerana mahu dilihat kerajaan berjaya mengujudkan pekerjaan kepada rakyat yang semakin ramai menganggur.
    Disebabkan kelemahan kementerian pelajaran atau atas kehendak menterinya. Kini telah berlaku lambakan terlebih guru seramai 26,000 guru matematik dan sain dalam kementerian pelajaran. Ini bererti bajet peruntukan tidak perlu terpaksa disediakan untuk emolumen 26,000 guru2 ini dari setahun kesetahun.

    Sebagai yang kita maklum bagi individu yang terpaksa memilih kerjaya sebagai guru, mungkin tidak dapat menerima jadual yang disifatkan sebagai beban kerja meskipun mudah dibuat oleh individu guru yang lain.

    Tekanan oleh pihak atasan dan murid2 yang bermasalah dan masalah peribadi yang sedia ada akan menjadikan kesihatan mental guru itu bertambah kronik, dan bukan mustahil guru itu mudah diserang sakit jiwa.

    Sakit jiwa dialaf baru yang serba mencabar dengan tuntutan inflasi dan gaya hidup bersaing mengejar kebendaan menjadikan manusia lupa kepada matlamat hidup sebenarnya.

    Kita harus sedar, disekeliling kita hari ini, berapa minitkah manusia itu dapat berintraksi ibadat kepada tuhan. Baik dibandar dan didaerah pendalaman sendiri, rakyat terpaksa mengejar masa demi wang. Kita setiap minit pula disiarkan dengan berita kerajaan mensarankan hendak memperkukuhkan ekonomi dan pembangunan kepada rakyat. Dalam masa yang sama rakyat dibebankan dengan kenaikan harga barang dan masalah hutang. Bila masa rakyat dididik oleh kerajaan mengenal matlamat hidup kepada rakyatnya. Kalu ada!. berapa sangat masa yang diberikan kalau dibandingkan dengan perkara berhibur. Adakah dengan memperbanyakan hiburan akan melupakan rakyat kepada tekanan dan masalah?.

    Oleh yang demikian sebelum undang2 menghukum guru yang menyebabkan muridnya ini terbunuh. Pemeriksaan tahap kesihatan mental guru ini perlu diperkaui oleh pakar sakit jiwa. Tekanan mental kerana sakit jiwa membuat manusia tanpa sedar membunuh murid, anak, bayi yang baru dilahirkan atau membunuh ibu dan bapanya sendiri.

    • Salam Kucing Kota.

      Oleh kerana kita simpati dengan mangsa.
      Komen hang kali ini.
      Kita baca habis.

      Tapi, hapah pon tarak.
      Hang merayaulah.
      Hang tak fokus.

      Sekadaq jangan c n p, cukuplah.

      • Tapi kalau yang mati tu,
        BUDAK TADIKA…

        aku akan…

        BUAT – BUAT B O D O… …

        KAH…!!! KAH…!!! KAH…!!! KAH…!!!

  2. Pengajian Syeikh Fahmi Zam Zam http://melayucyber.blogspot.com/2011/04/terkini-jadual-pengajian-di-pusat.html

    Majlis Maulidur Rasul di Putrajaya : http://melayucyber.blogspot.com/2011/03/majlis-maulidur-rasul-haul-syeikh-abdul.html

    LAIN2 MAJLIS ILMU : http://www.facebook.com/pages/PONDOK-HABIB/295419981998

    Dapatkan Koleksi Kuliah Agama : http://www.facebook.com/pages/KOLEKSI-KULIAH-AGAMA/200225980001658

  3. …..”jika guru membuat aku pandai mengeja, petani itu lebih penting, membuat aku dapat memakan nasi untuk teruskan kehidupan. Jika guru itu penting kerana membuat aku pandai menulis dan mengeja, maka pekerja TNB itu juga penting dengannya lampu bernyala untuk menyuluhi rumahku dari gelap gelita.”

    guru juga adalah manusia….seperti yang anda katakan…jangan emosi sangat..terus menutup jasa2 yang terdahulu…sebelum petani pandai membaja dan menanam..tentu ada gurunya….jika sebelum pekerja TNB pandai menyala lampu di jalanan dan rumah ….tentu ada gurunya….saya sebagai guru memang amat sedih dengan kejadian ini…..dan sebagai guru dan juga kepada bapa..amat terusik dan terkesima..semoga keluarga arwah saiful bersabar….
    Dan yang akhir jika pekerja TNB bersalah membunuh..saya tetap mengatakan pekerjaan TNB itu penting..jika ada petani membunuh…saya tetap mengatakan pekerjaan petani itu penting….

  4. elok rasanya kalau kita tidak menjadikan masalah mental sebagai faktor untuk memberatkan tgjawab di bahu para guru yang ‘terpaksa’ memilih profesion keguruan. tidak ada sesiapa yang memaksa mereka memohon jadi guru, kita sendiri yang memohon sesuatu pekerjaan itu. lagi pula, tidak semua orang dapat menjadi apa yang mereka impi / cita-citakan. Kita semua tahun bahawa Allah menentukan rezeki seseorang itu atas daya usahanya dan kita juga tahu bahawa Allah tidak akan beratkan dengan dugaan yang kita tak mampu. lalu, atas justifikasi manakah golongan guru yang ‘terpaksa’ menerima profesion keguruan ini menghadapi tekanan serius ; tidak lain ia hanyalah fobia dan kesan psikologi yang mereka cipta sendiri.

    salah satu kata pujangga : jika kita tak dapat apa kita suka, sukalah dengan apa yang kita ada.

    (kalau dah tak suka juga dengan apa yang kita ada / apa yang Allah beri maka tanyalah diri sendiri untuk apa hidup di dunia ini kalau dengan amanah yang Allah beri pun kita tak boleh nak suka / terima)

  5. bro n sis…….

    KK menulis kali ini dgn penuh tadabbur…….
    ada makna tu…..ada makna……..

    uqdah nafsiah……
    diklafisikasikan jugak sebagai sejenis penyakit jiwa….
    cthnya…..
    bila fizikal manusia tu kecik……
    atau fizikalnya ‘pendek’ atau katek……
    dia pun nak tunjuk yg dia jugak bukan sembarangan……..
    jadi dia pun mola laa lwn arus…..tu yg tempoyak basi pun depa sentai………
    tu yg kita tengok kekadang tu budak-budak
    pun nak bawak watak orang dewasa…..
    nampak tersangat lah sumbang dan sumbingnya……..

    penyakit jiwa…sakit mental….
    mind stress….wayar putuih……
    gelisahan… neurosis…mudah naik darah….rasa takut… fobia…. resah…….
    sedih pilu putuih asa…..depression…….
    psikosis…jenih nie dia tak sedaq yg dia ada penyakit….bantuan pun tak mintak….bercakap meghapu….jenih tak berkawan….perasan dia sorang saja yg baguih…..mcm tempoyak rasakan dia saja resepi yg sedap untuk gu dengan nasik……..kah kah kah………
    penyakit ‘ananiah…..mcm yg tulih buku dlm rumah tu…..penyakit nie tak dak ubat dah…..penyakit telampau perasan……atau penyakit perasan melampau….pun termasuk dlm sakit jiwa paling kronik………
    minum arak terlalu banyak……pun jenih sakit mental jugak…….

    Islam telah lama mendidik jiwa manusia untuk senantiasa tenang dan bersih dari segala mcm kepalsuan…segala mcm amarah…..segala mcm ketidakseimbang dlm hayatul insaniah………
    marah atau ghadab…..adalah dari syaithan…dari iblis…..
    tu yg kita dianjur pi ambik wudhu’ kalu dah start nak marah…..
    lepas tu pi salat…..atau istighfar banyak-banyak…..baru betoi……..
    tapi ada munkee dok istighfar bila tengok vid porn….kononnya dia baru tengok gambaq haramjadah tu……kamjat betoi depa nie………mcm dia tak perenah bikin ‘tokua sumbat’ daaa……….

    pun bukan mcm pi ikat kaki tangan budak tu……..lepaih tu pi rembaih dia tak mau mau…..mana tak punggah……
    tingkatan nafsu pun telah diperjelaskan oleh al-Quran…….
    membaca al-Quran boleh ‘menghilangkan’ segala mcm penyakit………
    rawatan jiwa tidak boleh menandingi rawatan yg diajar oleh Al-Quran….
    tapi sayang……..ramai yg ‘buta’ al-Quran…..
    kenapa semua ini berlaku??????…….
    kerana sistem ‘Pundekdek kan Negara’ tersasar jauh dari menjadikan Islam sebagai suatu manhaj dlm kelangsungan budaya dan tatacara kehidupan rakyatnya……..
    depa lebih penting ‘main golf’ lagi….cukup banyak ‘lubang’ depa buat…..tiap negeri ada sampai empat lima padang golf……
    petang-petang pakat dok pi katuk bola sampai tengah malam……..
    masjid depa tak ‘imarahkan’ langsung,……..

    al-Fatihah untuk adik
    Saiful Syazani Saiful Sopfidee…….
    anda telah mendapat ‘syahid’ sughra…….
    semoga tenang dan berbahagia di sana……

    • السلام عليكم نا سيك كندك
      Sat lagi budak tu dia mai seghebu bila dia baca hang dok kait dengan dia.
      Puak sebelah dia tak mau layan dia.. pasai depa kata dia bukan puak depa
      tapi.. puak yang dok dekat sepital Bahagia…

      • Salam Kucing Kota.

        Nak seghebu buat apa.
        Tulihsan nasik kandaq.
        Satu sen pon tak laku.
        Kalau dua kupang, tiga kupang.
        Lagilah tak laku.

        Sekadaq pengandaq yang fikiq.

      • bro n sis…..

        kk……..

        biaq pi laa kat budak yg ada penyakit tu…..
        penyakit psikosis………
        penyakit nie kalu dah hinggap…….
        eriang pun tak lalu nak makan……
        nak buat camna……pencacai veteran…..

        kah kah kah……..

      • salam nasik kandaq.

        hang dok biaq p, biaq p.
        hang dok kah, kah la.

        nanti tejadi kat hang.
        baru hang tau.

        sekadaq sekolah agama, la.

  6. Salam 1Malaysia.
    Salam TGNA suka.

    Takziah kita kepada keluarga.
    Murid ini.

    Sekolah ini bukang sebarangan sekolah.
    Sekolah Agama.
    Agama bukang sebarangan Agama.
    Agama Islam.
    Islam yang penuh kemurnian.

    Kepada yang mengaku.
    Pandai dan cendiakawan Islam.
    Tolonglah.
    Jangan sekadaq pandai menghukum.
    Jangan sekadaq mengaku lebih Islam dari orang.
    Tolonglah pebetoikan.
    Pemikiran orang-orang Islam.

    Kadang-kadang.
    Yang terasa pandai sikit.
    Yang terasa lebih Islam.
    Mulalah nak menghukum.
    Dia terasa dia pulak Tuhan.
    Ada passport dari Allah.

    Ini perkara memalukan.
    Memalukan kelurga guru berkenaan.
    Memalukan sekolah.
    Memalukan warga ustaz.
    Memalukan pendidikan Islam.
    Memalukan umat Islam.

    Tang ni.
    Semua mufti kena berfikiq.
    TG TG kena berfikiq.
    Ulama-ulama kena berfikiq.
    Iman-iman kena befikiq.
    TGNA pon kena komen.

    Sekadaq amat memalukan.

  7. . .
    سلام جيكو مالا تك سوكا

    Tang ni.
    Semua mufti kena berfikiq.
    TG TG kena berfikiq.
    Ulama-ulama kena berfikiq.
    Iman-iman kena befikiq.
    TGNA pon kena komen.

    Iman – iman kena befikiq ka? yg kita faham kena percaya, iktiqad ?
    Yang kena pikiaq Tok Imam!.

    Takan tukang buat KPI komen orang tak tau beza iman dengan imam.
    Orang yang rajin membaca kena peka dengan maksud perkataan bukan pekak!.

    Alaahaii… budak yang telampau cerodik.. Gasak kau laa kokk…..

    • Salam Kucing Kota.

      Hang baguis.
      Hang cerodik.

      Baguis hang, kerana hang baca habias.
      Cerodik hang, kerana tahu kita eja salah.

      Tapi, hodoh hang.
      Bila hang eja, chowrasta salah.
      Hang tak mengaku.
      Hang malu p sembunyi.
      Kat lorong kucing@pulau tikuis.

      Tapi, kalau nasik kandaq, lagi la.
      Kalau kita kata dia salah.
      Dia bagi pengandaq.
      nasik kandaq pon seropa guru ni jugak.

      Sekadaq nak cerita kat hang,la.

      • سلام جوا سوي ليك سوكا

        Bodo punya jawap. Kalau salah eja nama tempat bunyi sebutan masih sama. Kalau orang nak pi cari tempat tu, tetap yg ditanya boleh paham.

        Tapi kalau iman dengan imam. Bunyi pun tak sama. Maksud dah bawak jadi lain. Bodoo… yg tak mau mengalah…..

      • salam Kucing Kota.

        hanglah ceredik.
        kalau ceredik.
        takkang dok tolong2 saja.
        ambik kitab kat Acheen St.
        Bacanya tidak.

        Sekadaq ada ka.

  8. Ucapan takziah kepada bapa simati. Melihat kepada isu ini diolah dan disiarkan, menampakkan kejahatan media pro rejim Najib Altantuya. Lupakah kita , ada kematian di Maktab Tentera dengan murid dari daerah Baling? Apa kesudahannya kes itu? Pembuli didakwa atau dibela?Tika kes itu berlaku , pihak sekolah agama rakyat takdapun menyibuk meracuni pemikiran rakyat khususnya keluarga mangsa.Umnoapco yang dok sibuk, samp[ai nak beri bantuanpun kena ada pentas vip. tempat berucap dan yang sememangnya tak perlu untuk majlis bacaan Yaasiiin ataupun tahlil.
    Tapi kena SAR sang pengarah pelajaranpun sibuk dok menyalak memanaskan suasana untuk meneruskan jarum halus regim Mahathir hendak membunuh institusi pengajian agama. Mengapa??? apa untungnya berkelakuan demikian???
    Jawapannya itulah ajaran apco untuk melembukan ‘orang-prang kelahiran Islam’ seumpama seluruh kepimpinan umnoapco dan bala tenteranya untuk menghapuskan Nur Islam. Moga ALlah segera menghancurkan KERAjaan umnoapco dan anjing-anjingnya.

  9. Menyorot sikap dan keterbukaan guru berkenaan. Ini sememangnya takda dalam sejarah kepimpinan umnoapco disegenap peringkaty. orang umno, samada kepimpinan disegenap peringkat, kaum kerabat mahupun penyokong pemimpin umnoapco, bersedera menyembah kepimpinan mereka dan pelbagai alasan dikemukakan untuk melepaskan diri. Boleh ke pemimpin umnoapco melepaskan mereka dari gigitan api neraka ALlah?????

    Si guru terbabit mengambil peluang menzahirkan kesalahannya dengan menziarahi mangsa, solat hajat dan menyerah diri kepada polis anjing umnoapco. Dia tahu dia bersalah , dia akui dia bersalah dengan tindakannya iotu. takda pulak KPN berhujah ‘ tak perlu tahan sebab tak cukup bukti? Dah reman, sambung reman lagi. Hipokrit dan khianatnya polis anjing regim Najib altantuya. Moga ALlah memberikan penyelesaian terbaik untuk ‘guru’ terbabit.

    Bloger, siapapun kamu, ingat dan sedarlah kamu tidak berada di dalam dunia pendidikan, kamu tak tahu karenah anak-anak zaman kini, kebangsatan kepimpinan Ragim najib Altanrtuya menjadikan generasi muda kini hilang keperibadiannya sehingga berlaku kes anak murid TADIKA menyelak kain gurunya, murid tumbuk guru. murid mengebom sekolah dsb. Jangan buytalan mata kelian dari melihat kes ini secara makro. Inilah padahnya dan celakanya apabila ketuanan negara diberikan kepada umnoapco. Moga ALlah menghancurklan umnoapco dengan sebangsat-bangsat kehancuran. Ingat dan percayalah umnoap[co doa orang /takyat yang jkamu zalimi dan aniaya selama ini tidak ada hijabnya dengan ALlah. TUNGGULAH BALA ALLAH UNTUK KAMU!!!!!!

  10. Renungkan: Jika guru membuat aku pandai mengeja, petani itu lebih penting, ….

    Takkan la GB sampai mcm tu naik hantu….keluaq ayat, keluaq hadis….lepas tu ngamuk tak tentu. Marah nyamuk, kelambu nak bakaq. Sama mcm pelaku tu la jgk. Bawak mengucap la sikit. Tak payah la nak dabik dada sapa yang bagus.

    Apa-apa pun takziah kepada keluarga terlibat. Semua warga guru juga turut sedih dgn kejadian mcm tu. Warga pendidik pun seorang bapa atau ibu, juga ahli masyarakat atau bapanya guru atau anaknya guru atau juga seorang blogger….

  11. Saya berpesan kepada penulis ini agar tarik balik kata-kata Guru Gila Babi ini….Anda sudah melampau dengan tulisan tidak usul periksa..tidakkah Allah sudah berfirman : Jika datang kepada kamu sesuatu berita hendaklah disleidiki dahulu betul salahnya, jangan terus menghukum, kelak kamu akan menyesal akaibat tidnakan yang kamu buat ke atas itu. Guru adalah prosffesion mulia…tak ada yang gila babi…SAYA TELAH MENDENGAR SENDIRI PENERANGAN DARIPADA YAB TUAN GURU HARON DIN DALAM KULIAHNYA-BELIAU SENDIRI MELAWAT KE TEMPAT KEJADIAN- BAHAWA GURU TERSEBUT TERSILAP CARA, KANAK-KANAK YANG DIPEGANG KEPALANYA MELONJAKKAN KEPALANYA, LALU TERHANTUK KE DINDING…BUKAN NIAT GURU TU NAK CEDERAKAN BUDAK TU….SATU INSIDEN.

    Harap janganlah pulak nanti bila tersilap tuduh menyesal gila babi .

    Warga Pendidik
    Kementerian Pelajaran

  12. Asalammualaikum pada semua,

    Apa yang terjadi ini bolehlah dijadikan iktibar pada semua orang, agar tiada lagi berlaku kejadian yang menyayat seperti ini dimasa akan datang. Semoga keluarga arwah Saiful tabah menghadapi saat-saat macam ni, dan rohnya aman disana. Al Fatihah.

  13. JADUAL PROGRAM MAJLIS2 ILMU 2011:

    1. Majlis Maulidur Rasul & Haul Syeikh Abdul Qadir Al Jailani : http://melayucyber.blogspot.com/2011/03/majlis-maulidur-rasul-haul-syeikh-abdul.html
    2. Jom Pakat Penuhi Masjid al-Falah USJ 9, Subang Jaya, Ahad 10 April 2011 : http://melayucyber.blogspot.com/2011/04/jom-pakat-penuhi-masjid-al-falah-usj-9.html
    3. MMU BERSELAWAT 2011 : http://melayucyber.blogspot.com/2011/04/mmu-berselawat-2011.html
    4. Pengajian Syeikh Fahmi Zam Zam : http://melayucyber.blogspot.com/2011/04/terkini-jadual-pengajian-di-pusat.html
    5. Lain-lain Majlis Ilmu Terkini : http://www.facebook.com/pages/PONDOK-HABIB/295419981998

  14. kecurian di asrama berlaku hari hari, kekadang siang hari kekadang di malan hari, kecurian dari sekecil kecil barangan seperti gayung, tempat letak sabun, kasut sehinggalah ke lap top, ini lah yang selalu kita dengar, aku melihat bagaimana guru ini tertekan dengan ‘kecurian’ ini kita titak berada di tempat dia..kita tidak tahu apakah yang guru ini alami setiap jam setiap hari setiap mingu setiap bulan. pasti juga guru ini tertekan dengan aduan anak murid mereka dan lebih lebih lagi dari ibubapa yang selalu komplain barangan anak mereka hilang. cuma guru ini tidak dapat mengawal perasaan dan dia juga pasti tiada niat untuk membunuh,

    http://abgrara.wordpress.com

  15. Elok la PAS dah minta maaf. Ko orang tahukan, PAS ni didik anak buah GANAS sikit. Tu baru 1 kes… agaknya, kalu murid-murid tak ikut aliran PAS lagi teruk kot dibuatnya budak-budak tu…

  16. Assalamualaikom..Pinkturtle

    Tu lah manusia Islam yang namanye Melayu…Ustaz konon..
    Semalam kalu sapa2 tengok Nasi Lemak Kopi o pagi semalam, Ada ustazah telah bagi komen yang amat menyakitkan hati..Patutnye dia bagi semangat kat ayah dia n ayah angkat dia supaya bykan bersabar dan warning kat ustaz tu..jgn malukan institusi Sekolah Agama di Malaysia..ni tak bela macam nak rak..sabo jer la..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: